Thursday, 26 May 2011

Mujurlah 'enta' dah jelaskan dulu...

Apa kes ni? Tengok video pendek ini terlebih dahulu (1 minit+ sahaja).


Sudah agak lama ingin saya ulas perkara yang sama, tetapi kini tidak payah lagi kerana Pak Syeikh telah menjelaskannya terlebih dahulu.

Sindiran yang beliau lontarkan adalah pedas dan bernas, tetapi tidaklah kasar.

(kalau ada yang terasa hati tu, maknanya dia berfikir...emm, mungkinkah begitu?...emm, nah!)

Point beliau yang saya setuju adalah pabila beliau berkata; di negara barat (kita ambil UK sebagai contoh), tidak digunakan istilah "wang kerajaan", baik semasa kempen pilihanraya atau di luar suasana kempen.

Yang digunakan oleh kerajaan, dan dilapor di TV dan ditulis di akhbar-akhbar adalah "wang pembayar cukai".

(secara halusnya, apa jua pengumuman seperti janji projek pembangunan yang berjuta-juta RM. Ia datang daripada wang anda, melalui cukai yang anda bayar, bukan duit sendiri yang dikeluarkan dari poket orang/pihak yang buat pengumuman tersebut).

Orang Malaysia ni baik-baik belaka kerana kurang mempersoalkan bagaimana wang anda diurus dan dibelanjakan (adakah secara berhemat atau sebaliknya).

Kalau di negara maju, UK-lah contohnya, pembayar cukainya lebih kritikal/prihatin dengan menyemak tindakan-tindakan kerajaan yang membelanjakan wang mereka seperti:

- Wang pembayar cukai yang digunakan untuk "bail-out" institusi-institusi perbankan (seperti Northern Rock, etc) semasa krisis kewangan.

- Wang pembayar cukai yang telah diberatkan untuk ketenteraan (seperti pembinaan kapal perang baharu yang menelan belanja sehingga GBP 8billion) 

- dan pelbagai lagi.

Menanti tibanya angin perubahan

Sebagaimana dipetik:

"Wan Saiful memetik ungkapan yang terselit dalam ucapan Khalid Samad, berbunyi "keputusan pemilihan mencerminkan tahap pemikiran ahli PAS".  Bertitik tolak daripada itu, Wan Saiful melontarkan soalan kepada Kamaruddin Jaafar - pemikiran ahli PAS kini mahukan Hadi Awang sebagai Presiden, Nasrudin Hassan Tantawi sebagai Ketua Dewan Pemuda dan Harun Taib selaku Ketua Dewan Ulama - apakah barisan pemimpin yang konservatif ini bakal menyukarkan PAS untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat Malaysia secara keseluruhannya?"


-------------

- Tiada nota kaki kerana sedikit sukar untuk membuat ulasan di atas ulasan yang telah diulas oleh si pengulas pada forum berkenaan.

Empowering people

Page 31

- After a certain size a heavily-centralised culture can lose touch with costumers (because the power source is no longer able to stay close to them) and can find itself having increasing difficulty simply running the new, larger organisation since formal systems are few and communication has tended to be informal rather than planned and controlled.

- Individuals within the organisation who may have thrived in the slightly piratical style of culture may have great difficulty adapting to the need for more formal and systematic management.

- At this stage, such organisations typically 'die', either by collapse or take-over.

- They can be heady, exciting places to work for those at or near the centre, but they seldom make much use of the talents, skills and knowledge of the rest of the workforce, including less senior managers.

- Such organisations offer little power to anyone but those at the hub.

- That's one reason, perhaps, that they typically fail to survive in this form for very long.

- A rare EXCEPTION to this rule seems to be the Virgin empire headed by Richard Branson. Here, it would seem, is a typically entrepreneurial, charismatic founder who developed a multi-billion-pound business from a standing start to the point where it is able to see off such long-established rivals as British Airways.

- Yet this picture would be misleading.

- Richard Branson has achieved this feat by deliberately not allowing any individual business venture to grow beyond a certain size.

- Once any of his companies has grown large enough to stand on its own feet, he hives it off as a separate venture, complete with its own largely autonomous management team.

- In this way he empowers not individuals but companies and their managers, who are charged simply with getting on with the job running the company as they see fit provided they meet some broad corporate goals and objectives.

----------------------
Source: Stewart, A. M. (1994). Empowering People. Glasgow: Pitman Publishing.

Wednesday, 25 May 2011

Heiiii! What The sHell??

