Monday, 22 December 2008

Mengapa kita perlu ada rasa syukur...

Beberapa bulan yang sudah, saya menerima email dari seorang rakan yang turut berada di luar negara. Menarik emailnya. Berkenaan perkongsian pengalaman mereka-mereka yang lain yang turut tinggal di luar negara.

Perihalnya, betapa nikmat yang dikecapi dengan bekerja dan menjana wang di negara asing berbanding di Malaysia. Ada kisah berkenaan anak mereka yang bekerja sambilan sebagai pelayan kedai kopi di Australia yang menjana pendapatan sehingga RM4000/bulan, juga kerja sambilan sebagai tukang sapu di UK menjana sehingga RM4500/bulan. Sedangkan di Malaysia?

Memang tidak juga dinafikan cita-cita Malaysia untuk mencapai status negara perindustrian/maju menjelang tahun 2020. Dibandingkan dengan GDP perkapita rakyat Malaysia, jauh dari matlamat GDP negara maju. Sekarang sudah nak masuk 2009, tinggal lagi 11 tahun, sempatkah??

Selaku rakyat Malaysia, saya nampak ada juga benarnya hujah dan perkongsian pengalaman mereka itu, namun adakah semuanya benar (mengikut pendapat saya?)?

Saya tetap merasakan setiap rakyat Malaysia sama ada di Malaysia, mahupun yang merantau di luar negara perlu ada rasa syukur. Ini kerana:

1. Jangan CONVERT

Jika mengikut email yang saya terima, memangla bayaran gaji untuk kerja sambilan di UK, Australia dan lain-lain negara adalah tinggi, jika ditukar nilai kepada RM. Namun, satu perkata penting yang perlu disemat dalam benak pemikiran kita adalah tidak wajar setiap sen yang diterima di UK di tukar nilai kepada RM, kerana kita hidup di UK dan segala urusniaga, perbelanjaan semuanya dalam GBP (Pound Sterling). Tengok contoh di bawah:

Sewa Rumah
Mengapa tidak kita ambilkira kos sewa rumah di bandar Oxford sebanyak GBP1,100 sebulan atau RM6,600 sebulan (1GBP=RM6, sebagai contoh). Tentu mahal kan? Jika di Malaysia, sewa rumah RM6000 dah boleh duduk di kondo milik expatrate kat depan KLCC!

Kalau kerja tukang ambil order dapat GBP400@RM2,400 sebulan pun, belum lepas lagi nak bayar sewa rumah.

Barang Makan
Apabila berbelanja dalam pound memang nampak murah semua barang dapur. Tak pula kita cuba convert kepada RM. Maggi di kedai Cina pun 30p@RM1.80 sebungkus. Kat Malaysia rasanye masih RM0.50.

Saya suka makan kebab di restoran kebab. Paling murah yang kami dapat jika makan berdua (2 juadah) ialah GBP10.00@RM60.00. Itu untuk 1 kali makan. Kalau di Malaysia, RM60.00 untuk makan tengah hari bukan lagi di restoran kebab, tapi di restoran yang ade kelas la kot!

Kos Pengangkutan Awam
Tidak dapat saya nafikan kualiti dan tahap kecekapan pengangkutan awam di UK adalah antara yang terbaik pernah saya lihat dan rasai. Kalau nak banding dengan Malaysia, lambat lagilah (biarpun telah ada usaha yang berterusan ke arah itu).

Dan sepadan dengan kualiti yang diberi, bayaran yang dikenakan juga adalah 'setimpal' (sekali lagi, jika tidak convert kepada RM!).

Bayangkan kos bagi perjalanan dalam Oxford bagi 1 bulan menjangkau GBP34.00@RM204.00. Dan bagi perjalanan 'ciput' dari rumah saya ke universiti yang 1 batu memakan kos GBP1 sehala. Bayangkan, untuk berulang-alik setiap hari, saya mengeluarkan GBP2@RM12.00. Kalau sebulan?

Kesimpulan point 1

Kebanyakan kita gemar convert pendapatan bekerja di UK kepada RM. Apa rasionalnya? Adakah 100% pendapatan kita itu hendak disalur pulang ke tanah air? Apakah kita langsung tidak berbelanja di UK?

Apabila convert, yang kecil di UK akan nampak besar sangat di Malaysia, namun hakikatnya tidak sesenang itu (lihat contoh yang saya beri).

Kesimpulan, jangan kita convert dan menggunakan bayaran bekerja di UK atau Australia untuk mengatakan bahawa hidup di Malaysia ni susah dan tidak berbaloi. Perkara yang sama sebenarnya turut dialami di UK (jangkaan pengangguran meningkat kepada 2 juta menjelang tahun 2009). Bayaran untuk jadi pelayan restoran atau tukang cuci dalam konteks setempat adalah rendah dan mereka ini hidup biasa saja.

2. Pendidikan dan Kesihatan PERCUMA?

Sesiapa yang datang ke UK sebagai pelajar memang merasa nikmat besar ini. Mungkin banyak cerita yang kita dapat mengenai khidmat pendidikan dan kesihatan percuma di UK adalah dari mereka-mereka yang pulang dari belajar di UK.

Benar dan memang untung bagi mereka dan keluarga yang datang belajar di UK dan diberi pendidikan dan kesihatan secara percuma.

Beruntung juga bagi sesiapa yang datang bekerja dan sebilangan yang telah menjadi penduduk tetap (PR) UK.

Namun, dari mana kerajaan UK dapat menyediakan wang yang besar untuk mensubsidikan sektor kesihatan dan pendidikan sehingga jadi percuma?

Cukai pendapatan
Pernah kita tanya kepada rakan yang bekerja di UK berapa kadar cukai pendapatan yang mereka keluarkan? Saya tidakla tahu angka sebenar bayaran cukai pendapatan kerana tidak bekerja di sini. Namun jika tidak silap secara kasar boleh mencapai >20% dan >40% (ikut kategori jumlah pendapatan tahunan).

Bayangkan jika pendapatan anda 40% diambil kerajaan sebagai cukai. Banyak kan? Sedangkan di Malaysia, cukai pendapatan rasenya dalam belas% sahaja. Itupun ramai yang liat nak bayar!

Kalau gaji bulanan GBP2000, dicukai 20% = dapat kasar sebulan GBP1,600. Dengan wang tersebut digunakan untuk membayar sewa rumah, kos pengangkutan, beli barang dapur, bayar bil utiliti, shopping. So, berapa jumlah yang mampu disimpan secara tetap di bank??

So, baru kita nampak pendapatan di UK pun apabila ditolak sini-sana, akhirnya jadi macam pendapatan kerja di Malaysia juga. Ini kita kena syukur.

Justeru, untuk memberikan perkhidmatan kesihatan dan pendidikan percuma kepada rakyat, duit cukai inilah yang disalur.

Kesimpulan point 2

Secara tidak langsung, sebenarnya orang yang bekerja di UK 'membayar' khidmat pendidikan dan kesihatan - melalui wang cukai mereka yang besar!


Perlu Bersyukur

Saya bukannya jurucakap kerajaan. Namun meluahkan pendapat peribadi saya sebagai seorang rakyat Malaysia. Saya banyak membaca komen orang Malaysia yang apabila mereka di luar, mula memaki dan mengutuk betapa buruknya tanah air sendiri (sedangkan mereka dari kecil sampai besar merasai nikmat keamanan di tanah air sendiri). Malaysia tak majulah, tak open minded lah, etc.

Dan yang tambah sedih, bila orang dalam Malaysia sendiri dok kutuk negara sendiri, hina lagu negaraku, hina agama, hina hukum agama, cabar perlembagaan, etc.

Nak jadi negara maju macam UK? Untuk menjadi seperti UK, Malaysia memerlukan sumber sebanyak 7 kali bumi untuk mengumpul kekayaan setaraf UK. Tambahan pula majoriti negara maju adalah 'negara penjajah' - Peranchis, Britian, Sepanyol, Portugal, Jepun, USA, German, Itali hanya beberapa contoh. Mungkin Korea Selatan negara maju (saya tak pasti pernah menjadi menjadi penjajah atau tidak).

Syukurlah, Malaysia tidak mengenakan cukai pendapatan sehingga 40% kepada rakyatnya untuk memastikan pendidikan dan kesihatan dapat diberi secara percuma.

Syukurlah, di Malaysia harga minyak di bawah RM2.00. Di UK, 88p (@RM5.28) seliter. Dengar khabar, harga barangan mula diturunkan.

Mungkin ada yang melahirkan rasa terkilan kerana prestasi kerajaan ketika ini yang kurang baik, ditambah dengan dakwaan amalan rasuah yang agak tinggi (boleh baca dalam akhbar arus perdana online).

Pokoknya sekarang, kita sebagai rakyat perlu memainkan peranan tidak kira besar atau kecil, kerana kita adalah sebagaian daripada sistem yang melengkapkan keseluruhan sistem yang ada. Kritikan yang tidak membina tidak banyak membantu menyelesaikan kemelut dan masalah yang dihadapi, sumbangkan idea dan kritikan yang membina.

Dilema Pakar Tempatan

Ini petikan dari Utusan Online pagi ini bertajuk "Gaji Rendah Punca Pakar Enggan Kembali". Artikel tersebut agak panjang dan dimuatkan temubual dengan beberapa ahli akademik/pakar mengenai kesukaran membawa atau memujuk para pakar, ahli akademik dan saintis tempatan untuk pulang berkhidmat di tanah air (daripada makan gaji di luar negara). Salah satu isu adalah bayaran gaji yang tidak setimpal dengan perkhidmatan mereka ini oleh pihak kerajaan pada masa ini (di samping inisiatif lain yang banyak diberi pihak di luar negara berbanding di Malaysia).

Namun, komen menarik yang saya secara peribadi sokong dan nampak kebenarannya, dimuatkan di akhir artikel tersebut sebagaimana petikan di bawah:

Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya (UM), Dr. Abu Hassan Hasbullah berkata, sistem pendidikan di luar negara tidak mempunyai banyak krisis politik berbanding di negara ini.

"Kebanyakan golongan profesional di luar negara mahu balik ke Malaysia namun disebabkan sistem pendidikan yang beginilah, menyebabkan mereka tidak mahu pulang.

"Budaya seperti kronisme menyebabkan mereka tidak berani pulang ke Malaysia kerana takut intelektual mereka akan hilang," katanya.

