Thursday, 7 May 2009

Sarkas di Perak:TVAntara

Prof. Dr. Aziz Bari dari UIAM semestinya bukan lagi asing kepada kita apabila membicarakan hal-hal berkaitan Perlembagaan Negara. Malah, dalam persembahan sarkas yang kini mengambil giliran di negeri Perak, pendapat serta idea pakar seperti beliaulah selayaknya diambil dan didengar dalam usaha mendapatkan cara penyelesaian terbaik menamatkan krisis ini.

Sila baca lebih lanjut pandangan Aziz sebagaimana dipetik daripada TVAntara pada blog pinkturtle2: disini

Pada blog tersebut juga dipaparkan pelbagai foto dan juga rakaman video terbaru yang menunjukkan kronologi persembahan Sarkas bermula di luar bangunan DUN, semasa dan selepas persidangan ditangguhkan ke suatu tarikh yang belum ditentukan.

sumber foto- www.bharian.com.my

Anda yang belajar tinggi-tinggi ni, berotak pintar, tahu nilai baik-buruk, bolehlah lihat dan perhati sendiri, saya malas dah nak komen. Saya nak fokus dengan projek baru.

Ini bukan masanya untuk tentukan siapa yang perlu jadi pemenang dan siapa yang perlu kalah. Menang tidak bererti berkuasa penuh dan diterima seluruh rakyat jelata dan kalah juga bukan bererti hilang segalanya.

Pada pemikiran saya yang tak berapa tinggi ni, inilah contoh paling 'kena' untuk nak memberitahu bahawasanya apabila Orang Melayu dan Orang Islam 'buang' panduan dari Al-Quran, dan memilih penyelesaian yang selainnya, inilah balasan, kesan dan akibatnya. Percakaran yang tak sudah-sudah ini tidak langsung membawa apa-apa untung kepada rakyat, (orang Melayu dan orang Islam apatah lagi), malah kita jualah sendiri yang semakin hancur dan masyarakat disekeliling pun akan punah-ranah jadinya.

Mana mungkin dalam satu masjid boleh ada 2 tok imam dan solat mengadap 2 kiblat. Tak ke pening tu?

No comments:

Post a Comment