Wednesday, 3 February 2010

Liputan perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim

Jika anda melayari utusan online mahupun berita harian online hari ini, pastinya anda mendapati banyak liputan difokuskan terhadap perbicaraan kes liwat membabitkan ketua pembangkang, D.S. Anwar Ibrahim.

Apapun, ulasan saya ini bukanlah berkaitan dengan perbicaraan dan kes yang sedang berjalan, tetapi lebih kepada cara liputan kes ini ditulis di dalam akhbar.

Pengamal media pastinya maklum bahawa perlu ada penerapan etika yang baik di dalam melaporkan sesuatu kisah di akhbar.

Mereka perlu sensitif bahawa akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian bukan hanya dibaca di kedai-kedai kopi, di tempat menunggu giliran di agensi kerajaan, mahupun para penyokong Saiful dan Anwar.

Akhbar-akhbar ini turut dibaca oleh para pelajar sekolah - rendah dan menengah di seluruh negara.

Liputan sensasi memang menjadi modal untuk melariskan jualan akhbar, namun beberapa laporan yang sensitif dan 'terlalu terperinci', pada saya, tidak cocok untuk ditatap dan dibaca oleh anak-anak pelajar yang berada di sekolah, mahupun yang sedang menetap di 'asrama'.

Lihat contoh 'keperincian' laporan di akhbar hari ini (sini).

Ayat yang ditulis seperti "Can I fuck you today?" tidaklah perlu diwar-warkan kepada golongan remaja yang suka 'meneroka' dan mencuba 'benda-benda baru'.

Ini kerana tanpa kita sedari, di satu tangan kita memberi ilmu (penawar kepada kebodohan), namun di satu tangan lagi kita turut memberi racun kepada (minda) anak-anak muda dan golongan pelajar, yang membaca akhbar-akhbar ini setiap hari di sekolah - melalui program tajaan menggalakkan pelajar membaca akhbar.

Bertindaklah dengan bijaksana. Mungkin ada perkara yang perlu diperincikan, dan ada juga yang wajar diambil secara umum, bagi memelihara minda dan perasaan ibu-bapa dan anak-anak pelajar yang membacanya.

"Dengan nada marah, Anwar kata 'what' (apa)?"

2 comments: