Ingat nak buat posting ini lebih awal, tetapi apakan daya, selepas balik Jumaat dan makan, tertidur la pulak.
Secara keseluruhan, plot tanaman kami telah bersedia. Manakala semaian beberapa jenis herbs dan salad telahpun bermula pagi tadi.
InsyaAllah, esok kami akan ke Homebase mendapatkan anak tomato dan terung sebagai melengkapkan jenis sayuran yang ingin ditanam.
Sedikit foto untuk dikongsi.
Mawaddah sekarang telah menukar fesyen rambut....haha (ini foto sebelum)
Hasil kerja se-pagi bersama orang rumah (dia rajin cabut rumput)
Nampak lebih cerah, terang dan bersih
Pohon strawberry 2 tahun lepas punye (dah banyak sangat menjalar)
Biji benih herbs dan salad perlu dilindung jaring bagi mengelak serangan burung
Lagi foto sama
Baki gravel saya gunakan untuk buat pavement ni
Anak sapa lah ni?
Sewaktu kami sedang berkebun, Mawaddah terlalu sibuk dengan rancangan Mickey Mouse-nya hingga tidak mahu keluar rumah.
Meneruskan hobi berkebun adalah di antara sebab kami mencari rumah yang berlaman, selain membolehkan Mawaddah didedah dan diajar mengenai persekitaran secara 'pegang dan rasa sendiri' - macam mana rasa tanah, pasir, daun, bunga, pegang cacing, dengar bunyi burung, berlari dan jatuh, pegang rumput, etc.
Comel.
ReplyDeleteDr bile balik sini? (dah dpt dr kan?)