Kat Terengganu pulak tuh! Hangin betollah aku!!! 
(Sumber: pada foto)

Tuesday, 24 May 2011

Gambaran jumlah hutang negara Amerika - Grafik

Dilaporkan secara "cut n paste"dari blog Serius. Sumber: SINI










Kerusi TP: Untung - Rugi sudah adat

Nota kecil: 
banyak input pada artikel ini mengambil inspirasi dan juga hasil rumusan pembacaan sumber-sumber tertentu sebagaimana dinyatakan.
---------------

Ke garisan.......atau ke penjuru.....

Hari ini, terjawab sudah segala teka-teki mengenai keputusan naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man untuk bertanding jawatan mana pada Muktamar Pemilihan parti awal bulan hadapan.


Seperti posting saya yang sebelum ini "Pemilihan PAS: Nasib Orang No. 2", sudah semakin sah kini pertandingan untuk kerusi Timbalan Presiden (TP) parti akan menjadi 3 penjuru di antara (1) Ust Nasharudin, (2) Tuan Ibrahim, (3) Mohamad Sabu (sementara menanti jawapan oleh Ust. Azizan sahaja).

 Sumber foto: sini, sini dan sini

Walaupun ramai yang menjangka tekanan kini bakal terarah kepada seorang lagi calon iaitu Mohamad Sabu (Abe Mat), kemasukan Tuan Ibrahim sebagai peserta baru ke garisan perlumbaan, sebenarnya telah menambahkan tekanan buat penyandang, Ust Nasharudin Mat Isa di dalam usahanya mempertahankan kerusi TP.

Berbeza dengan pemilihan 2009 bilamana ketika itu Nasha telah dicabar oleh 2 calon "profesional", iaitu Husam dan Abe Mat, kehadiran Tuan Ibrahim sebagai calon "ulamak" di dalam pemilihan kali ini saya jangka bakal merubah landskap pertandingan kerana para perwakilan kini mempunyai 2 calon berlatarbelakangkan "ulamak" dan seorang "profesional".

Soalan

Persoalan yang akan meniti di benak fikiran ramai orang selepas ini: 

Big Q: Adakah kemasukan Tuan Ibrahim ini bakal mengalihkan undi/sokongan para perwakilan daripada Nasha kepada beliau (Tuan Ibrahim)?

Q: Apakah pula kesannya (pertembungan 2 calon ulamak ini) terhadap peluang seorang lagi calon, Abe Mat untuk memenangi kerusi TP ini?

Saya sedar tiada orang yang boleh memberikan jangkaan yang tepat. 

Tetapi jika diperhalusi pernyataan yang dibuat Tuan Ibrahim, seakan wujud telah sokongan (dorongan lebih tepat) kuat daripada para perwakilan dari segenap tempat memandangkan pencalonan beliau ke dua kerusi (TP dan NP), yang sekiranya dicampurkan, jumlahnya (atau bahagian yang menyokong beliau bertanding TP dan NP) adalah tinggi dan memberangsangkan.

Justeru, tidak boleh ditolak juga kemungkinan berlakunya perubahan sokongan wakil-wakil di kawasan yang sebelum ini hanya mencalonkan beliau ke kerusi NP, kepada sokongan untuk kerusi TP pada muktamar itu nanti.

Penutup 

Jika diimbas kembali keputusan pemilihan 2009, keupayaan Nasha mempertahankan kemenangan kerusi TP sebenarnya turut dibayangi oleh margin "kekalahan" beliau, andai jumlah undi yang diperoleh Husam dan Abe Mat (bukan ulamak) digabungkan. 

Apakah tandanya?

Itu jika kita kaji faktor perwakilan yang ingin mengekalkan watak "ulamak" sebagai teras kepimpinan parti.

Senario 2011 pula terbalik iaitu 2 calon berlatarbelakangkan ulamak bertanding. Namun, apakah keputusannya juga akan terbalik?

Berupayakah Abe Mat tampil sebagai pemenang, di celah-celah tumpuan orang ramai terhadap 2 calon "ulamak" tersebut?

---------------------
(nota 1: Posting ini merupakan rumusan hasil pembacaan artikel terbaharu MerdekaReview edisi BM bertajuk "Aziz Bari: Nasha akan terima kesan lebih parah bila Tuan Ibrahim bertanding").

(nota 2: saya amat berharap MerdekaReview tidak akan tutup operasinya. Banyak input/artikel yang dikeluarkannya membantu saya, di dalam usaha saya, meneruskan minat menulis hal-hal berkaitan politik dan isu-isu semasa yang saya fikirkan menarik untuk dikongsi bersama para pembaca blog Dr Sepet ini)

Sekian.

