Sunday, 27 March 2011

Mawaddah jadi budak pempuan

Pagi semalam (Sabtu), kami (+afi dan nazri) berkunjung ke Finmere Carboot, yang pertama kali memulakan operasinya tahun ini.

Cuaca pada awal pagi agak sejuk dan mendung, tetapi kemudiannya bertukar kepada cerah. 

Menjelang jam 9 am, tempat letak kereta mulai dipenuhi para pengunjung dan orang ramai (a.k.a pembeli yang berpotensi) dilihat mula berasak-asak memenuhi carboot terbabit.

Di antara kami, Mawaddah adalah orang yang paling bertuah kerana pelbagai barang yang bermanfaat telah kami belikan untuknya.

Di samping kain baju 'berjenama' (orang yang kaki carboot akan tahu), anak patung (teddy bear) yang elok-elok juga turut kami 'rembat' (1 teddy hanya 20p).

Kami juga mengunjungi satu keluarga tu yang menjual doll house (rumah anak patung), bermacam doll houses dipamer untuk dijual. Daripada yang setinggi pinggang saya, hingga yang kecil boleh dilipat dan dibawa ke mana-mana.

Berbekalkan GBP 2, sebuah doll house bersaiz kecil (mudah dikemas setelah bermain) telah ibu belikan buat Mawaddah.

Ayah dah cakap awal-awal yang ayah tidak mahu terlibat di dalam permainan doll house (tak kuase...!)

Monchong........

 Tengah bukak almari baju

 Ada 4 sekeluarga (parent, 1 boy, 1 girl)

 Semua perkakas dalam rumah dah 'fit in' dan digam kuat


Positifnya, sudah masuk hari ke-2, Mawaddah masih 'taksub' dengan doll house dia.

Ini kerana ikut pengalaman yang lepas, banyak barang mainan dia end-up dengan Ayahhhhh jugak yang tolong mainkan..(tak kuase).

No comments:

Post a Comment