Wednesday, 18 May 2011

Pemilihan PAS: Nasib orang no.2

"kalau ke depan (cabar presiden) dikatakan lawan ketua (dan mungkin akan tewas), tetapi kalau kekal di kerusi no. 2 pula, perlu menangani pencabar (dan mungkin juga akan tewas) sebelum dapat merasa jadi presiden" 

Begitulah rumusan yang saya dapat buat setelah selesai membaca buku bertajuk "Tengku Razaleigh Hamzah - Rahsia Yang Terpendam".

Buku tersebut menarik, kerana selain ianya buku politik, ia turut mengupas perihal insan yang tidak selalunya kita baca kisahnya di akhbar arus perdana saban hari. Tengku Razaleigh (atau digelar KuLi) memang orang yang tepat untuk membicarakan perkara berkaitan "orang no. 2" ini.

PAS: Muktamar Pemilihan 2011

Sebelum saya pergi jauh, ingin saya tonjolkan kembali carta alir berikut, yang pada hemat saya boleh memberikan gambaran penuh, konteks perjuangan serta cabaran PAS untuk tahun ini, hinggalah menjelang PRU ke-13 nanti:

Klik rajah untuk besarkan

Tidak sampai 2 minggu sahaja lagi, PAS akan bermuktamar dengan agenda tahun ini adalah untuk memilih saf kepimpinan "baru". 

Semalam, jawapan siapa calon jawatan dan siapa pencabar telahpun diketahui umum melalui berita di harakahdaily.net (Presiden PAS kekal, 6 layak tanding timbalan) serta akhbar yang lainnya seperti di BHonline (Nasharudin hadapi saingan sengit) dan juga di blog-blog "berbaur" politik.

Laporan Harakah bagaimanapun sedikit umum berbanding laporan di Bharian kerana tidak menyebut jumlah pencalonan yang diterima setiap pemimpin. 

Walau apa jua alasan yang difikirkan pihak Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, adalah menjadi suatu kelaziman dan hasrat calon yang layak bertanding bagi mengetahui "kekuatan" sokongan ahli kepada mereka, sebelum boleh memutuskan sama ada menerima atau menolak sesuatu pencalonan tersebut.

Selain penyandang jawatan no. 2, Nasharudin Mat Isa, beliau pada muktamar kali ini akan dicabar 5 calon yang layak (setelah menerima jumlah pencalonan yang mencukupi) iaitu:

1) Nasharudin Mat Isa (penyandang)
2) Abe Mat (Mohamad Sabu)
3) Azizan Abdul Razak
4) Tuan Ibrahim Tuan Man
5) Salahuddin Ayub (mempertimbangkan untuk tidak menerima pencalonan)
6) Husam Musa (mempertimbangkan untuk tidak menerima pencalonan)

Begitupun, dikhabarkan YB Salahuddin dan YB Husam tidak berhasrat untuk menerima pencalonan ke jawatan Timbalan Presiden (TP), maka perebutan kini adalah secara 4 penjuru.

Menurut laporan BHarian, di antara tiga calon yang berpotensi mencabar kerusi yang disandang Ustaz Nasha ini, Abe Mat Sabu dikatakan "calon favourite" dengan mendapat sejumlah 70 pencalonan daripada 133 bahagian.

Manakala U.Nasha pula menerima 39 pencalonan (malangnya 13 kawasan di Kelantan tidak mencalonkan beliau). 

Seorang lagi calon, Tuan Ibrahim (penyandang kerusi Naib Presiden) pula dikatakan membuat pusingan U (U-turn) setelah mendapat jumlah yang agak memberangsangkan iaitu sebanyak 20 pencalonan.

Senak

Andainya kesemua 3 calon yang menerima pencalonan (Azizan, Abe Mat dan Tuan Ibrahim) memutuskan untuk menerima pencalonan bagi kerusi TP, individu yang "paling senak" ketika ini adalah Ustaz Nasha. 

Ini kerana sudah terlambat bagi beliau untuk cuba mendaki anak tangga yang lebih tinggi (a.k.a mencabar orang no. 1) kerana TGHH telah disahkan menang tanpa bertanding jawatan Presiden parti.

Dengan kemenangan ini juga, saya berpandangan adalah tidak wajar untuk Presiden menonjolkan sokongan peribadi atau kencenderungan menyokong kepada mana-mana calon yang bakal berentap merebut kerusi TP.

Dengan kata lain, TGHH tidak boleh favour mana-mana calon (maknanya U.Nasha dan yang lain-lainnya perlu tampil dengan kekuatan sendiri bagi memenangi sokongan anggota perwakilan setiap negeri).

"Senak boleh jadi sesak" andai menilai jurang percalonan yang diterima antara 4 pencabar ini, dengan favourite adalah kepada Abe Mat (....Abe Mat?), yang meninggalkan U.Nasha dengan 31 pencalonan.

Manakala hanya perbezaan kecil juga memisahkan U.Nasha dengan Tuan Ibrahim (beza hanya 19).

Politik, semua boleh jadi

Sungguhpun jumlah pencalonan tidak boleh menggambarkan 100% jumlah sokongan dan undi perwakilan pada muktamar kelak, ianya sedikit-sebanyak mampu mendorong serta memotivasikan setiap calon untuk gigih menyusun strategi berkempen.

Bagi keempat-empat calon ini, sungguhpun gendang pertandingan sebenar masih belum dipalu, tetapi perlumbaan telahpun bermula selepas pengumuman oleh Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat ini semalam.

Soalan; apakah nasib U.Nasha akan sama seperti KuLi, sebagaimana perumpamaan yang diungkapkan di awal posting ini? 

Bersamalah kita lihat.

Secara peribadi saya sebenarnya lebih berminat untuk tahu apakah kriteria pemimpin yang diinginkan PAS, kerana berdasarkan carta alir di awal posting ini, cabaran yang bakal dipikul oleh saf kepimpinan PAS selepas Muktamar adalah amat besar dan pelbagai, termasuk untuk menjayakan kempennya menggantikan UMNO dan memimpin perubahan dalam Pakatan, yang kini terajunya nampak dipegang DAP (...DAP?).

Sekian.

No comments:

Post a Comment