Bukan "Secret Recipe" yang tu lah...

Hingar-bingar nampaknya di FB berkenaan isu kehadiran DNA Babi dalam produk makanan. Pemeriksaan seterusnya dilakukan ke atas laman web Halal JAKIM oleh sesetengah pengguna yang prihatin.

Rumusan segera dikeluarkan, dan disebarluas - iaitu Secret Recipe ada guna bahan yang syubhah.

Hasilnya, penyiasatan yang tidak mendalam telah membawa kesan yang mendalam. Ikuti penafian lanjut pihak Secret Recipe di FB (cari FB Secret Recipe Malaysia).

Klik untuk besarkan imej (Sumber: FB Secret Recipe Malaysia)

Sekalipun sekarang ini zaman semua maklumat di hujung jari, namun tidak semua maklumat itu boleh senang-senang diterima, tanpa ditapis terlebih dahulu.

Jangan mudah mendengar kata-kata yang tidak bersumber dan tanpa bukti, dan tambah malang andainya kita sendiri yang turut 'mempunyai saham' menyebarkan sesuatu khabar yang belum terbukti asas kebenarannya.

Sekian.

Monday, 23 May 2011

Update Berkebun: Tolong siram

 Ahad - Hari yang indah, meskipun berangin bagai tak ingat

 Pekena air lemon-honey setelah penat memotong rumput di laman

 Eh, Eh, nak tolong ayah ye?

 Rajin dia sekarang

 Siram salad

 Siram coriander



 Bunga ros putih, kuning, pink semua mula berkembang

 Lebah juga sibuk bekerja mencari madu

 Strawbery Pakcik tahun ini menjadi (50+biji)

 Epal pun boleh tahan lebat juga

 Kacang juga dah keluar putik buah


Lepas tolong Ayah siram pokok, dia masih sibuk nak bermain dan berlari-lari ke sana sini. Suruh duduk diam kejap nak ambik gambar pun susah....Anyway TQ Mawaddah & Ibu..

Sunday, 22 May 2011

Dengarkan: ....Dan Menangislah Akan Matamu


Al-Hujuraat (13):

"Hai Manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."

Saturday, 21 May 2011

Tragedi di Hulu Langat: Al-Fatihah

Al-Fatihah disedekahkan buat mangsa-mangsa tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim Al-Taqwa, FELCRA Semungkis, Hulu Langat yang berlaku sebentar tadi.

Sayu hati saya apabila mengenangkan nasib anak-anak ini. Kepada yang terselamat, moga Allah tambahkan kekuatan dan ketabahan adik-adik/saudara menghadapi musibah ini.

Wallahua'lam.

Friday, 20 May 2011

Inilah hasilnya selepas usaha kami...anda bakal terbeban

Sekadar nak menceriakan hujung minggu anda:

Kenaikan harga: Bersedialah hadapi hakikat baru ekonomi 

2011/05/21 - Sumber: SINI

KUALA LUMPUR: Seluruh rakyat Malaysia kini perlu menerima hakikat sebenar mengenai keadaan ekonomi global dan lebih berhemat dalam berbelanja serta lebih fokus dalam memulihara sumber berharga seperti tenaga elektrik dan air, di samping tidak terlalu mengharapkan subsidi.

Pendekatan ini amat penting dalam menghadapi kenaikan kos pelbagai barangan dan perkhidmatan berikutan kenaikan harga minyak di pasaran global serta kekurangan bekalan makanan akibat perubahan iklim.

Dalam perbualan dengan Bernama, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pakar ekonomi mengalu-alukan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis ketika beliau menyeru rakyat Malaysia supaya mempersiapkan mental masing-masing untuk menghadapi kenaikan harga pelbagai produk berikutan kenaikan harga minyak dan penurunan jumlah bekalan makanan yang diakibatkan oleh perubahan iklim sejagat.

Dalam kenyataan itu, Muhyiddin juga menasihati rakyat supaya mengawal perbelanjaan masing-masing serta berusaha meningkat bekalan makanan sendiri.

"Jika ini dilakukan, orang ramai tidak akan terlalu merasai bebannya apabila negara menghadapi kenaikan kos dan inflasi kelak," katanya.

Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Datuk N Marimuthu berkata, dalam menghadapi hakikat baru ekonomi ini, orang ramai perlu diberi kefahaman mengenai perkara penting dalam kehidupan mereka seperti kuasa pasaran, sistem dan mekanisme penetapan harga serta penyusunan semula subsidi.

