Saturday, 10 July 2010

Piala Dunia 2010: Siapa bakal gigit jari

Petang ini akan berlangsungnya perlawanan akhir Piala Dunia 2010 yang menemukan 2 gergasi dari benua Eropah iaitu Sepanyol dan Belanda.

Saya minat imej pasukan dan peminat Belanda, namun kedua-duanya bukan pilihan peribadi saya untuk bertemu di final Piala Dunia kali ini.

Siapa menang? tiada satu pun orang yang tahu, hinggalah wisel akhir dibunyikan pengadil dari England nanti.


Masih teringat kata-kata seorang pengulas sebelum sepak mula separuh akhir di antara Sepanyol dengan Jerman tempoh hari. Beliau melabelkan Sepanyol sebagai "pasukan yang mampu mencipta kemenangan melalui permainan teruk/bawah pencapaian".

Ada benarnya juga kerana malam itu kedua-dua pasukan menampilkan satu perlawanan yang membosankan. Akibat bermain di bawah pencapaian, Sepanyol menang dan Jerman tersingkir.

Andainya Jerman bermain seperti perlawanan sebelumnya (melaukkan England dan Argentina), pasti pertemuannya dengan Sepanyol akan sama menarik.

Bagaimanapun, Jerman berjaya menemukan semula rentak "permainan lazim" mereka sewaktu bangkit menumpaskan Uruguay dalam perlawanan penentuan tempat ke-3 petang semalam.

Untuk Jerman, bersama kita saksikan kemajuan kerja bintang muda mereka seperti Ozil, Muller dan yang lain-lainnya di Brazil 2014 nanti.

Untuk petang ini, harapnya sang Matador akan dapat mendepani tentera Oranje yang bakal membadai Soccer City Stadium, Jo'burg.

No comments:

Post a Comment