Saturday, 5 September 2009

PRK ke-9: Masing-masing bergelumang peluh

Fuhhh....Tidak disangka akan berlaku begitu banyak Pilihanraya Kecil (PRK) selepas PRU ke-12.

Terbaru yang dikosongkan adalah DUN Bagan Pinang, N9 (Allahyarham Azman dari UMNO). Sudah ketentuan Ilahi dalam hal ajal dan maut ini yang tidak mengenal sesiapa jua.

Foto Allahyarham Azman Mohd Noor (sumber)

Tidak lama lagi negara akan sekali lagi menyaksikan berlakunya PRK (siri ke-9).

Namun, kali ini iklim pertembungan sedikit berbeza di mana kerusi Bagan Pinang adalah milik UMNO yang dimenangi melalui bekas penyandangnya.

Jika sebelum ini di dua PRK terakhir (Manek Urai dan Permatang Pasir) ianya dilihat sebagai kerusi pembangkang - yang mana PAS berpeluh jugalah menahan asakan lawan untuk mengekalkan kemenangan, kali ini kita tengok pula adakah UMNO turut berpeluh.

Pertembungan kali ini saya jangka 'akan penuh peluh' jika mengambilkira betapa kritikalnya situasi politik tanah air ketika ini.

PR pastinya berpeluh untuk mempertahankan momentum kemenangan dalam 7 daripada 8 siri PRK dan BN juga berpeluh untuk mengekalkan kerusi yang telah mereka menangi sebelum ini.

Apapun, berpeluh itu baik untuk kesihatan sebab dapat mengeluarkan toksin-toksin berbahaya dalam badan.

Namun harapnya, tiadalah lagi sambungan terhadap episod perarakan 'take beeer' dan 'membawa kepala lembu' ke Bagan Pinang pula. Nanti buat malu agama sahaja.

Bersama kita saksikan apa perkembangan selanjutnya mengenai PRK ke-9 ini dalam beberapa minggu yang akan datang ini.

Wassalam.

(Artikel ini juga turut diterbitkan di blog DAPGerik)

No comments:

Post a Comment