Wednesday, 6 April 2011

Bola & Arak

Petang semalam (jam 7.45 pm) saya menonton perlawanan bola 'Champion League' suku akhir di antara Chelsea vs Man Utd. di iTV3.

Ingatkan ada saluran lain yang turut siarkan satu lagi perlawanan peringkat suku akhir di antara Bercelona vs Shakhtar (keputusan penuh, Barca membenam lawan 5-1 - ini baru sedap tonton, sebab banyak gol), rupanya tiada.

Perlawanan 'ala-EPL' semalam telah dimenangi Man Utd (1-0) hasil jaringan Rooney pada babak pertama.

Bagi para peminat MU di sini, mereka tidak kenal MU selain daripada Rooney (mungkin kerana bintang tempatan mereka tidak begitu menyerlah).

Dalam perlawanan semalam, bintang yang saya kira paling menyinar adalah van der Sar, penjaga gawang MU (umur sudah 40 tahun tidak silap saya), yang bakal bersara akhir musim ini.

Tamat separuh masa dan baru sahaja saya nak angkat kaki ke dapur, diberi laluan untuk iklan - dan iklannya adalah mamat yang muncul dari dapur dengan mengendong (membawa) berbotol beer Heineken (penaja Champion League).

Saya pun tanya orang rumah, apa rasional syarikat arak menaja acara sukan? Bukan sekadar meletak poster jenama arak, tetapi siap iklan untuk tunjukkan minum arak bersama rakan, sambil menonton bola itu amatlah seronok.

Mengapa tidak 'digandingkan' dengan penajaan rokok sekali? 

Kerana realitinya, orang yang berkunjung ke Pub menonton bola akan minum dan merokok sekali.

Adakah disebabkan rokok tidak baik untuk kesihatan dan menjadi punca penyakit kanser?

Bagaimana pula dengan arak?

Lihatlah di pasaraya (di sini). Kalau nak beli rokok, bukan main dikawal - kena beli di kaunter khas. Kotak rokok pula ada peringatan terhadap kanser, siap gambar paru-paru berasap lagi.

Sedangkan arak (beer, wain, cider etc), 'berbaris' panjang di sebelah koridor yang menjual coklat dan 'jajan'. Bukan sahaja mudah dibeli, malah pelbagai bentuk diskaun dan tawaran menarik diberi bagi menggalakkan orang minum arak seperti 'half-price', 'buy one get two free', etc.

Kalau sukan tidak mahu dikaitkan dengan penajaan syarikat rokok, mengapa dibenarkan juga tajaan syarikat arak?

Bukan nak suruh dibolehkan penajaan rokok, tetapi eloklah industri sukan (dan hiburan seperti bola sepak) dineutralkan. Banyak lagi penaja (seperti syarikat penerbangan, bank, syarikat minyak, sains dan teknologi, etc).

Tambahan pula, bola ini sifatnya agak universal di mana ramai golongan kanak-kanak (dan anak muda) turut gemar menontonnya.

No comments:

Post a Comment