Tuesday, 2 August 2011

Kisah Pak Arab & Menara Tertingginya

Akhbar hari ini melaporkan berita berkaitan rancangan Billionaire Arab Saudi, Putera Alwaleed bin Talal untuk membina menara tertinggi di dunia di bandar pelabuhan Laut Merah, Jeddah.

Beliau berucap pada satu majlis menandatangani kontrak bernilai 4.6b riyal (RM 3.69b) dengan gergasi pembinaan Saudi, Bin Laden Group hari ini.

 Sumber foto: sini

Bakal dikenali sebagai Jeddah Tower, struktur yang apabila siap kelak (mengambil masa lebih kurang 5 tahun pembinaan) bakal mencecah ketinggian 1,600m akan mengandungi unit-unit hotel, service apartments, kondo mewah selain ruang pejabat.

Manakala, firma arkitek yang bertanggungjawab bagi mereka-bentuk menara ini adalah Andrian Smith & Gordon Gill dari Amerika Syarikat.

Sumber foto: sini

Pemilikan menara tersebut sebagaimana dilaporkan adalah di antara Jeddah Economic Co (33.35%), Abrar International Holding Co (33.35%), Kumpulan Ben Laden (16.63%) dan ahli perniagaan Abdurrahman Sharbatly (16.67%).

Arab Saudi kini dilaporkan sedang giat melaburkan wang bagi membaikpulih serta menaiktaraf prasarana negara tersebut melalui peruntukan sejumlah US$400b bagi tempoh 5 tahun sehingga 2013 selain menyalurkan US$130juta lagi untuk tujuan pembangunan sosial.

Sebagai bandar kedua terbesar di Arab Saudi, Jeddah sering dihantui dengan permasalahan banjir kilat yang sehingga awal tahun ini telah merosakkan lebih dari 90% sistem jalan rayanya selain menjejaskan kualiti 27,000 bangunan.

Justeru, usaha ke arah mentransformasikan kota Jeddah ini bakal menaikkan semula imej Jeddah dan Saudi amnya untuk bersaing dengan kota-kota besar lain di semenanjung Arab terutamanya Dubai dan Abu Dhabi.

Dengan pakej projek bersaiz mega untuk menyiapkan kedua-dua Jeddah Tower dan Kingdom City yang dianggarkan berjumlah kira-kira 75 billion riyal ini, harapnya hasrat tersebut akan berjaya direalisasikan.

Sumber: sini dan sini

No comments:

Post a Comment