Tuesday, 9 February 2010

Akhirnya....ditegur juga!

Alhamdulillah, sungutan saya dan pelbagai pihak sebelum ini mengenai cara akhbar melaporkan butiran perbicaraan Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung, akhirnya mendapat perhatian daripada pihak yang berwajib.

Harakahdaily hari ini melaporkan hakim Datuk Zabidin Md Diah telah menegur media berkenaan perkara ini. Klik (sini) untuk membaca berita penuh.

"Saya percaya pada kebebasan media tetapi saya minta laporkan apa yang wajar dilaporkan," - Datuk Zabidin Md Diah (09/02/2010)

Selain itu, hakim terbabit turut meminta agar media tidak mensensasikan butiran-butiran terperinci dan berbentuk sensitif agar tidak menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan masyarakat umum.

No comments:

Post a Comment