Sunday 30 June 2013

Doriner DO29 - Pesawat Experimen Bagi Landasan Pendek (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Rotor

Teknologi tilt rotor kini bukan lagi angan-angan kosong jurutera industri penerbangan dunia. Sejak kebelakangan ini semakin banyak projek pesawat yang mampu tergantung-gantung di udara dan terbang mendatar pada kelajuan pesawat konvensional. 

Di Jerman pada tahun 1958 pesawat tilt rotor Dornier Do 29 dihasilkan. Pada waktu ianya dihasilkan, DO 29 direka sebagai pesawat yang memerlukan landasan pendek untuk terbang. Konsep pesawat hibrid helikopter dan kapal terbang masih belum wujud. Dua buah DO 29 dihasilkan dan ia diperkasakan dengan sepasang enjin 270 kuasa kuda. Kipas enjin ini diletakkan pada bahagian belakang enjin dan bukannya pada bahagian hadapan. Kipas pesawat ini boleh diputar sehingga 90 darjah sekiranya perlu tetapi sepanjang tempoh eksperimen ia hanya diputarkan hanya sehingga 60 darjah. DO 29 mampu terbang pada kelajuan maksimum 290 kilometer sejam dan menariknya masih boleh terbang pada kelajuan hanya 29 kilometer sejam apabila kipas diputarkan ke bawah! 

Sungguhpun data dari eksperimen menunjukkan pesawat dengan sistem tujahan DO 29 mampu berfungsi dengan baik, DO 29 tidak pernah dihasilkan untuk kegunaan dunia sebenar. Kedua-dua prototaip DO 29 masih disimpan dengan baik dan boleh dilihat di Muzium Dornier yang terletak di Freidrichschafen, Jerman.





Laporan asal Wikipedia

Thursday 27 June 2013

Teddy Cow: Lembu yang digebu untuk pertandingan lembu cantik (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Lembu cantik

Apa yang anda lihat di bawah bukanlah photoshop tetapi lembu yang dipamper sehingga mempunyai bulu yang gebu. Lembu-lembu ini dibela semata-mata untuk dipertandingan di pameran-pameran lembu di Amerika Syarikat. Bulu lembu "ratu cantik" ini diberus dan diguntung untuk kelihatan seperti bulu teddy bear.... or should I say TEDDY COW!




Laporan asal Reddit

Tuesday 25 June 2013

Monorel Buatan Indonesia yang Gagal (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Made In Indonesia

Jakarta ialah antara bandaraya yang mempunyai masalah kesesakan jalan raya yang kronik. Dianggarkan 3.1 juta kereta dan 8.3 juta motosikal dipandu di Jakarta setiap hari. Pengangkutan awam Jakarta pula semakin uzur dengan 73% daripada 82 000 bas awam yang digunakan sekarang dikatakan tidak lagi layak dipandu di atas jalan raya selain menjadi penyumbang pula kepada pencemaran udara kotaraya tersebut. 

Bagi menangani masalah ini projek Monorail Indonesia dimulakan pada tahun 2004. Malangnya projek ini tergendala pada tahun 2008 akibat kegawatan ekonomi. Projek ini hanya dimulakan semula pada Febuari tahun ini kerana ianya perlu bagi memastikan "macet" Jakarta dapat dikurangkan.

Beberapa syarikat tempatan dan luar negara cuba mendapatkan kontrak pembangunan semula Monorel Jakarta yang bernilai RP 7 Trillion (RM 2.27 Billion) ini. Antara syarikat tempatan Indonesia yang cuba mendapatkan projek ini ialah PT Melu Build General Wiweka. Mereka menghasilkan prototaip di bawah. Monorel rekaan mereka  boleh memuatkan 125 orang dalam satu gerabak pada satu-satu masa. 

Malang bagi PT Melu Build General Wiweka, pihak berkuasa Jakarta memilih syarikat CNR dari China bagi menghasilkan gerabak monorel. CNR ialah syarikat yang sama yang dipilih oleh KTM untuk menghasilkan gerabak KTM Komuter yang baharu. 

Apabila sistem Monorel Jakarta siap sepenuhnya pada tahun 2016, ia diharap dapat membawa 800 000 penumpang sehari dengan menggunakan 200 gerabak monorel. Amacam? Kami rasakan monorel buatan PT Melu Build General Wiweka nampak macam keretapi mainan!




Laporan asal VivaNews

Sunday 23 June 2013

Jerebu di Singapura (foto)

Semalam dan hari ini jerebu mula menyelimuti Lembah Klang, sehingga ke negeri-negeri di Pantai Timur. Banyak sekolah telah ditutup dam kekal ditutup manakala aktiviti luar haruslah dikurangkan. Bagi yang perlu berada di luar rumah atau pejabat, pastikan anda memakai topeng muka dan membawa bekal air kosong. Be safe guys!

Disumberkan Oleh: Blogserius


Kota Singa Batuk

Situasi jerebu di Singapura adalah sangat kronik dan jauh lebih teruk dari di Kuala Lumpur. Indeks pencemaran udara di Kota Singa mencecah tahap amat bahaya untuk kesihatan iaitu melebihi 300. Rakyat Singapura marah dengan Indonesia kerana pembakaran terbuka di Sumatera adalah penyebab jerebu yang kronik ini. 




Laporan asal Yahoo

Saturday 22 June 2013

TC-497 Overland Train Mark II: Keretapi atas jalan oleh US Army (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Classic!

Pada tahun 1958 Tentera Darat Amerika Syarikat memerlukan trak tahan lasak dan off road yang boleh digunakan bagi membawa keperluan ketenteraan mereka di kawasan tanah lasak. Syarikat  LeTourneau  diberikan tanggung jawab membina prototaip "keretapi jalanan" ini. TC-497 Overland Train Mark II siap dibina pada tahun 1962 dan ianya terdiri dari sebuah lori gergasi 6 tayar setinggi 9 meter dengan 10 "gerabak" kargo. Ia juga dilengkapi 2 gerabak berenjin yang membantu TC 497 bergerak dikawasan tidak berturap. TC 497 diperkasakan dengan 3 enjin 1170 kuasa kuda dan mampu membawa berat kargo maksimum sebanyak 150 tan dengan jarak operasi maksimum 640 kilometer. Apabila kesemua gerabak TC 497 disambungkan ianya sepanjang 150 meter. Kesemua tayar pada kenderaan utama dan gerabak boleh dikawal sepenuhnya dari kepala lori. 

Kepala lori TC 497 mempunyai kabin, dapur dan bilik mandi untuk 6 orang anak kapal. Ianya juga dilengkapi dengan sistem radar ketika menjalani ujian ketenteraan. Walau bagaimanapun pihak tentera mendapati keretapi jalanan ini tidak mempunyai prestasi yang memuaskan. Ia hanya mampu bergerak dengan kelajuan maksimum 48 kilometer sejam. Tambahan lagi pada waktu ini  helikopter  Sikorsky S-64 Skycrane yang mampu membawa 20 tan kargo pada satu-satu masa didapati lebih praktikal digunakan dari sebuah keretapi daratan. Projek dihentikan dan kepala TC 497 dijual. Hari ini anda masih boleh melihat kepala TC 497 di Yuma Arizona. Hanya bahagian kepala sahaja masih wujud kerana bahagian pengangkut kargo dan enjin tambahan dijual sebagai sekerap selepas projek dibatalkan       

TC 497 ialah bapa kepada lori gergasi ETF MT 240 yang juga boleh berfungsi sebagai keretapi jalanan. Same concept. Different decade!




Laporan asal Wikipedia

Wednesday 12 June 2013

Kostumasi Kain Baldu Pada Kereta (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS

Kucing & Burung...

Di Eropah Velvet Cars menutup luaran kereta milik pelanggan mereka dengan kain baldu. Kain baldu khas ini memberikan kemasan yang unik berbanding kereta-kereta lain. Menurut Velvet Cars, baldu mereka tahan lasak kerana ianya kalis air dan semburan air berhalaju tinggi. Looks cool tapi kalau di Malaysia sure kena cakar kucing dan kena tahi burung!




