Friday 27 June 2014

TRAK GERGASI FORD F 650 KESULTANAN JOHOR (Foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS

Giant!

Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ketika hayatnya terkenal dengan hobi menunggang motosikal besar. Semasa kami tinggal di Johor pada waktu petang pasti melihat Almarhum menunggang like a bawse berhampiran Lido. Good times. Anakanda beliau dan kini Sultan Ibrahim nampaknya mempunyai hobi mengumpul kenderaan juga. Baginda mempunyai koleksi kereta eksotik dan salah satu kenderaan unik milik baginda ialah lori gergasi Ford F650. Ford F650 sebenarnya adalah sebuah lori yang diubahsuai untuk menjadi truck seperti di bawah. Model asas F650 diperkasakan enjin Diesel 7.2 Liter dengan 365 kuasa kuda. Sangat tinggi dan besar. Nampak sangat bad ass. 



Sumber Kesultanan Johor

2015 LAMBORGHINI HURACAN LP 610-4 EDISI POLIS ITALI (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Dubai? Meh!

Polis Dubai terkenal dengan kereta polis mewah mereka. Tetapi nampaknya polis Itali juga tidak mahu kalah. Pihak Lamborghini menghadiahkan 2 buah Lamborghini Huracan LP 610-4 untuk kegunaan polis Itali. Kenderaan ini diperkasakan enjin 5.2 Liter V10 yang mampu menghasilkan 602 kuasa kuda. Yang menarik tentang Huracan edisi polis ini ialah ianya masih belum dimiliki mana-mana individu. Polis yang menerima model awal yang akan digunakan untuk mengawal lebuhraya Itali. Untunglah!




Sumber Throttle