"Secara umumnya, sejak 50 tahun lalu, kita katakan kita mampu menangani segalanya...tapi, dalam tempoh tiga tahun lalu, ternyata, kita tidak berupaya untuk menangani semua perkara. Orang ramai perlu disedarkan bahawa kita tidak boleh melarikan diri daripada kesan kenaikan harga minyak dan perubahan iklim, yang kesemuanya merupakan fenomena global," katanya.

Marimuthu berkata, oleh kerana faktor luaran mempunyai pengaruh yang amat besar terhadap harga, maka orang ramai perlu memainkan peranan masing-masing dalam menghadapi keadaan yang amat mencabar pada masa akan datang.

Pada waktu yang sama, beliau meminta kerajaan supaya terus berusaha melindungi golongan miskin, lebih-lebih lagi golongan yang teramat miskin, daripada menerima kesan buruk akibat kenaikan harga untuk memastikan mereka tidak tersisih daripada arus utama pembangunan.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Dr Maamor Osman pula berkata, beliau menerima hakikat bahawa memang bukan mudah untuk mengubah mentaliti orang ramai, tetapi beliau berharap mereka akan kurang membeli barangan yang tidak begitu diperlukan agar mereka mempunyai lebih banyak wang untuk membeli barangan keperluan. - BERNAMA 

------------
Nota kaki:

- "kepimpinan melalui tauladan". Pemimpin perlu mendahulukan amalan kesederhanaan.

- jika di negara yang bukan Islam, seperti Jepun, para menteri kabinetnya terlebih dahulu akan memotong gaji mereka sehingga beberapa puluh% sebagai tanda untuk "sama-sama merasa perit" dengan rakyatnya.

(bacaan tambahan: PM Jepun enggan terima gaji sehingga krisis selesai)

- di UK, Jerman dan kebanyakkan negara maju yang lain, pemimpinnya akan bersesak setiap pagi di dalam coach LRT, MRT, monorel untuk ke tempat kerja, bersama-sama dengan golongan pekerja, bukannya berkereta besar diiringi Polis ke serata tempat. 

- Lord Mayor of Oxford sendiri kelihatan berbasikal meninjau bandarnya!

- dari satu sudut, tindakan bertanggungjawab para menteri dari negara yang bukan Melayu dan bukan Islam itu juga adalah tanda "menanggung kegagalan" mereka  mensejahterakan kehidupan rakyat akibat urustadbir ekonomi yang kurang berkesan.

- pemimpin bukan sekadar mengeluarkan gesaan agar rakyat perlu bersedia menanggung kesusahan (akibat tindakan dan keputusan yang dibuat oleh "tangan-tangan pemerintah"), tetapi merekalah yang perlu mendahulukan teladan yang baik bagi ikutan rakyat.

- maaf katalah, andai inilah jawapan para pemimpin kita, terutama setelah digerakkan ETP + MEB + NKRA + SRI + KPI + bla..bla..bla.. = rakyat hampir pasti terbeban, ianya adalah sesuatu yang malang.

- orang ramai (a.k.a pembayar cukai) tidak menyanggah realiti peningkatan harga komoditi makanan global, tetapi mereka mempersoalkan mekanisme yang digunapakai pihak pemerintah untuk menguruskan konflik dan bebanan ini.

Pandangan agama terhadap amalan berkabung 40 hari

AMALAN BERKABUNG 40 HARI BUKAN AJARAN ISLAM
 
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (sumber: SINI)

Perkara ini perlu diingatkan. Ia bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi banyak negara lain yang ‘berlebihan’ dalam memuja pembesar mereka. Amalan berkabung selama 40 hari dengan pelbagai pantang larang atau pakaian tertentu sempena kematian pembesar negara atau kerabat diraja adalah bercanggah dengan ajaran Islam. 

Perkara-perkara berikut perlu dijelaskan;

1. Dalam ajaran Islam, yang diwajibkan berkabung hanyalah isteri kematian suami iaitu selama 4 bulan 10 hari. Ini telah ditegaskan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Dalam Surah al-Baqarah ayat 234: (maksudnya)

“Dan mereka yang meninggal dunia antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri, hendaklah mereka menangguh (menunggu iddah) selama empat bulan, sepuluh hari..”.

Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda:

“Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya, iaitu empat bulan sepuluh hari” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Berkabung dengan pantang larangnya mempunyai hikmat dan latar sejarah yang tersendiri. Walaupun asalnya amalan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam, namun Islam membuang amalan buruk yang ada padanya dan mengekalkan atau menambah nilai-nilai baik yang dapat menjaga dan memelihara nama baik seorang isteri.

