Sunday, 30 August 2009

Lawak untuk orang dah kahwin

SEBELUM kahwin - sila baca sampai selesai

=============

Mat: Ya, akhirnya! Ianya satu penantian yang penuh penyeksaan.

Minah: Awak mahu saya pergi ke?

Mat: Tidak! Janganlah berfikir sebegitu.

Minah: Awak cintakan saya?

Mat: Semestinya!

Minah: Pernahkah awak berbohong di belakang saya?

Mat: Tidak! Mengapa awak tanya?

Minah: Mahukah awal cium saya? (18 SX sikit)

Mat: Ya!

Minah: Adakah awak akan pukul saya nanti?

Mat: Mana mungkin! Saya bukanlah jenis lelaki sebegitu!

Minah: Boleh ke saya percayakan awak?

Mat: Ya.

=============

Dan sekarang, untuk orang SELEPAS kahwin, sila baca dari bawah ke atas hingga selesai pula!!

LOLZ!

Kepala lembu: di manakah rasional kita?

Saya buka posting ini dengan firman Allah s.w.t pada Surah al-An'am ayat 108, yang bermaksud:

"Janganlah kamu mencela atau memaki hamun sembahan mereka selain Allah, nanti mereka juga akan memaki hamun Tuhan kamu kerana marah tanpa sebarang ilmu pengetahuan".

Sebelum menjengah komen-komen daripada orang agama, kita tengok laporan oleh Mstar online hari ini: Mukhriz kesal tindakan guna kepala lembu (sumber).

Mukhriz dilaporkan kesal dengan tindakan kira-kira 50 orang pendemo lembu yang mana tindakan secara provokatif (mengapi-api) bukan sahaja telah mencemar kesucian agama Islam yang mereka anuti, malah mereka-mereka ini (pendemo dan NGO di belakangnya) telah menyumbang ke arah kegagalan agenda 1Malaysia ciptaan Pardana Menteri kita sendiri.

- bersambung -

Ingat nak sambung, tapi malas dan masih ada perkara berbangkit yang perlu segera diselesaikan. Apapun, saya rangkaikan beberapa artikel lain yang membicarakan topik yang sama.

Sila rujuk artikel ini (TKO) dan ini (Harakahdaily) dan ini (Utusan). Buatlah penilaian secara rasional terhadapnya.

Seperti diskusi yang saya tonton di BBC1 pagi tadi simpulkan "jangan kita langgar 1 peraturan demi untuk menegakkan 1 peraturan yang lain".

Maksud kata wakil GreenPeace di dalam forum tersebut - "kita sanggup ceroboh janakuasa dan merosakkan sistem bekalan elektriknya demi memastikan ianya tergendala dan terputus bekalan elektrik, yang akhirnya akan mengurangkan pengeluaran karbon yang membahayakan alam sekitar" - buat kerosakan dan di masa yang sama berniat untuk kebaikan (pening).

Wassalam.

Friday, 28 August 2009

Liga Juara Eropah: Undian kumpulan

Inilah rahmat tinggal di luar negara (UK) kerana waktu bolanya adalah mengikut 'waktu setempat'.

Jika sewaktu menuntut dahulu, saya (dan rakan/adik-adik) terpaksa menunggu dan bersengkang mata sehingga pukul 2-3.00 pagi semata-mata untuk menonton bola, kini menonton bola adalah di antara waktu 7.30 petang (masih siang).

Namun, tidak kiralah di mana jua anda berada, aksi kelab dan pemain bola bertaraf dunia di kejohanan utama sebegini sememangnya tidak pernah menghampakan.

Selamat bersengkang mata, LOLZ!

Mengajak lawan jadi kawan

Saya tertarik dengan perkembangan yang berlaku dalam barisan kepimpinan UMNO negeri Terengganu baru-baru ini sebagaimana dilaporkan kedua akhbar arus perdana dan akhbar alternatif.

Kepada PR: "Mahu tapi malu" - ada sesetengah bloggers yang melabelkan begitulah sikap yang masih terpancar melalui percakapan wakil-wakil ADUN UMNO Terengganu mengenai hal ini.

Kepada BN: "Benci tapi rindu" - ada juga bloggers yang melihat begitu mereka masih sayangkan UMNO demi kepentingan mereka, tetapi gagal mencari damai dengan menteri besar mereka, yang juga pemimpin UMNO.

Melihatkan arus pergolakan masih belum reda di kalangan ADUN pro-Idris dan pro-Mat Said, sebagaimana ADUN Ajil, Rosol Wahid nyatakan dalam rakaman temubual beliau di Youtube (biarpun dinafikan Dato' MB dan D.S. Hisham), maka timbul ura-ura untuk 'membawa' ADUN-ADUN terlibat 'menyeberang lari' ke PR (baca: PKR).

Aktiviti memujuk dan 'membantu' ADUN yang bermasalah untuk keluar parti ini bukanlah sesuatu yang asing dan tidak pernah kita dengar.

Telah banyak kes dilaporkan dengan yang terbaru adalah kes ADUN Lunas (Kedah) yang mengumumkan keluar PKR untuk menjadi ADUN 'Bebas'.

Setakat ini, banyak kes ADUN keluar parti adalah untuk menjadi Ahli Yang Berhormat 'Bebas'.

ADUN 'Bebas'

Terma ADUN Bebas ini pada saya sering diguna secara bebas, luwes tanpa kita sendiri benar-benar faham mengenainya.

Adakah 'Bebas' ini bermaksud mereka tidak langsung cenderung kepada mana-mana pihak?

Rasanya tidak begitu.

Ini kerana wujud kecenderungan di kalangan ADUN Bebas ini untuk berkelakuan 'tidak bebas' dengan menyatakan sokongan (minat menyokong) pihak-pihak tertentu.

Justeru, mereka-mereka (ADUN Bebas) ini sebenarnya 'Bebas dalam Tidak Bebas' kerana masih bergantung dan menggantung harap kepada pihak yang lain juga.

Namun sampai bila ADUN 'Bebas' ini ingin hidup di bawah bayang-bayang orang lain dan selama mana mereka ini dapat mempertahankan 'kebebasan' mereka itu?

Ajak lawan jadi kawan

Tidak dapat tidak, kita semua telah melihat bahawa usaha menarik keluar ADUN BN kepada PKR telah gagal. Dan di masa yang sama juga, usaha memperkukuh dan memperkuatkan kembali UMNO negeri juga gagal (sebagaimana komen YB. Rosol).

Timbul persoalan kepada saya, apakah PR atau BN tidak memiliki set kriteria @ garis panduan bagaimana untuk menerima seseorang pemimpin itu menyertai mereka?

Adakah setiap kali krisis berlaku (tidak kira PR atau pun BN), ADUN-ADUN mereka senang-senang saja dipelawa menyertai parti lawan mereka?

Bagaimana pula jika 'lawan' yang ingin dijadikan 'kawan' itu mereka-mereka yang 'berpenyakit' dan 'ada rekod' (akhlak buruk, makan rasuah, suka melawan ketua, etc).

