Sunday, 9 January 2011

Selamat jalan sahabat (yang ke-2)

Mungkin sekarang ini A.Din, K.Tik dan anak-anak sudah selamat sampai ke Terminal 4, Heathrow Airport.

Untuk beberapa jam berikutnya, mereka akan terus (bersemangat) menunggu penerbangan MH ke Kuala Lumpur jam 10 malam ini (waktu UK).

 kiri: 'dekan' Ghows, Af dan Pak Din (Sabtu, 8/1/11)

Perkenalan kami dengan Din sekeluarga telah bermula agak lama, awal 2009 jika tidak silap saya.

Sepanjang perkenalan, Din yang saya perhatikan, adalah seorang yang mudah didekati, 'kaki sembang' (dan suka cakap direct).

Kerana itulah, dia boleh berbicara pelbagai topik dengan pelbagai orang, dan sesiapa yang bertandang ke rumahnya memang tidak akan kering gusi kerana akan sentiasa ada topik untuk disembangkan.

 Makan-makan, sembang-sembang (tiada dalam foto - Saiful dari Reading University)

Banyak kenangan yang sempat dirakamkan sepanjang perkenalan kami - berjalan-jalan ke Cornwall, carboot dan petik buah, antaranyalah.

InsyaAllah, segala kenangan tersebut akan tetap  terpahat di ingatan kami.

Dan segala budi-baik Din dan keluarga kepada kami, Allah Taala jualah yang bisa membalasnya.

Akhir kata, selamat kembali ke kampus buat sahabat berdua (Trans-Kerian?) dan memulakan karier, mendidik anak bangsa. Moga segalanya bermula dengan langkah kanan (baik dan lancar). 

Selamat jalan wahai sahabat!

 Sekadar hiasan - Oxford Central Mosque, Manzil Way

-------------------
Dr. Sepet
Headington, Oxford
9 Jan 2011

No comments:

Post a Comment