Laporan asal Facebook

Tuesday 11 June 2013

Galaxy Macau: Resort & Kasino Paling Mewah di Macau (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Haromz

Macau memang terkenal dengan industri pelancongan dan perjudiannya. Selepas dikembalikan semula oleh Portugal kepada China pada tahun 1999, kedua-dua sektor ini semakin berkembang pesat. Industri perjudian mendapat suntikan baru kerana kemunculan golongan elit dari tanah besar China yang gemar berjudi dan berjoli.

Galaxy Macau ialah resort dan kasino paling mewah di Macau sekarang. Ianya siap dibina pada tahun 2011 dengan kos sebanyak USD 1.9 Billion (RM 5.96 Billion). Ia mempunyai sebuah hotel dengan 22000 bilik, kasino, pantai buatan dan pusat hiburan. Ruang kasinonya sahaja sebesar 550 000 meter persegi. Terdapat sebuah kelab ekslusif hanya untuk kaki judi paling kaya. Ianya dipanggil SKY 32 Club yang terletak di tingkat 32 Galaxy Macau. Hanya kaki judi yang mampu bertaruh paling minima USD 1.6 Juta (RM5.2 Juta) dibenarkan berjudi di dalam kelab khas ini.




Laporan asal AsianTown

Saturday 8 June 2013

Sungai CITARUM yang antara tercemar di dunia (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Dayyyum Son!

Sungai Citarum yang terletak di Jawa Barat Indonesia pernah tersenarai sebagai sungai paling tercemar di dunia pada tahun 2007. Terdapat 5 Juta penduduk mendiami kawasan tebing sungai ini dan oleh sebab itu ianya dipenuhi sampah sarap dan sisa kumbahan manusia. Pada tahun 2008, Bank Pembangunan Asia meluluskan pinjaman sebanyak USD 500 Juta kepada Indonesia bagi mengurangkan pencemaran sungai ini. Kami tak tahu sama ada usaha kerajaan Indonesia berjaya atau tidak tetapi jika mentaliti penduduk tidak diubah, perbelanjaanUSD 1 Billion juga tidak akan mengembalikan kebersihan sungai ini. Sad!




Laporan asal Wikipedia

Friday 7 June 2013

SMEG FAB28 - Peti Ais Dengan Kemasan Jeans! (foto)

Disumberkan oleh : BLOGSERIUS


SWAG

Adakah anda hipster dan sukakan benda yang orang lain tak ada? Suka pakai skinny jeans? SMEG FAB 28 ialah peti ais paling hipster yang boleh anda miliki. Bahagian luaran peti ais ini dilitupi dengan kain jeans. Tidak dapat dinafikan peti ais ini mungkin antara peti ais yang paling cool untuk dilihat. Hanya 500 FAB28 akan dihasilkan dan setiap satunya dijual pada harga USD 2500 (RM7500). Apa tunggu lagi!




Laporan asal Incrediblethings

Wednesday 5 June 2013

Mari melihat tempat pembuangan sampah terbesar di Hanoi (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Insaf

Tapak pembuangan sampah Nam Son, ialah tapak pembuangan sampah terbesar di Hanoi, Vietnam. Ianya mula dibuka pada tahun 1999 dan menjadi tempat 800 orang  pengutip barang lusuh mencari rezeki yang halal. Setiap hari 6000 tan sampah dibuang di Nam Son dan 10 tan daripadanya dapat dikitar semula selepas dikutip oleh pengutip barang lusuh. Pengutip ini mula bekerja pada jam 3 pagi kerana ianya masa paling selamat kerana ketiadaan lori yang mungkin melanggar mereka. Barang lusuh yang boleh dikitar semula kemudian dijual kepada peraih yang terletak di dalam Nam Son. Secara purata seorang pengutip barang lusuh boleh mendapat bayaran  di antara 80,000 dan 100,000 Dong (RM 12 - 14 ) sehari. Sungguh tabah! Respek.





Laporan asal Yahoo

Tuesday 4 June 2013

Ilustrasi T-Shirt oleh Chow Hon Lam (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


LOL

Cantik rekaan t shirt yang dihasilkan oleh Chow Hon Lam atau lebih dikenali sebagai Flying Mouse. Illustrator yang berasal dari Malaysia ini menghasilkan pelbagai rekaan t shirt yang comel dan boleh membuatkan anda tersenyum.




Laporan asal FlyingMouse