Mungkinkah kemasukan mereka-mereka ini akan 'menyebarkan penyakit' berbahaya mereka kepada pemimpin yang sedia ada?

Dan akhirnya, rakyat dan pengundi sendiri akan melihat bahawa parti yang mereka dokongi itu 'tidak lagi suci' dari segi matlamat perjuangannya, dan lebih teruk lagi, parti kesayangan mereka itu sendiri semakin hari semakin menampakkan 'cerminan' sikap, imej dan prilaku parti lawan yang selama ini mereka duduk tolak setiap kali tibanya PRU dan PRK.

Buat kira-kira


Setiap kita, setiap hari dan setiap masa, perlu membuat keputusan - apa nak masak hari ini, baju apa nak pakai hari ini, nak keluar beli barang makan ke tidak petang ini, etc.

Membuat keputusan telah menjadi 'darah daging' setiap kita sama ada secara sedar atau tidak.

Namun di peringkat yang lebih tinggi adalah wajar pertimbangan yang lebih diberikan kerana kesan atau implikasinya lebih besar lagi.

Makanya, jika setiap kali muncul lagi kisah 'ada ADUN akan keluar parti' - harapnya akan adalah suatu bentuk set kriteria atau garis panduan yang akan digunapakai di dalam membantu membuat pilihan sama ada ingin menerima atau tidak.

Kita bukan sahaja ingin bersih secara luaran (jasmani), tetapi lebih penting kebersihan dalaman (rohani) juga perlu ditekankan.

Rosak rohani, rosaklah jasmani dan akal, akhirnya rosaklah keputusan yang dibuat dan huru-haralah parti dan pentadbiran negara secara keseluruhannya.

Wassalam.

Pergolakan dalaman BN

PM minta MCA selesai segera masalah parti

28/08/2009 10:44am

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu MCA menyelesaikan segera kemelut politik mereka sebelum rakyat bertindak menolak parti itu dan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, konflik yang dihadapi oleh BN amat membimbangkannya kerana MCA merupakan salah satu parti terpenting dalam BN. - Utusan.

Wednesday, 26 August 2009

Pasca Permatang Pasir: Suatu analisa

Dua perkara:

PERTAMA

Saya tidak tahu apa pendapat anda berkenaan hal ini. Namun, jika ditanya saya artikel ini (klik) boleh saya anggap menyediakan kupasan 'paling logik' berkenaan tajuk posting ini.

Saya tidak pernah kenal siapa Amin Ahmad (bekerja di Malaysia Think Tank) dan tidak pernah langsung mengikuti sebarang ulasan, kupasan dan cetusan pemikiran beliau sebelum ini.

Apapun, setelah membaca (dibacakan) artikel beliau berkenaan pasca Permatang Pasir, ini saya merasakan 'ada relevennya' beberapa hujah yang telah beliau kemukakan.

Artikel ini agak panjang, tetapi mungkin berbaloi untuk sesiapa yang berminat.

=================

KEDUA

Berkenaan tindakan Ketua Pemuda PAS (KPP), Ustaz Nasaruddin Hassan yang 'membuka cerita' berkenaan sisi lain kehidupan (rumahtangga) bekas calon UMNO, saudara Rohaizat yang dikatakan memiliki isteri ke-2, yang tinggal di Pahang dan lebih teruk lagi (menurut KPP), dia diabaikan Rohaizat.

Pendedahan ini telah berlegar ke banyak blog pro-PR sepanjang tempoh kempen PRK PP baru-baru ini. Anda mungkin telah membacanya juga.

Saya ingin tahu sejauh mana KPP telah 'menutup lubang' setelah 'menggali lubang'. Pada saya KPP seharusnya berusaha hingga ke penamat dengan mendapatkan pembelaan dan penyelesaian sebaiknya buat 'isteri kedua' itu.

Janganlah setelah membuka aib orang dan mendedahkan wanita tersebut dengan hal-hal rumahtangganya sehingga menjadi cerita umum, kemudian setelah PAS menang, isu dan pendedahan ini tenggelam bersama kemenangan tersebut.

Tiada guna menggali kisah peribadi orang, mempromosinya (sama ada dengan punya kepentingan tertentu mahupun kerana niat yang ikhlas) dan kemudian setelah matlamat (parti menang), pihak/orang yang dijadikan modal itu, terbiar tanpa halatuju dan pembelaan yang wajar.

Namun, jika KPP sendiri telah membuat tindakan susulan untuk membela wanita terbabit menurut lunas-lunas Islam (beliau sebagai pemimpin Islam yang faham akhlak muslim), dan membantu menyelesaikan kes tersebut (jika benar dia isteri ke-2 yang diabaikan), makanya Syabas buat KPP saya ucapkan.

=================

Wassalam.

Berpuasa di perantauan

Alhamdulillah, ini merupakan tahun ke-2 kami berpeluang untuk menunaikan ibadah puasa Ramadhan di perantauan.

Apabila tinggal berjauhan dari orang tua dan saudara-mara, kuranglah sedikit kemeriahan berpuasa. Kurang meriah dari konteks tiada aktiviti berbuka puasa beramai-ramai, melawat 'saudara-mara' di bazar Ramadhan, berjalan kaki ke masjid untuk bertarawih dan sebagainya.

Segalanya dibuat ringkas saja. Cuma ada beza berbanding bulan-bulan yang 'tidak puasa' seperti meluangkan sedikit masa di sebelah pagi untuk solat pagi dan mengaji Quran sebelum buat apa-apa aktiviti dan pekerjaan yang lain.

Biarpun makanan untuk berbuka tidaklah semeriah anda yang di tanah air, namun kunjungan ke kedai kebab seringkali tidak menghampakan.

Memandangkan kami asyik pening memikirkan menu apa pula untuk dimasak pada petang ini, makanya sekali-sekala wajar juga membeli yang telah siap dimasak.

Tapi untuk bersahur pun kena masak juga. Nak makan apa bang?.....Errr...pening abang dah datang yang....

Bunga ini tidak boleh dimakan

Hai, kenal saya? Sayalah budak yang tak pose tahun ni..

Saya suka duduk kat dapur dan main dengan bunga-bunga nih..

Kejap ye, saya nak kena tolong ibu siapkan meja..nak masuk waktu berbuke dah..

Huh! Macam best je lauk berbuke petang ni..yum..yum..

Ayam panggang dengan nasi pilau..

Salad pun ade, yang tu fresh dari garden ayah..

Minum pula air mangga..

Ini pencuci mulut - apple puff..

Apa yang korang makan petang ni?

Bukanlah setiap hari membeli makanan dari kedai, cuma apabila buntu memikirkan apa lauk untuk dimasak barulah menapak cari restoran halal.

Mujur jugalah di Oxford ini banyak restoran halal, jadinya tidak sukar untuk orang-orang Islam setiap kali tibanya bulan puasa.

============

Perkara menarik tentang Ramadhan di rumah kami yang saya nampak (selain hal berkaitan ibadah) -

1) Penghasilan sampah domestik (rumah) berkurang sebanyak 2/3 (hanya 1/3 dari kadar biasa). Mungkin kerana kurang memasak.
2) Bekalan makanan dalam peti sejuk bertahan lebih lama.
3) Kekerapan penggunaan dapur, alatan elektrik untuk tujuan masakan dapat dikurangkan.
4) Penggunaan air untuk membasuh pinggan-mangkuk dapat dijimatkan.

Tuesday, 25 August 2009

Anak bangsaku yang belum tersedar

Tiada cerita lain yang kita dengar setiap kali tibanya bulan puasa dan hari raya - kemalangan dan kecacatan kekal akibat bermain mercun.

Hari ini akhbar melaporkan kes terawal akibat bermain mercun di mana adik ini telah 'membayarnya' dengan 3 batang jari tangan kirinya. Itu kehilangan yang 'nampak'. Bagaimana pula kesan psikologi dan moral bagi sepanjang kehidupan beliau kelak?

Saya amat-amat bersimpati dengan tragedi yang menimpa diri adik ini. Masih terlalu muda untuk diuji sebegini. Namun, yang hilang tetap hilang dan tidak bisa diganti lagi.

Kita yang hanya membaca kisah beliau ini wajar mengambil iktibar dengan bersama memainkan peranan menasihatkan adik-adik kita, anak-anak saudara dan anak jiran tetangga kita agar menjauhi mercun yang berbahaya ini.

Mungkin nasihat 'membakar duit' itu kurang berkesan, dibanding melihat bagaimana orang lain yang telah hilang jari, hilang mata, telinga dan sebagainya. Mungkin itu lebih menginsafkan.

Sumber: Berita harian online

Dalam menasihatkan orang lain, adalah baik jika saya juga memulakannya dengan menelefon orang tua di kampung untuk bertanya khabar adik-adik di sana!

Wassalam.

Pengiraan undi PRK PP: Keputusan tidak rasmi

Saya dapatinya dari blog AlBanjari

Sila klik (sini) untuk mendapat maklumat pengiraan undi dan keputusan tidak rasmi di pusat-pusat penjumlahan undi bagi Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pauh.

Angka yang dipaparkan akan dikemaskini setiap masa, makanya jangan terlalu cepat menutup link tersebut. Buka dan biarkan paparan tersebut buat seketika dan anda akan dapat melihat perubahan jumlah undi dan majoriti yang diperoleh (secara tidak rasmi).

Terima kasih.

Sunday, 23 August 2009

Wallpaper Ramadhan

Sumber: sini

Ada beberapa lagi wallpaper menarik untuk dikongsi bersama pada sumber dinyatakan.

Tips khatam Quran di bulan Ramadhan

Caranya?

Baca 4 muka setengah Al-Quran setiap kali selepas solat fardhu, 5 kali solat, selama 30 hari.

4.5 x 5 x 30 = 604 muka surat - jumlah muka surat dalam Al-Quran.

Bersama jadikan membaca Al-Quran sebagai amalan.

Saturday, 22 August 2009

The Tree - Nik Abdul Aziz

Saksikan kesemua 15 filem pendek di sini (15Malaysia). Mana yang baik ambil sebagai pengajaran dan mana yang tidak baik itu letakkan ia sebagai sempadan. Sesungguhnya Islam itu mengajar umatnya segala yang baik-baik.

Friday, 21 August 2009

Salam Ramadhan


Moga kita semua dapat merebut sebanyak mungkin ganjaran-ganjaran yang Allah s.w.t tawarkan buat hambaNya di bulan yang mulia ini. Tidak lupa juga ucapan selamat maju jaya buat anda dan diri sendiri yang berazam untuk khatam Quran di bulan Ramadhan ini.

Wassalam.

Thursday, 20 August 2009

Permatang Pasir: Giliran calon BN kena bubuh

Sudah terang lagi bersuluh

Pendedahan bekas rakan kongsi Rohaizat, saudara Yusri di dalam satu sidang akhbar hari ini sebagaimana laporan Berita Harian Online (sumber) terhadap usaha 'mengambing-hitamkan' beliau berkenaan kes pembatalan lesen guaman calon BN itu, telah merungkai satu lagi 'krisis imej dan persepsi' calon yang menjadi pilihan UMNO/BN.

Pendedahan ini dilihat semakin menghangatkan lagi bahan dan modal kempen pada PRK kali ini. PR pastinya sedang 'penuh saku' menjaja 'durian runtuh' ini kepada para pengundi di Permatang Pasir. Sementara BN pula boleh diibaratkan sedang 'kepanasan' akibat 'mabuk durian'.

Walau apapun alasan, jawapan dan maklumbalas oleh para pemimpin UMNO terutama melalui Ketua Penerangannya, persepsi para pengundi di Permatang Pasir khususnya dan rakyat terbanyak amnya terhadap imej dan keperibadian calon BN pastinya telah terjejas/berubah.

Para pengundi (sama ada yang membaca akhbar, mahupun yang menghadiri ceramah / kempen) kini terdedah kepada pelbagai maklumat yang kesemuanya akan menyediakan input kepada mereka untuk membuat keputusan 'yang rasional' pada hari pengundian kelak.

Bagaimana mungkin kes sebesar ini boleh 'terlepas pandang' semasa proses pemilihan dan penentuan calon?

Rasa saya, jika Timbalan Presiden UMNO sendiri yang mengetahuinya lebih awal, pastinya Rohaizat tidak akan diumumkan sebagai calon. Rasa sayalah...

Label

Sebagaimana telah saya kupas pada dua posting sebelum ini, iaitu berkenaan 'pengurusan persepsi' - dalam posting PRK Manek Urai dan Demo anti-ISA.

Seperti Manek Urai, timbul tagline 'Profesional vs Penjual Ikan'. Bagitu juga ianya ditimbulkan pada awalnya di PRK Permatang Pasir 'Peguam vs Peniaga'.

Namun, akhirnya menjadi 'bekas peguam' yang kontroversi. Dan ini telah mengubah persepsi ramai orang terhadap beliau.

Biarpun hal dan pendedahan ini boleh saja dianggap sebagai provokasi murahan yang cuba untuk memburukkan peribadi beliau, Rohaizat tidak dapat tidak, perlu menginsafi diri dan melihat bahawa perubahan persepsi telah berlaku kepadanya.

Calon UMNO dan partinya tidak boleh terus berada dalam penafian, selain segera menyediakan jawapan yang 'rasional, jujur, tepat, berfakta dan bersaksi' bagi menguruskan persepsi para pengundi di Parmatang Pasir (PP) dan rakyat keseluruhannya secara yang betul.

Jika tidak dijawab dengan jujur (atau lebih teruk lagi, cuba buat-buat lupa nak jawab), bukan sahaja peluang untuk menang di PP nampak kelam, tetapi hal ini juga boleh memberikan 'selesema' baru terhadap imej dan ketelusan parti yang memerintah kerajaan persekutuan ketika ini, yang baru hendak kebah dari hal Manek Urai tempoh hari.

Buat kerja rumah

Kepentingan pengurusan persepsi nampaknya semakin membuka mata banyak pihak yang terlibat kali ini.

Bukan sahaja pimpinan PR yang memberikan komen, malah 'orang dalam' UMNO seperti Ku Li sendiri turut bercakap mengenainya.

Pengajarannya, pihak yang dipertanggungjawabkan baik di peringkat bawah, mahupun paling tinggi, tidak terlepas daripada keperluan untuk melakukan kerja rumah (homework) dan siasatan yang terperinci.

Hendak menyesal pun sudah tidak berguna kerana nasi telah menjadi bubur. Apa boleh buat?

1) MUNGKIN: Kenalpasti apa kekuatan diri/parti dan bagaimana untuk 'memanipulasikan' (dengan cara yang betul?) kekuatan dan juga kelebihan ini untuk memikat hati para pengundi.

2) MUNGKIN: Menjauhi permainan sentiman yang berbentuk 'melaga-lagakan' masyarakat berbilang agama dan kaum. Ini kerana silap haribulan, permainan ini boleh 'makan tuan' - seperti sekarang?

3) MUNGKIN: Mengamalkan sikap yang jujur, benar dan rendah diri dalam sebarang tindakan dan percakapan - biarpun sukar, atau biarpun tidak berminat. Ini kerana sepahit manapun yang benar itu, ianya tetap manis. Manakala, semanis manapun yang palsu itu, ianya tetap pahit jua.

Penutup

Apapun, PRK kali ini nampaknya menyediakan 'rencahnya' yang tersendiri. Dan inilah yang menjadikannya menarik untuk diikuti setiap rakyat yang prihatin tidak kira di mana kita berada.

Pastinya banyak yang akan beroleh 'nikmat' dari pesta pilihanraya kecil ini terutama para peniaga kecil, pembekal kelengkapan PRK, orang-orang lapar projek mee segera, golongan miskin dan anak yatim, pelajar sekolah, petani dan pekebun kecil, etc.

Tidak kurang juga ramai yang 'terkorban' hasil penipuan, janji palsu, khianat, projek tidak siap, bantuan sekerat jalan, etc.

Masa masih ada, dan nampaknya masih banyak 'perencah' yang bakal ditambah untuk menyedapkan lagi proses PRK PP kali ini. Menunggulah kita dengan sabar.

Wassalam.

Wednesday, 19 August 2009

Bacaan ringan

Komen Ku Li berkenaan calon UMNO yang mewakili BN pada pilihanraya kecil Permatang Pasir yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Sumber artikel dinyatakan.

a different set of rules

by: Tengku Razaleigh Hamzah

I don’t know En. Rohaizat. He may be a fine upstanding citizen. However, his public record of dishonesty would long ago have disqualified him from being a candidate for public office in any normal political party.

Is Umno so short of people that we have to find a lawyer disbarred for financial dishonesty to stand? Has financial misconduct become so common among us that we no longer see it as a factor in a candidate’s suitability? The party leaders who select and screen candidates must have known of this impediment but considered financial misconduct a trivial matter.

Honesty is a minimal condition for public office. Whatever the other virtues of the candidate, he should not be considered if he fails this test. The candidates we field for election must have a clean record because we are asking the public to place their confidence in him as their leader, and democratic government breaks down without public confidence. We are also saying this candidate represents us. I’m sad to have to say such obvious things.

By fielding a disbarred lawyer, today’s Umno is projecting the image that it lives by a different moral code from the rest of Malaysia. One set of rules for Umno, and another for everyone else. Either that, or this is the best we can do.

Source: here

Monday, 17 August 2009

Absolutely stunning!

Double tumbs-up! Memang berbaloi saya terpaku kat depan TV malam semalam. Usain Bolt did it again, and even better this time.

Dah dekat sampai penamat, sempat toleh kiri-kanan dan sempat tengok papan catatan masa "berapa masa aku kali ni ek?"

Lepas pukul dada, angkat tangan 'tembak pistol jari' - 9.58s, absolutely stunning!

Catatan baru rekod dunia 9.58s rasanya sukar dipecahkan oleh mana-mana atlet 100m - melainkan Bolt sendiri.

Melihatkan gaya larian beliau 'yang bersahaja' malam tadi, (itupun kerana ada 2 pencabar yang kuat), adalah tidak mustahil beliau 'usaha lebih sikit' untuk memecahkan rekod ini di masa depan.

Tengok muka Tyson Gay dari US (9.71s, rekod nasional USA) dan Dwain Chambers dari UK (10.00s) yang berlari macam nak terkeluar segala urat di muka, leher dan lengan, masih jauh ditinggalkan oleh Bolt.

Malah Asafa Powell (9.84s - Pingat Gangsa) sendiri memberi komen 'saya sukar mengejar Bolt biarpun setelah selesai perlumbaan' - kerana mamat Bolt tu berlari habis keliling padang dan berjoget serta mendepakan tangan - 'trademark' beliau.

Saya juga rasa geli hati namun di masa yang sama saya rasa kasihan kepada pelari-pelari lain dalam acara yang sama dengan Bolt malam tadi (dan di masa depan), kerana adalah sukar untuk mereka menang dalam situasi ini.

Buat pelari pecut Malaysia? Carilah jalan untuk belajar dari kejayaan Bolt ini.

Sunday, 16 August 2009

Cakap siang pandang-pandang

Sekadar melahirkan rasa sedih dengan akhlak segelintir umat Melayu. Janganlah emosi membakar keperibadian dan tatasusila (budi bahasa) orang Melayu yang indah.

Bahasa jiwa bangsa. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Sekarang ini semua orang mendengar, melihat dan menganalisa apa yang sedang berlaku.

Katakan anda ada anak kecil yang tertengok 'iklan' ini bersama kawannya, dan pulang ke rumah bertanya kepada anda:

Anak: Ayah, **kimak tu ape ye?
Ayah: Err...eeerrrr.... (baru ternganga-nganga hang nak jawab)



Komen ikhlas: 'Jangan hina Islam' itu perlu diganti dengan 'Jangan Hina Melayu', agar selari dengan kempen 'pengkhianat bangsa Melayu' dan demi menjaga kesucian Islam daripada perkataan mencarut yang kotor didengar.

Sumber foto (sini).

Perihal telur


Jangan tak tahu, telur pun ada perasaan. Foto-foto menarik seterusnya di sini.

Saturday, 15 August 2009

Hot spots H1N1: Measuring the immeasurable?

Pertamanya, marilah bersama kita berdoa moga Allah pelihara kesihatan diri kita, ahli keluarga kita, saudara-mara kita, masyarakat kita, negeri dan negara kita daripada wabak penyakit berbahaya ini.

Terkini

Bersandarkan laporan Utusan-online hari ini (16 Ogos 2009), jumlah kematian akibat H1N1 a.k.a selesema babi telah mencecah angka 62 orang, dengan 283 kes baru dilaporkan dan ini menjadikan jumlah kes terkumpul setakat ini ialah sebanyak 3,857 kes (sumber).

Kes melibatkan kematian pesakit H1N1 dilaporkan hampir setiap hari ini negara ini. Malah, perkembangan ini telah juga meletakkan negara berada di tangga ke-9 negara paling tinggi mencatatkan kadar kematian (sumber).

Hal yang berbeza bagaimanapun dapat dilihat di beberapa negara yang mana bilangan kes terkumpulnya lebih tinggi berbanding Malaysia, namun menunjukkan kadar kematian yang jauh lebih rendah.

Malaysia: 3,857 kes = 62 kematian
Hong Kong: 6,210 kes = 4 kematian
Filipina: 3,207 kes = 9 kematian
Jepun: 5,022 kes = 0 kematian

Di rantau Asia, Malaysia bagaimanapun masih di bawah Thailand yang mencatatkan angka 97 kematian (tangga ke-7).

Tiga negara yang paling tinggi mencatatkan jumlah kematian setakat ini adalah:

USA : 436 kematian
Argentina : 386 kematian
Brazil : 274 kematian

Amaran

Melihatkan angka kematian dan jumlah kes baru yang dicatat semakin meningkat saban hari, muncul gesaan daripada pelbagai pihak, yang meminta kerajaan mengkaji dan menentukan titik/kawasan panas (hot spots) selesema babi ini, agar rakyat dan pelancong dapat membuat langkah pengawalan dan pencegahan yang sewajarnya.

Tambahan pula, Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) turut mengeluarkan amaran bahawa 5 juta rakyat Malaysia berisiko untuk dijangkiti selesema babi ini, jika langkah penjagaan kesihatan dan kebersihan tidak diberi perhatian dan penekanan yang serius (sumber).

Pernyataan sebegini semakin menimbulkan tanda tanya di kalangan hamba rakyat:

1) Apakah status kita sekarang ini?

2) Apakah kerajaan telah melakukan 'apa yang sepatutnya' bukan sahaja bagi membendung penularan wabak ini, tetapi juga merawat dan menyelamatkan nyawa para pesakit yang menerima rawatan di hospital-hospital?

Amaran WTO ini semakin menguatkan gesaan agar pihak kerajaan segera mengeluarkan senarai hot spots (kawasan, bandar, daerah yang berisiko tinggi).

Malah ramai yang melihat tindakan mengeluarkan 'senarai kawasan panas' merupakan langkah paling rasional untuk dibuat ketika ini.

Namun, mampukah ianya dibuat oleh pihak kerajaan?

Tidak praktikal

Rakyat nampaknya perlu menunggu lebih lama untuk menerima jawapan memandangkan kerajaan pada ketika ini menganggap tindakan 'mewartakan' hot spots selesema babi sebagai tidak praktikal (sumber).

Malah, alasan yang rasional juga turut diberikan iaitu virus selesema babi itu tidak dapat dilihat, dan mungkin boleh menular rentas sempadan. Ianya (virus) boleh dibawa oleh sesiapa jua dan menjangkiti sesiapa jua, di mana-mana jua.

Justeru, adalah sukar dan tidak praktikal untuk kerajaan mengeluarkan senarai hot spots tersebut.

Pada awalnya saya sendiri agak skeptikal (was-was) dengan pernyataan ini. Saya kemudiannya mula nampak rasional di sebalik pernyataan ini, namun di masa yang sama berpandangan masih ada ruang untuk diperbaiki.

Setuju

Saya setuju dengan pernyataan bahawa virus ini tidak dapat dilihat, boleh dibawa sesiapa jua tanpa disedari dan boleh tersebar di mana-mana jua.

Justeru, ianya terlalu sukar untuk dikenalpasti (kawasan) dan diukur tahap bahaya (tahap biasa, tahap berjaga-jaga atau tahap bencana). Lihat dua contoh yang saya gunakan:

1) Kita sukar mengukur tahap kesakitan.

"Anda sakit?" - "Ya sakit sangat".
"Sakit sangat tu macam mana?" - "Tak boleh nak gambar, sakit giler".
"Oooo..."

Rasa sakit itu, tidak boleh diukur.

2) Begitu juga sukarnya untuk mengukur tahap kelaparan.

"Anda lapar?" - "Ya, lapar ni".
"Lapar sangat ke? Tak boleh tahan sikit lagi?" - "Tak boleh tahan, lapar nak mampos".
"Oookkk..."

Rasa lapar itu juga tidak boleh diukur.

Untuk mengukur benda boleh nampak (visible) adalah lebih mudah (tetapi jangan dipermudah). Contoh yang jelas ialah mewartakan kawasan-kawasan kemalangan maut di lebuh raya. Ini kerana selekoh maut tersebut 'nyata' di kawasan X atau jalan licin di kilometer Y, etc.

'Kemudahan' ini disebabkan kawasan kemalangan maut ini tidak bergerak ke mana-mana.

Boleh diperbaiki

Disebalik alasan 'sukar' atau 'tidak praktikal' - yang hanya menambahkan lagi kekalutan orang di bawah, kerajaan sewajarnya memikirkan metod (kaedah) lain "in measuring the immesuramble" (mengukur benda yang tidak boleh diukur).

Tetapi bagaimana?

Kita berbalik kepada dua contoh yang saya berikan sebelum ini (sakit dan lapar).

Adalah sukar untuk mengukur kesakitan. Akan tetapi setiap sakit itu mempunyai simpton-simpton (tanda) tertentu yang boleh dijadikan input dan inilah 'data' penting untuk dimasukkan ke dalam 'penunjuk pengukuran'.

Data daripada simpton inilah digunakan oleh para pakar kesihatan untuk mengklasifikasikan tahap jangkitan kanser seseorang pesakit. Tahap 1 - awal, Tahap 2, Tahap 3, Tahap 4 - kritikal dan sebagainya.

Begitu juga sukarnya mengukur dan menentukan kelaparan. Tetapi, setiap simpton itu akan menyediakan data berguna untuk ditentukan tahap dan peringkat gejalanya. Dengan itu, langkah pencegahan dan rawatan dapat dibuat secara sewajarnya.

Penunjuk

Kementerian Kesihatan wajarnya telah mempunyai sistem pangkalan data berkaitan H1N1 ini. Setiap hospital daerah mahupun negeri pastinya memiliki rekod pesakit dan ini dapat menyediakan input dan 'data' untuk kerajaan mengenalpasti daerah dan kawasan mana yang mempunyai rekod jangkitan dan bagaimana corak jangkitan tersebut berkembang ketika ini.

Saya percaya biarpun senarai hot spots ini tidak boleh dianggap sebagai 'dokumen rasmi' yang perlu dipercayai 100%, setidak-tidaknya ia berguna untuk:

1) Memberitahu kita bagaimana dan di mana tahap kita pada waktu dan ketika ini - melaporkan status semasa sama ada semakin baik atau bertambah buruk.

2) Membantu kita membuat keputusan - jika keadaan makin buruk, adakah boleh kita jalankan kuarantin atau sekadar pemantauan berkala, etc.

3) Membenarkan kita menyemak hasil maklum balas terhadap usaha pencegahan yang telah digerakkan pihak kerajaan - sama ada ianya berkesan mengurangkan kes atau tidak.

4) Memberikan idea ke mana arah tuju kita di masa depan - memberikan kita peluang, masa dan persediaan untuk menghadapi masa depan.

Kesimpulannya, untuk sesuatu yang tidak boleh diukur, kita masih boleh membuat pengukuran, berpandukan petanda (simpton) yang biasanya nyata.

Kemudahan sistem penyampaian kita bukanlah seperti di UK dan kebanyakan negara maju yang lain di mana talian panas (hotlines) begitu efisyen - tidak semua juga. Begitu juga dengan langkah hebahan dan publisiti yang dibuat oleh NHS (National Health Service) terhadap bahaya gejala H1N1 ini.

Apapun, Malaysia boleh melakukan kebanyakan langkah yang dibuat negara maju jika mengambilkira kemudahan yang kita ada, begitu juga kepakaran tempatan yang dimiliki.

Bersabarlah kita untuk tempoh 6 bulan hingga setahun ini. Perbanyakkan doa agar kita semua dihindari daripada jangkitan penyakit berbahaya ini.

Moga Allah bantu kita. Wassalam.

Tuesday, 11 August 2009

Jonestown cult: Bahana gila kuasa & ketaksuban melampau

Suatu hari dalam minggu lepas (saya dah lupa apa hari dia), saya menonton satu dokumentari di saluran Discovery: UK Premiere (Saluran 520 SKYtv).

Dokumentari yang amat menarik dan penuh pengajaran, tetapi penuh tragis itu bertajuk "Jonestown Cult".

Saya tidak ingin menyenaraikan fakta dan kisah terperinci mengenainya, cuma sekadar menghuraikan apa yang termampu saya ingat dan intipati pengajaran di sebalik paparan dokumentari ini.

Fakta dan kisah terperinci boleh para pembaca yang budiman dapati dengan mudah dengan mengaksessnya melalui carian di Google .

Pada tahun 1970an hingga awal 1980an, kehidupan masyarakat di Amerika masih diselubungi konflik perkauman. Biarpun pada ketika itu, pengaruh klan (klu-klak-k) semakin merosot, namun situasi pengasingan kaum minoriti (kulit berwarna - hitam, latin, asia, etc) dan perbezaan layanan masih belum dapat diatasi sepenuhnya.

Namun, di sesetengah tempat telah muncul kesedaran di pihak penduduk kulit putih untuk memulihkan layanan mereka kepada rakyat kelas-2 ini. Seorang Pastor (a.k.a ustaz dalam ajaran Kristian) bernama Jones muncul untuk menjadi pemimpin yang berperanan menyatu-padukan masyarakat berbilang kaum di bawah gereja rakyat (the people church) yang diasaskannya di Indianapolis.

Idea perpaduan tanpa mengira bangsa dan kaum menerima sokongan kumpulan minoriti dan kulit putih sendiri dan pengaruh gereja rakyat semakin berkembang sehingga menjangkau keluar negeri asal hingga ke San Francisco dan beberapa bandar lagi.

Malah, di atas usaha berterusan itu, Jones telah dianugerahkan 'the Martin Luther King Jr Humanitarian Award'. Pengaruh Jones juga turut membangkitkan minat yang luar biasa di kalangan pemimpin politik.

Namun, disebabkan rimas dengan kritikan media Amerika terhadap 'ajaran' kumpulan dan gereja beliau (method pengajaran beliau sering dipersoal dan dikritik), Jones dan para pengikut fanatiknya telah berpindah, mencari 'dunia baru' dengan meneroka hutan di pedalaman Guyana, Selatan Amerika.

Petempatan ini dinamakan Jonestown bersempena nama pemimpin agung mereka itu. Di sana, di dunia yang serba terasing tetapi dianggap sebagai 'syurga yang sempurna' buat klan mereka. Menyewa tanah hutan dari kerajaan Guyana dan menanam pisang sebagai makanan asasi, mereka hidup dengan aturan yang dibawa pemimpin mereka.

Pada awalnya, Jones begitu disanjung oleh para pengikutnya, sehinggalah segala tindakan dan keputusan beliau wajib tidak boleh disanggah. Beliaulah yang paling benar.

Malah, apabila ada di kalangan pengikut yang bertanya 'lebih sikit' para pembantu Jones akan mengugut dan mengherdik pihak yang berbeza pendapat. Manakala, yang lain begitu fanatik dengan fahaman klan mereka.

Sifat diktator paderi Jones semakin jelas di mana pengikutnya dilarang untuk bersuara dengan bebas. Malah, orang-orang tertentu yang dilihat sering membangkang arahan beliau mula diperhati secara dekat oleh pengikut kanannya.

Lebih parah lagi, semua penduduk Jonestown perlu menandatangani surat akuan bahawa anak-anak mereka bukanlah dari perkongsian hidup dengan bapa mereka, tetapi menjadi milik Jones.

Setelah lama keluar dari tanah Amerika, perkembangan Jones serta para pengikutnya menimbulkan tanda tanya terutama di kalangan ahli keluarga yang masih di US, serta Senator US.

Ditakdirkan, Senator tersebut ingin ke Guyana melihat situasi kemanusiaan di Jonestown. Kehadiran beliau disambut baik dan dibawa ke 'kem' Jones - kira-kira 7 batu melalui jalan berlumpur ke dalam hutan.

Segalanya berjalan baik, sehinggalah di hari Senator tersebut ingin bertolak pulang, seorang penduduk di kem tersebut secara diam-diam telah menyelitkan satu nota ke dalam poket (lupa saya, poket Senator atau pembantunya) tertulis "tolonglah bawa kami keluar dari tempat ini".

Senator telah menanya Jones perihal nota terbabit dan hasil rundingan, Jones membenarkan pengikut yang 'tidak serasi' untuk dibawa pulang ke US.

Tetapi prosesnya bukan mudah. Apabila masuk kuasa, segalanya perlu digunakan untuk meneruskan cengkaman. Hasilnya, ibu terpaksa berpisah dengan anak (menjadi milik Jones).

Rombongan Senator kembali ke tempat pendaratan, dan sebaik ingin menaiki kapal terbang, satu traktor penuh dengan 'penembak' mula melepaskan tembakan ke arah rombongan senator terbabit.

Ramai terkorban, termasuklah Senator US itu, wartawan dan jurugambar stesen TV NBC, manakala yang lainnya lari bersembunyi di hutan (tahun 1978).

Merasakan bahana bakal muncul kerana mengatur tindakan membunuh Senator tersebut, Jones tiada jalan lain melainkan mengeluarkan pernyataan kepada para pengikut fanatiknya bahawa telah tiada tempat selamat dan aman buat klan mereka.

Justeru, sebagai reaksi kepada dunia yang tidak aman dan dapat menerima cara hidup klan mereka, tindakan seterusnya adalah dengan membunuh diri.

Namun, di hati pengikut fanatik Jones, mati bersama Jones pun matilah. Lari dari ketidakadilan dunia ini.

Kawasan hutan dan ladang pisang kesemuanya dibakar dan Jones serta para pengikutnya berkumpul di gereja mereka di tengah Jonestown.