2. Hadis Nabi s.a.w:

“Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

menunjukkan bahawa selain isteri, tidak dibolehkan berkabung melainkan keizinan atau kelonggaran kepada wanita yang kematian keluarga, dengan syarat tidak lebih dari tiga hari. Sebab itu dalam riwayat Zainab binti Abi Salamah, dia berkata,

“Aku masuk menemui Ummu Habibah r.ha iaitu isteri Nabi s.a.w ketika sampainya berita kematian ayahnya Abu Sufyan r.a dari negeri Syam. Pada hari ketiga setelah ayahnya (Abu Sufyan) meninggal, Ummu Habibah meminta minyak wangi lalu mengusapkannya pada kedua sisi wajahnya dan kedua pergelangannya. Beliau berkata: “Demi Allah! Aku sebenarnya tidak berkeinginan terhadap wangian, cumanya kerana aku pernah mendengar Rasulullah s.aw. : “Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya, iaitu empat bulan sepuluh hari”.

3. Telah wafat Rasulullah s.a.w sedangkan para sahabah baginda yang amat mengasihi baginda tidak melakukan amalan berkabung. Telah wafat para khalifah yang sangat mulia; Abu Bakr, Umar, Uthman, ‘Ali dan seluruh para sahabah Nabi s.a.w yang mulia, umat Islam tidak pernah membuat amalan berkabung! Telah meninggal ‘Umar bin ‘Abd al-Aziz khalifah yang agung, umat Islam tidak berkabung. Padahal mereka lebih layak untuk ditangisi dan berkabung –jika diizinkan.

Generasi mereka lebih faham dan menghayati Islam dibandingkan kita. Telah meninggal ramai ulama yang sangat besar dan berjasa seperti para tabi’in, para imam hadis dan fekah, tidak pula umat Islam berkabung. Apakah ada sesiapa yang lebih mulia dari mereka semua untuk kita berkabung?!

4. Maka amalan berkabung sempena kematian pembesar atau kerabat istana bukanlah dari ajaran Islam. Bahkan menyanggahi apa yang ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. Mereka yang meninggal pada hari ini tidak lebih mulia dari insan-insan soleh bermula Rasulullah s.a.w dan selepas baginda. Jika kematian mereka pun umat tidak berkabung kerana mematuhi arahan Rasulullah s.a.w, apakah kita merasai pembesar dan kerabat yang meninggal pada zaman ini lebih mulia dari mereka?! Sama sekali tidak. 

Kepada Allah kembali segala urusan!

---------------
nota kaki:

- perkara ini bagi saya mudah sahaja, jika Al-Qur'an dan Hadis telah JELAS berkenaan sesuatu perkara, mengapa masih dicari sumber yang lain?

- bak kata Ibnu Taimiyyah "setiap orang boleh diambil dan ditolak perkataannya, kecuali Rasulullah S.A.W".

Moga beroleh manfaat (peringatan untuk diri sendiri yang masih diselubungi kejahilan dan kealpaan ini)

Oxford: Hebahan - Kedai gunting untuk lelaki

Petang tadi selepas menghantar Ibu dan Mawaddah ke kelas agama, saya bersinggah sebentar di Cutz, kedai gunting rambut khas untuk lelaki yang baru sahaja memulakan operasinya di Grays Road, dekat Gipsy Lane (Brookes University).

Servis yang ditawarkan adalah memuaskan hati (setelah saya sendiri mencubanya), berharga GBP6, murah 3 pound berbanding Saleem di Cowley Road (yang tukang guntingnya perempuan..hoho).

Kepada rakan-rakan di Oxford yang rambut sudah serabut tetapi sukar mencari kedai gunting yang murah, silalah berkunjung ke Cutz (owner dia pun Muslim - walaupun bersubang je aku tengok!).


Ringkas: ROS, hanya surat tunjuk sebab

Semalam, hari yang agak sibuk, tetapi selepas meeting, saya sempat menjengah laman sesawang untuk "mengambil tahu" sebarang perkembangan terbaharu.

Hangat juga terutama apabila membaca laporan di media alternatif dan bloggers berkaitan pemberian "Surat Tunjuk Sebab" oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

ROS meminta PKR membalas surat tunjuk sebab memandangkan wujud beberapa perkara yang tidak begitu jelas pada pandangan dan pertimbangan pihak ROS.

Respon dari PKR, terutama oleh Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution pula lebih cepat melenting panas dengan mengadakan sidang media dan pelbagai "statement" dikeluarkan di media.

