Friday, 26 March 2010

Salam dan ingatan

Makna salam

Tadi saya bersolat Jumaat di Brookes.Sebagaimana lazim, bilik solat kami sendat dan jemaah yang datang bersolat.

Jika tidak silap saya juga, ini sudah masuk minggu ke-3 sahabat kita dari Sri Lanka memimpin solat Jumaat. Alhamdulillah.

Ceramah pendek beliau kali ini menyentuh perihal 'kekuatan memberi dan menjawab salam'.

"Assalamualaikum warahmatullah" - Peace be upon you

"Peace - di dalam bahasa kita bermaksud "aman". Atau jika ingin mudah faham "peace = no war", dijamin tidak berlaku perang, perkara yang mendatangkan kemudaratan.

Hal yang boleh mendatangkan mudarat boleh dilihat dari 2 sudut - iaitu mudarat seseorang ke atas seseorang yang lain (di luar kawalan kita), dan kedua, kemudaratan kita ke atas orang lain (yang kita boleh kawal diri sendiri).

Justeru, dengan memberi salam, maksudnya kita memberi jaminan kepada saudara kita yang dia terhindar daripada benda tidak baik, timbul dari diri kita (sebab kita kawal diri kita).

Begitu juga apabila seseorang menjawab salam "Waalaikum-salam-warahmatullah" - aku turut menjamin keamanan buatmu dari perbuatanku, malah lebih baik lagi.

Bayangkan jika setiap muslim memahami dan mengerti betapa kuatnya fungsi salam ini, makanya saya tidak akan memudaratkan orang lain, orang lain juga tidak memudaratkan yang lain (snow ball) dan begitulah seterusnya, hingga semuanya akan beroleh barakah* dan keamanan.

*barakah (berkat) - bercakap tentang barakah ini, tiada perkataan Inggeris yang sesuai untuk dipadankan dengan maksud sebenar barakah.

Mungkin "Bless" - Ohhh...I feel so blessed - tetapi 'bless' itu hanya sebahagian kecil daripada skop sebenar 'barakah'.

Apakah anda gembira dengan hidup anda?

Apakah anda merasa barakah itu di dalam hidup anda?

Pendek ingatan

Saya sengaja tinggalkan persoalan barakah itu. Tafsiran setiap orang berbeza. Ada yang menyatakan rasa barakah itu apabila setiap awal pagi bangun bertahajjud, solat sunat, berzikir, solat fajar.

Selepas itu apabila memulakan hari yang baru, terasa gembiranya hati dan barakah itu 'sampai' di dalam diri dan setiap perbuatan yang dilakukan untuk hari itu, sehinggalah tiba masa untuk bangun awal pagi esoknya mengulangi perbuatan yang sama.

Saya menerima pendapat orang yang kata saya seorang yang pendek ingatan - "short term memory lost". Saya akuinya.

Buktinya, banyak rakan yang bersama masa belajar dulu-dulu di facebook mereka diletakkan foto-foto semasa belajar.

Banyak yang saya tidak ingat, bilakah saya ada di situ? Betulkah saya pernah ada baju itu? Tahun bila majlis itu? Dan bermacam soalan lagi.

Di satu majlis

Seperti majlis di atas

Kadang-kala membaca komen rakan-rakan yang ingat 'detail' segenap peristiwa membuatkan saya berkata sendiri "macam manalah aku boleh tidak ingat ye?".

Namun, baguslah dengan adanya teknologi seperti facebook ini (sayangnya ia produk Yahudi), dapatlah foto-foto lama yang penuh nostalgia dipapar dan dikongsi bersama.

Mungkin lepas ini saya kena tingkatkan lagi doa moga Allah tambahkan daya ingatan saya, bukan sahaja terhadap ilmu yang dipelajari, malah dapat mengingati perkara-perkara yang lain juga - seperti "di satu majlis" di dalam foto tersebut.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment