Wednesday 27 February 2013

Foto-Foto Pangsapuri Sempit Penghuni Miskin di Hong Kong (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius


Gila kejam

Mengikut kajian majalah The Economist, Hong Kong ialah bandar yang paling bagus untuk didiami bagi tahun 2012. Sungguhpun begitu, dianggarkan lebih 100 000 warga Hong Kong hidup di dalam apartment mikro sebesar 40 meter persegi kerana faktor kemiskinan. Bagi mendedahkan taraf kehidupan penduduk yang kedhaifan ini Society for Community Organization, mengadakan kempen kesedaran bagi melobi kerajaan Hong Kong untuk membina rumah kos rendah mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah. Gambar apartment mikro di ambil dari atas menggunakan kamera berlensa wide angle yang kemudiannya dijadikan poster. 

Sadis juga kehidupan mereka ini. Suddenly rasa bersyukur kepada kerajaan Barisan Nasional yang prihatin. Hanya BN mampu memberikan rumah kos rendah yang tidak kecil dan selesa didiami rakyat Malaysia yang miskin. Terima kasih Bapa Tranformers Najib Razak. 



Laporan asal SoCo via Petapixel

Monday 25 February 2013

Iskandar Malaysia


Adalah menarik untuk memperkatakan impak yang dijana oleh projek Iskandar Malaysia di Johor, projek pembangunan holistik yang berkeluasan 3 kali saiz Singapura atau 2 kali keluasan Hong Kong. 

Dari segi nilai hartanah sahaja, ia telah melonjak sehingga purata kenaikan 40% setiap tahun sejak 2006 (untung bagi mereka yang simpan tanah di sana). Manakala pasaran rumah pula meningkat bermula tahun 2009 di mana harga siling bagi unit pangsapuri mewah yang bermula RM500/kakipersegi telah naik kepada sekitar RM700/k.p. (untung bagi mereka yang simpan unit rumah di sana).

Tentunya pelaburan asing yang masuk ke Iskandar (dianggarkan 80% pelaburan asing) bakal menaikkan taraf pendapatan warga Johor dengan terbabit di dalam sektor "bernilai tinggi" selain berpeluang membeli dan memiliki hartanah/kediaman terbaik.

Iskandar juga diberitakan bakal memiliki 5 taman tema. (negeri berjiran, Melaka juga diberitakan bakal ada Jurassic Park theme park). Hari ini hanya Legoland baru memulakan operasi (itupun belum full force kerana hotel Legoland masih dalam proses penyiapan). Dengan 4 taman tema baharu yang bakal muncul, tentunya membawa kesan rantaian terhadap nilai ekonomi Johor, yang mana golongan profesional tempatan anak Johor wajar mengambil peluang ini bagi memajukan negeri mereka.

Beberapa isu timbul setelah saya melihat progress pembangunan Iskandar, terutama dari perspektif saya sebagai pembaca di bidang pelancongan dan perbandaran iaitu:

1) Iskandar dibangunkan dengan dwi-fungsi iaitu (1) untuk bersaing; (2) untuk melengkapi - Singapura yang terkenal dengan strategi pelancongan "bernilai tinggi" (value for money, less is more). Ini terbukti apabila Malaysia yang menerima 25 juta pelancong tahun 2012 berbanding Singapura yang sekadar menerima 13 juta pelancong, tetapi perolehan janaan (revenue) kita hanya dibezakan sebanyak RM1 billion sahaja berbanding Singapura.

Ibarat kita bekerja 25 hari sebulan dan rakan kita hanya 13 hari tetapi dengan perbezaan bayaran gaji yang kecil.

2) Dengan pakej yang ditawarkan di Sentosa Island dan Marina Bay (kasino dan Universal Studio), Iskandar perlu memikirkan bagaimana untuk menarik jumlah pelancong yang ramai. Soalnya, dari mana hendak didapati jumlah pelancong yang ramai untuk sustain 5 taman tema yang bakal beroperasi di Iskandar? Strategi mempromosikan Legoland kepada anak-anak sekolah di sekitar JB dan Johor (untuk datang lawatan sekolah) bukanlah strategi pemasaran yang ampuh bagi kelangsungan projek di Iskandar secara jangka-panjang.

