Tuesday, 8 September 2009

Macam pernah jumpe...kat masjid jugak dulu

'Mari tengok...mari tengok...', orang rumah panggil saya naik ke atas sewaktu dia sedang online dengan keluarga di Malaysia.

Saya pun bergegas naik ke tingkat atas rumah kami. Isteri menunjukkan berita dari akhbar utusan online tentang projek menaik-taraf kemudahan dan ruang ibadat di Masjid Asy-Syakirin, KLCC.

'Haa, apa dia?' Tanya saya sebagaimana lazim seorang yang tidak tahu apa-apa.

'Tengok part yang hujung ni' Kata orang rumah lagi.

'Eisyeh! Macam pernah kulihat nama ini...'. Dan sempat jugalah saya baca ulasan 'jemaah ini' yang ditemubual wartawan dari Utusan Malaysia selepas solat Jumaat di masjid tersebut.

Orang rumah kemudiannya mendapatkan versi lengkap akhbar dalam bentuk digital. Dengan segala susah payah, akhirnya beliau berjaya juga mendapatkan berita bergambar (saya waktu itu sedang berenang, a.k.a tidur sebab lama sangat nak tunggu).

'Dah dapat ke?'. Tanya saya sekali lagi persis seorang mamai yang baru bangun tidur.

'Aah', jawabnya ringkas.

Kali ini saya tengok beserta fotonya sekali. Memang sah lah! 'Jemaah ini' lah yang saya jumpa semasa di Masjid pada 03/06/2007 yang sudah, waktu saya menikahi anak perempuannya.

Ayah selalu bersolat di Masjid Asy-Syakirin memandangkan ianya hampir dengan tempat kerja beliau di bangunan KLCC itu.

Yang menariknya, wartawan tersebut telah 'memudakan' umur Ayah untuk beberapa tahun, kira OK lah tu. Memang tak nampak tua lagi pun.

Setelah membaca pandangan yang dilontarkan Ayah dan jemaah lain, adalah suatu keperluan untuk masjid terbabit diperbesarkan (ruang solat) memandangkan lokasinya yang di tengah-tengah zon penjana pekerjaan, dan kawasan tarikan kepada pelancong dan mereka yang datang membeli-belah di KLCC.

Sepatutnya juga, dari awal-awal lagi masjid tersebut dibina lebih besar. Ini kerana jika salah 'pelan pembesaran', bangunan itu nanti akan nampak janggal dan kurang berintegrasi dengan persekitaran sedia ada (selain menjimatkan kos disebabkan kerja 2 kali).

Apapun, lebih baiklah ia dibesarkan dan ditambah dengan kemudahan-kemudahan yang sepatutnya daripada membiarkan lebih ramai jemaah bersolat di kaki-kaki lima dan di bawah pokok, kata Ayah.

Wassalam.

1 comment:

  1. "Memang tak nampak tua lagi pun."

    Puji pak mentua nampak.. *wink.wink*

    Ayah terlebih putih la. nmpk x natural. :)

    ReplyDelete