Friday, 25 June 2010

Main di taman: Mawaddah dah tak mengamuk!

Alhamdulillah, cuaca begitu baik sepanjang hari ini (malah sepanjang minggu ini juga!).

Sekali lagi kami meluangkan masa (dengan bersama-sama Ruslan sekeluarga - Rosly tidak berkelapangan) beriadah di South Park yang terletak berdekatan rumah.

Kami tiba awal berbanding Lan, makanya, puas hati jugalah Mawaddah bermain-main buaian.

Memang syok/'high' - saya pun turut mencubanya

Memang pening - saya rasa sebab saya yang pusingkannya

Aksi berani budak pening

Setelah Lan tiba, kami bergerak ke padang yang lebih lapang. Hampar tikar dan keluarkan bekalan makanan yang masing-masing bawa. Ibu Mawaddah gorengkan popiah dan Ida buat bihun goreng dengan 'fish fingers'.

Makan, jangan tak makan dulu

Posing istimewa daripada Alia

Mawaddah pulak buat-buat malu/manje la konon

Dah lama tu baru serasi bermain

Tengah tengok belon udara panas 'Virgin'

Tuu..tuu...sorang tunjuk sana - sorang lagi tunjuk sana




Kongsi makanan?

Mungkin tidak...!

Alhamdulillah, bersyukur sangat sebab kali ini Mawaddah berkelakuan baik dengan tidak lagi mengamuk, mahupun menangis semasa ingin balik ke rumah.

Tiba di rumah saya menyiram tanaman yang ada di laman belakang. Setelah diperhati dekat nampaknya strawberi kami mulai masak (jadi warna merah, haha). Manakala salad dan sayuran lain juga turut boleh dituai hasilnya.

Tunggu sehari-dua lagi boleh pakat-pakat tahu apa rasa dia...



Mix lettuce ini pun telah cukup umur untuk dituai hasilnya - organik, dan sendiri tanam. Sekian.

No comments:

Post a Comment