Pengalaman belajar di UK telah membuktikan para pensyarah, professor bebas mendedahkan diri sebagai pengikut Konservatif, Buruh dan boleh duduk berdialog dan berbincang di atas pentas yang sama.

Kerja-kerja penyelidikan, penerbitan, kenaikan pangkat pula dibuat secara profesional dan berpandukan merit, tidak berpandukan skill siapa yang lebih pandai 'kipas boss' dan kiss a++ (kasar sikit), serta main politik secara over!

Bukan saya menyatakan di UK ni semua orang baik dan tidak main politik, namun permainan politik itu berada di bawah profesionalisme dan pandai disorok, tidak semacam sesetengah kes di Malaysia yang nampak terang lagi bersuluh kepolitikannya itu (akan dinafikan, namun tak apalah! - petikan di atas menyokong hujah saya ini).

Apa yang dimahukan oleh mereka yang berkecimpung di bidang pendidikan (lain-lain bidang juga) ialah untuk diberikan ruang yang seluasnya bagi mempraktikkan ilmu dan menjalankan kerja-kerja penyelidikan mereka. Mungkin dalam sesetengah hasil kajian akan timbul pertikaian dan perbezaan pendapat dengan pemerintah, namun jika apa yang dibuat itu adalah perkara yang benar, dan perlu disampaikan secara benar, kompromi perlu diberikan kepada mereka.

Contoh: Jika kajian pakar (geologi, jurutera struktur, pakar EIA) mengatakan perumahan di kawasan bukit tidak boleh diluluskan kerana faktor keselamatan, maka sebagai pembuat keputusan/ahli politik di peringkat PBT hendaklah patuh dan menyokong, bukan sebaliknya yang berlaku di Malaysia di mana kata-kata orang politik jadi No 1, dan pakar itu hanya bertaraf penasihat, mungkin no 3 atau bawah lagi. No 2 mungkin kroni, pemaju dan pembina.

Apabila timbul krisis seperti di Bukit Antarabangsa (6 Dec 2008), baru semua pihak sibuk mengkaji, menuding jari, dan terhegeh-hegeh meminta kajian dan pandangan dari pakar terbabit.

Sendiri mau ingat...

Saturday, 20 December 2008

LUAHAN (bukan saya punye tau)

30 Luahan Perasaan Suami.

1."isteriku, Iktitraflah kelakianku"
2."Isteriku,Jagalah Rumahku"
3."Isteriku, Janganlah Leteri aku"
4."Isteriku, Fahamilah Perasaanku"
5."Isteriku, Berbincanglah dengan ku"
6."Isteriku, Hiasilah Dirimu"
7."Isteriku, Berlemah Lembutlah terhadapku"
8."Isteriku,Hargailah pemberianku"
9."Isteriku, Janganlah Pilih Kasih Terhadap Anak-anak"
10."Isteriku, Jagalah Makan Minumku"
11."Isteriku,Jagalah pakaianku"
12."Isteriku , Didiklah Anak-Anakku"
13."Isteriku, Raikan Keluargaku"
14."Isteriku, Sembunyikanlah Kepintaran & Kelebihanmu"
15."Isteriku, Janganlah Membuang Masamu"
16."Isteriku, Janganlah Banyak Kerenah"
17."Isteriku, Patuhlah Kepadaku"
18."Isteriku, Janganlah Cemburu Buta"
19."Isteriku, Tunjukanlah sifat sabarmu"
20."Isteriku ,Iktiraflah Kepimpinanku"
21." Isteriku, Bantulah Kejayaan ku."
22"Isteriku,"Jadikan Anak2ku Insan Berakhlak mulia"
23."Isteriku, Permudahlan Penglibatan Sosial ku"
24."Isteriku, Janganlah Boros"
25."Isteriku, Hargailah Kejayaanku"
26"Isteriku,Galakkanlah Hobiku"
27."Isteriku, Suburkanlah Pembangunan Intelek ku"
28."Isteriku,Berjimat Cermatlah"
29."Isteriku, Berterus-terang dan Berkomunikasilah Denganku"
30."Isteriku, Janganlah Terlalu Mengawalku."

Keluhan Isteri Terhadap Suami.

1. suamiku...bimbinglah keluargamu...
2. suamiku...janganler rileks aje...tolonglah sikit !!!
3. suamiku...jagalah matamu...
4. suamiku...jangan abaikan rumahtanggamu
5. suamiku...jangan balik kerja lambat sangat
6. suamiku...dengarlah rintihan hatiku....
7. suamiku...bertutur dengan lembutlah nganku...jangan main hentam kromo
aje!!!
8. suamiku...setialah pada keluargamu....JANGAN CARI YANG LAIN!!!!
9. suamiku...bersabarlah dengan kerenah anak-anakmu !!!
10.suamiku...ciumlah pipiku @ dahiku sebelum pergi kerja
11.suamiku...makan dan minumlah hidangan dari air tanganku. Jangan jeling
aje dan nak komen aje.
12.suamiku...pujilah diriku dan jangan bandingkan diriku dengan orang
lain!!!!

Jika aku malas sembahyang...

Apasal la aku malas sembahyang
Kerja dah best keluarga pun dah senang
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang..

Apasal la aku malas sembahyang
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang
Main bola aku sanggup sampai petang
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang
Pagi kita sihat petang boleh kejang
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....

Apasal la aku malas sembahyang
Siksa neraka cuba la aku bayang
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh
halang!!!

JUGA.......
Telah bersabda Rasulullah saw, yang bermaksud: Enam
perkara yang dipandang asing di enam tempat, iaitu:

1. Masjid adalah asing di kalangan orang-orang yang
tidak sembahyang di dalamnya.
2. Al-Quran adalah asing di rumah orang-orang yang
tidak mahu membacanya.
3. Al-Quran juga adalah asing di dalam hati
orang-orang yang fasik (iaitu orang-orang yang tidak mahu mengamalkan isinya).
4. Seorang muslimah yang soleh dipandang asing di sisi
lelaki yang zalim, yang buruk perangainya.
5. Lelaki muslim yang soleh adalah asing di samping
perempuan yang hina, yang buruk akhlaknya.
6. Dan... orang alim adalah asing di kalangan kaum
yang tidak mahu mendengar nasihatnya.

Kemudian Nabi Muhammad saw bersabda: " Sesungguhnya
Allah SWT tidak akan memandang mereka di hari kiamat dengan pandangan
kasihan."

Sekian ...

The meaning of LOVE?

Hi there, hope u always in good condition....just want to share with u
meaning of love...hehehe

Love makes the weak man become strong and the strong man become weak.

Love is the sea of feeling surrounded by expenses.

Love isn’t the base of happiness, but without love is the base of sadness.

Love is marriage’s dawn and marriage is the twilight of love.

Love that comes slow, would keep longer

Love means understand everything.

Love is the feed back friendship.

Among the things sold, the false love is more expensive.

In love only the beginning is attractive, that’s why they like to start it
again.

In love, one needs trust, in friendship one needs good understanding.

Broken heart is smash for women, but an experience for men.

hehe cukup la tu..

adios...

Rahsia Bantal...

putera79 writes "
Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-

1) Memeluk Bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai
penghargaan yang tinggi terhadap
lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka
romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca
peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin
terhadap kesusilaan.



2) Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian
mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat
keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan
seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan
bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn
org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka
cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas
untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat
percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada
sifat ego.

6) Tidak punya bantal

Kasihan betul... pergi kedai belilah satu!!"

Tuesday, 9 December 2008

Doa buat Ayah Bonda

And your Lord has decreed that you worship none but Him. And that you be dutiful to your parents. If one of them or both of them attain old age in your life, say no to them a word of disrespect, not shout at them but address them in terms of honour. And lower unto them the wing of submission and humility through mercy, and say:

"MY LORD! BESTOW ON THEM YOUR MERCY, AS THEY DID BRING ME UP WHEN I WAS YOUNG"

Al-Quran 17: 23-24

Friday, 28 November 2008

HA...HA...HA...

From: Nasir Osman To:
Date: 11/28/08 5:29 PM Cc: Prof. Dr. Ahmad Bashri Sulaiman Bashri Sulaiman
Subject: Staf Cuti Belajar PhD : Penerbitan Jurnal Berwasit
Assalamualaikum / Salam Sejahtera,

Merujuk kepada surat dari pihak HRD, UTM Skudai

Universiti melalui Mesyuarat Penyelarasan Maklumat RU yang dipengerusikan oleh Ybhg TNC ( AA ) pada 25 November 2008 telah bersetuju memutuskan bahawa :

" setiap staf cuti belajar peringkat PhD dikehendaki menerbitkan sekurang - kurangnya 1 jurnal berwasit bagi tahun 2008 dan menerbitkan sekurang - kurangnya 2 jurnal berwasit untuk tahun - tahun berikutnya "

Demi mempastikan UTM dianugerahkan status RU, semua staf cuti belajar PhD dimohon prihatin

Tqvm

Friday, 21 November 2008

HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI. HARAPKAN PADI, PADI PULA TAK MENJADI!

Agak terkilan dengan situasi yang dihadapi masyarakat berbilang kaum di Malaysia ketika ini. Masing-masing bangsa nampaknya saling cabar-mencabar. Lebih buruk lagi, bukan saja antara bangsa, malah di antara agama pun sama. Golongan yang sebelum ini lebih low-profile, kini mula naik tocang dengan tuntutan yang bukan-bukan.

Jika di era Tun Dr M. dulu, tiadalah hal-hal sebegini timbul (secara nyata), mungkin kerana ianya diselindungi atau berjaya ditutup dari pandangan umum rakyat. Keadaan kini biarpun dikatakan lebih terbuka nampaknya membenihkan perpecahan yang ketara di kalangan penduduk berbilang kaum. Bukan kerana saya ini terlalu agungkan Dr M, tapi ini salah satu realiti yang dapat kita semua lihat hari ini.

Perjalanan masih jauh, situasi ini baru 8 bulan selepas PRU-12. Bagaimanakah pula tahun-tahun yang mendatang? Apakah kita selamat untuk keluar dan bersiar-siar? Ataupun perasaan sangsi dan sakit hati semakin tidak dapat dibendung?

Orang Melayu pastinya tidak berpuas hati dengan pencapaian (monopoli?) kaum Cina dalam ekonomi, dan Cina pula tidak berpuas hati dengan dasar yang dikandung Perlembagaan terhadap Hak Orang Melayu/Bumiputra.

