Saturday, 23 April 2011

Pen yang mesra alam

Kredit kepada Blog Serius (sumber asal: SINI)

"Cut n paste" dari BlogSerius: "Dibawah ialah Pen T&T rekaan Han Chi-hoon, Kim Yeon-soo, Park Byong-gon dan Kim Sung-geun. Tidak seperti pen mata bola yang lain, pena T&T mempunyai 2 kali ganda dakwat dari biasa. Ini adalah kerana rekaan tiub dakwatnya yang berbentuk pusaran (spiral). Dengan penggunaan tiub pusaran lebih banyak dakwat boleh diisikan ke dalam pen. Ada dua kebaikan utama. Pertama sekali pen tahan lebih lama dan penggunaan plastik untuk membuat pen dimasa hadapan dapat dikurangkan. All in all ianya rekaan yang aku rasa nice dan kenapalah aku tak terfikir! It's bloody obvious that this design makes sense! Syabas kepada pereka!"



Nota kaki:


- Bukan sahaja hayat pen ini lebih panjang berbanding pen biasa, penggunaan plastik (kadar buangan plastik) turut dapat dijimatkan sebanyak 50%.

- Ilham menghasilkan pen sebegini sewajarnya boleh dijadikan inspirasi buat para pereka tempatan ke arah menghasilkan rekaan-rekaan yang bukan sahaja mendatangkan manfaat kepada kehidupan kita, tetapi turut mesra alam.

No comments:

Post a Comment