Thursday, 11 February 2010

Jangan cuba lari jika lakukan kesalahan trafik

Sekadar mengingatkan anda yang ingin berkunjung ke Abu Dhabi.

Sesungguhnya jika anda berkesempatan memandu di jalan-jalan raya sekitar Abu Dhabi, (mengekalkan gaya 'bahaya' orang Malaysia memandu kereta) dan secara tidak sengaja melakukan/melanggar peraturan jalan raya, janganlah susahkan diri anda dengan cuba lari daripada ditangkap polis trafik di bandaraya tersebut.

Mengapa?

Jikalau anda memandu Ferarri pun belum tentu dapat mengelak daripada dicekup anggota polis trafik yang bertugas.

Mengapa?

Ini ha sebabnya...

Sebijik macam yang dalam filem 'Transformers', jangan-jangan boleh bertukar jadi robot tak?



Kalau kereta model Chevrolet di atas tu nampak 'lekeh', boleh juga kalau nak cuba dihambat yang ini pula.

Nissan GTi


Kalau akhirnya anda memutuskan untuk hanya berjalan kaki atau berbasikal, jangan ingat anda masih boleh melakukan kesalahan dan lepas lari...


Nampak biasa, tapi berbisa

Sumber foto: email rakan

No comments:

Post a Comment