Saturday, 22 May 2010

Update berkebun - Mei 2010

Semalam kami meluangkan sedikit masa untuk menjalankan kerja-kerja merumput dan membaja tanaman di belakang rumah.

Hari sebelumnya saya telah memulakan kerja-kerja merumput ini, dan semalam orang rumah yang bantu selesaikan.

Alhamdulillah, tanaman salad telah membuahkan hasil. Tuaian pertama telah dibuat hari Khamis lepas, cukup untuk 4 orang makan - tuaian awal penting bagi membolehkan daun-daun baru yang lebih elok/lebar dihasilkan.

Sebahagian salad yang ditanam di dalam bekas

Tomato juga sudah mula berbunga


Selain tanaman dalam bekas, yang di atas tanah juga nampaknya telah membesar. Jika bulan lepas saya agak skeptikal (dan berkira-kira akan ada yang 'pupus' dek cuaca sejuk), kini anak-anak sayur ini mulai membesar dengan baik.


Strawberry yang ditanam tahun lepas juga telah mula berbunga

Lobak dan bawang juga mula membesar



Terdapat juga pelbagai pokok bunga yang berwarna-warni berkembang sekitar laman belakang. Namun, tidaklah kami tahu akan nama mahupun spesisnya.



Mawaddah tidak banyak 'membantu' kerja-kerja berkebun kali ini. Awal minggu lepas balik umrah tu adalah juga dia menyepahkan alatan berkebun dia, mandi tanam dan sebagainya.

Selepas 2 orang makcik dia tiba dari Malaysia awal minggu ini, sibuklah dia bermain dengan makcik-makciknya.


Hari ini kami sempat berkunjung ke carboot di Bicester. Hasil 'tangkapan' agak baik, namun banyak yang dicari masih belum ditemui. Untuk Mawaddah, ibu telah belikan suatu permainan yang agak besar, berwarna hijau, berbentuk buaya dan perlu dimainkan oleh 2 orang.

Siapalah seorang lagi yang perlu 'diregukan' dengan Mawaddah nanti ye?

No comments:

Post a Comment