Sesama Melayu pun berpecah disebabkan perbezaan ideologi. 1 mendokong fahaman kebangsaan (kaum) dan satu lagi berdasarkan prinsip Islam. Yang mendokong fahaman Nasionalis masih kuat (kerana menang paling banyak kerusi dalam PRU-12 lalu) dan yang mendokong fahaman Islam semakin mendapat tempat dan kini mentadbir 3 negeri sebagai Menteri Besar.

Sokongan Melayu terpecah.

Dalam parti kebangsaan itu sendiri pun berlaku keretakan (lihat dan baca sahaja Blog Dr. M), betapa kroniknya amalan rasuah sesama ahli dalam pemilihan parti - biarpun belum ada mana-mana pemimpin di bawa ke muka pengadilan, namun laporan salah laku yang disiarkan akhbar arus perdana telah menjelaskan segalanya.

Belum lagi isu pengekalan kuasa oleh golongan kontraktor vs. golongan 'minoriti' guru, pendidik atau bukan kontraktor dalam parti berkenaan.

Sokongan Melayu terpecah lagi.

Telah muak dengan seruan 'bersatu', jauhi pemimpin rasuah dan sebagainya. Sedarlah wahai pemimpin Melayu, jangan apabila nanti telah terlambat untuk kembali kepada keadaan aman dan sejahtera, barulah kita masing-masing menuding jari dan menyesal.

Meniupkan sentimen perkauman tidak akan membantu usaha memperkasakan negara dan mengubat luka dalam hubungan antara kaum. Malah menyemai kebencian dan semangat perkauman yang makin menebal dalam diri masing-masing. Yang kasihan nanti adalah generasi anak-cucu kita juga.

Justeru, janganlah jadi "Harapkan Pagar (untuk menjaga amanah rakyat), Pagar Makan Padi (khianati amanah). Dan Harapkan Padi (seruan untuk bersatu-padu), Padi Pula Tak Menjadi (makin berpecah-belah jadinya).

Thursday, 20 November 2008

Interrupting: Useful tips

As a research student/candidate, either like it or not, someday there will a day for us to present our research project.

Here, I would like to share some useful tips on how to participate in presentation (as presenter or audience). I've used a few of this tips for my own research seminar/presentation last 2 weeks and believe me, it helps me a lot (in order in smoothing the Q&A session and improve my pronunciation).

WHEN to interrupt

There is no right or wrong time to interrupt. However, in English speaking cultures, unless the discussion is very formal, then interrupting is not normally seen as impolite. In fact, not interrupting can often be taken as a signal that the listener is disinterested in the topic. Even in a very formal debate, there will be parts of it when interrupting is the norm.

From a linguistic point of view, there are several places in the turn where interruption can normally be made without breaking conventions:

- at the end of a sentence, but not between points 1 and 2
- in a long silence, if the speaker seems to have dried up
- when intonation falls, but not in the middle of a point

HOW to interrupt

Look at the following which are potential signals in a conversation that someone is interrupting:

- er...
- yeh, but...
- sorry, but...
- good point, but...
- can i add here that...
- can i ask a question?
- can i add something?
- may i ask something?
- i'd like to say that...
- can i say something here?
- i'd like to comment on that
- if i could just come in here...
- excuse me for interrupting, but...
- i'd like to say something, if i may...

HOW to avoid interruption



Wednesday, 19 November 2008

What I've Learn in English Class Today

Salam to all,

I just went back from attending English class (for communication). Today's module was quite interesting (as always), we learn about pronunciation (again?) and how to lead a discussion and holding the floor.

And as usual, I have to lend my ears to my friend Congolese, listen to his memememe... and a lot of arguments (sometimes irritating). But that what I want to share here.

Today I want to share a very useful thing that may help us all in improving our academic writing. YES, the use of Latin phrases in academic writing. Enjoy!!

cf (confer) = compare with
e.g. (exempli gratia) = for example
et al. = and others, especially listing authors
etc. (etcetcera) = and so on
ibid. (ibidem) = in the same place
i.e. (id est) = in other words; that is
inter alia = among other things
loc. cit. (loco citato) = in the place mentioned
modus operandi = a method of working; a system
N. B. (nota bene) = note well
non sequitur = it does not follow logically
op. cit. (opere citato) = in the work already named
p.a. (per annum) = by the year
per capita = for each person; per head
per diem = by the day
per se = in itself; intrinsically
status quo = me existing state of affairs
via = by means of
V. @ Vs. (versus) = against
AD (anno domini) = in the years of ourLord
ad infinitum = to infinity; unending
finis = the end
sic = thus; used when quoting a writer's incorrect words
sine qua non = something essential; without which not
de facto = un-elected leader

Friday, 14 November 2008

COUNTDOWN

Inilah yang saya maksudkan dengan tagline artikel kali ni.

Yup! permainan Countdown. Permainan membuat perkataan daripada huruf-huruf yang kita pilih. Memang seronok kerana disamping mengisi masa lapang, boleh asah otak dan belajar buat perkataan dalam English.

Dan lazimnya jugak, saya akan dikalahkan oleh orang rumah yang sememangnya jauh lebih terrer dari saya dalam game-game camni. Saya kalau susun perkataan pun, biasa dapat 3 huruf, 4, paling banyak pun 6 huruf. Tapi memang seronok


Sesudah habis bermain

Selain Countdown, kami juga penggemar game Cluedo

Lagi tak sabar menunggu baby lahir dan melengkapkan hidup kami

Bertemu lagi di masa depan, Wassalam........

Thursday, 13 November 2008

New Member


Sebagai tambahan kepada koleksi miniature houses yang sedia ada. Ia produk Liliput Lane (1994 - Fresh Bread) and still in a very tip-top condition. Rasanya kami dah belanjakan lebih GBP30.00 untuk keseluruhan koleksi rumah kecik.

Setakat ni kami dah berjaya kumpul 14 unit rumah kecik yang bersaiz besar, dan 13 unit yang bersaiz lebih kecik. Sebagian telah saya masukkan ke dalam Friendster saya.

Namun kalau dah minat tu, soal duit tu jatuh nombor 2. Janji benda yang diidamkan tu dapat. Nak kata membazir duit pun tak jugak, sebab semua rumah ni kami beli di car boot sales ataupun dapat kat charity shops. So, ambik contoh Fresh Bread ni kalau beli yang baru paling murah pun dalam GBP10.00, sedangkan kami hanya bayar 50p kat car boot.

Kami akan terus dan terus kumpul rumah kecik ni, biarpun ruang tamu yang sedia kecik ni makin mengecil. Maklumlah, kat Malaysia rasanya takde benda macam ni. Kalau order kat ebay pun boleh cecah GBP 20.00/RM120.00++ untuk sebuah rumah kecik yang terpakai/baru.

Dan hobi sebegini menjadikan saya lebih pendetail, nak membersihkan, lap dan sebagainya. Alangkah best kalau saya dapat belajar cara nak buat miniature house ni, boleh buat model rumah tradisional Melayu pula di masa depan. Hohoho

Di lain masa, saya akan update lagi kisah on our miniature houses. Wassalam

Terkenang




Bertemu kembali,

Lama rasanya tak menulis atau menyumbang apa-apa artikel di blog ni. Al-maklumlah minggu ni begitu sibuk namun memuaskan hati setelah memikirkan outcome hasil kerja keras tu.

Hari Rabu (12/11/08) telah selamat membentangkan Research Proposal. Langkah terawal yang penting ke arah menjayakan PhD ini. Alhamdulillah, sepanjang 30 minit pembentangan telah digunakan untuk menjelaskan segala intipati kajian dan semua berlangsung dalam English!

Tapi itu akan saya ceritakan di lain masa. Cuma kaitan foto makanan di atas ialah itu juadah mase bulan puasa di mana orang rumah saya buat ayam panggang dan makan dengan nasi himpit dan kuah. Memang sedap.

Teringat ketika pertama kali berpuasa di perantauan. Lain benar dengan tanah air. Apapun, banyak menu tradisional Melayu tetap maintain biar di manapun berada. Thanks to my beloved wife.

Wassalam.

Friday, 7 November 2008

Bertemu kembali,

Dalam artikel kali ini saya ingin menarik perhatian para pembaca dengan berita/kisah/atau layak (tidak rasanya) digelar dokumentari mengenai orang ular, orang pokok yang bakal disiarkan di Chanel Discovery.

Menggunakan tagline 'FREAK FAMILY SHOW' - merupakan cara promosi yang berkesan dan menarik perhatian penonton. Namun, menggabungkan kesemua insan kurang sempurna di bawah satu rancangan dengan menggelarkan mereka ini sebagai FREAK adalah satu tindakan biadap, bersifat memanipulasi serta tidak bertanggungjawab, apatah lagi untuk sensitif terhadap nasib dan penderitaan yang terpaksa mereka lalui.

Perlu diingatkan, tajuk sebegini akan menambahkan lagi stigma negative terutama kanak-kanak serta golongan remaja terhadap golongan yang tidak bernasib baik ini. Penggunaan istilah FREAK jarang (amat asing) digunakan atas dasar kebaikan, malah ia lebih sinonim dengan orang jahat, di luar tabii, ganjil dan cacat.

Sudahlah orang itu menderita dengan penyakit yang dihidapi, media pula lebih memainkan peranan memberikan label buruk kepada mereka-mereka ini. Akhirnya, masyarakat akan lebih memandang serong (jika tidak hina pun), dan semakin menyisihkan mereka (kerana takut berkawan dengan FREAK). Yelah, siapa mahu dilihat berkawan dengan FREAK!

Media perlu menjadi platform pendidikan yang menyebarkan kesedaran kepada masyarakat terutama generasi muda betapa pentingnya golongan sebegini (dan yang lain-lain yang juga kurang bernasib baik) untuk disantuni dan didekati. Seharusnya label FREAK ini tidak disebutkan langsung oleh dokumentari sebegini.

What a shame!

Friday, 31 October 2008

Musim Sejuk Dah Tiba

Kini, Oxford telah memasuki musim sejuk dengan suhu harian antara 7C hingga 0.5C (tengok hari). Tapi bagi budak kampung macam saya, suasana dingin umpama meringkuk di dalam peti ais Maiden memang 'perit' sikit.

Kadang-kala terpikir jugak, mengapalah ada orang yang tinggal kat tempat macam ni. Kenapalah depa semua ni tak visit Malaysia, rasa macam mana cuaca kita.

Tapi, Allah tu Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa. Setiap penciptaan Dia ada nikmah tersendiri yang perlu difikir oleh setiap orang Islam macam kita.

