Tuesday, 18 January 2011

Politik itu satu eksperimen?

Politik itu satu eksperimen.  Parti yang berazam melakukan perubahan dan pembaharuan haruslah berani untuk menjalankan eksperimen.  

Idealisme pembaharuan tidak akan terlaksana tanpa keberanian untuk menjalankan eksperimen.  

Namun eksperimen politik tidak sama dengan ekperimen makmal yang dapat menetapkan faktor-faktor tertentu sebagai "independent variables" dan "dependent variables" untuk satu jangka masa tertentu.

Eksperimen politik tidak wujud dalam kekosongan.  Konteks masyarakat, nilai, dan sistem merupakan antara faktor penting yang mempengaruhi keberkesanaan sesuatu eksperimen politik.  

Tanpa mempedulikan konteks berkenaan, kebarangkalian sesuatu eksperimen politik menemui kegagalan adalah tinggi.  

Apabila kebarangkalian kegagalan terlalu tinggi, kita katakan idealisme di sebalik ekperimen itu bersifat utopia.

Meskipun begitu, eksperimen politik adalah perlu terutamanya untuk negara kecil bergelar Malaysia yang mempunyai peratusan populasi belia yang cukup tinggi.  

Menurut Kementerian Belia dan Sukan, golongan belia adalah merujuk kepada mereka yang berumur antara 15 hingga 40 tahun.  

Fakta rasmi kementerian pada tahun 2010 menunjukkan bahawa golongan belia dianggarkan seramai 11.9 juta orang atau 41.5% daripada keseluruhan penduduk Malaysia yang berjumlah seramai 28 juta orang.

No comments:

Post a Comment