Perkara yang asalnya suatu yang lazim dan "straight forward" untuk sesebuah pertubuhan yang berdaftar dengan ROS (iaitu apabila terima Surat Tunjuk Sebab dan PKR perlu 'jawab' Surat Tunjuk Sebab), bertukar menjadi isu panas (atau cuba dipanaskan), seolah-olah ROS telah mengemukakan satu "Surat Pembatalan" kepada PKR!

Daripada pernyataan Saifuddin di media semalampun, sudah cukup "point" bagi dijadikan jawapan untuk dimasukkan ke dalam Surat Tunjuk Sebab oleh ROS, tanpa perlu ianya dipolimekkan sebegitu rupa, sehingga boleh mengundang pelbagai sangka buruk kepada mana-mana pihak.

Harapnya perkara ini akan selesai dan segala polimek dapat dihentikan segera, bilamana PKR mengemukakan jawapan kepada ROS dalam jangka masa terdekat.

Artikel menarik: Laluan eksklusif bas 212km dapat dibina jika ketirisan RM4.24bilion MRT dielakkan

Mengikut Laporan Kajian CIMB, berasaskan kos RM353 juta sekilometer, kos pembinaan MRT akan mencecah RM53 bilion. KPRU ingin menekankan bahawa RM53 bilion tersebut akan terjelma kepada beban hutang sebanyak RM14,096 oleh setiap pembayar cukai. Projek MRT bukan sahaja merupakan projek terbesar dalam sejarah Malaysia, malah jika tidak diuruskan secara berhati-hati, projek tersebut berkemungkinan menjadi hutang terbesar dalam sejarah negara kita.

Kerajaan sehingga hari ini masih belum menjelaskan mengapakah projek ini tidak dianugerahkan melalui proses bidaan terbuka yang profesional.  Perkembangan terbaru, kontrak Penilaian Kejuruteraan Bebas (Independent Check Engineer, ICE)  telah dianugerahkan kepada konsortium yang bernama HSS Integrated Sdn. Bhd. (HSSI) secara rundingan terus yang dikatakan penuh dengan "tipu muslihat dan komplot".

Baca artikel penuh: SINI

Wednesday, 18 May 2011

Pemilihan PAS: Nasib orang no.2

"kalau ke depan (cabar presiden) dikatakan lawan ketua (dan mungkin akan tewas), tetapi kalau kekal di kerusi no. 2 pula, perlu menangani pencabar (dan mungkin juga akan tewas) sebelum dapat merasa jadi presiden" 

Begitulah rumusan yang saya dapat buat setelah selesai membaca buku bertajuk "Tengku Razaleigh Hamzah - Rahsia Yang Terpendam".

Buku tersebut menarik, kerana selain ianya buku politik, ia turut mengupas perihal insan yang tidak selalunya kita baca kisahnya di akhbar arus perdana saban hari. Tengku Razaleigh (atau digelar KuLi) memang orang yang tepat untuk membicarakan perkara berkaitan "orang no. 2" ini.

PAS: Muktamar Pemilihan 2011

Sebelum saya pergi jauh, ingin saya tonjolkan kembali carta alir berikut, yang pada hemat saya boleh memberikan gambaran penuh, konteks perjuangan serta cabaran PAS untuk tahun ini, hinggalah menjelang PRU ke-13 nanti:

Klik rajah untuk besarkan

Tidak sampai 2 minggu sahaja lagi, PAS akan bermuktamar dengan agenda tahun ini adalah untuk memilih saf kepimpinan "baru". 

Semalam, jawapan siapa calon jawatan dan siapa pencabar telahpun diketahui umum melalui berita di harakahdaily.net (Presiden PAS kekal, 6 layak tanding timbalan) serta akhbar yang lainnya seperti di BHonline (Nasharudin hadapi saingan sengit) dan juga di blog-blog "berbaur" politik.

Laporan Harakah bagaimanapun sedikit umum berbanding laporan di Bharian kerana tidak menyebut jumlah pencalonan yang diterima setiap pemimpin. 

Walau apa jua alasan yang difikirkan pihak Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, adalah menjadi suatu kelaziman dan hasrat calon yang layak bertanding bagi mengetahui "kekuatan" sokongan ahli kepada mereka, sebelum boleh memutuskan sama ada menerima atau menolak sesuatu pencalonan tersebut.

Selain penyandang jawatan no. 2, Nasharudin Mat Isa, beliau pada muktamar kali ini akan dicabar 5 calon yang layak (setelah menerima jumlah pencalonan yang mencukupi) iaitu:

1) Nasharudin Mat Isa (penyandang)
2) Abe Mat (Mohamad Sabu)
3) Azizan Abdul Razak
4) Tuan Ibrahim Tuan Man
5) Salahuddin Ayub (mempertimbangkan untuk tidak menerima pencalonan)
6) Husam Musa (mempertimbangkan untuk tidak menerima pencalonan)

Begitupun, dikhabarkan YB Salahuddin dan YB Husam tidak berhasrat untuk menerima pencalonan ke jawatan Timbalan Presiden (TP), maka perebutan kini adalah secara 4 penjuru.