Waktu solat?

Nie dia - 31 Oct 2008
Subuh = 5.06am
Dhuhr = 11.49 am
Asr = 2.10pm
Magrib= 4.36pm
Isha = 6.26pm

Nasib baik tak banyak kelas semester ni, kalau tak, berkejar jugak nak solar Zohor (pukul 11.50 pagi tuh), pastu elok stay kat surau untuk terus solat Asar (2.10pm je).

Pukul 4.00 petang dah macam pukul 8.00 malam kalau kat Malaysia. Cepat gelap.

Wednesday, 29 October 2008

MURAH LAGI TU

Harga minimum rokok akan ditetapkan

29/10/2008 3:31pm

PUTRAJAYA 29 Okt. — Harga minimum rokok di pasaran tempatan mungkin akan ditetapkan kepada RM6 sekotak, atau pada kiraan tidak kurang 30 sen bagi setiap batang rokok, menjelang akhir tahun ini, sebagai satu lagi usaha kerajaan mengawal gejala merokok terutama di kalangan remaja.

=====================

RM6 masih belum cukup untuk menghentikan tabiat merokok terutama di kalangan ramaja/ bersekolah. Ini kerana jika di pekan dan bandar-bandar besar hari ini, rata-rata ibubapa membekalkan anak mereka dengan wang saku antara RM5 - RM10 sehari (duit bas dibayar secara bulanan).

Tidak terkesan jika mereka mengeluarkan RM0.90 untuk membeli 3 batang rokok untuk melepas gian dan melepaskan tension mentelaah pelajaran di kelas. Baki RM4 - RM9 boleh diguna untuk membeli (1) sebungkus nasi lemak (RM2) dan air teh tarik (RM1.50), atau (2) nasi ayam (RM5) dan teh tarik (RM1.5). Small thing kata orang sekarang.

Langkah mengawal harga bukan tidak baik, ia satu usaha yang bagus dan selayaknya dilaksanakan oleh kerajaan dan kesannya meliputi ke seluruh negara.

Tetapi, dapatkah kita sebagai orang awam ini diyakinkan bahawa langkah sebegini mampu membendung remaja (terutama pelajar) berhenti/mengurangkan tabiat merokok. Setakat yang saya tahu, belum ada lagi fakta yang kontrit bagi menyokong keberkesanan langkah ini.

Banyak yang dinyatakan adalah berbentuk spekulasi atau andaian pintar sahaja.

Borak dengan seorang sahabat hari tu, dia menjelaskan hukum merokok ada tiga (3) iaitu; 1) harus merokok; 2) makruh dan 3) HARAM.

Harus
Apabila seorang perokok tegar dengan tiba-tiba telah berhenti merokok. Tidak lama selepas itu (maybe seminggu/sebulan), kesihatannya terjejas dan penyakit-penyakit yang 'bersembunyi' di balik merokok itu akhirnya keluar. Doktor dengan budi bicara boleh menasihati agar beliau merokok kembali dengan tujuan 'merawat' penyakit yang keluar tu. (sebenarnya bukan MERAWAT tetapi dah tahap terlewat, mungkin tunggu mati je.)

Makruh
Apabila tiada apa-apa sebab untuk dia merokok.

Haram
Apabila dilakukan oleh kanak-kanak (penganiayaan dan tidak boleh cuba-cuba).

-- ini hasil penerangan beliau yang belajar ilmu agama di Madinah.

Namun, apabila ada hukum HARAM tu, secara peribadi saya akan mengambil hukum HARAM tu dulu. Macam makan daging babi, ia HARUS jika dalam keadaan darurat. Namun di luar darurat, ianya jelas HARAM.

Sama juga dengan rokok, jika tiada apa-apa keperluan, buat apa mencuba benda yang 'membunuh' tu? - Logik akal.

Satu lagi, kajian saintifik (bukan sekadar spekulasi mahupun andaian tanpa asas), rokok yang dihisap tu memang mengandungi kimia dan racun yang berbahaya bukan sahaja kepada perokok, malah lebih bahaya kepada mereka di sekitar yang menghidunya.

Ini boleh dilihat dan dibaca di pelbagai media, di TV, akhbar, poster dan sebagainya.

Penutup

Agama Islam itu akan lemah jika umatnya lemah, dan rokok itu merupakan 'candu' yang terbaik untuk melemahkan orang Islam.

Gian merokok hanyalah permainan minda yang keliru. Buktinya, di bulan Ramadhan ramai perokok (termasuk yang tegar) berupaya berhenti (seketika). Ini kerana minda mereka menyatakan 'kita puasa, dan merokok akan batalkan puasa'. - boleh pulak ye?

Cara terbaik, bagi yang belum merokok, jangan cuba langsung. Dan yang baru merokok tu, inilah waktu untuk berhenti. Bagi yang otai dan tegar, kurangkan merokok secara beransur-ansur - kalau sekarang 1 kotak/20 batang sehari, kurangkan kepada 3 batang - pagi, petang, malam. Dan bagi masa 3 bulan untuk berhenti terus.

Yakinlah, ramai yang tak mati apabila berhenti merokok.

Monday, 27 October 2008

Him and Her...

Joke Of The Day:
Him and Her...

A man will pay $2 for a $1 item he needs.

A woman will pay $1 for a $2 item that she doesn't need.

A woman worries about the future until she gets a husband.

A man never worries about the future until he gets a wife.

A successful man is one who makes more money than his wife can spend.

A successful woman is one who can find such a man.

To be happy with a man, you must understand him a lot and love him a little.

To be happy with a woman, you must love her a lot and not try to understand her at all.

Married men lived longer than single men, but married men are a lot more willing to die.

Any married man should forget his mistakes - there's no use in two people remembering the same thing.

Men wake up as good-looking as they went to bed. Women somehow deteriorate during the night.

A woman marries a man expecting he will change, but he doesn't.

A man marries a woman expecting that she won't change, and she does.

A woman has the last word in any argument. Anything a man says after that is the beginning of a new argument.

There are two times when a man doesn't understand a woman: before marriage and after marriage.

PUJUK...bukan TUNTUT...

Bertemu kembali,

Semalam ada menonton Buletin Utama kat internet, biasalah berita kat TV sekarang ni, 30 minit yang awal tu dikhaskan untuk politik (macam dah jadi makanan asasi rakyat dah). Lantaklah kome semua, yang masih belum cukup pencalonan, sibuk lagi dok berkempen. Yang dah 'lulus' tu bolehlah tarik nafas lega (sekejap je, sebab tu baru layak jadi calon, belum tentu jadi 'calon yang menang' lagi).

Tinggalkan dulu UMNO dan kapalnya dahulu, saya tertarik dengan komen yang diutarakan oleh Prof Emeritus Khoo Khay Kim (UM) perihal ketuanan melayu, pertikaian mengenai kontrak sosial dan peri penting pehamahan terhadap artikel 153 dalam perlembagaan negara (mengenai hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera di Malaysia).

Artikel 153 menyentuh beberapa aspek iaitu (1) hak melayu/bumiputera memasuki sektor perkhidmatan awam, (2) biasiswa dan (3) pendidikan.

"hanya artikel 153 ada dalam perlembagaan, dan perlembagaan adalah undang-undang tertinggi negara, dan segala undang-undang lain yang bertentangan dengan perlembagaan adalah tidak sah" - Khoo Khay Kim (25 Oct 2008).

Langkah yang perlu digerakkan kini adalah mendedahkan kepada generasi muda tentang pembentukan perlembagaan dan kefahaman terhadap kontrak sosial yang telah dibentuk melalui persetujuan bersama para pemimpin (berbilang kaum) di masa dahulu.

Seterusnya beliau diaju pertanyaan berkaitan dominasi UMNO dalam BN.

"dominasi itu berasaskan artikel 153! Dan mereka seharusnya faham apa itu artikel 153. Saya rasa ahli politik kita seharusnya belajar apa yang sensitif dan apa yang tidak sensitif. Apa yang boleh disebutkan, apa yang tidak seharusnya disebutkan, biar mereka kembali ke masa selepas Mei 13 1969."

Selanjutnya beliau menambah,

"parti-parti di luar UMNO, kalau mereka mahukan sesuatu seharusnya PUJUK, bukan TUNTUT!"

"Mungkin kalau PUJUK akan mengambil masa yang lama, tapi akhirnya mungkin boleh dapat. Kalau TUNTUT saja, mungkin tak boleh dapat" - Khoo Khay Kim (25 Oct 2008).

Saya tidaklah memba**-buta untuk menyokong dominasi UMNO dalam BN mahupun di peringkat negara. Ini kerana spirit/semangat sebagaimana yang telah digariskan di dalam artikel 153; kontrak sosial adalah amat baik dan jika ia diterjemah kepada tindakan dengan cara yang betul, beretika dan beramanah, alangkah elok dan mungkin kini tidak muncul/tiada suara-suara sumbang akan kedengaran baik dari pihak pembangkang, mahupun rakyat dari kaum lain.

2 persoalan timbul ialah:

Mengapa kini baru ditimbulkan persoalan mengenai 'ketuanan melayu', dan kontrak sosial? Adakah rakyat berbilang kaum tidak puas hati dengan prestasi ekonomi dan bagaimana hasil kekayaan negara diurus tadbir oleh pemimpin (melayu)?

Apakah langkah berkesan untuk 'menjawab' persoalan pertama, dan bagaimana parti pemerintah dapat bangkit untuk membina semula reputasi sebagai parti yang mewakili hati orang melayu dan di masa yang sama menjamin hak dan kesejahteraan hidup kaum lain di negara ini.

Bersama kita nantikan perkembangan hal ini di masa akan datang (atau tidak lama lagi?).

Wassalam.

Friday, 24 October 2008

TELAH BERMULA....

Najib yakin unsur DEB boleh dihapuskan beransur-ansur

Sumber: Berita Harian Online, 24/10/2008

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yakin unsur Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang berakhir 1990 dan digantikan dengan Dasar Ekonomi Nasional (DEN) pada 1991, boleh dihapuskan secara beransur-ansur.

“Saya sedang berusaha ke arah melaksanakan liberalisasi (unsur-unsur DEB) secara beransur-ansur itu apabila Bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri.

"Dan sukacita saya nyatakan bahawa semakin ramai dalam kalangan mereka kini sudah mempunyai keyakinan untuk bersaing, untuk berjaya di peringkat global dan domestik.

