Sunday, 7 March 2010

Berhujung minggu

Aktiviti hujung minggu ini:

1- Sabtu, kami berkunjung ke rumah A. Din (atau boleh saya panggil, Dr Norazharuddin Shah?) di Wolfson College, Oxford.

Ada dua khabar gembira. Pertamanya, keadaan kesihatan Din makin baik, selepas menjalani pembedahan di bahagian peha/pinggul. Beliau kini sudah boleh berjalan (biarpun masih bertongkat), apapun proses ke arah pemulihan penuh adalah begitu positif.

Keduanya, beliau telah selamat melalui proses 'viva' bagi pengajian Doktor Falsafah yang diikutinya, dan boleh saya kata Din telah lulus dengan jayanya (dengan hanya beberapa pembetulan kecil perlu dibuat). Tahniah!

Kami bukan sahaja tumpang gembira dengan perkhabaran ini, malah ianya turut dijadikan motivasi dan pencetus semangat buat kami dan rakan-rakan lain yang masih berjuang untuk melengkapkan perjalanan mencari ilmu ini (dan dapat PhD, insyaAllah).

2- Ahad, hari saya off-day (tidak bekerja) dan masa ini dimanfaatkan dengan membawa isteri dan Mawaddah keluar ambil angin.

Kami meluangkan masa berenang (Mawaddah terutamanya) di Marston Ferry sports complex. Ibu menunggu di ruang tinjau kolam renang dan saya menemani Mawaddah ke kolan untuk kanak-kanak.

20 minit yang awal, Mawaddah buat muka 'cebik' dan merengek takutkan air. Puas jugalah saya memujuk dia agar letak kedua kakinya dan berjalan di air yang cetek (lagi suam) itu.

Dalam 30 minit selepas berendam, akhirnya dia rasa yakin dan mula berjalan-jalan dalam air tu. Apapun, bilangan kanak-kanak makin bertambah dan dengan perangai bebudak mat saleh ni yang agak kasar dan entah ape-ape, saya terpaksalah angkat kaki.

Sebelum tu, dua anak A. Arfian turut mandi di kolam yang sama (Abdullah dan Bilal). Tapi tiba-tiba je si 'simon poyo' datang dan bagi amaran kat 2 budak ini supaya jangan pakai sular pendek lebih paras lutut. Seluar mesti atas peha atau dilarang dari mandi.

Kesian budak-budak tu.

Apapun, Mawaddah nampak ok (disebalik kesejukan yang memaksa saya menggunakan skill menukar pakaian dia sepantas kilat), mungkin pada kunjungan yang akan datang dapat membiasakan dia dengan air.

Selamat berhujung minggu...

No comments:

Post a Comment