Sunday, 31 August 2008

Baiki Matapelajaran Sejarah di Sekolah!

Ini saya petik dari www.utusan.com.my - 31 Ogos 2008


Sepatutnya dah lama sistem pendidikan sekolah di Malaysia sama ada di peringkat PMR mahupun SPM membuat kajian semula terhadap sukatan matapelajaran Sejarah. Ini bertujuan memperbetulkan beberapa fakta sejarah negara yang tidak dihuraikan secara terperinci.

Mungkin kerana di peringkat awal kemerdekaan, tidak ramai orang Melayu yang berkhidmat di sektor pendidikan yang secara langsung terlibat menyusun fakta sejarah negara untuk kegunaan sistem pendidikan di sekolah. Terdapat banyak fakta sebenar tercicir/disembunyikan mungkin dengan tujuan menjaga keharmonian antara kaum (perkara benar mungkin mengguris perasaan kaum lain!).

Natijahnya, generasi hari ini sama ada pelajar Melayu, Cina, India dan lain-lain tidak sensitif terhadap sejarah bangsa dan sejarah negara. Lihatlah kesannya hari ini (yang saya petik dari Utusan online ni):

Beliau menegaskan, kaum lain di negara ini sememangnya perlu memahami sejarah dan senario yang berlaku sekarang sebelum membuat tuntutan serta tuduhan melulu terhadap UMNO atau kerajaan dan menyalahkan perlembagaan negara.

Katanya, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang selaras dengan kehendak perlembagaan adalah untuk membela nasib masyarakat peribumi yang 'miskin' dalam pelbagai bidang, namun sejak 51 tahun, ia tidak tercapai sepenuhnya.

"Beliau" - adalah Tengku Razaleigh Hamzah, penaung Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MRTK) yang meluahkan rasa gelisah terhadap perkembangan negara. Akibat tidak faham sejarah jugalah orang Melayu, Cina dan India dok berpusu-pusu hadir ke konsert Arvil sempena Hari Kemerdekaan Ke 51 semalam.

What a shame!

2 comments:

  1. dr sepet..salah eja maa..avril.. ntah tgk melodi td, sian tgk budak2 nih dok kata..'bakpe ditentang konsert sebegitu'..aduhai.

    ReplyDelete
  2. orang muda sekarang mereka mencari makanan untuk jiwa. buah yang elok dan manis dah ada (yang ikut lunas agama), tapi buah yang beracun dan pahit itulah yg depa dok nak makan juga. thanks 4 your comments....nak tgk melodi gakla lepas ni...hoho

    ReplyDelete