Tuesday 30 April 2013

GIGS.2.GO: Set pen drive "tear and share" (foto)

Tear and Share

Saya sukakan idea yang ditonjolkan oleh GIGS.2.GO yang ceria dan menarik ini. Produk yang direka Kurt Rampton dan BOLT Group ini hanya bersaiz kad kredit. Ia berkonsepkan "tear and share" di mana anda hanya perlu koyak dan asingkan setiap pen drive apabila wujud keperluan serta bawanya bersama anda terutama ke mesyuarat dan sebagainya. Disaluti 100% kertas keras, ianya ekonomik selain menyediakan kapasiti simpanan data yang diperlukan. Anda juga boleh menulis dan melabelkan setiap pen drive menurut jenis failnya. Kreatif!

Sumber: YANKO Design

Hotel Mewah di Patagonia, Chile (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Wow

Patagonia yang terletak di Chile ialah antara tempat tercantik di dunia. Terdapat tasik, glacier, gunung ganang dan hutan semulajadi. Sebelum ini ada kami paparkan hotel berbentuk air terjun di Patagonia. Hari ini mari lihat sebuah hotel mewah yang dibina di dalam sebuah bekas kilang yang diubahsuai. Sangat beans. Hotel Singular hanya mempunyai 57 bilik tetapi kesemuanya memberikan pemandangan fjord yang menyegarkan. Oh Patagonia.... kenapalah jauh sangat. 





Laporan asal Flickr Singular Hotel 

Monday 29 April 2013

HYUNDAI Equus: Limosin Mewah Paling Gangnam Style (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Kuda Korea

Hyundai mengeluarkan kenderaan limosin Equus untuk menandingi Mercedes dan BMW. Kenderaan eksekutif ini sudah dijual sejak 1999. Bagi menunjukkan ke SWAG-an mereka, tahun ini mereka memperlihatkan Equus by Hermès. Ianya kerjasama Hyundai dengan syarikat pengeluar barangan kulit terkenal dari Perancis, Hermès. Kemasan dalaman Hyundai Equus digantikan dengan kulit buaya dan ruangan penumpang direka untuk kelihatan lebih mewah. Equus Hermès diperlihatkan secara rasminya di Pameran Kereta Seoul 2 minggu lalu. Sesuai dengan nama Equus (kuda), kenderaan konsep ini mensasarkan pembeli dari golongan kaya di Gangnam dan Dubai



Laporan asal RPM9 dan TopSpeed

Jersi CHELSEA FC Musim 2013-2014 (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Keep The Blue Flag Flying High

Chelsea memperlihatkan rekaan jersi terbaru mereka untuk musim 2013-2014. Jersi terkini ini mempunyai rekaan seakan jersi Chelsea UMBRO musim 1999-2000. Very cool! Jom order sekiranya anda peminat Chelsea sebenar. Jika tidak sila ke padang besar! hahaha...



Laporan asal ChelseaFC

Friday 26 April 2013

Inovasi: Pengecas kuasa solar mini untuk anda (foto)

Lekatkan di tingkap

Plug solar "lekat di tingkap" rekaan Kyuho Song dan Boa Oh ini menawarkan cara yang mudah bagaimana anda dapat 'menuai' tenaga solar untuk ditukar kepada elektrik bagi mengecas gajet kesayangan anda secara mesra alam dan mapan. Setakat yang diketahui, alternatif yang ada hanyalah bateri sokongan berkuasa solar, tetapi belum ada yang berbentuk plug langsung sebegini. 

Ringkas dari segi rekabentuk, plug ini hanya perlu dilekatkan pada tingkap dan biarkan sahaja ia bekerja (menyerap tenaga solar). Genius!

