Sunday, 28 August 2011

Komen orang - siapa pejuang, siapa petualang?

Isu siapa pejuang dan siapa petualang masih menjadi modal politik paling panas, paling laris dan dalam banyak situasi, "senjata" politik paling ampuh untuk menggoncang minda masyarakat sejak zaman berzaman lagi.

Cuma yang bezanya, siapa yang lebih bijak memainkan isu ini (tidak kiralah sama ada ianya ditimbulkan oleh pihak yang di sana, ataupun yang di sini). 

Siapa yang mulakan, hangatkan dan "hangitkan" isu ini tentunya mempunyai agenda mereka yang perlu dipenuhi.

Hal yang sama juga turut terpakai untuk pihak-pihak yang melaporkan isu ini, iaitu lazimnya dengan melihat aspek mana yang lebih menguntungkan agenda mereka masing-masing.

Posting yang saya buat ini juga tidak terkecuali - adalah berat sebelah. Ini kerana kalau orang tanya saya-pun, memang mindset saya akan kata "ideologi/fahaman ini" menolak konsep beragama dan ketuhanan.

Tetapi kalau ada di kalangan pembaca di luar sana dapat menampilkan hujah yang lebih baik, lebih meyakinkan saya supaya persepsi ini dapat diperbetulkan (dengan erti kata: "fahaman ini" sebenarnya tidak menolak agama, bahkan meletakkan tuhan itu sebagai Yang Maha Agung), saya persilakan. 

Berikan hujah dan bukti yang jelas, insyaAllah berguna untuk saya dan dikongsi bersama pembaca lainnya. Sekian.

----------------------------------
"Menjawab Mat Sabu"
Sumber: rujuk SINI

Salam

Kepada semua yang terlibat, harap kita semua dapat menilai isu ini berdasarkan fakta dan dipandu dengan akal sihat yang dianugerahkan oleh Allah SWT tanpa mengira latarbelakang politik kita masing-masing:
Pertama, tentang kesahihan laporan Utusan tersebut tak perlu dipertikaikan lagi, kerana selain video yg banyak tersebar, saya sendiri yg hadir ke ceramah tersebut masih ingat dengan jelas ucapan beliau, walaupun Mat Sabu kata "dia tak ingat".

Mari kita balik ke tahun 50-an zaman tok nenek kita dulu;

Antara fakta yang tak dapat disangkal ialah;

1. Kemenangan British keatas Jepun adalah AMAT BAIK untuk orang melayu kerana terbukti Jepun amat kejam, malah terlalu kejam jika dibandingkan dengan pemerintahan British sebelum itu.

2. Sebelum Britih masuk semula, Komunis atau Bintang Tiga melakukan banyak pembunuhan terutama kepada mereka2 yang dituduh sebagai 'talibarut' Jepun tanpa melalui perbicaraan di Mahkamah (komunis mana ada mahkamah).

3. Komunis minta hak untuk merdeka dan memerintah Malaya kerana kata mereka, merekalah yang telah berjaya mengalahkan Jepun di Malaya. Kalau British bagi masa tu, sudah tentu CHIN PENG akan jadi PM Malaya dan Malaya akan jadi negara komunis yang tidak percayakan TUHAN.

4. British tidak tunduk pada PKM jadi mereka (PKM) lancarkan perang gerila. Pada masa sama British juga ada bercadang untuk memberi kemerdekaan kepada Malaya tetapi masanya belum tentu.

5. Memang diakui asakkan oleh PKM melalui perang gerila menjadi antara faktor British mempercepatkan kemerdekaan Malaya, tetapi apabila Malaya merdeka, keengganan PKM untuk meletakkan senjata dan berjuang secara politik seperti yang ditawarkan semasa rundingan Baling menyebabkan Malaya jadi huru hara disebabkan tindakan PKM yang bertegas untuk menjadikan Malaya negara komunis.

Kesimpulan

1. Jika kita hidup pada masa itu (Tahun 1950) pilihan terbaik adalah untuk terus berasa di bawah British - lebih selamat, ada undang-undang, pekerjaan, agama boleh diamalkan tanpa halangan (kecuali bidang-bidang tertentu seperti undang-undang). 

2. Tidak dinafi, berjuang untuk Merdeka adalah wajib, tetapi tidak boleh bersama komunis, kerana komunis bukan berjuang untuk Merdeka (dimana selepas itu boleh dibuat pilihanraya), sebaliknya komunis berjuang untuk menjadikan negara kita sebagai negara komunis (tidak percayakan tuhan, tiada demokrasi).

3. Mereka-mereka (orang Islam) yang menyertai komunis adalah orang-orang yang telah terpesong dari ajaran Islam, ini adalah kerana ajaran utama komunis adalah tidak mempercayai tuhan, kedua komunis berketuakan Chin Peng seorang kafir, ketiga komunis banyak melakukan pembunuhan ke atas orang-orang Islam terutama Polis dan Tentera, baik sebelum mahupun selepas merdeka. 

Status agama mereka-mereka yang menjadi komunis juga boleh dipertikai kerana apabila menjadi anggota komunis maka secara tidak langsung mereka juga telah menerima ideologi komunis iaitu tidak percayakan tuhan.

4. Lagi satu fakta penting ialah tidak ada di kalangan Ulama yang menyertai komunis kerana mereka tahu kejahatan komunis, sebaliknya mereka memilih jalan aman iaitu bersama-sama Umno menuntut kemerdekaan, cuma pada tahun 1959 (selepas merdeka) mereka keluar dari Umno dan menubuhkan Pas.

5. Kalau kita katakan mereka-mereka yang mati mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong itu sebagai "pencacai" British, yang menyerang pula bagaimana? Sudah tentu mereka adalah "pencacai" komunis, pencacai Chin Peng. 

Yang di Bukit Kepong itu mereka saya yakin beragama Islam, bersolat dan bertugas melindungi penduduk kampung dari diperas ugut oleh komunis (sumber hidup komunis), yang menyerang tu, mulia sangat-kah mereka? 

 Sumber foto: sini

Adakah mana-mana ulama (ketika itu dan juga sekarang) yang mengeluarkan fatwa bahawa berjuang bersama komunis itu wajib atau halal untuk membebaskan Malaya dari British? Perlu ingat, musuh kepada musuh kita tidak semestinya adalah kawan kita. Kemungkinan (dalam kes ini sudah pasti) yang kita ingat kawan itu adalah (sebenarnya) musuh yang lebih bahaya daripada musuh yang pertama tadi. 

Di bawah British kita masih lagi boleh berpersatuan, melibatkan diri dalam politik, dan lain-lain (boleh merdeka dengan rundingan), kalau di bawah komunis?

6. Akhir sekali......baca seterusnya ....sini

Nota: 

1) Bahagian kesimpulan artikel asal ini telah saya edit kerana ianya ditulis dengan huruf besar yang menyakitkan mata, juga dengan pengubahsuaian dan pembetulan ejaan serta tatabahasa yang minima. Harap maklum.

2) Tidak 100% saya menerima pandangan penulis asal artikel ini terutama petikan yang beliau katakan "secara pasti". Ini kerana yang "pasti" perlu disertakan dengan bukti serta sumber rujukan yang tepat.

Moga beroleh manfaat!

No comments:

Post a Comment