Jones menerangkan bagaimana cara mereka bakal mati, iaitu dengan meminum air yang dicampur Potasium Cyanide dan kanak-kanak pula akan disuntik @ dipancut picagari ke dalam mulut mereka.

Pada awalnya, kanak-kanak telah dikorbankan, dirampas dari dakapan ibu masing-masing, disusun di atas tikar beramai-ramai sebelum disuntik racun Cyanide. Maka berbarislah mayat kanak-kanak dan bayi yang tidak berdosa.

Waktu itu, timbul bangkangan. Bagi yang rasional, mereka berhak untuk memilih jalan hidup dan bukan Jones yang berkuasa menentukan. Maka, tidak kurang juga mereka yang degil ini mati ditembak, dan sedikit yang hidup dengan lari ke dalam hutan.

Racun Cyanide ini dibancuh ke dalam tong air (macam air ceduk kat pasar malam) untuk diminum oleh semua pengikut fanatiknya.

'Kelebihan' Cyanide ini ialah setelah meminumnya, mereka akan merasa lemah dan mengatuk, dan jatuh 'tertidur' di tanah dan mati tanpa rasa sakit (macam mati dalam tidur).

Kumpulan penyiasat kemudiannya datang ke Jonestown apabila mendapat berita kematian Senator dari mereka yang sempat lari. Dari jauh, mereka seperti melihat satu padang yang penuh dengan kain-baju.

Namun, semakin dekat, imej kain-baju tersebut makin jelas. Ianya memang kain dan baju, cumanya ia masih terlekat pada tubuh badan para pengikut fanatik Jones.

Bergelimpangan mayat-mayat tersebut. Bayi dan kanak-kanak dapat dilihat pada tikar di dewan, bagi orang tua mereka dipaksa meminum racun, segalanya ibarat bencana kemanusiaan yang begitu besar.

Siasatan awal menunjukkan 300 mayat, namun kemudiannya bertambah kepada 500, dan kemudian menjadi 700. Namun, jumlah yang dilaporkan akhbar adalah melebihi 900 orang (918 mayat)!

Kisah tentang bagaimana sifat seorang paderi yang asalnya bertujuan menyatukan pelbagai kaum, bertukar menjadi medan membina kekuasaan dan pengaruh.

Akhirnya menjadi 'terlalu agung dan suci' dan menghapuskan amalan demokrasi, melahirkan sistem diktator.

Ada banyak pengajaran berguna dari dokumentari ini.

Ketaksuban melampau para pengikut telah menjadikan pemimpin begitu kebal, begitu mulia malah sanggup mati bersama.

Pemimpin pula, sanggup berbuat apa saja bagi mengekalkan kuasa dan pengaruh, sehingga cara yang salah sekalipun, sanggup digunapakai.

Apabila melihat situasi di tanah air hari ini, gerun juga rasanya. Tidak kiralah sesiapa jua, nampaknya mereka-mereka ini demi mendapat kuasa @ demi mengekalkan kuasa, pelbagai cara dan sentimen telah, sedang dan bakal menunggu giliran untuk dimainkan.

Bagi para pengikut pula, janganlah demi pemimpin yang ingin mencapai matlamat kekuasaan mereka, hilang kemampuan untuk bersuara, berfikir, dan gagal untuk membuat pilihan yang terbaik buat diri sendiri.

Monday, 10 August 2009

Dikemaskini jua

Setelah berbulan terbengkalai tanpa ada apa-apa penulisan terbaru, blog cawangan (Orang Asli) akhirnya dikemaskini jua. Itupun disebabkan saya terjumpa foto-foto lama sewaktu lawatan bersama pelajar ke Kampung Sungai Rual, di Jajahan Jeli, Kelantan, tahun 2006 (Jun) yang sudah.

Silalah berkunjung untuk melihat foto-foto menarik yang sempat saya rakamkan. TQ!

keindahan alam ciptaan tuhan yang tiada tandingan

yang berbaju merah tu bukan Orang Asli,
tapi salah seorang pelajar saya


bergerak ke air terjun

Saya bakal berpindah

Rakan se-office-ku

Kelam-kabut pagi ini. Sudahlah ada meeting dengan dua orang penting, nak kena uruskan hal perpindahan lagi.

Pindah ape? Pindah ke office barulah. Sebab office sekarang ni bakal diranapkan tidak lama lagi bagi membenarkan pembangunan baru dijalankan.

Brookes sekarang menekankan konsep 'Space to think', maklumlah di sini orangnya begitu mabuk dengan idea kampus mapan.

Kampus yang nak mapan, kita pulak yang nak setengah mampos (pening).

Saya kira beruntung sebab telah angkut barang sikit-sikit balik ke rumah, dan set-up office di atas meja makan kat dapur. Senanglah nak ulangkaji malam-malam sebab dekat dengan sumber air dan makanan (haha).

Jadinya, pagi tadi saya tidaklah begitu berpenat memilih 'sampah' mana yang hendak disimpan, dan mana yang hendak dibuang.

Nasib saya adalah jauh lebih baik untuk dibandingkan dengan rakan se-office Nando (sigona) dari Itali yang bertingkat sampah dia. Agaknya dalam 15 peti jugalah barang dia.

Si Andy (Andrew) pula lebih baik kerana banyak barang telah dia pindah semasa pulang mengikut teman wanitanya yang sambung belajar di New Glasgow tempoh hari.

Yang tidak tahu nasib adalah Dr. Stefan (orang German) yang 'kira halal' ajelah barang-barang dia kot!

Proses pindah

Saya tertarik dengan sistem dan kemudahan memindahkan barang di Brookes. Apa yang perlu dibuat adalah setiap kami hanya perlu ke Planning Office mandapatkan kotak plastik hitam bersaiz macam kotak isi ikan dekat depo pendaratan ikan (100cm x 50cm) dan tinggi 50cm.

Selesai disumbat dengan sampah dan sedikit buku, kami diberikan label (pelekat) untuk ditulis nombor bilik office yang baru dan nama pemunya kotak. Tampal depan-belakang. Bagi komputer (PC) pula, hanya tampalkan pelekat pada monitor dan CPU.

Lepas itu, boleh balik tidur. Sebab selepas itu segala urusan muat-turun dari office sekarang ke office baru diuruskan mereka.

Apabila telah dapat tarikh untuk masuk office baru, barang-barang kita telah ada di sana. Tinggal saja untuk memunggah sampah dan sedikit buku tadi ke rak-rak yang berkaitan.

Saya tidak sabar untuk bertukar persekitaran. Mudah-mudahan dengan persekitaran baru ini akan membantu saya untuk lebih bertekun membuat kerja-kerja penyelidikan. Harapnya orang rumah pun sama! (Hoho)

Macam ada apa-apa je ni?

Selepas SPR mengumumkan tarikh penting, menurut berita di sini, mendadak kemudiannya keluar berita macam ini, ini dan juga ini dan tidak lupa juga kalau nak tengok di sini.

'Macam ada cerita hantu je Husin' - petikan dari Filem Zombie Kampung Pisang.

Tawaran menarik

Klik rajah untuk melihat tawaran tersebut dengan lebih jelas!

