Monday, 22 August 2011

Salford 2.0

Posting ke 1,000+ dan Pengunjung ke-20,000+

Di atas sokongan anda, blog dr sepet telah mencecah hit-nya yang ke 20,000 kelmarin (Sabtu). Pejam celik-pejam celik, artikel yang bertajuk "penggesa yang tidak faham-faham" telah melengkapkan posting ke-1,000 blog ini. Alhamdulillah, segala yang bermula sebagai suatu minat (untuk menulis), akhirnya berterusan sehingga ke hari ini. 

Perjalanan ke Salford, Manchester (19-21 Ogos 2011)

Jumaat lepas kami bertiga telah berkelana ke Salford, Manchester menziarahi sahabat Mat Ibrahim dan isteri. Perancangan awal kami adalah minggu lepas namun terpaksa ditunda akibat kejadian rusuhan yang berlaku di sekitar Salford dan Manchester.

Alhamdulillah, melihatkan keadaan yang telah reda kami meneruskan rancangan ke sana, hujung minggu ini pula - kami panggil ianya "a trip to Salford 2.0" (sebab ini kali ke-2).

Perjalanan dari Oxford ke Salford mengambil masa hanya 3 jam. Tetapi perjalanan petang Jumaat lalu mengambil masa hampir 5 jam kerana dengan sengajanya kami melencongkan kenderaan ke Stoke-on-Trent iaitu ke Royal Doulton Outlet Store - kalau mata pandai mencari, memang boleh dapat set pinggan mangkuk yang murah.

Bukan apa, orang rumah hendak mencukupkan bilangan pinggan dan mangkuk Johnson Brothers yang dibeli semasa trip Salford 1.0.

Salford 2.0

Inilah outlet store-nya

Sewaktu sampai, budak comel ni masih lena tidur...

Kami tiba di rumah Mat sekitar jam 7.15 pm dan berbuka puasa di sana.

Pasar Ramadhan Manchester (20 Ogos 2011)

Hari Sabtu-nya kami keluar ke Tesco mencari barang dapur dan barang membuat (demo) biskut raya kepada Mizah.

Petangnya saya dan Mat berkunjung ke Bazar Ramadhan yang dianjurkan oleh komuniti Melayu Manchester. Sebelum keluar rumah, kami meninjau terlebih dahulu senarai menu yang dipaparkan di internet.

Bazar Ramadhan ini hanya dianjurkan pada minggu pertama dan ketiga. Justeru, kedatangan kami adalah tepat sekali (minggu ke-3 puasa), merasa jugalah suasana dan kemeriahan komuniti Malaysia yang berduyun-duyun ke bazar Ramadhan saban tahun itu.

Dibuat di dalam sport centre

Harga kuih seperti karipap ayam dan sardin adalah 3biji = £1.

Nasi Ayam, Nasi Kerabu, Laksam, Bakso, Murtabak dan bermacam lagi...


Selain membeli kuih-muih, turut dibuka adalah kaunter pambayaran zakat, gerai menjual baju raya dan kuih raya. Cuma saya sedikit kecewa kerana gerai menjual mercun dan bunga api tidak beroperasi pula di sini...huhu (I said it sarcastically..)

Carboot Sale, Manchester (Ahad, 21 Ogos)

Hari Ahad-nya Mizah membawa kami ke Carboot di Manchester. Memang besar carboot ni dan untuk menjaga tekak daripada haus di awal pagi lagi, kami hanya cover 1/3 daripada kawasan ini. 

Ramai orang menjual dan lebih ramai yang datang membeli (atau menengok macam kami). Sayangnya, setakat row yang kami lalu tiada orang yang menjual setem.


The University of Salford

Semasa dalam perjalanan pulang dari Carboot kami singgah sebentar di University of Salford, tempat Mizah belajar. 

Memandangkan sekarang cuti, aksess ke dalam bangunan adalah terhad. Kami hanya mengambil gambar kenangan di kawasan sekitarnya sahaja.


Di dalam foto: bukan pelajar dari Salford


Pocket park di hadapan pintu masuk universiti

Galeri Seni Salford




Kami kemudiannya bertolak ke bandar membeli ikan segar di pasar ikan. Harganya jauh lebih murah berbanding di Oxford. 3 ekor ikan sea bass untuk £5, begitu juga dengan harga Tilapia merah dan hitam.

Kami juga turut dibawa ke kedai Oriental Wing Yip, yang terbesar pernah saya lihat di UK ini. Macam sebuah kompleks membeli-belah.

Di sana juga saya melihat banyak juga produk "made in Malaysia" yang dijual seperti rempah-ratus, kopi dan teh 3 in 1, frozen food, sri kaya, maggi, kicap dan sos dan bermacam lagi.

Setelah dibuat kira-kira, kami membeli sekotak (24 tin) santan dan sekotak indo-mee (40 bungkus) selain durian beku dan kek durian (orang Tranung panggil "lepok/lepuk durian").

Petang yang sama, selepas solat Zuhur, kami mengucapkan ribuan terima kasih buat Mat Ibrahim dan isteri di atas kesudian menerima kedatangan kami. Bilik selesa, makan sedap dan ada orang tak tidur lepas sahur sebab tekun bermain Wii.

Moga Allah Taala bantu kalian, murahkan rezeki kalian dan berjaya di dalam pengajian.

Ada umur kita berjumpa lagi.

1 comment: