Saturday, 30 April 2011
Friday, 29 April 2011
Badminton sudah jadi sukan ganas?
Tak pernah lagi saya baca laporan semacam ini. Lihat ayat yang saya garis merah di foto di bawah.
Klik untuk besarkan
Sumber: dinyatakan pada foto
Meng-Qasarkan solat dalam perjalanan
Musafir
Musafir (atau as-Safar) bermaksud penempuhan jarak - iaitu keluar dari kampung halaman menuju suatu tempat yang berjarak jauh sehingga kerananya si pelaku tersebut dibolehkan untuk meng-Qasarkan (memendekkan) solatnya. (rujuk: Ensiklopedia Solat Menurut al-Qur'an dan as-Sunnah oleh Sheikh Dr. Sa'id bin 'Ali bin Wahf al-Qahthani. Terbitan Pustaka Imam asy-Syafi'i, m.s: 225).
Solat Qasar
Pengertian ringkas solat secara Qasar adalah memendekkan atau mengurangkan bilangan rakaat solat bagi solat fardhu yang empat rakaat menjadi dua rakaat.
Boleh dilakukan untuk solat Zuhur, 'Asar dan 'Isya'.
Meng-Qasarkan solat adalah sedekah daripada Allah, sebagaimana firman-Nya di dalam Surah an-Nisa' ayat 101 yang bermaksud:
"Dan apabila kamu berpergian di muka bumi, maka tidaklah mengapa kamu meng-Qasar solatmu, jika kamu takut diserang orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu musuh yang nyata bagimu."
Dalam hal ini, terdapat satu riwayat dari Abu Ya'la bin Umayyah, di mana beliau menceritakan:
"Aku pernah bertanya kepada 'Umar bin Khathhab: (Allah berfirman) "maka tidaklah mengapa kamu meng-Qasar solatmu, jika kamu takut diserang orang-orang kafir." (Namun sekarang) masyarakat sekarang sudah berada dalam keadaan aman. 'Umar berkata: "Aku juga pernah merasa hairan sebagaimana engkau merasa hairan. Maka aku bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai perkara tersebut. Baginda bersabda: "Ia suatu sedekah yang telah disedekahkan oleh Allah kepada kamu. Oleh itu, terimalah sedekah Allah." (Hadis Riwayat Muslim, Kitab Solat Orang-Orang Yang Musafir, no. 686).
Tuntutan Meng-Qasarkan Solat
1) Amdullah bin 'Umar r.a berkata:
"Aku pernah menemani Rasulullah SAW dalam perjalanannya dan baginda tidak pernah mengerjakan solat lebih dari 2 rakaat (bagi setiap solat). Demikian juga dengan Abu Bakar, 'Umar dan 'Usman r.anhum. (Hadis Riwayat Muslim, Kitab Solat Orang-Orang Yang Musafir, no. 689).
2) 'Aisyah r.ha, menyatakan:
"Ketika solat pertama kali diwajibkan, Allah mewajibkan dua rakaat-dua rakaat, sama ada ketika sedang tidak dalam perjalanan mahupun ketika dalam perjalanan. (Selepas Hijrah Nabi SAW) Solat ketika as-Safar ditetapkan/dibiarkan (2 rakaat), dan solat ketika tidak as-Safar (dalam perjalanan) ditambah (jumlah rakaatnya). (Hadis Riwayat Muslim, Kitab Solat Orang-Orang Yang Musafir, no. 1570).
Imam Ahmad rahimahullah di dalam al-Musnadnya (6/241) menambahkan:
"Kecuali solat Maghrib dan Subuh." (Rujuk nota kaki no. 71, ms. 550, Ensiklopedia Solat Menurut al-Qur'an dan as-Sunnah, oleh Sheikh Dr. Sa'id bin 'Ali bin Wahf al-Qahthani. Terbitan Pustaka Imam asy-Syafi'i).
3) Dari Ibnu 'Abbas r.a., beliau menyatakan:
"Allah telah mewajibkan solat melalui lisan Nabi kalian SAW ketika tidak dalam perjalanan (musafir) adalah empat rakaat dan ketika dalam perjalanan dua rakaat, serta ketika menghadapi rasa takut adalah satu rakaat." (Hadis Riwayat Muslim, Kitab Solat Orang-Orang Yang Musafir, no. 687).
Ingin mengekalkan solat tanpa meng-Qasar?
Menurut sheikh Dr. Sa'id bin 'Ali bin Wahf al-Qahthani, yang menaqalkan daripada Sheikh Abdul Aziz bin Bazz:
"Dasar solat yang pertamanya adalah 2 rakaat, sebagaimana yang diwajibkan Allah Taala, kemudiannya setelah hijrah, Allah SWT menambahkannya 2 rakaat lagi bagi yang tidak dalam perjalanan menjadi 4 rakaat, iaitu pada solat 'Isya', Zuhur dan 'Asar. Adapun solat dalam perjalanan, masih tetap 2 rakaat, iaitu bagi solat 'Isya', Zuhur dan 'Asar (diqasarkan). Dengan demikian, meng-Qasarkan solat (di dalam perjalanan) adalah sunnah mu'akkad kerana tidak ada larangan untuk mengerjakan solat secara lengkap, iaitu 4 rakaat."
(Rujuk: Ensiklopedia Solat Menurut al-Qur'an dan as-Sunnah, oleh Sheikh Dr. Sa'id bin 'Ali bin Wahf al-Qahthani. Terbitan Pustaka Imam asy-Syafi'i, ms: 252).
Walau bagaimanapun, perlu difahami dan diketahui bahawa meng-Qasarkan solat (memendekkannya menjadi 2 rakaat) di dalam perjalanan (musafir) adalah lebih baik dan utama daripada melaksanakannya secara sempurna (tamam).
Ini adalah bersandarkan kepada hadis berikut:
Daripada 'Abdullah bin 'Umar r.a. dia menyatakan, Rasulullah SAW telah bersabda:
"Sesungguhnya Allah suka jika keringanan yang Dia berikan itu dimanfaatkan sebagaimana Dia tidak suka kemaksiatan kepada-Nya dilakukan." (Hadis yang dinilai Hasan menurut Sheikh Muhammad Hashiruddin al-Albani di dalam Kitabnya, Irwaa'ul Ghaliil, 3/9, no. 564).
Wallahua'lam - moga beroleh manfaat!
(kredit kepada Ustaz)
Thursday, 28 April 2011
Akhirnya: Pakcik jadi Pakcik
Alhamdulillah, kupanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana telah memudahkan urusan kelahiran cahaya mata K.Efendy dan Isteri pada jam 05.57 pm tadi (setelah lewat beberapa hari).
Maha Suci Allah, dan tahniah dari kami sekeluarga. Akhirnya daku dan isteri menjadi pakcik dan makcik, Mawaddah pula mendapat sepupu pertamanya - teman untuk bermain.
Moga segala urusan selepas ini terus dipermudahkan Allah SWT. Bersyukurlah dan bergembiralah dengan nikmat pemberian Allah ini.
My lovely niece@28/04/11 - 3.2 kg
Sumpah Eskay & Anwar bukan lelaki itu?
Saya bersumpah lelaki itu Anwar Ibrahim - Shazryl Eskay
28/04/2011 3:51pm
KUALA LUMPUR 28 April - Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini bersumpah atas nama Allah bahawa lelaki dalam rakaman video seks yang didedahkan oleh beliau adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Shazryl Eskay berkata, beliau sedar akan azab yang bakal dilaluinya di hari akhirat kelak jika tuduhan tersebut adalah fitnah, tetapi beliau yakin dia berada di pihak yang benar.
Pada masa yang sama, beliau menjemput Anwar untuk bersama-sama dengannya bagi melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As di Bandar Baru Sentul, selepas solat Jumaat esok. - (sumber: Utusan)
--------------------------------
Perbandingan Foto
Analisa oleh blogger mengenai klip video Part II - Sumber: SINI
Sumber: pada foto
Sumber: pada foto
-------------------------------
Nota kaki:
- Apakah niat sebenar Eskay mencabar Anwar untuk melakukan sumpah laknat, sedangkan proses siasatan masih berjalan oleh pihak PDRM, tidaklah dapat ditentukan.
- Tidaklah pula dapat dibuktikan ketepatan analisa melalui perbandingan foto sebagaimana dibuat blogger di atas, tetapi setidaknya anda yang melihatnya, akan memperoleh serba-sedikit idea (mengenai ciri-ciri pelakunya).
- Saya cuma berharap agar siasatan akan selesai dalam tempoh terdekat, ada orang yang akan didakwa (yang pasti dakwaan untuk kesalahan mengedar bahan lucah sudah terbukti), dan akan ada perbicaraan.
- Siapa yang salah, tidak kira yang menuduh, atau yang dituduh wajar menerima hukuman dan saya yakin dengan tahap kematangan masyarakat kita, akan dapat menerima apa jua keputusan.
- Siapa yang salah, tidak kira yang menuduh, atau yang dituduh wajar menerima hukuman dan saya yakin dengan tahap kematangan masyarakat kita, akan dapat menerima apa jua keputusan.
- Sudah lama politik kita berkembang di sekitar isu berkaitan Anwar, sudah tiba masanya kita keluar, meneroka makna politik yang 'sebenar'.
Sekian.
Khir Toyo: Memuliakan Konsep 1 Melayu 1 Bumiputera
Khir Toyo: Memuliakan Konsep 1 Melayu 1 Bumiputera
(sumber: MerdekaReview)
| Apr 28, 2011 11:39:16 am
1. Seperti yang dijangka majoriti kaum Cina tidak memberi sokongan kepada Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini. Ini bukanlah corak baru atau mengejutkan. Corak pengundian ini telah bermula sejak pilihan raya umum 2008 dan dicerminkan dengan jelas dalam hampir kesemua pilihan raya kecil kecuali di Bagan Pinang.
2. Ramai orang bukan Cina, terutamanya bumiputera, melihat sokongan kaum Cina kepada Pakatan lebih merupakan sokongan kepada pemerkasaan kuasa politik orang Cina melalui Parti Tindakan Demokratik (DAP) bagi menghakis dan seterusnya menghapuskan apa-apa sahaja keitimewaan bumiputera seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia.
3. Bagi orang Melayu sendiri corak pengundian kaum Cina dan dasar DAP yang dilihat anti segala-galanya yang membabitkan kepentingan bumiputera dan agama Islam merupakan satu petunjuk jelas bahawa sudah wujud gelombang mahu memperkasakan kuasa kaum Cina dalam politik setelah mereka menguasai ekonomi.
4. Justeru apakah mahu dipersalahkan penulis Melayu dan orang Melayu jika ada yang menganjurkan slogan 1 Melayu 1 Bumiputera sebagai jawapan kepada pengundian bercorak perkauman sebahagian besar kaum Cina hari ini?
5. Saya selalu bertanya mengapa bila orang Melayu bercakap soal hak pribumi maka ia dianggap sebagai perkauman, tetapi apabila kaum Cina bercakap soal sekolah Cina, bahasa Cina dan ekonomi kaum Cina tidak dianggap perkauman?
6. Malahan, apakah kempen-kempen politik DAP yang mempertikaikan konsep perkongsian kuasa Barisan Nasional kerana dipimpin oleh orang Melayu bukan merupakan satu kempen perkauman? Malangnya tiada pula ada akhbar-akhbar milik kaum Cina menganggap kenyataan DAP tersebut sebagai kenyataan berbaur perkauman.
7. Mengapa apabila ditubuhkan PERKASA maka ia dianggap pertubuhan perkauman, namum ratusan pertubuhan lain yang bersandar dan bertunggakkan kepentingan kaum Cina tidak dianggap perkauman oleh akhbar-akhbar yang dikuasai oleh kaum Cina?
8. Apakah bukan satu sikap perkauman apabila ada kaum Cina yang menggesa dan mendesak bahasa Melayu dijenamakan semula sebagai bahasa Malaysia? Kononnya, nama bahasa Melayu bersifat perkauman dan menyebabkan mereka merasa tidak selesa dan serasi untuk belajar dan bercakap. Mungkin suatu hari nanti apa sahaja ikon kebangsaan yang ada nama Melayu mahu dihapuskan atas alasan tidak mencerminkan konsep 1 Malaysia.
9. Perkauman atau tidak slogan 1 Melayu 1 Bumiputera yang dicadangkan oleh Zaini Hassan (Utusan Malaysia) adalah bergantung kepada pelaksanaan, tuntutan dan kehendak gerakan tersebut.
10. Jika gerakan ini bertujuan menyatupadukan orang kaum Bumiputera demi menjaga kepentingan bumiputera dan Islam, maka ia tidak harus dianggap agenda perkauman. Ia harus dianggap sebagai satu perjuangan yang sah dan mulia.
11. Namun jika ia bertujuan menyatukan kaum bumiputera bagi tujuan menindas dan menghancurkan kaum Cina maka konsep ini harus dianggap perkauman dan ditentang sehabisnya. Saya sendiri tidak akan bersetuju dengan sebarang konsep menindas dan menghancurkan kedudukan kaum lain.
12. Dalam pada itu, ramai juga yang tertanya-tanya apakah kumpulan-kumpulan NGO yang sering menggunakan konsep 1 Malaysia untuk mendesak penghakisan hak-hak bumiputera bukan merupakan satu tindakan perkauman?
13. Mengapa orang Melayu sering dianggap perkauman bila bercakap soal penyatuan Melayu sedangkan kaum lain boleh sahaja bercakap soal penyatuan mereka tanpa bantahan orang Melayu?
*Tulisan ini dipetik dari blog Khir Toyo (gambar kanan), bekas Menteri Besar Selangor.
---------------
Tiada nota kaki
Wednesday, 27 April 2011
Sheikh Zayed Bridge, Abu Dhabi
Petang tadi saya berkesempatan menonton rancangan di Discovery Channel, kali ini melaporkan kerja-kerja pembinaan mercu tanda terbaharu di Abu Dhabi iaitu Jambatan Sheikh Zayed.
Disebabkan saya hanya berkesempatan menonton 5 minit yang terakhir, maka selepas itu saya 'google' bagi mengetahui lebih lanjut apa yang telah saya ketinggalan.
Ringkasan dari wikipedia
- Sheikh Zayed Bridge, sepanjang 842 meter merupakan jambatan ketiga dibina untuk menghubungkan tanah besar dengan pulau Abu Dhabi menerusi terusan Maqta.
- Direkabentuk oleh arkitek terkenal, Zaha Hadid (kelahiran Iraq), dan dikatakan sebagai pembinaan jambatan yang paling kompleks setakat yang diketahui.
- Lengkungan (curved) pada jambatan ini mengambil inspirasi dari kubah gunung padang pasir.
Beberapa foto menarik mengenai jambatan ini untuk dikongsi. Sumber foto adalah pelbagai dan dinyatakan pada bahagian akhir posting ini.
Sumber foto (Source of each photo):
4) ARUP. com
Monday, 25 April 2011
Sunday, 24 April 2011
Bacaan ringan: Pabila Pak Long Hangat Hati Sama VC UUM
"Memang padan pun Ust Azizan paku UUM. Dah la menumpang dok di Kedah, lepas tu tak reti hormat tuan rumah. Kalau nak hina tuan rumah pun, sedar-sedar la sikit. Kita orang Melayu sama-sama Islam, jangan dok perlekeh satu sama lain. Wahai Mustafa Ishak, kita sama Melayu, sama Islam. Cukup la hang tendang Nordin Kardi bekas VC hang ke UPSI, jangan la dok buat hal dengan kerajaan Kedah pulak. Harap-harap reti la sama hormat satu sama lain."
- Pak Long, Warung Nasi Lemak, Pokok Kayu.
Baca artikel penuh (SINI) bagi mengetahui apa yang membuatkan Pak Long begitu hangat hati nih! Chee cherite...chee cherite....
Berhujung Minggu
Hoho, minggu ini 4 hari cuti (termasuk 2 hari cuti Sabtu & Ahad) - Jumaat & Isnin adalah Bank Holiday.
Cuaca pula Alhamdulillah amatlah baik. Sempatlah Ayah dan Mawaddah bersantai di laman belakang sambil membaca buku, minum coke, makan asam dan main komputer.
Cuaca hari ini memang 'superb'
Aaaa...Elephant Ayah.
Dia memang suka membaca (buku yang sama)
Tong biru (kitar semula kertas, kotak, kaca, plastik), tong hijau (sampah dapur) dan tong coklat (garden waste)
Hari ini (Ahad) berkesempatan pula menjemput beberapa rakan datang bertandang ke rumah untuk makan-makan dan bersembang.
Biarpun trip kali ini merupakan 'regu baru' (regu lama semua dah balik Malaysia), pelbagai topik menarik telah dikongsi bersama.
Sembang juga hangat setelah semua orang dijamu nasi biryani ayam special, bandung cincau dan aiskrim.
Terima kasih Zul, Nazri dan isteri dan Mat Yi sekeluarga kerana dapat meluangkan masa sekalipun menerima notis singkat dari kami.
Saturday, 23 April 2011
Pen yang mesra alam
Kredit kepada Blog Serius (sumber asal: SINI)
"Cut n paste" dari BlogSerius: "Dibawah ialah Pen T&T rekaan Han Chi-hoon, Kim Yeon-soo, Park Byong-gon dan Kim Sung-geun. Tidak seperti pen mata bola yang lain, pena T&T mempunyai 2 kali ganda dakwat dari biasa. Ini adalah kerana rekaan tiub dakwatnya yang berbentuk pusaran (spiral). Dengan penggunaan tiub pusaran lebih banyak dakwat boleh diisikan ke dalam pen. Ada dua kebaikan utama. Pertama sekali pen tahan lebih lama dan penggunaan plastik untuk membuat pen dimasa hadapan dapat dikurangkan. All in all ianya rekaan yang aku rasa nice dan kenapalah aku tak terfikir! It's bloody obvious that this design makes sense! Syabas kepada pereka!"
Nota kaki:
- Bukan sahaja hayat pen ini lebih panjang berbanding pen biasa, penggunaan plastik (kadar buangan plastik) turut dapat dijimatkan sebanyak 50%.
- Bukan sahaja hayat pen ini lebih panjang berbanding pen biasa, penggunaan plastik (kadar buangan plastik) turut dapat dijimatkan sebanyak 50%.
- Ilham menghasilkan pen sebegini sewajarnya boleh dijadikan inspirasi buat para pereka tempatan ke arah menghasilkan rekaan-rekaan yang bukan sahaja mendatangkan manfaat kepada kehidupan kita, tetapi turut mesra alam.
Thursday, 21 April 2011
Punca masalah air di UUM...adalah oleh UUM
“Saluran paip lama sudahlah kecil bocor pula sepertilah tapak tangan kecil menadah air terjun.” - MB Kedah.
Oleh: Amelia Hashim
ALOR SETAR, 19 April - Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak akan menghadapi masalah bekalan air sekiranya pihak pengurusannya mendengar nasihat Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) supaya mengstruktur semula atau naiktaraf infrastruktur pembekalan dan saluran paip air institusi berkenaan.
Infrastruktur bekalan air berkenaan seusia dengan pembinaan UUM 27 tahun lalu yang bukan sahaja tidak mampu menampung peningkatan jumlah penghuninya dari tahun ke tahun malah air itu mengalami kesusutan (non revenue water) sebanyak 43 peratus kerana kebocoran paip.
Tegasnya lagi, walaupun mereka membelanjakan RM100,000 sebulan, air yang diperolehi daripada tangki air Syarikat Air Darul Aman (Sada) adalah percuma dan mereka hanya belanja kos pengurusan.
“Kemudahan air yang ada adalah yang disediakan semenjak universiti itu dibina di mana untuk penghuninya seramai 10,000 orang. Sebaliknya sekarang penghuninya meningkat kepada 30,000 termasuklah pelbagai kolej, fakulti, hotel dan padang golf,” kata Menteri Besar YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak pada media di pejabatnya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas pendedahan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar UUM Profesor Madya Dr Mohd Amy Azhar Mohd Harif yang mendakwa UUM membelanjakan RM100,000 sebulan bagi menguruskan bekalan air bersih untuk kegunaan 25,000 pelajar dan 5,000 kakitangannya.
Menurut Dato’ Seri Ustaz Azizan, pihak pengurusan UUM sepatutnya mengambil contoh dari apa yang dilakukan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia yang menaiktaraf infrastruktur semula loji serta pembesaran saluran paip.
“Saluran paip lama sudahlah kecil bocor pula sepertilah tapak tangan kecil menadah air terjun,” katanya.
Ini kerana Loji Air Padang Sanai mampu mengeluarkan air sebanyak 50 juta liter padu sehari untuk bekalan ke UUM dan Bukit kayu Hitam sebanyak 35 juta liter padu, Durian Burung 10 juta liter padu dan sekitar Padang Sanai sebanyak 5 juta liter padu.
Justeru itu UUM tidak akan hadapi masalah air sekiranya mendapat nasihat pakar dengan menaiktaraf infrastruktur bekalan air di dalam kawasan mereka.
- Sekarang ini, pihak mana yang sebenarnya telah mempergunakan institusi keilmuan dan para pendidik bagi memenuhi agenda dan "kepentingan politik" mereka?
- Nasihat saya, "biarlah kita silap dalam bersangka baik (terhadap kerajaan Kedah), daripada kita silap dalam bersangka buruk (sebab kepada siapa nak kita minta maaf nanti?)".
Nota kaki:
- Sekarang ini, pihak mana yang sebenarnya telah mempergunakan institusi keilmuan dan para pendidik bagi memenuhi agenda dan "kepentingan politik" mereka?
- Nasihat saya, "biarlah kita silap dalam bersangka baik (terhadap kerajaan Kedah), daripada kita silap dalam bersangka buruk (sebab kepada siapa nak kita minta maaf nanti?)".
Menuruti Sunnah
Kredit kepada Ust. Khairi
Perkataan Para Imam
1) Dalam setiap permasalahan, apabila seseorang ahli hadis itu menjumpai sebuah riwayat yang sahih daripada Nabi SAW dan riwayat itu pula bertentangan dengan ajaran aku, maka aku menarik kembali ajaran aku yang asal tadi sama ada pada ketika aku masih hidup atau apabila aku sudah meninggal dunia nanti.
(Kata-kata oleh as-Syafi'e Rahimahullah. Riwayat Ibn al-Qayyim di dalam I'lam al Muwaqqi'in, jilid 2, ms. 363)
2) Apabila kamu dapati di dalam buku-ku sesuatu yang bertentangan dengan hadis Rasulullah SAW maka berpeganglah kepada hadis tersebut dan tinggalkanlah apa yang telah aku katakan itu (atau tuliskan).
(Kata-kata oleh as-Syafi'e Rahimahullah. Riwayat al-Khatib al-Baghdadi di dalam al-Ihtijaj bi al-Syafi'e, jilid 8, ms. 2 dan al-Nawawi di dalam al-Majmu' Syarh al-Muhazzab, jilid 1, ms. 63)
3) Saya mengambil (hukum agama) dari kitab Allah (al-Qur'an); Apa yang telah saya tidak temui dalamnya, maka saya ambil dari Sunnah Nabi SAW. Jika saya tidak temui dalam kitab Allah atau Sunnah Rasulullah, nescaya saya ambil pula pendapat sahabat-sahabatnya.
(Abu Hanifah Rahimahullah, Riwayat al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, jilid 13, ms. 368)
4) Apabila aku mengeluarkan sesuatu pendapat yang bertentangan dengan al-Qur'an dan al-Sunnah, maka tinggalkanlah pendapat aku itu.
(Kata-kata oleh Abu Hanifah Raimahullah, Riwayat Salih al-Fulani di dalam Iqaz al-Himam, ms. 50)
5) Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur'an dan al Sunnah maka ambillah ia. Manakala yang tidak selaras dengan al-Qur'an dan al-Sunnah, tinggalkanlah.
(Kata-kata oleh Malik bin Annas Rahimahullah, Riwayat Ibn 'Abd al-Barr di dalam Jami' Bayan al-Ilm, jilid 2, ms. 32)
6) Jauhilah pendapat orang-orang yang (mengeluarkan pendapat) berdasarkan akal fikiran kecuali jika sudah disepakati oleh para ulama' (Ijma'). Ikutilah al-Qur'an yang telah diturunkan kepadamu oleh Tuhan kamu dan ikutilah Hadis yang telah diturunkan kepadamu oleh Nabi kamu.
(Malik bin Annas Rahimahullah, Riwayat al-Sya'rani - al-Mizan al-Kubra, jilid 1, ms. 188)
7) Setiap orang boleh diambil dan ditinggalkan perkataannya kecuali Rasulullah SAW.
(Ibnu Taimiyyah Rahimahullah, Rof' al-Malam 'an A'immat al-A'lam)
Penutup
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" - (Surah al-Ahzaab 33:21).
"Barangsiapa yang beramal dengan amalan selain dari cara kita (Rasulullah bersama sahabat), maka ianya tertolak." (Hadis Riwayat Muslim, no: 1718).
Sesungguhnya Allah menjanjikan kemenangan kepada mereka yang beramal dengan amalan yang soleh (amalan yang benar), yang disertakan dengan akidah yang sahih.
"Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (Wahai umat Muhammad) bahawa Dia (Allah) akan menjadikan mereka berkuasa memegang pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: yang berkuasa; dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka; dan ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh), mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka (fasik). - Surah an-Nuur: 55).
Wallahua'lam.
Wallahua'lam.
Harga tiket perlawanan akhir 'Champion League'
Presiden UEFA, Michel Platini, telah memohon maaf di atas kenaikan harga tiket perlawanan akhir Liga Juara-Juara yang bakal berlangsung di Studium Wembley bulan hadapan, dan berkata pihaknya akan mempertimbangkan pakej lebih murah kepada kategori famili yang ingin mendapatkan tiket-tiket berkenaan.
Buat waktu ini, harga tiket bagi perlawanan akhir paling murah, yang akan dijual bermula 28 Mei ini adalah GBP150, ditambah pula GBP26 untuk kos pendaftaran (total, GBP176 / RM880).
Manakala, harga tiket paling murah untuk pakej 1 dewasa + 1 kanak-kanak pula adalah GBP338 (RM1,690).
Manakala, harga tiket paling murah untuk pakej 1 dewasa + 1 kanak-kanak pula adalah GBP338 (RM1,690).
Platini, semasa ditemui di London berkata: "Ianya suatu kesilapan. Ianya tidak bagus. Namun, tidak mudah untuk memilih kadar harga terbaik bagi tiket-tiket terbabit. Kami telah menerima kira-kira 200,000 permintaan bagi 10,000 tiket dan sekarang di pasaran gelap tiket-tiket ini akan berharga 10 kali ganda berbanding apa yang telah kami putuskan."
Tambah beliau lagi, "Mungkin di masa hadapan kami perlu mewujudkan kategori lain untuk pakej famili yang lebih mampu berbanding sekarang." - olahan & terjemahan (i, Thursday April 21, 2011: 51).
Doa ziarah orang baru dapat anak
Andainya hari ini anda akan menziarahi sahabat yang baru sahaja dikurniakan cahaya mata, berikut adalah panduan yang ditunjukkan Islam, bagaimana kita yang datang berziarah boleh ucapkan, dan doa balas oleh pihak yang diziarahi (iaitu sahabat yang baru dapat anak itu).
Ucapan Selamat (yang datang ziarah) - Doa perlindungan kepada anak, apabila Baginda Rasul SAW berdoa untuk perlindungan Hasan dan Husain, baginda membaca:
terjemahan - "Aku berlindung kepada Allah untukmu berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, dari segala Syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat." (Hadith riwayat Al-Bukhari 4/119).
Si keluarga yang diziarahi pula membalas doa yang diucap pihak ziarah dengan membaca:
terjemahan - "Sedang orang yang diberi ucapan selamat membalas dengan mengucapkan: "Semoga Allah juga memberkatimu dan melimpahkan kebahagiaan untukmu. Semoga Allah membalasmu dengan sebaik-baik balasan, mengurniakan kepadamu sepertinya dan melipatgandakan pahalamu." (Lihat Al-Adzkar, karya An-Nawawi, halaman 349, dan Shahih Al-Adzkar Nawawi oleh Salim Al-Hilali 2/713).
Andainya sebelum ini ucapan pertama kita kepada sahabat yang baru dikurniakan cahaya mata adalah: TAHNIAH! Congrats! Wah, lawanya anak engko! dan segala macam lagi.
Kali ini cubalah para sahabat semua mengucapkan doa yang tersebut, sebagai tanda kita cinta dan kasih kepada junjungan besar Rasul SAW dan mengikuti Sunnahnya.
Sekian.
Wednesday, 20 April 2011
Email 1Malaysia pulak dah...UPDATED
Dewasa ini slogan 1Malaysia telah menjadi begitu popular. Kemana-mana kita pergi, tempat kita lalui, orang akan bercakap mengenai 1Malaysia. Kita akan melihat banyaknya tercetak billboards, poster, rancangan-rancangan di kaca TV mengenai 1Malaysia.
Suka atau tidak, orang telah dan masih bercakap mengenai 1Malaysia. Jika anda cakap yang anda tidak suka dengan 1Malaysia, jelasnya anda bercakap mengenai 1Malaysia - iaitu dari perspektif yang berbeza.
Samalah keadaan ini bilamana kita sekarang telah tidak lagi dikenali sebagai orang Melayu, atau orang Cina, atau orang India, Iban, Dayak dan sebagainya (pengenalan mengikut kaum), melainkan kita kini dipanggil sebagai orang Malaysia, atau untuk lebih tepat, orang 1Malaysia.
Barangkali inilah juga puncanya politik perkauman telah ditolak rakyat dan tidak lagi bertapak di negara kita, disebabkan semua kita adalah sama, warga 1Malaysia.
Pelbagai insentif telah digerakkan kerajaan ke arah memperkasakan lagi penerapan nilai-nilai 1Malaysia kepada rakyat. NKRA, KPI, PEMUDAH, PEMANDU, NEAC hanyalah sebilangan kecil daripada agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan bagi memastikan 1Malaysia mencapai sasarannya - total innovation.
Semuanya dibuat berlandaskan prinsip kesaksamaan dan kebajikan rakyat seperti pengenalan Klinik 1Malaysia, Insentif cukai 15% bagi profesional yang kembali bertugas di Malaysia, Amanah Saham 1Malaysia, 1MDB, kad diskaun pelajar 1Malaysia dari KTMB, netbook 1Malaysia, dan yang terbaharu, projek email 1Malaysia (disediakan untuk setiap warga berumur 18 tahun dan ke atas).
Sekali pandang, pengurniaan email secara percuma untuk setiap warga Malaysia ini adalah sesuatu insentif yang baik - kerana ianya percuma dan sebagai tanda kerajaan prihatin dengan rakyatnya.
Dua kali pandang pula, kita akan bertanya sendirian: bukankah penyedia khidmat email lain seperti google/Gmail, Yahoo, MSN juga turut menawarkan khidmat untuk membuat email secara percuma?
Menurut akhbar arus perdana, sebagaimana dibaca di sini 'Email 1Malaysia tidak guna wang awam - Najib', merupakan inisiatif 'sukarela' sektor swasta tanpa mengambil dana awam.
Respon dari FB, ramai yang masih skeptikal kerana sejak bilakah pula sektor swasta yang berpaksikan keuntungan (profit driven), ingin berkhidmat dengan penuh sukarela seperti "tiada udang di sebalik batu"?
Sekalipun PM memberi jaminan bahawa projek email ini tidak menggunakan wang awam (wang pembayar cukai secara betulnya), berita ini, yang juga dipetik dari media arus perdana 'Akaun email peribadi setiap rakyat' memberikan angka RM50 juta, iaitu jumlah pelaburan bagi membina sistem email berkenaan.
Apakah RM50 juta itu wang sektor swasta yang telah secara 'sukarela' diperuntukkan untuk rakyat Malaysia mendapat email percuma?
Atau ianya 'jumlah kontrak' yang dianugerahkan kepada Tricubes Berhad untuk membangunkan sistem email tersebut? - baca laporan bertajuk '1Malaysia Email: Tricubes Berhad dimiliki secara tidak langsung adik Najib'.
Pulak dah...adakah benar? Adakah?
Updated:
- Berikut adalah pernyataan terbaharu CEO CIMB, Nazir Razak bagi menepis dakwaan sebarang bentuk penglibatan langsung CIMB dengan syarikat Tricubes Berhad berkaitan projek email 1Malaysia.
- Baca lanjut di sini: Pelaburan CIMB dalam Tricubes melalui Dana Ekuiti Swasta.
Semak dan imbang!
Updated:
- Berikut adalah pernyataan terbaharu CEO CIMB, Nazir Razak bagi menepis dakwaan sebarang bentuk penglibatan langsung CIMB dengan syarikat Tricubes Berhad berkaitan projek email 1Malaysia.
- Baca lanjut di sini: Pelaburan CIMB dalam Tricubes melalui Dana Ekuiti Swasta.
Semak dan imbang!
Tuesday, 19 April 2011
Apabila lebih kenal KFC daripada ABC
Nasi lemak dimangsakan?
Banyak pihak (sebagaimana respon yang saya baca di FB) masih skeptikal dengan tindakan kerajaan melarang penyajian menu nasi lemak di kantin-kantin sekolah sebagai langkah mengurangkan gejala obesiti di kalangan pelajar.
Secara peribadi saya melihat larangan spesifik sebegini bakal tidak membuahkan hasil sebagaimana yang dicitakan kerana:
- education and awareness: mewujudkan sekatan (makan nasi lemak) kepada pelajar tanpa terlebih dahulu berusaha mendidik dan memberikan kesedaran, bakal menambah susah/menyukarkan pemantauan dan maklumbalas terhadap tahap keberkesanan tindakan ini dibuat pihak berwajib di masa hadapan.
- holistic approach: menangani gejala obisiti di kalangan pelajar sekolah memerlukan pendekatan bersepadu diambil oleh kedua pihak iaitu kerajaan (di sekolah) dan ibubapa (di rumah).
Menyekat pelajar semasa waktu rehat (40 minit tempoh rehat), apakah akan membuahkan hasil, berbanding 23 jam 20 minit mereka di rumah bersama ibubapa?
- Why nasi lemak?: Adakah pihak kementerian telah mengkaji khasiat/nutrisi makanan-makanan lain yang turut dijual di kantin sekolah selain nasi lemak, terutama makanan yang siap diproses seperti nugget? burger? drumsticks? sotong ball? pepsi dan coke? (setidaknya nasi lemak adalah makanan yang dimasak, bukan siap diproses).
Tukar diet
Tentulah ajal dan maut itu di tangan tuhan. Jikalau muda-muda obes pun belum tentu akan mati muda. Tetapi eloklah beringat sebelum kena.
Cadangan berkaitan dengan perubahan sistem persekolahan dan pembelajaran dilihat sukar kerana ia telah rigid buat kesekian lamanya.
Cuma, di pihak pengusaha kantin sendiri, perubahan minda dan kesedaran perlulah ditingkatkan.
Tibalah masanya sajian makanan buat pelajar sekolah kita mengambilkira perubahan diet ke arah yang lebih sihat.
Menu daripada sumber yang siap diproses seperti fish ball, nuggets, etc. mungkin boleh secara berfasa ditukar kepada sandwich yang menggunakan roti serat tinggi (boleh kenyang), beralih kepada air soya berbanding pepsi dan coke, galakkan pelajar beli buah-buahan (tanpa pencicah MSG), dan sebagainya.
Namun, langkah yang dibuat di sekolah ini tentunya akan gagal seandainya ibubapa di rumah tidak mengendahkan peri-pentingnya menyediakan makanan yang seimbang kepada anak-anak.
Kurangkan berkunjung ke KFC atau McD sekalipun anak-anak kita sebelum ini lebih mengenal huruf-huruf tersebut berbanding ABC.
Sumber: SINI
Wassalam.
Monday, 18 April 2011
Peralihan akaun blog
Menurut blog ini (klik), pihak Google telah mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan sokongan untuk pendaftaran masuk ke akaun Blogger menggunakan akaun selain dari Google (a.k.a Gmail) bermula 25 Jun 2011.
Kesahihan khabar ini tidaklah dapat saya pastikan 100% tetapi beliau ada memberikan kaedah atau cara-cara bagi blogger yang ingin menukar akaun pengendali blog mereka kepada hanya akaun Google - lihat aturan 'step by step'yang dilampirkan (klik).
Begitupun, bagi anda yang inginkan kesahihan terhadap hebahan ini, anda perlu rajin meneliti berita-berita terkini dari sumber yang lebih kuat.
Buat masa ini, blog Dr Sepet sedang melalui proses pemindahan admin, ada beberapa aspek yang 'terkeluar' akan dikemaskini di masa yang akan datang.
Harap maklum.
Sunday, 17 April 2011
Jatuh & Bangun PRN Sarawak 2011
Selesai satu, tunggu yang satu lagi
Tahniah diucapkan kepada rakyat di Sarawak kerana telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dan dengan secara aman dan berdemokrasi, memilih kerajaan negeri untuk penggal baru, yang keputusannya telah kita semua ketahui lewat malam semalam.
Tahniah kepada BN kerana dengan segala daya dan kudrat yang ada, dan setelah segala macam jentera digerakkan, akhirnya 'berbayar' dengan kejayaan besar, memenangi PRN dengan majoriti 2/3.
Sumber FOTO
Tidak dilupakan juga ucapan tahniah buat parti-parti yang bertanding dari Pakatan Rakyat kerana dilihat telah berjaya menghadirkan cabaran yang lebih bermakna pada PRN ini.
Sesungguhnya yang menang, tidak menang semua. Dan yang kalah, tidak kalah semua.
Trend undi masyarakat Cina-Bandar
Kejayaan calon DAP memenangi 12 daripada 15 kerusi yang ditandingi ternyata telah menyuntik keyakinan kepada Pakatan untuk meneruskan kerja kuat dan seterusnya berdepan dengan PRU ke-13 tidak lama lagi.
Pencapaian DAP ini juga dilihat jauh lebih baik berbanding nasib calon-calon yang diletakkan PAS (0/5 kerusi) dan PKR (3/49 kerusi).
Malah kejayaan DAP menguasai undi kawasan bandar telah terbukti apabila parti ini berjaya menyapu bersih kesemua 5 kerusi DUN di bawah Parlimen Kuching (ibu negeri) dengan majoriti yang saya kira 'menggerunkan*' iaitu:
1) Batu Lintang - majoriti 8,381 undi
2) Padungan - majoriti 7,880 undi
3) Pending - majoriti 7,595 undi
4) Kota Sentosa - majoriti 4,824 undi
5) Batu Kawah - majoriti 543 undi
*menggerunkan jika mengambilkira kerja kuat BN dengan segala peruntukan projek pembangunan yang diumumkan, undi majoriti yang diperoleh DAP/Pakatan untuk kesemua 5 DUN tadi menjangkau 30,000 undi!
Jika anda tanya saya, BN umumnya boleh bergembira dengan keputusan PRN ini tetapi parti komponen orang Cina dalam BN terutama MCA dan Gerakan, mereka patut merasa 'risau dan gusar' dengan trend ini.
Lihatlah prestasi SUPP (a.k.a parti orang Cina versi Sarawak) yang makin merudum setelah tewas 13 daripada 19 kerusi yang mereka tandingi, termasuklah kekalahan memalukan Presidennya sendiri, George Chan kepada muka baru dari DAP, Sie Kong (majoriti 1,590 undi).
(SUPP adalah mangsa terbaru kemaraan angkatan DAP, yang 3 tahun sebelumnya telah meranapkan langsung Gerakan bagi mengambil alih Pulau Mutiara)
(SUPP adalah mangsa terbaru kemaraan angkatan DAP, yang 3 tahun sebelumnya telah meranapkan langsung Gerakan bagi mengambil alih Pulau Mutiara)
Presiden SUPP, George Chan - sumber FOTO
Sokongan pengundi peribumi
Beban yang bakal dipikul oleh MCA mahupun Gerakan, mungkin tidaklah seberat UMNO jika melihat kepada kejayaan cemerlang parti komponen terbesar BN di Sarawak, PBB yang telah berjaya menang di kesemua 35 kerusi yang ditandingi.
Kini, timbul persoalan:
Apakah para pengundi di Sarawak mahukan Taib Mahmud turun takhta KM, berpandukan 'sokongan yang tidak berbelah bahagi' ini?
Atau apakah Taib sendiri berkeinginan untuk turun setelah melihat sendiri 'sokongan utuh' para pengundi terhadap PBB di bawah kepimpinan beliau?
'Tsunami' yang tidak menjadi
Apa yang dicanang-canangkan sesetengah pihak sebagai 'tsunami politik' semasa tempoh berkempen tempoh hari nampaknya tidak menjadi kenyataan.
Mungkin istilah tsunami yang digunakan itu sendiri nampak sedikit 'grand', dan mungkin di lain kali boleh dipertimbangkan istilah yang lebih realistik seperti 'ribut tropika' atau 'angin lintang'.
Sebagai penutup, kembali kepada apa yang telah saya sebutkan di awal posting ini bahawa "yang menang tidak menang semua, dan yang kalah tidaklah kalah semua".
BN telah menang 2/3 tetapi mereka hilang sokongan para pengundi Cina dan kawasan bandar (MCA dan Gerakan perlu buat homework yang ketat jika ingin menangani kekuatan DAP selepas ini).
PR pula sekalipun gagal menafikan kejayaan 2/3 BN, masih boleh berpuas hati dengan penambahan 8 kerusi berbanding prestasi mereka di PRN 2006, termasuklah kesemua 5 calon dari PAS yang tidak kehilangan wang deposit masing-masing.