Monday, 5 January 2009

Dari Orang Asli ke Pelancongan Desa

Sambil-sambil buat kerja di office tadi, layan 1 lagu lama di youtube (memburu impian :: gila-gila remaja), filem lama tahun bile tak pulak dapat ingat.

Hari ni sunyi sebab kampus belum bukak lagi, tambah pula, officemate si Andy masih beraya di Scotland, Nando baru balik beraya dari Napoli (Itali) tapi tak stay lama. Jadinya, kembali sunyi dan aman untuk bekerja.

Berbalik kepada lagu tadi, best jugak layan lagu melayu, rindu pulak dengan lagu-lagu melayu sekarang ni...

ku jejak jalan yang berliku,
membara jiwaku memburu impian,

- Jalan memang sentiasa berliku. Dulu buat master kaji orang asli dan sistem kemapanan komuniti. Sekarang 'terjun' ke bidang berlainan - rural tourism and sustainability. Namun ada sedikit kelebihan, sebab fokus masih berkisar di kawasan desa, dan fundamental berkaitan sustainability.
- Dah duduk jauh dari tanah air, keluarga, zon selesa ni, kenalah tiupkan bara untuk terus memburu impian (nak dapat PhD). Juga kena tiupkan bara semangat untuk orang rumah yang turut ikut belajar sama.

ku renang lautan gelora,
biarpun tersadai di hujung dunia,

- Lautan mana tidak bergelora. buat PhD di memang diibaratkan orang belajar berenang. Penyelia tak sepanjang masa nak ikut kita dan kita pula tak boleh 100% harapkan bantuan penyelia.
- Kita diibarat dicampak ke dalam laut, dan penyelia hanya ada kat atas bot, melaung-laung suruh kita gerakkan tangan dan kaki untuk terapung dan berenang. Terpulang kepada kita, nak selamat, kena usaha belajar berenang. Tak nak berenang, kita tenggelam.
-Dalam situasi ni, nak tak nak, kenalah belajar untuk mahir berenang (ada 3 tahun kan?)

akan ku tempuhi segala rintangan,
biarpun rebah, ku bangun sendiri,

- Dengan Doa, usaha dan tawakkal, segala rintangan yang datang kena tempuh dengan sabar dan pandang ia sesuatu yang positif.
- Banyak kali dalam belajar, kita akan terjatuh, tersembam dan tersesat. Namun kalau tak buat salah, mana mungkin kita terfikir penyelesaian kan? Bila ada masalah, kita ikhtiar cari penyelesaian. Proses ikhtiar itulah guru yang mengajar kita untuk bangun, setiap kali kita jatuh!

ku mula dengan langkah ini,
menuju sinaran yang abadi....

- Sempena tahun baru 2009 ni, kenalah sediakan 'sikit' azam baru sebagaimana kelaziman tahun-tahun yang sudah.
- Cuma azam tahun ini, bukan untuk diri sendiri, bukan untuk berdua, namun untuk ber-3 pulak. Ada extra tahun 2009 ni.
- Moga tahun 2009/1430 Hijrah ini membawa sinaran kejayaan dan kesejateraan buat saya dan semua.
Bangga: Karya Orang Asli akhirnya mendapat pengiktirafan bagi anugerah penerbitan 2008

Syukur: Orang Asli memang anugerah utama karya asli (Bahasa Melayu) 2008

Wassalam...

1 comment:

  1. ye buku itu sudah berada di rak library PSZ..
    kami bangga.

    ReplyDelete