“Dalam tempoh yang tidak terlalu lama lagi, kita dapat saksikan unsur-unsur DEB ini akan diganti,” katanya dalam wawancara melalui program “Bloomberg Voices” terbitan Bloomberg TV yang disiarkan secara rakaman di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta memberi pandangan mengenai DEB oleh perantara program berkenaan, Haslinda Amin.

“Saya berpendapat unsur-unsur DEB perlu dibuang secara beransur-ansur dan pada waktu yang sama, sungutan yang berasas dan keperluan setiap masyarakat, perlu diberi perhatian,” katanya dalam program 30 minit itu. - Bernama

Monday, 20 October 2008

Pengurusan kekayaan

Berita 1

Kerajaan yakin harga minyak sawit meningkat

20/10/2008 3:06pm

KUANTAN 20 Okt. — Kerajaan yakin harga komoditi minyak sawit yang kini menurun ke paras RM1,700 setan akan kembali meningkat tidak lama lagi, kata Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Senator A. Kohilan Pillay.

Katanya jangkaan peningkatan semula harga komoditi itu dibuat atas beberapa faktor seperti beberapa lagi musim perayaan yang akan menjelang tiba yang akan meninggikan semula permintaan komoditi itu.

Selain itu, katanya negara yang mempunyai empat musim kebiasaannya akan membuat permintaan tinggi terhadap minyak sawit apabila tiba musim sejuk.

“Kita yakin harga minyak sawit akan meningkat semula kerana percaya permintaan terhadap komoditi itu akan meningkat pada musim perayaan selain kedatangan musim sejuk di negara berkenaan, yang akan menyebabkan pengunaan minyak sawit kembali meningkat.

“Dengan ini kita percaya harga minyak sawit akan meningkat semula pada tahap yang lebih baik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Ceramah Kerjaya Sektor Perusahaan Perladangan dan Komoditi di sini hari ini.

Program ceramah yang dihadiri 300 pelajar sekolah dan universiti di negeri ini merupakan satu inisiatif untuk meningkatkan profil sektor dan pengetahuan orang ramai, terutama pelajar, mengenai kerjaya di sektor berkenaan.

Katanya harga minyak kelapa sawit pernah mencatatkan peningkatan ketara pada Mac lepas iaitu mencecah RM4,600 setan sebelum menurun kepada RM3,800, diikuti RM2,700 dan kini RM1,700.

Bagaimana pun, katanya walau pun harga minyak sawit kini RM1,700 setan, namun harga itu masih relevan memandangkan kos operasi bagi pengeluaran biodiesel misalnya mencatatkan pada paras RM1,200 setan.

Menurutnya, ketika harga minyak sawit berada pada paras rendah ini, adalah lebih baik jika pekebun dapat menumpukan perhatian kepada kerja-kerja penanaman semula pokok kelapa sawit.

Ketika harga sawit tinggi, katanya pekebun jarang memberikan tumpuan kepada kerja-kerja penanaman semula pokok kelapa sawit.

Terdahulu, dalam ucapannya, Kohilan berkata negeri Pahang merupakan salah satu penyumbang utama kepada kemajuan komoditi itu di negara ini.

Dari segi penanaman kelapa sawit, terdapat lebih 640,000 hektar ladang di negeri Pahang yang mana lebih 40 peratus daripadanya diusahakan melalui skim Felda.

“Ini menjadikan Pahang sebagai negeri keempat terbesar dalam penanaman kelapa sawit di negara kita di mana jumlah keluasan keseluruhan ialah sebanyak 4.3 juta hektar selain sebagai pengeluar utama produk kayu-kayan dan getah,” katanya.

—BERNAMA

Berita 2

Malaysia tidak berada dalam krisis kewangan - Najib

20/10/2008 1:58pm

KUALA LUMPUR 20 Okt. — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia tidak berada di dalam keadaan krisis kewangan dan tidak sepatutnya diperkatakan berada di dalam keadaan sedemikian.

Bagaimana pun, beliau, yang juga Menteri Kewangan, berkata ekonomi sebenar negara tidak dapat dielak akan menerima kesan negatif oleh cabaran kewangan semasa.

“Sambil kita berkeyakinan mengenai ketahanan sektor kewangan kita, kita beringat bahawa kegawatan kewangan di dalam pasaran lain akan memberi kesan terhadap ekonomi sebenar negara serta di seluruh dunia,” katanya selepas merasmikan Forum Megatrends Khazanah.

Najib berkata dari perspektif kerajaan, pengurusan kesan impak ke atas ekonomi sebenar merupakan keutamaan teratas sambil kerajaan memastikan integriti sistem kewangan negara ini.

Katanya kemelesetan ekonomi global akan memberi impak ke atas permintaan bagi penggunaan budi bicara yang menjadi sebahagian dari eksport Malaysia.

“Agak jelas, sektor ekonomi yang boleh diniagakan akan menerima kesan secara negatif,” katanya.

Pertumbuhan yang perlahan, kata Najib yang mulai ketara, akan memberi kesan terhadap permintaan yang perlahan bagi mendapatkan komoditi seperti yang dilihat di dalam penurunan harga komoditi yang termasuk harga minyak mentah.

“Kemerosotan harga minyak sawit dan getah akan memberi kesan terhadap perolehan syarikat perladangan dan pekebun kecil kita,” katanya.

Dengan itu, katanya pemacu pertumbuhan ekonomi mampan perlu dilakukan oleh pelaburan swasta domestik dan penggunaan domestik yang kukuh yang berterusan.

— BERNAMA

=========================

Berita 3

Penoreh resah harga getah merudum

TENOM 24 Ogos - Para pekebun kecil di sini mula resah berikutan harga getah yang jatuh menjunam sehingga RM3 sekali gus menyebabkan pendapatan mereka kini terjejas.

Menurut mereka, harga getah sebelum ini mencatat lebih RM5.

Bekas Ketua Anak Negeri (KAN), Gonsubin Yosundang, 58, berkata, para pekebun getah hari ini tidak ceria seperti dahulu kerana bukan sahaja harga getah yang menjunam tetapi juga kemungkinan akan terus turun.

Beliau yang mengusahakan kebun getah di Kampung Ulu Tepoh berkata, pendapatan penoreh terjejas teruk berikutan kejatuhan harga komoditi itu yang begitu mendadak.

''Kita berharap kerajaan dapat membantu menangani masalah ini kerana pendapatan daripada hasil getah tidak lagi mewah seperti dahulu dan harga barang makanan pula terus meningkat.

''Malah kami kini dilanda kebimbangan, harga getah akan terus jatuh. Jika keadaan ini berlaku, mungkin penoreh getah terpaksa mencari pekerjaan lain," katanya.

Seorang lagi pekebun getah, Selliang Riung, 57, yang tinggal di Kampung Kelanaan berkata, pihak berkaitan perlu berbuat sesuatu bagi melindungi kebajikan para penoreh supaya kehidupan mereka tidak terus terhimpit.

Katanya, hampir 70 peratus rakyat luar bandar terdiri daripada mereka yang bergantung hidup daripada hasil getah dan jika harga terus menjunam tentu sekali ramai yang akan meninggalkan kampung halaman dan berhijrah mencari pekerjaan di bandar.

Pesara tentera, Majakum Matthew, 41, pula berkata, para penoreh sepatutnya tidak terlalu takut dengan kedudukan pasaran harga getah yang turun naik.

Katanya, para penoreh sepatutnya menabung dan membuat persediaan semasa harga getah melambung naik.

''Harga getah ini ada pasang dan surut, kita kena sabar. Pada masa sama, kita minta kerajaan untuk berbuat sesuatu menstabilkan harga atau sekurang-kurangnya ada satu kaedah mempertahankan harga sekarang," katanya.


Berita 4

Dividen Felcra dijangka terjejas - Muhammad

KUALA LUMPUR 11 Okt. - Kemerosotan harga komoditi tanaman sawit dan getah sejak beberapa bulan kebelakangan ini akan menyebabkan dividen kepada pelabur Felcra terjejas.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, kemelut kewangan yang berlaku di pasaran global menyebabkan harga komoditi mengalami penurunan.

''Ini bermakna kita mesti bersedia bahawa dividen akan datang bakal terjejas kerana pendapatan daripada kelapa sawit dan getah menurun,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri Felcra 2008 di Dataran Wisma Felcra di sini hari ini.

Menurut Muhammad, bagi mengatasi masalah itu, pengurusan Felcra perlu lebih jitu dalam meningkatkan hasil tanaman agar kemerosotan yang berlaku tidak menjejaskan pendapatan.

Jelasnya, jika ladang-ladang milik syarikat swasta dapat mengeluarkan hasil yang tinggi, Felcra juga mampu berbuat demikian.

''Saya berharap, Felcra dapat meningkat hasil daripada 17 metrik tan setiap hektar kepada 21 metrik tan sehektar,'' ujarnya.

Beliau memberitahu, pengurusan yang lebih teratur akan dapat memastikan hasil tanaman ditingkatkan walaupun dengan kos yang masih tinggi.

Katanya, krisis kewangan yang melanda di peringkat global bakal menjejaskan ekonomi negara lebih-lebih lagi dalam situasi politik yang kurang stabil.

''Kita berkehendakkan politik yang stabil tetapi kalau kita masih bergoncang dan masih tak selesai dari segi isu-isu politik, masalah yang datang dari luar boleh menggugat negara kita,'' tegasnya.

=========================

Sekarang, semua kita sedia maklum baik di UK, US, Eropah/EU, Asia kini sedang bergelut dengan krisis ekonomi. Malaysia, sebuah negara kerdil dengan kapasiti pasaran saham yang kerdil dan pergantungan terhadap import yang tinggi perlu menyiapkan langkah yang padu ke arah menghadapi gelombang krisis ekonomi ini.

Lihat saja bagaimana syarikat gergasi di Jepun yang lebih organise tumbang menyembah bumi, kadar pengangguran meningkat di UK dan US, pasaran saham Asia mula hilang modal dan keyakinan oleh para pelabur dan akan banyak lagi kesan yang bakal muncul selepas ini.

Kita sebagai rakyat (yang sayang Malaysia) tidaklah bermaksud untuk merendahkan kredibiliti para pemimpin negara dalam menangani krisis ini, namun jika diperhatikan sekarang ni terlalu banyak statement yang berbentuk 'longgar' dilontarkan seolah-olah ingin menyedapkan hati pelabur dan rakyat sendiri bahawa kita masih kukuh dan kuat.

Pastinya harga barang yang naik 'menggila' selepas harga minyak naik RM1 beberapa bulan yang sudah kini masih 'kekal' tinggi, tanpa menampakkan adanya tanda untuk turun. Harga bahan asas seperti beras masih mahal dan tidak banyak berubah, biarpun kerajaan telah menurunkan harga minyak beberapa kali selepas kenaikan tertinggi itu.

Orang kampung menyeluh, sudahlah harga bahan makanan mahal, hasil getah dan sawit pula terpaksa dijual murah dan mengurangkan pendapatan (ada saudara dulu menerima RM3k sebulan hasil jual sawit, kini turun kepada RM1k sahaja - 1/3 berkurang). Sedangkan harga barang dan kos perkhidmatan terus kekal dan ada semakin naik.

Sesak! memang sesak! Tapi inilah realiti yang dirasai oleh orang kampung (pemimpin rasa atau tidak, tak tahulah!).

Apa penyelesaiannya? Pemimpin perlu buktikan melalui tindakan yang berkesan, dan bukan lagi melalui pernyataan politik/atas angin sahaja. Biarlah orang kampung dapat merasai penurunan kos-kos hidup seharian dan merasai peningkatan pendapatan jualan hasil ladang.

Sesungguhnya mencegah dari awal melalui tindakan segera itu lebih baik dari merawat kesan negatif yang terjana selepas itu disebabkan kelewatan mencari penyelesaian.

Monday, 13 October 2008

KEHILANGAN DI BULAN SYAWAL

Ada dua berita 'kehilangan' nak saya kongsikan bersama pembaca blog ini.

Pertama, adalah berita pemergian individu penting lagi dikasihi iaitu Tok Bak (Atok sebelah Isteri) pada pagi (waktu UK) atau tengah hari waktu Malaysia pada 12/10/08 (Ahad) akibat penyakit di bahagian pernafasan dan juga faktor sakit tua.

Sebelum Raya lagi beliau agak uzur sehingga perlu ditahan sementara di wad di Hospital Daerah Pontian, Johor. Sepanjang tempoh tersebut (bulan Ramadhan masa tu), arwah telah dijaga oleh Ibu and Ayah serta pakcik-pakcik yang lain. Beberapa hari kemudian, keadaan kesihatan beliau agak positif dan telah dibenarkan pulang ke rumah.

Sebagai menantu yang 'baru' dalam keluarga (11/2 tahun), saya bagaimanapun bersyukur kerana telah berpeluang bertemu dengan arwah semasa hayatnya. Ingat lagi, kali pertama bertandang ke rumahnya (masa tu belum kahwin - sebab ada kursus di UTM Skudai, so alang-alang pay a visit ke kampung 'bakal' isteri) arwah bertanya kepada saya soalan yang 'hampir sama' sehingga berbelas kali, cukup mengingatkan kepada arwah datuk saya dahulu. (arwah datuk saya dulu pun agak pelupa). Namun, tak tahulah kenapa sekarang ni saya begitu tersentuh hati setiap kali isteri saya menangis apabila dia terkenangkan arwah, seolah-olah saya juga memahami perasaan 'kehilangan' tu. Saya juga dapat rasakan rasa sedih isteri sewaktu membaca post beliau dalam blog (http://madam-teacher.blogspot.com)

Namun, apa yang penting dan yang perlu diberi perhatian ketika ini adalah memastikan kesihatan Tok Mak dan Mak dan (terutama) Ayah yang kadang-kala kurang sihat dan ditambah pula beliau orangnya cepat risau. Saya doakan Tok Mak, Mak dan Ayah sentiasa dibekalkan kesihatan berpanjangan dan terhindar dari penyakit berbahaya dan memudaratkan.

Buat arwah Tok Bak - doa dan sedekah bacaan Quran dan amal jariah yang mampu kami di sini titipkan. Moga Allah S.W.T menerima doa, bacaan Quran dan sedekah jariah atas nama arwah dan moga-moga pahala amal kebaikan ini sampai kepada arwah dan menjadi bekal tambahan bagi perjalanan semasa di sana. Amin.

===================

Kedua, juga berita sedih kepulangan ke Rahmatullah bekas pensyarah saya semasa menuntut di UTM iaitu Prof Dr Ahris Yaakub. Beliau dipanggil pulang oleh yang Maha Esa pada jam 1 pagi, Khamis 09/10/08 - Khamis ketika dalam lawatan/ziarah anak beliau di Christchurch, New Zealand.

Antara pelopor bidang G.I.S di Malaysia, dan tidak melampau jika saya intiraf beliau sebagai orang terawal yang membawa ilmu G.I.S ini masuk ke Malaysia (arwah grad dari Holland).

Saya masih teringat kisah arwah semasa zaman muda sebagaimana diceritakan oleh Dr. Ibrahim (mereka bertiga - bersama Cik Din Kechik), merantau ke South Africa. Adalah cerita dia.

Sebagai pendidik, beliau amat teliti dan mementingkan pemahaman terhadap konsep, bukan memilih jalan mudah bagi pelajarnya. Sebenarnya software GIS tu mudah dan hanya perlu klik-klik saja, namun pelajar akan hilang intipati dan tunjang teori ilmu itu. Justeru, pendepatan arwah dalam mengajar lebih kepada biar belajar susah, namun mantap dari segi spirit ilmu tu.

Di luar, arwah merupakan seorang yang mudah didekati dan suka berbual (jika ada masa lapang di luar waktu kelas dan jika beliau tidak sibuk atau keluar negara).

Apapun, UTM dan bidang GIS telah kehilangan permata yang berharga dengan pemergian beliau. Namun, saya yakin dengan ilmu yang dipegang dan diamal oleh bekas pelajar beliau, legasi ini akan terus berkembang di masa depan.

=====================

Al-Fatihah buat kedua-dua insan istimewa ini.

p/s: berita seperti ini turut mengimbau kenangan saya kepada arwah datuk dan tok di terengganu yang pergi lebih dulu meninggalkan kami. moga Allah memberi peluang dan ruang dan kemudahan untuk kami berkesempatan pulang menziarahi pusara mereka kelak. Wassalam.

Saturday, 11 October 2008

CELAKALAH MEREKA!

Just a moment ago, I watched a news (Buletin Utama, 11/10/08 - on my own birthday!) about pembuangan bayi, still with his tali pusat, wrapped with sejadah, at the Muslimah prayer room, Masjid Terapung in Kuala Ibai, Terengganu.

I feel very mad ever since I watch this news, as I'm patiently waiting for my first baby. Every day I pray to Allah the Almighty for the safety of our baby and its mother and may Allah bless him with good healthy.

But this person/couple or whoever that committed this event, should be punished by Allah. Celakalah Mereka, I coursed them all the way! How can they kill or let an innocent baby return to Allah just like that. How irresponsible!

Please do something:

For eager teenages out there, avoid yourself from getting involved with social problems, choose a fiends wisely, learn about your agama, that will guide you and prohibit you from a trap of satan.

For parents out there, please monitor your sons/doughters, get to know whose their friends, where they go every night and for what purpose, etc.

For ustaz and law enforcement especially the police and teams from Pejabat Agama out there, please stop sleeping. This buang bayi phenomenon had becoming worst every day and each case becoming more weird. Play your roles bacause you need to face and answer to Allah in hereafter.

I always make a doa so Allah will guide me and my family and may Allah will always protect us and other fellow Muslims against this fitnah.

Islam Hadhari, Terengganu Bestari = what a shame!

Wama-Alaina-Il'lalbala-Ru'lmubin.

Wassalam

Tuesday, 7 October 2008

UK in recession, says business body_Tuesday 7th Oct 08

http://uk.news.yahoo.com/pressass/20081007/tuk-uk-in-recession-says-business-body-6323e80.html

Thursday, 2 October 2008

Bencana Perbankan Online

Bertemu kembali,

Pertama, masih belum terlewat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog ini tidak kira di mana anda berada. Semoga raya tahun ini tetap meriah sebagaimana tahun-tahun yang sudah.

Di balik pelbagai cabaran dan kekalutan yang tercetus di Malaysia ketika ini, seharusnya kita terus melahirkan rasa kesyukuran kerana masih dapat meneruskan pekerjaan dan hidup dengan selamat dan aman. Harapan semua agar keharmonian dan kestabilan ini terus kekal. Dan harapnya krisis politik yang belum pulih ini akan dapat dijernihkan dan rakyat semua dapat kembali merasa keuntungan menjadi warga Malaysia.

Tidak banyak sebenarnya perbezaan di luar negara dengan suasana di Malaysia saya perhatikan sejak kebelakangan ini. Laporan akhbar di UK mendapati jirannya iaitu Ireland mula terjerumus ke kancah kemelesetan ekonomi yang teruk. Penganalisis turut menjangkakan selepas Ireland, UK, Jerman, Spain dan banyak lagi negara dari EU akan mengalami nasib yang sama.

Bibit-bibit penyakit ekonomi kini semakin kelihatan dengan kadar pengangguran di UK telah meningkat sebanyak 10%, harga rumah telah turun dan bank-bank mula mengetatkan urusan pembiayaan pinjaman perumahan. Kesannya, bertambah ramai rakyat Britian akan sukar mendapatkan rumah (kemudahan asas) dan industri pembinaan (rumah) telah terjejas seterusnya mengakibatkan banyak syarikat pembinaan terpaksa gulung tikar.

Beberapa minggu kebelakangan ini kita turut dihidang dengan berita krisis kewangan di US. Ya! negara pendokong atau IBU kepada kapitalis kini bagaikan terpaksa menjilat ludah sendiri di mana kerajaan pimpinan Bush telah melakukan tindakan menyelamat paling besar dalam sejarah US dengan mem 'bail-out' kompeni-kompeni yang bermasalah menghadapi bangkrup tersebut.

Bayangkan US yang dahulunya gah memperjuangkan sistem ekonomi bebas berpandukan kuasa pasaran (market force), kini bertindak membelakangkan prinsip perjuangan tersebut melalui tindakan nasionalisasi (memiliknegarakan) agensi dan syarikat utama.

Pelan menyelamat bernilai US$700b yang dibentang Bush telah ditolak menyebabkan pasaran saham di Wall Street menjunam sebanyak 777 mata, memungkinkan kesan rantaian lebih parah selepas ini. Kini semua mata akan tertumpu kepada rayuan kedua pelan menyelamat yang akan dibentangkan semula.

Namun, isu ini biarlah pembaca dapatkan butiran dan penjelasan lebih terperinci daripada berita atau analisis oleh pakar ekonomi sendiri. Fokus Dr Sepet kali ini adalah berkenaan Sistem Perbankan Online (e-perbankan).

YA! tidaklah dapat dinafikan kuasa ICT di dalam segenap aspek kehidupan kita hari ini. Dan saya sendiri yakin bahawa asal sesuatu itu adalah baik, cuma selepas itu baik atau buruk bergantung kepada bagaimana cara ia digunakan.

Asal e-perbankan adalah mengintegrasikan ICT bagi memudahkan pengguna yang ingin berurusan dengan bank, tanpa perlu membuang masa menunggu giliran di bank. Segala urusan termasuk pemindahan wang dari satu akaun ke akaun yang lain kini dapat dibuat di mana sahaja yang mempunyai capaian internet/jalur lebar.

Namun, saya bimbang dengan keadaan ekonomi yang semakin tidak tentu ini, di mana penyalahgunaan e-perbankan boleh menjadi bencana kepada institusi perbankan terutama di negara membangun seperti di Malaysia.

Bayangkan jika kesemua pelanggan bank yang PANIK tiba-tiba memindahkan KESEMUA wang mereka dari bank Malaysia ke akaun bank lain di luar negara. dalam 5 SAAT sahaja akaun-akaun bank dan peti simpanan wang mereka bertukar menjadi KOSONG. Dan dalam 5 SAAT jugalah institusi perbankan boleh RUNTUH dan musnah.

Asal yang baik, jika tiada cara mengawal boleh menjadi bencana pula. Harapnya janji TPM bahawa negara masih berdaya tahan untuk menghadapi krisis kewangan ini adalah janji yang boleh dipegang. Besarlah harapan kita agar wang gaji dan hasil jualan kita di masa depan tidak terpaksa disimpan di BAWAH BANTAL dek keraguan terhadap bank!

Wassalam.

Monday, 29 September 2008

TAHNIAH PROF

Zaini Ujang dilantik Naib Canselor UTM mulai 1 Oktober

29/09/2008 5:17pm

JOHOR BAHARU 29 Sept. — Timbalan Naib Canselor Pembangunan dan Inovasi (P&I) Universiti Teknologi Malaysia, Prof Datuk Dr Zaini Ujang dilantik sebagai Naib Canselor universiti tersebut bagi tempoh tiga tahun berkuatkuasa Rabu ini (1 Oktober).

Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat UTM dalam satu kenyataan berkata, Zaini akan menggantikan Prof Tan Sri Dr Mohd Zulkifli Mohd Ghazali yang tamat tempoh perkhidmatan esok.

Mohd Zulkifli memegang jawatan itu sejak Januari 2001.

Zaini mula berkhidmat di UTM pada 1988 sebagai staf akademik, seterusnya dilantik sebagai pensyarah Institut Alam Sekitar dan Sumber Air (IPASA) pada 2001 hingga 2006.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Dekan Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli mulai 2006 hingga 2007 sebelum dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor P&I mulai Mac 2007.

Zaini juga adalah Profesor Kejuruteraan Alam Sekitar dan pernah menjadi Naib Presiden Air Kebangsaan pada 2004 hingga 2006 dan kini menjadi ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). - Bernama

Saturday, 27 September 2008

Petua kalau nak menjadi KAYA_bukan MLM

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=16698

Friday, 26 September 2008

DILEMA Raya

Sempat sekejap tadi tengok satu post kat internet yang bincang pasal dilema nak pulang beraya - nak balik beraya kat kampung sendiri atau kat kampung isteri (again?)...tahun ini...

Inilah antara antara dilema yang sering dialami orang-orang kita bilamana nak dekat dengan hari raya. Kalau sekarang dok tengah-tengah (tinggal di KL, family sendiri kat Seremban, family isteri kat Ipoh), tu kira ok lagilah. Kalau sorang nak ke Tanjung Piai dan sorang nak ke Padang Besar? Naye tuh!

Dalam kes-kes yang ekstrem, dahh jadi gaduh besar. Yelah, masing-masing dah bentang paperwork mengapa kampung masing-masing patut dipilih untuk pulang beraya nanti. Undi awal memang seri pasal 1-for husband and 1-for wife. Yang pening dan terpinga-pingat pulak si anak nak jadi penentu. Salah pilih, berayalah korang kat sini, tak payah balik kampung mana-mana. Huhu...

Kata pulak si orang bijak, apa nak susah-susah. Small matter je nih! Patut dari awal sebelum kahwin agi depa dah buat agreement pasal nak balik beraya ni. Baru tak bergaduh kemudian hari. Mungkin betul. Tapi biasalah orang bercinta, lelaki macho pun cair. Kira i setuju je ngan idea u... Dah lama, anak dah 5-6 orang, atok-nenek pulak dah uzur, mulalah tiap-tiap tahun nak beraya kat kampung sendiri.

Saya bersyukur buat masa ni (tahun ni) tak termasuk dalam forum perbincangan tu sebab dua-dua beraya kat sini, buat mana yang patut jelah. Senang dan tenang. Balik Malaysia nanti kenalah pandai bertolak-ansur.

Kadang-kala agreement pun boleh pinda sikit, bagi kelonggaran. Katakan pak mertua dah uzur dan tahun tu adik beradik lain tak ramai balik, molek benarlah pulang ikut isteri. BEgitu jugalah sebaliknya.

Macam-macam pendapat dan huah dalam forum tu, biarpun nampak macam hal kecik, tapi kesannya bukan saja pada keluarga kita, tapi hati dan perasaan keluarga kedua-dua belah pihak juga.

Selamat memilih kampung mana nak baik beraya nanti, undi anda adalah rahsia!

Take care. Wassalam.

Thursday, 25 September 2008

MY FIRST CAR

Bertemu kembali,

KINI saya telah memiliki kereta yang pertama. SYUKUR kepada Allah kerana mengurniakan ruang, peluang, kemudahan dan wang untuk memiliki kereta ini.

TERIMA KASIH buat sang isteri yang berkorban dengan manjual kereta di Malaysia dan gunakan duit tersebut untuk membantu membiaya urusan pembelian kereta ini, tidak lupa kepada Kak Tik dan Abg Din kerana banyak membantu dalam urusan perjalanan dan rundingan di kedai kereta tempoh hari.

TIDAK lupa kepada kedua ayah dan ibu mertua yang bersusah-payah mengirimkan wang ke UK (bukan sekali, dah banyak kali dah, terima kasih).

KINI kunci dah ditangan, niat saya tetap sama iaitu akan gunakan kereta ini bagi memudahkan segala urusan harian, nak ke hospital, di masa kecemasan, nak membeli barang-barang yang berat dari pasaraya dan nak membantu rakan-rakan yang memerlukan pertolongan dan sebagainya.

Biarpun hanya sebuah kereta terpakai dan harganya begitu murah jika dianggap dalam RM (harga beli sekitar GBP1,250 dan selesai road tax + insuran = GBP2,000). Dalam RM 12,000.

HARAPAN saya biarlah 'jodoh' kami dengan kereta ini akan tahan lama@berpanjangan sehingga kami selamat menamatkan pengajian kami berdua di UK ini.

DI SINI saya sertakan beberapa foto untuk tatapan bersama.








Wednesday, 24 September 2008

Buat PhD

Semakin lama mengadap buku ni, rasa makin tepu pulak otak. Dalam 1 artikel yang dibaca ada lagi beberapa artikel lain penting untuk dirujuk. Dah tu sampai bila nak habis baca ni? Pening...

Artikel yang dibaca tu kata kalau nak tahu lebih lanjut, kenalah rujuk artikel lain yang dia nyatakan tu. Tapi cari punye cari, takde pulak kat katalog library, online journal pun takde, dalam google pun takde. Macam mane ni? Pening...

Dalam pening-pening ada juga khabar gembira yang datang. Alhamdulillah, buat saudara Khairul Efendy, tahniah kerana berjaya mendapat 'kerja lama di kompeni baru'. Bersyukurlah dalam keadaan ekonomi negara yang kurang berkembang ni, ada rezeki. Dapat gaji besar sikit dari yang lepas, jumpa pulak dengan bos baru, pengurusan baru, sistem upah baru. Mudah-mudahan kali ni jodoh kerja kat situ kekal lama. Kena buat sujud syukur tuh.

Ok, nak balik rumah dah ni (dekat pukul 4pm dah). Kat luar nampak mendung, musim luruh ni waktu cepat gelap dan amatlah sejuk kalau kat luar tu.

Wassalam

Tuesday, 23 September 2008

Maaf! Tapi saya kena simpan link ini.

http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=755&Itemid=72

Link tersebut mengemukakan huraian yang 'cemerlang' terhadap isu pemakaian jilbab/tudung oleh wanita Muslim. Penerangan beliau juga adalah padat dengan fakta (Ayat Al-Quran dan Hadis serta penulisan para alim yang berkaitan).

Saya ingin semua yang membaca blog saya ini faham bahawa bukanlah niat saya untuk menyinggung perasaan mana-mana pembaca.

Ini kerana saya secara peribadi amat sensitif dengan isu pemakaian tudung ini.

Pengalaman hidup di negara orang bukan Islam (UK) ini telah banyak mengajar dan menyedarkan saya supaya "hargailah Iman dan Islam yang saya ada ini kerana adalah sukar dan amat mencabar untuk mempertahankannya di sini".


Bila terkenang senang hidup di tanah air sendiri di mana saya dan isteri bebas mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian, alangkah beruntung dan bersyukur rasanya dengan nikmat tersebut.

Di sini, keperluan untuk orang Islam bukan tiada, ada masjid dan madrasah di universiti, tapi tidaklah semudah dan sebebas di Malaysia. Di tambah pula dengan persepsi masyarakatnya terhadap Islam.

Jika ada kelapangan, sila baca artikel di link tersebut. Take care.

Monday, 22 September 2008

I see trouble coming our way

FINANCIAL TURMOIL


| | Comments (549) | TrackBacks (0) | Previous Blog


1. The world is going through financial turmoil but most Malaysian politicians especially those in the Government seem blissfully unaware or unconcerned. Already 10 major banks in America have collapsed. The almighty US Dollar has depreciated. Now the huge insurance corporation, the American International Group is on the verge of bankruptcy.

2. In the last three quarters AIG lost US$18.5 billion dollars (68 billion Ringgit). AIG is struggling to raise funds to overcome its difficulties. If it fails it may have to opt for bankruptcy. But AIG is going to lose even more.

