Thursday, 7 May 2009

Obses dengan diri

Kebelakangan ini saya melihat seperti wujud suatu trend di kalangan orang-orang muda yang mempunyai blog, website mahupun portal sembang online di mana mereka ini begitu obses dengan foto diri sendiri.

Obses dalam erti kata kalau ada 100 foto dia dalam blog tu, setiap inci ruang foto itu dipenuhkan dengan muka dia sahaja. Apa tujuan dia buat macam tu? Saya pun tak tahu.

Namun, kalau dia tu buat business gambar pasport, memang logik jugalah dia bagi contoh kat pelayar internet yang lain, bagaimana saiz muka dalam gambar pasport, kan?

Ini contoh foto obses pada diri sendiri yang sempat saya salin. Disebabkan terlalu banyak foto di internet yang saya jumpa, ini contoh yang "paling tak menyindir" dapat saya paparkan. Bagi yang rasa diri tu lawa (?), atau nak tunjukkan solekan terbaru, tudung terbaru, kira tidaklah begitu memualkan sangat. Tapi bagi yang tak berapa, itulah yang membuatkan pelayar ke blog terfikir "h*** ****, what in the blue h*** are these?" Kasi tampal tebal-tebal dulu make-up tu, cover sikit line-line dan bintik-bintik kat muka tu. Huhu...

Tak pun janganlah ambil gambar tu dekat-dekat, jauhkanlah sikit.

Walaubagaimanapun, ada perbezaan 'situasi' bagaimana setiap foto itu dirakam. Saya gemar melihat foto sahabat yang merakamkan mereka dan 'peristiwa'. Lihat contoh lukisan wanita bersampan di atas. Gambarnya dirakam dalam 'peristiwa' (event) sedang bersampan di tasik.

Dalam situasi ini, bukan sahaja pelajar blog dapat melihat foto diri beliau, malah mengetahui apa event terbaru yang berlaku kepadanya. Tambahan pula tiada nampak jerawat atau bintat-bintat yang ketara pada mukanya tu (bukan mengutuk ye, cuma bagi panduan).

Bukan salah untuk obses dengan diri sendiri, tak salah. Polis pun tak kata salah. Cumanya, berpada-padalah, kata orang kalau ada 100 foto diri sendiri, simpanlah 50 dalam disc, jangan di published semua kat internet.

Bagi wanita, anak gadis hatta mak-mak dara sekalipun, dikhuatiri akan fitnah kepada diri. Sebelum jadi apa-apa, bukankah lebih baik beringat? Kan nanti entah sapa-sapa yang copy-paste foto 'penuh muka' anda di mana-mana, kan susah...

Sama beringat.

No comments:

Post a Comment