Menurut laporan BHarian, di antara tiga calon yang berpotensi mencabar kerusi yang disandang Ustaz Nasha ini, Abe Mat Sabu dikatakan "calon favourite" dengan mendapat sejumlah 70 pencalonan daripada 133 bahagian.

Manakala U.Nasha pula menerima 39 pencalonan (malangnya 13 kawasan di Kelantan tidak mencalonkan beliau). 

Seorang lagi calon, Tuan Ibrahim (penyandang kerusi Naib Presiden) pula dikatakan membuat pusingan U (U-turn) setelah mendapat jumlah yang agak memberangsangkan iaitu sebanyak 20 pencalonan.

Senak

Andainya kesemua 3 calon yang menerima pencalonan (Azizan, Abe Mat dan Tuan Ibrahim) memutuskan untuk menerima pencalonan bagi kerusi TP, individu yang "paling senak" ketika ini adalah Ustaz Nasha. 

Ini kerana sudah terlambat bagi beliau untuk cuba mendaki anak tangga yang lebih tinggi (a.k.a mencabar orang no. 1) kerana TGHH telah disahkan menang tanpa bertanding jawatan Presiden parti.

Dengan kemenangan ini juga, saya berpandangan adalah tidak wajar untuk Presiden menonjolkan sokongan peribadi atau kencenderungan menyokong kepada mana-mana calon yang bakal berentap merebut kerusi TP.

Dengan kata lain, TGHH tidak boleh favour mana-mana calon (maknanya U.Nasha dan yang lain-lainnya perlu tampil dengan kekuatan sendiri bagi memenangi sokongan anggota perwakilan setiap negeri).

"Senak boleh jadi sesak" andai menilai jurang percalonan yang diterima antara 4 pencabar ini, dengan favourite adalah kepada Abe Mat (....Abe Mat?), yang meninggalkan U.Nasha dengan 31 pencalonan.

Manakala hanya perbezaan kecil juga memisahkan U.Nasha dengan Tuan Ibrahim (beza hanya 19).

Politik, semua boleh jadi

Sungguhpun jumlah pencalonan tidak boleh menggambarkan 100% jumlah sokongan dan undi perwakilan pada muktamar kelak, ianya sedikit-sebanyak mampu mendorong serta memotivasikan setiap calon untuk gigih menyusun strategi berkempen.

Bagi keempat-empat calon ini, sungguhpun gendang pertandingan sebenar masih belum dipalu, tetapi perlumbaan telahpun bermula selepas pengumuman oleh Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat ini semalam.

Soalan; apakah nasib U.Nasha akan sama seperti KuLi, sebagaimana perumpamaan yang diungkapkan di awal posting ini? 

Bersamalah kita lihat.

Secara peribadi saya sebenarnya lebih berminat untuk tahu apakah kriteria pemimpin yang diinginkan PAS, kerana berdasarkan carta alir di awal posting ini, cabaran yang bakal dipikul oleh saf kepimpinan PAS selepas Muktamar adalah amat besar dan pelbagai, termasuk untuk menjayakan kempennya menggantikan UMNO dan memimpin perubahan dalam Pakatan, yang kini terajunya nampak dipegang DAP (...DAP?).

Sekian.

Tuesday, 17 May 2011

Minyak, candu dan lain-lain

Kejatuhan harga minyak membimbangkan

2011/05/17 - SUMBER

SINGAPURA: Harga minyak dalam dagangan Asia merudum hari ini, berikutan permintaan yang membimbangkan dan dijangka berterusan sehingga memberi kesan terhadap sentimen bahan bakar itu.

Kontrak utama New York, minyak mentah light sweet untuk Jun jatuh 26 sen kepada AS$97.11 setong dan minyak mentah Brent North Sea selesa pada 14 sen kepada AS$110.70. 

Kedua-dua kontrak itu ditutup lemah dalam dagangan Amerika Syarikat (AS), semalam. - AFP

Nota kaki:

1) Andainya harga pasaran minyak negara kita bergantung kepada apa yang berlaku di Amerika, adalah wajar juga sebarang penurunan harga minyak yang berlaku di Amerika seperti hari ini, turut "terkesan" di Malaysia, iaitu harga minyak kita turut diturunkan.