3. The failures are all due to playing with money, selling mortgages, selling papers and all kinds of financial dealings which have been invented by the finance houses in order to make huge sums of money out of nothing. Currency trading is one of them.

4. I am not a financial expert but I see trouble coming our way. Our currency should be appreciating against the cheaper US Dollar. But instead it is depreciating. This must be caused by weaknesses in our economy.

5. Despite Government propaganda through the controlled media that we are doing well, the reality is otherwise. The foreign investors, including Arabs came, and the reports claim that hundreds of millions of Ringgit in investment would be coming in, but there is no sign that the investors are actually investing. In fact I hear in the IT sector a proposed 600 million Ringgit investment has been withdrawn.

6. Apart from Arabs buying up new skyscrapers there is no sign that investments are really coming in.

7. I talked to potential investors and they told me they would not be investing and they are pulling out from the Malaysian stock market. The KLSE figures show how much market capital has disappeared. I am told that it is more than 100 billion Ringgit.

8. In the meantime the prices of oil and foodstuff are high and may go higher. But incomes are not increasing. In other words we are experiencing inflation. When the American financial crisis really hits us we may not be able to handle it.

9. Dato Seri Najib Tun Razak's appointment as Minister of Finance has come at a crucial time. I pray and hope he will be able to handle the impending crisis. If he fails then he will have to take the blame. Dato Seri Abdullah is now only involved in social issues, reform (of what?) and Islam Hadari. Appropriately he has taken over the Ministry of Defence.

10. We are in for a very interesting time. The PM should read carefully SAPP President Yong Teck Lee's press statement. But I don't think he would. He is reputed to have told Malaysian diplomats undergoing training that if they are asked critical questions they should "buat bodoh" i.e. pretend to be stupid. I believe that is precisely what Abdullah would do to Yong's statement.

PS

1. I read this morning that the Federal Reserve Bank will loan to AIG US$85 billion to prevent it from going into bankruptcy.

2. I remember well how we were told never to bail out failing companies. But in the last one year the Fed has bailed out dozens of failing banks, mortgage corporations and other businesses. Altogether the bail out has cost the Fed almost US$500 billion dollars.

3. I just wonder where the money comes from. Does the Fed hold hundreds of billions of dollars in readiness to rescue failed banks? I don't think so.

4. The money used is "created" through entries in account books. No cash or dollar notes are issued or even printed. Like a magician, the Fed make money from invisible sources.

5. Whatever, the USD will continue to fall.

6. Malaysia would be wise to get rid of dollar holdings. This goes for Bank Negara too. It must have lost quite a bit because of the depreciation of the USD.

Saturday, 20 September 2008

MENYUSURI SEJARAH YAHUDI DAN PEMBENTUKAN NEGARA ISRAEL

Siapakah bangsa Yahudi ini?? Menurut kajian sejarah yang berdasarkan penggalian arkeologi dan lembaran-lembaran kitab suci, awal bangsa Yahudi mempunyai hubungan rapat dengan kisah nabi Ibrahim AS yang berlaku sekitar 3800 tahun yang lalu atau 1800 tahun SM.

Tafsir Al-Qur'an menunjukkan bahawa Ibrahim AS tinggal di daerah Palestine yang dikenali sekarang sebagai Al-Khalil (Hebron) dan beliau tinggal di sana bersama Nabi Luth (QS, 21:69-71).


Anak nabi Ibrahim adalah nabi Ismail dan nabi Ishak kemudian anak nabi Ishak adalah nabi Yaakub, kemudian dari keturunan 12 anak nabi Yaakub inilah yang dikenali sebagai 12 suku Israel.

Anak bongsu nabi Yaakub AS adalah nabi Yusuf AS, yang terkenal dalam sejarah, setelah ditinggalkan di dalam telaga di padang pasir oleh abang-abangnya, akhirnya menjadi kepala bendahara negeri Mesir.

Kemudian ayahnya, nabi Yaakub, serta abang-abangnya mengikut nabi Yusuf AS ke Mesir dan hidup damai di sana sampai suatu hari Firaun yang berkuasa memperbudakkan (menjadikan hamba) keturunan mereka yang dikenal dengan bani Israel.

Kerana kekejaman Firaun yang tak terkira terhadap bani Israel, Allah SWT telah mengirim nabi Musa AS masa itu, dan memerintahkannya untuk membawa bani Israel keluar dari Mesir.

Musa AS dan kaumnya meninggalkan Mesir, dengan pertolongan mukjizat Allah, sekitar tahun 1250 SM.


Mereka tinggal di Semenanjung Sinai dan timur Kanaan (Palestine), dalam Al-Qur'an, nabi Musa memerintahkan Bani Israel untuk memasuki Kanaan, (Qur'an, 5:21).

Setelah nabi Musa AS wafat, bangsa Israel tetap tinggal di Kanaan. Menurut ahli sejarah, nabi Daud AS menjadi raja Israel dan membangun sebuah kerajaan berpengaruh.

Selama pemerintahan anaknya nabi Sulaiman, batas-batas Israel diperluas dari Sungai Nil di Selatan hingga sungai Eufrat di negara Siria sekarang di utara.

Ini adalah sebuah masa gemilang bagi kerajaan Israel dalam banyak bidang, terutama senibina. Di Baitul Maqdis (Jerusalem), nabi Sulaiman membangun sebuah istana dan biara yang luar biasa.

Setelah wafatnya nabi Sulaiman, Allah SWT mengutus ramai lagi nabi kepada Bani Israel meskipun dalam banyak hal bani israel tidak mendengar perintah para nabi, membunuh mereka dan mengkhianati Allah.

Setelah kematian nabi Sulaiman, kerajaan bani Israel (yahudi) berpecah, di utara Israel dengan ibukota Samarria dan Di Selatan Juda dengan ibukota Baitul Maqdis (Yerrusalem).

Dengan berlalunya waktu, suku yahudi jatuh di bawah Assyurria dan Babylon atau pergi ke Mesir sebagai pelarian.

Ketika raja Perrsia Kyros tahun 539 SM mengizinkan orang Yahudi kembali dari pelarian mereka, banyak orang Yahudi yang tidak kembali, di sinilah mulainya Diaspora, penyebaran bangsa Yahudi ke seluruh dunia.

Pada tahun 63 SM Juda dan Israel jatuh ke tangan orang Romawi dan tahun 70 SM berjaya menghancurkan pemberontakan Yerusalem dan menghancurkan biara dan Juda.

Awal Terbentuknya Israel

Setelah itu orang Yahudi hidup dalam pelarian, sehingga zaman khilafah Othmaniyah barulah orang Yahudi dapat merasakan kehidupan yang damai dengan membayar pajak perlindungan kepada kerajaan Othmaniyah.

Akhir abad ke 19, ditunjangi oleh Jewish Colonization Assocation Baron Hirsch, Yahudi dari Eropah Timur berpindah ke Argentina dan membentuk Kolonialisme pertanian, untuk kembali ke Palestine bermula tahun 1881.

Kronologi penubuhan Israel adalah seperti berikut;

1896 Theodor Herzl Yahudi kelahiran Budapest meengasaskan pembentukan Negara Yahudi moden. Tujuannya untuk menuntut dan membuat negara untuk orang Yahudi di Palestine, disokong oleh wang hasil sumbangan dari seluruh orang Yahudi di dunia. Herzl ini juga dikenal pendiri zionisme, yang juga tidak disetujui oleh orang Yahudinya sendiri.

1914 Di Palestine tinggal 1200 orang Yahudi. Setelah kekalahan khilafah Othmaniyah dalam perang dunia pertama, Palestine menjadi bola permainan para penjajah dan para Zionis ada di sisi British dan Amerika.

Peta Palestin tahun 1946 - sebelum peristiwa Nakba

1917
Tanggal 2 November menteri luar British Lord Balfour menandatangani Deklarasi Balfour untuk membangun negara yahudi. Sebulan kemudian masuklah tentera British ke Baitul Maqdis (Jerusalem).

1920 Gabungan Negara-negara menyerahkan mandat Palestine kepada British. Akibatnya datanglah 75.000 lagi orang Yahudi ke Palestine. Negara-negara Arab tidak menyetujui didirikannya negara Yahudi di Palestine.

1922 Transjordania dipisahkan dari daerah mandat. Sebagai perwakilan orang Yahudi dibuatlah Jewish Agency. Di tahun itu lebih kurang 80.000 orang Yahudi tinggal di Palestine

1933 Di Jerman berlaku penghapusan etnik Yahudi secara sistematik oleh Rejim Hitler.

1936 Masyarakat Arab menentang politik masuknya orang Yahudi ke Palestine tapi orang Yahudi dibantu oleh tentera Inggeris.

Peta pembahagian Palestin oleh PBB pada tahun 1947 - Palestin berwarna Hijau

1937
Sesudah pemerintah Mandat membatasi imigrasi dan pembelian tanah oleh orang Yahudi, timbullah ketegangan yang dilakukan oleh organisasi bawah tanah Yahudi terhadap orang Inggeris.


1939 Pendidikan sebuah brigade Yahudi untuk memasukkan orang Yahudi ke Palestine

1945 Suruhanjaya Inggeris Amerika menganjurkan penerimaan 100,000 orang Yahudi di Palestine, tapi kemudian ditolak oleh Inggeris sehingga menyebabkan rusuhan di antara Yahudi - Palestine.

1947 UNO menganjurkan pemisahan Palestina dan pembentukan negara Yahudi dan Arab. Perang antara Yahudi dan Arab menghindarkan dilanjutkannya rencana itu.

1948 Inggris mengakhiri Mandatnya atas Palestine dan pada 14 Mei meninggalkan Palestine. Tentera Yahudi memasuki Palestine dan mengusir orang Palestine yang didukung oleh negara-negara Arab. Di hari yang sama Ben Gurion mengisytiharkan kemerdekaan Israel di kota yang dibentuk mereka, Tel Aviv, sehingga kemudian menyebabkan perang hari pertama Timur Tengah.

1949 Setelah perang, Israel memenangi peperangan dan bangsa-bangsa bersatu mengakui Israel sebagai sebuah negara.


Bagi memahami persoalan Palestin secara yang lebih mendalam, boleh Menelusuri Sejarah Baitul Maqdis


ota : Artikel dan Rencana ini adalah sempena Ceramah Nuzul Quran Isu Palestine yang disertai oleh Bekas Imam Masjid Al-Aqsa Dr. Sheikh Mahmud Siyam.

SUMBER : Buletin Online