3) Perancangan sistem lebuhraya yang lebih baik berbanding pengalaman di Lembah Klang. Ini kerana, sebaik sahaja Johor Premium Outlet dilancarkan, warga sekitar JB dan yang ingin ke JB melalui PLUS (Kulai) telah mengalami pengalaman kesesakan jalan raya yang luar biasa. Jika tidak ditangani setelah ada 5 taman tema ini beroperasi kelak, tentunya ia (kesesakan ini) bakal menghindarkan pelancong daripada datang ke Iskandar, selain menimbulkan ketidakselesaan kepada warga asal JB sendiri.

Isu-isu sebegini menuntut para jururancang dan pihak berkuasa menilai kembali pendekatan yang diadaptasi di Singapura iaitu "Less is more" untuk model pembangunan Iskandar - menggerakkan aktiviti ekonomi (khususnya pelancongan) hampir ke rantaian aktiviti ekonomi yang "bernilai tinggi".

(lain-lain isu bakal menyusul apabila saya menyambung ulangkaji berkenaan topik ini)

Oh Buletin Utama

Saya ada berseloroh dengan beberapa sahabat:

"Semenjak selesainya rancangan Maharaja Lawak Mega, saya terpaksa beralih menonton Buletin Utama bagi menghiburkan hati sambil bergelak-ketawa bersama keluarga".

Ia merupakan sindiran langsung saya terhadap bahan-bahan yang disusun untuk disiar-lapor di Buletin Utama saban malam. Ianya begitu menjelekkan pemikiran saya.

Ada ketikanya, terfikir juga:

"Adakah sekiranya BN (ditakdirkan) kalah pada PRU-13 nanti (dan PR membentuk kerajaan Persekutuan yang baharu), saya dan keluarga bakal menikmati laporan berita Buletin Utama yang lebih seimbang dan berkualiti?"

Ya, terlintas juga di hati apakah rakyat perlu memilih untuk menukar kerajaan yang ada semata-mata kerana mahukan liputan berita di media arus perdana yang lebih seimbang dan berkualiti?

(Sumber: pada foto)

Sebagai rakyat "kelas pekerja", harapan saya tindaklah besar sehingga inginkan perubahan drastik lagi cemerlang terhadap sistem ekonomi, sosial dan pentadbiran (Sekalipun negara cuma tinggal 7 tahun sahaja lagi untuk mencapai tahun 2020). 

Memadailah bagi saya jika dapat menonton berita yang ada kredibiliti serta tidak merendahkan pemikiran saya. Tugas media adalah melaporkan dan selebihnya biarlah rakyat sendiri yang menilai (berdasarkan laporan yang seimbang itu) dan membuat keputusan (nak sokong pihak mana).

Ini kerana sama ada BN mahupun PR, masing-masing tentu ada pasukan think-tank dan pakar-pakar strategi ekonomi, sosio-budaya mereka sendiri yang boleh membangunkan suatu janji manifesto yang menarik bagi memancing sokongan rakyat.

Sekalipun perubahan itu mendatangkan ujian kepada kita semua (dalam bentuk sama ada negara dan rakyat akan terus maju, atau kita lebih rosak berbanding sebelumnya), ujian yang "sebenar" pada saya adalah:

Mampukah kita (rakyat dan pemimpin) mengembalikan fungsi "kuasa undi" yang sebenarnya memegang kunci kepada "pintu perubahan"? 

Ini kerana untuk menunggu "transformasi dalaman" - iaitu pemimpin yang ada itu sendiri melakukan perubahan ke atas parti mereka (dengan memilih calon-calon pemimpin yang bersih, idealistik, amanah, kuat fizikal, etc - dan termasuklah mereka yang di dalam syarikat TV sendiri mengubah kualiti laporan berita agar lebih seimbang), saya masih nampak ianya "kelam".

Kejayaan tidak mampu dicapai jika kita tidak mencuba dan hanya suka merungut. Yang penting ialah perubahan itu hendaklah dipastikan ia dipandu oleh set peraturan, pertimbangan dan kewajaran tertentu agar memanfaatkan keperluan dan tuntutan insani, duniawi dan ukhrawi.

Perkasa & Konvoi Pertahan Nama ALLAH Yang Fail (foto fail)

Sumber asal dipetik: Blogserius


Kah kah kah!

Belen-belen seluruh Aloq Staq hangpa bayar suruh pi konvoi ka? Kalau ye pun nak bayar belen, tolong la suruh depa pakai baju yang sesuai dengan nama konvoi. Padia pertahan nama Allah tapi fesyen baju macam nirrojim? Perkasa FAIL!



