Monday, 27 June 2011

Perhimpunan haram: laporan polis untuk siapa?

Ringkas sahaja:

1) Setelah menonton dan membaca beberapa versi laporan berkaitan perhimpunan masyarakat sivil 'haram' yang bakal berlangsung pada 9 Julai nanti, timbul satu persoalan di benak kepalaku.

2) Kata pengerusi Kelab Putera 1Malaysia di sini (video), sehingga kini telah dibuat lebih 1,700 laporan Polis terhadap perhimpunan 'haram' / tanpa permit ini oleh pelbagai pihak.

3) Yang memusykilkan saya adalah, apakah laporan Polis yang berjumlah beribu itu, turut dibuat terhadap Patriot dan Perkasa, kerana mereka juga secara jelas telah komited mengadakan perhimpunan 'haram' / tanpa permit di hari dan waktu yang sama?

4) Ini kerana daripada gaya percakapan mereka, seolah-olah laporan Polis hanya melibatkan pihak Bersih dan bukannya perhimpunan anjuran mereka.

5) Janganlah menjadi seperti kata pepatah "mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih" - (dia pun sama 2 x 5).

6) Menurut Prof Aziz Bari (sini), perlembagaan adalah undang-undang tertinggi negara ini. Ia bermaksud, kuasa mahkamah tidak boleh mengatasi hak-hak rakyat sebagaimana yang telah dijamin menurut perlembagaan.

7) Di dalam hal ini, Suhakam (sini), sependapat bahawa perhimpunan aman ini wajar dibenarkan sepertimana termaktub di dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

8)  Manakala, di pihak Polis pula, kerjasama adalah diperlukan untuk mengawal perjalanan perhimpunan dan disyor untuk menggunakan "cara-cara yang bersesuaian dan tanpa keganasan" sekiranya mendapati perhimpunan tersebut telah hilang kawalan dan perlu disuraikan.

Dr Sepet: selain gula dan petrol, harga t-shirt kuning juga makin mahal dah sekarang! Huhu...

No comments:

Post a Comment