Friday, 18 March 2011

Jalan-jalan & Buku

Al-Mizan

Alhamdulillah, semalam cuaca elok (cerah), kami kebetulan ada beberapa benda yang ingin dicari di bandar.

Selepas menghantar Mawaddah ke nursery-nya, kami mengambil Bas No.15 ke town centre.


Ramai sungguh orang. Kami terus ke gedung buku, Blackwell Oxford bagi mencari dan membeli buku berkaitan kerja kami.


Jika menaiki bas, kami tidaklah perlu tergesa-gesa mengejar masa, berbanding membawa kereta kerana lebih murah (parking di town centre sekarang mahal betul).

Keluar sahaja Blackwell, terlihat pula suatu pameran Sains dan Kesenian Tamadun Islam "Al-Mizan" bersetentang dengan kedai buku.


Pameran tersebut menampilkan pelbagai alat ciptaan saintis Islam dahulukala untuk kajian bintang, penentuan arah kiblat, jam solar, teropong, kajian mikrobiologi dan ubatan, optik dan banyak lagi.



(nota: patutlah para pengembara dan pedagang Arab begitu maju (advance) dengan menguasai laluan perdagangan utama dunia (rempah dan mineral), beratus tahun di hadapan kemajuan teknologi pelajar Portugis, Belanda, Inggeris dan Peranchis kerana lebih awal mengetahui 'rahsia bintang' di langit yang menentukan arah pelayaran mereka ke seluruh pelusuk dunia).

Sayangnya para pengunjung tidak dibenarkan mengambil foto kerana ada sebahagian bahan pameran merupakan koleksi peribadi dan badan tertentu.

Tambah membanggakan, salah seorang konsultan terlibat di dalam pameran tersebut adalah Dr. Afifi, warga Melayu-Malaysia kita yang berkhidmat sebagai pensyarah di University of Oxford.

Buku

Di Blackwell, saya membeli beberapa buah buku, yang setelah membacanya saya rasa adalah perlu untuk dikongsikan bersama di atas dasar kepentingan ilmu.

1) Graci, S. and Dodds, R. (2010). Sustainable Tourism in Island Destinations. Tourism, Environment and Development Series. London: Earthscan Ltd.



- Mengupas cabaran-cabaran ke arah mencapai kemapanan dalam aktiviti pelancongan, spesifiknya di destinasi pelancongan pulau.

- Menghuraikan faktor-faktor kejayaan bagi pelancongan pulau (berpandu kes-kes kajian). Menariknya, faktor kejayaan inilah juga yang mendasari beberapa destinasi pelancongan di negara kita seperti Homestay, ecotourism dan agritourism untuk berjaya iaitu:
+ faktor kepimpinan (atau local champions)
+ pembentukan organisasi yang boleh response kepada kerangka kemapanan pelancongan (organisation)
+ kerjasama strategik
+ penglibatan multi-stakeholders dalam pelancongan (termasuk empowerment)

- cadangan kerangka inovasi ke arah pencapaian agenda pelancongan pulau yang mapan.

2) Singh, K. (2009). Rural Development: Principles, Policies and Management (3rd edition). London: Sage Publications Ltd.


- bagus untuk dijadikan buku rujukan (hampir boleh jadi buku teks) bagi subjek rural development, mahupun rural sustainability atau rural studies. Bahasanya juga mudah difahami. Topik yang dibentang dan dibincangkan pula adalah sebagaimana terkandung pada tajuk buku ini - prinsip, polisi dan pengurusan luar bandar.

3) Brandon, P.S. and Lombardi, P. (2011). Evaluating Sustainable Development in the Built Environment (2nd edition). West Sussex: John Wiley & Sons Ltd.


- hendak beli tapi mahal, jadi saya pinjam dari library. Bagusnya buku ini kerana penulisnya telah bergerak selangkah dari proses untuk mencapai kemapanan iaitu proses 'menilai' kemapanan. 

- ini kerana kebanyakan buku masih lagi tersekat di peringkat untuk 'memahami' apa itu kemapanan, elemen dan prinsip kemapanan.

- dalam buku ini dinyatakan metod untuk membuat penilaian dan cadangan kerangka penilaian.

- bagi saya, ada aspek yang saya mudah faham, tetapi ada yang 'mengelirukan' - mungkin kerana konteks dan fokus yang saya cari berbeza dengan huraian penulis.

Sekian.

No comments:

Post a Comment