Wednesday, 26 August 2009

Berpuasa di perantauan

Alhamdulillah, ini merupakan tahun ke-2 kami berpeluang untuk menunaikan ibadah puasa Ramadhan di perantauan.

Apabila tinggal berjauhan dari orang tua dan saudara-mara, kuranglah sedikit kemeriahan berpuasa. Kurang meriah dari konteks tiada aktiviti berbuka puasa beramai-ramai, melawat 'saudara-mara' di bazar Ramadhan, berjalan kaki ke masjid untuk bertarawih dan sebagainya.

Segalanya dibuat ringkas saja. Cuma ada beza berbanding bulan-bulan yang 'tidak puasa' seperti meluangkan sedikit masa di sebelah pagi untuk solat pagi dan mengaji Quran sebelum buat apa-apa aktiviti dan pekerjaan yang lain.

Biarpun makanan untuk berbuka tidaklah semeriah anda yang di tanah air, namun kunjungan ke kedai kebab seringkali tidak menghampakan.

Memandangkan kami asyik pening memikirkan menu apa pula untuk dimasak pada petang ini, makanya sekali-sekala wajar juga membeli yang telah siap dimasak.

Tapi untuk bersahur pun kena masak juga. Nak makan apa bang?.....Errr...pening abang dah datang yang....

Bunga ini tidak boleh dimakan

Hai, kenal saya? Sayalah budak yang tak pose tahun ni..

Saya suka duduk kat dapur dan main dengan bunga-bunga nih..

Kejap ye, saya nak kena tolong ibu siapkan meja..nak masuk waktu berbuke dah..

Huh! Macam best je lauk berbuke petang ni..yum..yum..

Ayam panggang dengan nasi pilau..

Salad pun ade, yang tu fresh dari garden ayah..

Minum pula air mangga..

Ini pencuci mulut - apple puff..

Apa yang korang makan petang ni?

Bukanlah setiap hari membeli makanan dari kedai, cuma apabila buntu memikirkan apa lauk untuk dimasak barulah menapak cari restoran halal.

Mujur jugalah di Oxford ini banyak restoran halal, jadinya tidak sukar untuk orang-orang Islam setiap kali tibanya bulan puasa.

============

Perkara menarik tentang Ramadhan di rumah kami yang saya nampak (selain hal berkaitan ibadah) -

1) Penghasilan sampah domestik (rumah) berkurang sebanyak 2/3 (hanya 1/3 dari kadar biasa). Mungkin kerana kurang memasak.
2) Bekalan makanan dalam peti sejuk bertahan lebih lama.
3) Kekerapan penggunaan dapur, alatan elektrik untuk tujuan masakan dapat dikurangkan.
4) Penggunaan air untuk membasuh pinggan-mangkuk dapat dijimatkan.

No comments:

Post a Comment