Saturday, 8 August 2009

Pendapat: Isu arak

"Melayu sorak Melayu, Islam jua yang tergadai"

Setiap orang Islam yang menjunjung amanah sebagai khalifah Allah S.W.T di muka bumi ini wajib menegakkan "amal maaruf, nahi mungkar" di dalam setiap aspek dalam kehidupan seharian mereka.

Perjuangan menegakkan yang hak (kebenaran) dan mencegah yang batil (kemungkaran) wajib dijalankan mengikut kemampuan dan daya upaya setiap individu yang mengaku dirinya sebagai seorang Muslim.

Ada yang berjuang melalui perbuatan fizikal, manakala yang 'bermuka tebal' untuk muncul secara berdepan pula berjuang melalui percakapan (jua penulisan), manakala yang paling bawah dari itu pula berjuang secara teguran 'dalam hati'.

Tidak kiralah apa jua bentuk perjuangan ke arah 'amal maaruf dan nahi mungkar' yang kita pilih, hendaklah sentiasa beristiqamah kerana segalanya akan dihitung di hadapan Allah S.W.T di akhirat kelak, tanpa ada sebutir zarah pun yang akan tercicir. Semuanya akan dihitung!

Berbalik kepada isu arak yang seminggu-dua ini begitu hangat diperkatakan.

Semua mata bertumpu kepada bentuk tindakan yang bakal diputuskan oleh Kerajaan Selangor di bawah pimpinan PR berkenaan isu ini.

Tambah memanaskan isu terbabit ialah apabila ahli YB daripada PAS lantang menentang aktiviti penjualan arak secara terbuka di negeri Selangor.

Suara bantahan tersebut mahukan kerajaan negeri yang dipimpin oleh MB dari PKR untuk menentukan suatu mekanisme kawalan terhadap urusniaga arak di Selangor, terutama di kawasan yang majoritinya dihuni orang Melayu-Islam.

Namun, mungkin di atas alasan 'kehidupan majmuk' dan menghormati 'kepelbagaian anutan', kerajaan Selangor memutuskan aktiviti penjualan arak tidak akan diharam/dibataskan. Tetapi memberi tempoh percubaan kawalan penjualan arak bagi kawasan-kawasan tertentu yang majoriti dihuni orang Melayu-Islam.

'Kecundangnya' suara bantahan oleh para pemimpin PAS di dalam isu ini, bagaimanapun tidak menimbulkan rasa insaf di hati pihak yang turut memperjuangkan hak Melayu-Islam dalam parti pemerintah kerajaan persekutuan.

Seolah-olahnya perjuangan 'mengharamkan yang haram' adalah amanah Allah ke atas bahu pimpinan PAS semata (yang disertai Melayu-Islam), dan bukanlah amanah ke atas orang UMNO (yang juga Melayu-Islam).

Bahkan, kegagalan menegakkan yang maaruf demi mencegah yang mungkar oleh PAS itu telah disambut dengan nada yang sinis dan sedikit gembira, biarpun dari satu segi sebenarnya 'kampung telah tergadai' - tuntutan Islam itu telah dipersendakan.

Pada pandangan saya, jikalau pimpinan PAS Selangor gagal di dalam usaha menyampaikan mesej (bantahan) berkaitan pentingnya menegakkan tuntutan Islam kepada pimpinan kerajaan negeri, UMNO-lah pula harusnya segera muncul di benteng hadapan, meneruskan perjuangan terhadap isu tersebut, demi menyelamatkan masa depan anak belia muda Melayu-Islam daripada terjebak dengan ketagihan arak.

Adalah terlalu menyedihkan apabila mendengar cakap-cakap orang Melayu-Islam UMNO sendiri yang mengherdik kegagalan PAS (yang berkuasa minoriti di Selangor) terhadap isu ini.

Bukanlah saya menyatakan sokongan terhadap PAS 'kerana ianya dari PAS'. Tetapi oleh sebab masih ada pemimpin Islam dari PAS yang telah diberi amanah 'kuasa' ini, yang sanggup muncul menunaikan amanah 'amal maaruf nahi mungkar' ini.

Bahkan, jika UMNO sendiri (sebagai pembangkang yang kuat di Selangor) yang memperjuangkan isu arak ini, saya tanpa berlengah akan turut menyokongnya.

Wahai saudara seIslam-ku, lihatlah dengan mata hati, jangkauilah penglihatan dan pemikiran anda melepasi kepompong ideologi politik yang berbeda serta perkauman yang sempit. Ini adalah isu ummah.

Menegakkan yang maaruf dan nahi mungkar ini sebagaimana telah saya jelaskan pada awal posting tadi adalah amanah untuk setiap khalifah Allah, tidak kiralah anda Melayu-Islam (PAS atau UMNO), India-Islam atau Cina-Islam.

Berbeza fahaman politik itu biarlah bertempat.

Pada saya, jika pimpinan PAS Selangor gagal mencapai manifesto 'Negara Berkebajikan' mereka, barulah wajar untuk orang Melayu-Islam UMNO diberi kredit mengherdik dan mengkritik janji yang tidak tertunai itu.

Namun, jika anda mengaku diri sebagai seorang Muslim yang patuh kepada prinsip dan pengamalan agama Islam, maka tidak kiralah anda PAS atau UMNO, bersatulah demi maruah agama Islam dan masa depan ummat Islam di bumi Malaysia ini.

Jika tidak mampu membantah secara perbuatan (guna 'tangan' untuk gubal dasar, polisi, penguatkuasaan, etc), sekurang-kurangnya tegurlah secara penulisan dan percakapan atau jika tidakpun, bencilah yang mungkar itu di dalam hati.

Jika masih tiada daya, janganlah komen usaha orang lain untuk berbuat baik, kira duduk diam-diam sajalah.

Kerana dengan duduk diam, sekurang-kurangnya tidaklah seteruk orang yang langsung tidak menghiraukan tuntutan dan amanah daripada Allah S.W.T ini.

Kita semua akan dihitung. Sekian.

Dr. Sepet: Ada yang bertanya, apakah nasib PAS di masa hadapan? Menarik dan berbaloi untuk diperbincangkan. Rasanya seperti saya telah ulas secara kasar pada satu post, agak lama dahulu. Entahlah.

Korang jangan terbeli pulak-II










Sumber semua foto dan banyak lagi di sini.

Wednesday, 5 August 2009

Sepetang di laman - Ogos 09

Ahhh...petang yang indah..

Aaa...nak buat ape petang-petang ni ye?

Emmmmm.....

Hah! dah tahu ape nak buat!

Jom kita jalan-jalan.

Sayur-sayur yang dah membesar.

Sebahagian yang lain turut membesar.

Salad (rocket), coriender dan bayam yang baru ditanam.

Tomato pun dah sarat dengan buah.

Bunga-bunga yang baru nak berkembang.

Epal kena tunggu hujung bulan ni atau bulan depan untuk dipetik.

Eeee...rasa nak picit-picit je epal tuh!

Amacam Dato'? Dah puas ronda-ronda?

Sampai bertemu di lain masa.