2) Baru-baru ini Amerika menurunkan harga minyak seketika sebelum kembali dinaikkan. Kebanyakan negara maju dilihat mempunyai dan mengimplimentasi mekanisme bagi menaik dan menurunkan harga minyak berpandu kepada pasaran. Tetapi Malaysia tidak begitu jelas, terutama dalam aspek untuk menurunkan harga (bab naik harga cepat, tetapi respon terhadap penurunan harga, perlahan, malah tidak kedengaran).

3) Adakah subsidi minyak/bahan bakar boleh disamakan dengan "candu"? Dan andainya dipersetujui ianya sebagai candu, apakah dengan menghukum penagih candu (rakyat) semata dapat menyelesaikan masalah?

4) Di dalam kes dadah, tangkap penagih ada memberi kesan tetapi alangkah baiknya jika "si pengedar" dadah itu yang dicekup terlebih dahulu, dan barulah terputus rantaian pengedaran dadah tersebut?

5) Soalannya sekarang, apakah untuk menyekat candu daripada sampai kepada penagih, atau mencekup pengedar candu yang lebih utama? 

Sekian

Monday, 16 May 2011

Meraikan Kunjungan Perdana Menteri ke Oxford

Petang tadi, kira-kira jam 3pm saya menunggu bas City4 ke bandar kecil Oxford. Tidakpun sampai 15 minit, saya sudah berada di hadapan Macdonald Randolph Hotel, yang merupakan antara hotel "lama" lagi terkemuka di Oxford.


Kelihatan di pintu masuk hotel, ramai bebudak muda berpakaian segak, berkot, bertali leher dan kasut berkilat.

Pakcik (a.k.a sayalah tu), dengan berseluar jeans biru, dan berkasut kulit coklat (ala caca-marba) dan berkot, selamba memasuki hotel dan terus ke ballroom, mendaftar diri di upacara minum teh bersama Yang Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, yang kini sedang rangka lawatan 2 hari beliau dan 1Lady* ke UK.


Semasa mendaftar, setiap peserta akan diberikan senaskah buku "Jawapan Najib" secara percuma

Kunjungan PM adalah di atas pelawaan OXCIS (Oxford Centre for Islamic Studies) dengan 2 acara penting telah diatur iaitu (1) majlis "menge-teh" di Randolph Hotel, dan (2) syarahan oleh PM yang bertajuk "The Coalition of the Moderate and Inter-Civilization Understanding" bertempat di Sheldonian Theatre.

Hadirin pada sessi menge-teh adalah kumpulan pelajar/cendekiawan/penuntut dari Oxford dan Cambridge University, serta wakil dari UKEC dan pihak kedutaan Malaysia di UK.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan Duta Malaysia (yang pertuturan English-nya sedikit saya sangsikan), dan disusuli dengan ucapan PM.

 PM sedang berucap, pakcik pula sedang melahap

Sejurus itu, hadirin diberi peluang untuk bertanyakan soalan kepada PM (5 soalan jika tidak silap). Semuanya soalan "baik-baik" dan jawapannya sendiri sudah boleh anda agak.

Apapun memang sesuatu yang menarik untuk hadir ke majlis seumpama ini. Majlis meraikan pemimpin negara. 

Kira-kira sejam kemudian, PM berangkat keluar, untuk bergegas ke Sheldonian bagi menyampaikan syarahan pula.



Di majlis itu juga saya sempat mengecam muka beberapa tokoh korporat dari Malaysia yang ikut serta rombongan PM seperti "big boss" CIMB, Nazir Razak, "taikun" Tune Group dan AirAsia, Anthony Fernandes dan Kamarudin Meranun serta ex-CEO Media Prima, Ahmad Farid Ridzuan.

Nazir Razak antara kehormat yang paling awal tiba

 Belakang, dari kiri (Farid, Anthony & Kamarudin yang bertopi merah)

Sayangnya hasrat bertemu dengan 1Lady tidak kesampaian kerana beliau tidak muncul bersama PM.

Tetapi kisah mengenai 1Lady ini akan saya ketahui jua kelak melalui maklumat beberapa "saluran tempatan" yang lazim saya dok bersembang.

Diharapkan dengan lawatan PM ini, kompleks OXCIS yang baru di Marston Road itu dapatlah disiapkan lebih cepat, kerana hampir 13 tahun ianya dirancang dan dibina, tetapi masih tidak siap-siap belum siap, hingga kompleks masjidnya tidak dapat memanfaatkan kariah di sekitar Marston dan Oxford untuk bersolat/beribadat.

Sekian.