Tuesday, 12 May 2009

Perak -3

Posting bertajuk "Malu Yob! Malu..." telah 'direhatkan' buat sementara bagi membenarkan kes perebutan kuasa sesama pemimpin orang Melayu yang tak sudah-sudah itu, diputuskan oleh pihak berkuasa tidak lama lagi.

Justeru, saya juga tidak ingin menyalurkan khabar yang kurang tepat berkenaan hal ini. Yob pun malu sekejap saja sebab Nizar juga baru sebentar tadi bersama exconya telah keluar dan mengosongkan pejabat Menteri Besar.

Biarpun keputusan Mahkamah Tinggi dianggap kemenangan oleh sesetengah pihak dan kemudiannya keputusan oleh Mahkamah Rayuan dicurigai pula sesetengah pihak, selagi proses undang-undang masih berlangsung, kita ikutilah apa perkembangan selanjutnya.

Isu bubar DUN kembali timbul disebabkan krisis ini semakin dirumitkan dengan keputusan demi keputusan yang dibuat mahkamah. Bubar DUN dilihat pelbagai pihak kini sebagai option terbaik bagi:

1)memulihkan imej dan kewibawaan Istana Perak.
2)memberikan peluang kepada UMNO/BN membuktikan sokongan rakyat amat teguh di belakang mereka.
3)membuktikan PR adalah pemerintah sedia-kala yang terus diterima rakyat sebagaimana sebelum krisis.

Kini, terpulanglah kepada para pemimpin untuk memikirkan cara yang terbaik. Terbaik untuk rakyat!

No comments:

Post a Comment