Sunday, 14 August 2011

Penggesa yang tidak faham-faham?


Saya kira gesaan yang dibuat oleh dua orang koordinator 709 (iaitu Lee Khai Loon dan Chua Wei Kiat) adalah khusus untuk umat Islam kerana dimulakan dengan ayat "bersempena bukan Ramadhan ini".

Penganut agama selain Islam rasanya sah-sah tidak menggunapakai kalendar Islam dan bulan Ramadhan ini.

Gesaan berpuasa "untuk demokrasi" pada saya adalah bercanggah dengan tuntutan Islam itu sendiri kerana hanya Allah yang Maha Berkuasa, telah MEMFARDHUKAN ibadat Puasa bulan Ramadhan, BUKANNYA sistem demokrasi mahupun keadilan (yang memfardhukan-nya).

Sebab itulah kita berniat puasa, hanyalah KERANA ALLAH TAALA, dan bukan di atas sebab selain dari-Nya. Ini adalah perkara paling asas untuk semua orang, baik Islam mahupun bukan Islam fahami.

Kempen sebegini, "secara halus" juga cuba meletakkan syiar Islam itu di bawah sistem demokrasi, sedangkan Islam itu Maha Suci dan Maha Tinggi, dengan demokrasi dan keadilan itu hanya mewakili satu skop dalam Islam.

Justeru, mengambil peluang dan kesempatan dengan cara cuba memanipulasikan ibadah puasa demi mencapai tujuan selain keredhaan Allah Taala adalah bercanggah dengan tuntutan agama Islam itu sendiri. Ingatan saya kepada koordinator Generasi 709, gunalah kaedah lain yang tidak mencuit sensitiviti agama demi mensuburkan kesedaran rakyat terhadap demokrasi dan keadilan.

Sebagai orang Islam kita percaya bahawa "matlamat tidak menghalalkan cara". Bukan salah "matlamat" menuntut keadilan (sebagaimana yang disenaraikan itu), tetapi "cara dibuat" tuntutan itu adalah salah.

Maka, janganlah kita cuba "dok pelekat label botol kicap pada botol sos" (meletakkan sesuatu di tempat yang salah, sekalipun cuba dialas dengan alasan-alasan yang baik).

Tambah lagi (di dalam perkara ini) orang yang kurang arif tentang agama orang lain, cuba menunjuk pandai. Akhirnya, nampak benar tidak pandai. 

(Nota: webmaster Tranungkite sendiri-pun perlulah lebih serius di dalam menapis dan lulus-terbit artikel sebegini. Amat mengecewakan apabila dalam hal berkaitan TV3 dan Utusan, boleh buka mata seluas-luasnya, tetapi boleh tutup mata dalam perkara yang sebegini. What a shame!).

No comments:

Post a Comment