Sumber asal: YANKODesign

Thursday 25 April 2013

Omar Borkan al-Gala: Diusir dari Arab Saudi kerana terlalu kacak (foto)

Dipetik dari: BLOGSERIUS


Kacak

Awal minggu ini terdapat beberapa laporan yang mengatakan 3 orang pemuda UAE diusir dari Festival Kebudyaan Dan Adat Jenadrivah di Arab Saudi kerana terlalu kacak. Pihak polis moral (mutaweem) menghalau mereka kerana dikatakan menyebabkan wanita yang menghadiri festival ini terangsang dengan kekacakan mereka. Salah seorang pemuda yang dihalau itu ialah Omar Borkan Al Gala, seorang model, pelakon dan jurugambar. Adakah beliau benar-benar kacak? Adakah turn on melihat Omar memakai jubah dan keffiyeh?



Laporan asal AsianTown

Wednesday 24 April 2013

Mari Lihat Orang Membuang Undi Semasa PRU Dahulu Kala (foto klasik)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Klasik!

Tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum semua yang layak boleh membuang undi masing-masing. Tapi sebelum itu, mari lihat suasana hari membuang undi dari PRU dulu-dulu. Boleh hisap rokok sambil mengundi...... dan paling best tengok rupa Kak Ros masa muda. She was pretty.



Laporan asal Twitter Phillip Golingai

Ahli Politik dan Kembar Artis Mereka? (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius


LOL!

Ahli politik dan "kembar" mereka yang berkecimpung di dalam dunia seni. Paling LOL kami rasakan Ambiga dan Sultan Sulu . Kah kah kah. 



Laporan asal Facebook

Monday 22 April 2013

Teknik Tidur yang Ekstrem di China (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Tidur : Asian Level

Tahun lepas kami ada paparkan teknik tidur yang ekstrem di China. Mari lihat beberapa lagi cara tidur yang ekstrem tapi menakjubkan.



Laporan asal Sleeping Chinese

Tianjin Eye: Roda Ferris di atas jambatan di China (foto)

Dipetik dari: BLOGSERIUS

Cool!


Melaka ada Eye of Malaysia. Singapura ada Singapore Flyer. Apa yang pasti roda ferris ciptaan George Washington Gale Ferris Jr pada tahun 1893 kini boleh dilihat di seluruh dunia. Di Tianjin China, terdapat Tianjin Eye. Ianya satu-satunya roda Ferris yang dibina di atas jambatan. Tianjin Eye dibuka pada tahun 2008 di atas Jambatan Yongle yang merentasi Sungai Hai. Roda Ferris berketinggian 120 meter ini mempunyai 48 kapsul penumpang pada satu-satu masa. Setiap putaran lengkap mengambil masa 30 minit. Cool juga!




Laporan asal TripAdvisor

Sunday 21 April 2013

Vert-a-Pac: Sistem kargo mengangkut kereta menggunakan gerabak keretapi (foto)

Disumberkan oleh: BLOGSERIUS


Cool

Apabila memandu di atas lebuhraya, kami yakin anda sering terserempak dengan treler yang membawa kereta. Kereta baru dibawa dari kilang ke pusat jualan mereka di serata Malaysia. Di Amerika Syarikat kerana jarak kilang ke pusat jualan yang jauh, mereka menggunakan keretapi sebagai mod pengangkutan utama bagi stok kereta baru dari kilang. Sekitar tahun 1970an, syarikat Chevrolet bekerjasama dengan syarikat keretapi Southern Pacific bagi menghasilkan sistem kargo Vert-A-Pac. Kereta Chevy Vega diangkut secara menegak di dalam gerabak khas bagi menggunakan ruang secara maksimum. Sistem Vert-A-Pac mampu memuatkan 30 buah kereta di dalam sebuah gerabak berbanding hanya 18 untuk sistem sebelum ini. Ini memastikan kos penghantaran kereta Chevy Vega dikurangkan dan sekaligus harga jualan kereta ini juga boleh dikurangkan bagi menjadikannya mampu milik. Sistem ini tidak lagi digunakan kerana telah dihentikan pada tahun 1977. Cool system though. 



Laporan asal WastedWheels