Tuesday, 9 August 2011

Khabar dari Oxford: Merusuh sana, merusuh sini

"I heard there will be a gathering at city centre and cowley road at 4 pm. You might want to be careful, just in case" - kata Helen.

"Tak jadi beli kebab-lah pakcik petang ni untuk berbuka...huhu" - bisik saya.

Daripada berita di BBC pagi tadi, keadaan di beberapa kawasan panas di London (selain di Birmingham, Liverpool, Bristol, Notts, etc) masih di dalam pemerhatian ketat pihak Polis.

(tapi banyak kes Polis hanya dok perhati jelah, bila outnumbered by rioters, Polis pulak yang kena balun)

Kemunculan PM Cameron pada sidang akhbar tergempar pagi tadi-pun tidak banyak membantu merungkai apatah lagi menawarkan penyelesaian kepada masalah yang sedang berlaku.

Selain akan menambah bilangan anggota (dari 6000 kepada 16000+), PM hanya mengutuk tindakan yang melanggar undang-undang, selain berjanji untuk membawa pihak yang terlibat ke muka pengadilan.

Paling sedih apabila wartawan menemubual pemunya rumah (landlords) dan pemilik perniagaan yang menerima kesan oleh rusuhan yang berlaku. Paling koman kedai mereka dipecah masuk. Malang lagi apabila ada rumah, kereta dan perniagaan yang dibakar.

Insiden ini juga bukan lagi siri susulan kepada perhimpunan aman yang dibuat untuk memperingati kematian pemuda yang ditembak mati Polis Khamis lepas, tetapi lebih kepada tindakan merusuh dan melakukan kerosakan, kekacauan dan looting (memecah premis perniagaan mencuri barangan).

Mana tidaknya, keluarga si mati itu sendiri kini turut mengutuk insiden yang berlaku kerana ianya tidak menawarkan apa-apa jawapan kepada keluarga si mati.

Komuniti-komuniti Islam di beberapa kawasan di London dan Birmingham juga turut dikhabarkan mengadakan kawalan 24 jam ke atas masjid-masjid bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

Walaupun keadaan hari ini di Oxford masih aman, saya dikhabarkan semalam ada juga insiden di McD di London Road, Headington. Petang ini jam 4, turut dikhabarkan ada perhimpunan di city centre dan di Cowley Road.

Harapan saya agar tiada kaum Muslimin kita yang turut sama, hormatilah bulan Ramadhan yang mulia ini. Kalau nak keluar juga, keluarlah ke masjid dan berkawal di sana, menjaga Rumah Allah itu.

Dr Sepet
Gipsy Lane Campus, Oxford

2 comments:

  1. Sebab tu kjaan Msia awal2 lagi sekat himpunan BERSIH....

    ReplyDelete
  2. terima kasih di atas komen. Setakat yang saya tahu, riot di UK ini tiada kaitan dengan mana-mana parti politik, ianya lebih kepada krisis sosial yang lama terpendam dalam komuniti, yang akhirnya meletus.

    adalah lebih baik untuk saya sertakan bacaan tambahan ini agar lebih difahami:

    http://iam.subhumour.us/?p=3624

    dan ini

    http://iam.subhumour.us/?p=3622

    ReplyDelete