Laporan asal DPPWM dan Facebook Mohd Najib

Saturday 23 February 2013

Kerusi Boleh Laras Pelbagai Guna yang Unik (foto)

Kena dapatkan satu untuk ofis pakcik!

Menakjubkan! Itulah ungkapan yang sesuai digunakan bagi menggambarkan sistem tempat duduk rekaan Kwon Jin-Seok - kerusi boleh laras bagi kegunaan pengguna yang menunggu di lapangan terbang.

Rekaan beliau menekankan elemen keselesaan kepada para pengguna yang menunggu, tidak kira jika mereka mahu merehatkan badan sementara menunggu penerbangan - menggunakan komputer, membaca, makan, berborak, berbaring - kesemuanya mampu dilakukan dengan mengubah posisi kerusi yang ada. Kerusi ini juga dilengkapi sistem pengecasan bagi gajet anda. Selesa.


Laporan asal: YankoDesign

Untuk Wanita: Beg Utiliti yang berbagai guna (foto)

Beg serba-ubah, serba-guna

Pereka Yuree Hwang telah tampil dengan rekaan beg berbagai guna untuk keperluaan wanita yang verstail masa kini. Rekaan yang diberi nama Shirrley ini merupakan sebuah beg bertali tunggal, berjaring kuat dan fleksibel bagi disesuaikan untuk pelbagai keadaan dan kegunaan. Apabila dikempiskan ia boleh dijadikan beg tangan dan jika dibuka penuh ia boleh dijadikan beg untuk ke pasar. Mudah disimpan baik di dalam kereta, di rak pakaian mahupun diselitkan ke dalam beg yang lain. This bag is for the winning!




Laporan asal: YankoDesign

Villa Sapi: Villa percutian mewah di Lombok Indonesia (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius


Lombok!

Lombok menerbitkan stigma yang buruk di kalangan rakyat Malaysia. Orang lelaki Lombok dikatakan pedo kerana banyak mengorat anak gadis bawah umur di Malaysia yang kemudiannya dibawa lari ke sana. Apapun, kini anda boleh ke Lombok dan bercuti. Di sana terdapat villa percutian mewah iaitu Villa Sapi yang boleh disewa pada harga USD800 ke USD1200 semalam bergantung kepada musim tempahan dibuat. Nampak menarik dan mungkin juga anda wang anda boleh ngorat awek Lombok dan dibawa lari ke Malaysia pula. LOLZY!






Laporan asal Villa Sapi

Wednesday 20 February 2013

Anak-Anak Kecil Di Penjara Di Argentina (foto)

Dipetik daripada: Blogserius


Banduan masih manusia

Di Argentina 1/3 dari banduan yang menduduki penjara adalah terdiri dari wanita. Sejak 20 tahun kebelakangan ini jumlah banduan wanita semakin bertambah. Kebanyakannya dipenjara atas kesalahan menjadi keldai dadah dan merompak semata-mata mahu menyara keluarga. Akibatnya ada di antara mereka yang menjadi ibu ketika di dalam penjara. 

Di Argentina banduan wanita dibenar membesarkan anak yang dilahirkan di dalam penjara sehingga mereka berumur empat tahun. Anak-anak ini menjalani hidup seperti kanak-kanak biasa cuma dibesarkan di dalam sel penjara. Kasihan juga melihat mereka ini. Jadi adik-adik di luar sana; kalau mahu jadi penjahat sila mandulkan diri anda untuk kebaikan bersama.  





Laporan asal DailyMail

Monday 18 February 2013

Aksi Persembahan Jalanan Merbahaya di China (foto)

Persembahan Jalanan

Pada 14 Feb 2013, atau hari ke-5 dalam kalendar tahun baru Cina, bertempat di dataran Bandar Fangchenggang, provinsi Guangxi, kelihatan 2 lelaki memandu carawan dengan nombor pendaftaran dari provinsi Henan. Dibawa bersama adalah 2 kanak-kanak dan beberapa haiwan.

Mereka terlibat di dalam pertunjukan jalanan dengan mengadakan beberapa aksi merbahaya dan mengutip bayaran dengan menjual ubat-ubatan yang didakwa mampu menyembuhkan luka dan membawa tuah.

Di bawah adalah foto yang merakamkan aksi-aksi di mana kedua-dua lengan seorang kanak-kanak "diseliuhkan" sebelum diputar 360 darjah untuk tontotan orang ramai. Sang monyet juga turut menghiburkan penonton melalui aksi merokoknya.

Way to go?

Sumber asal: LaporanChinaSmack

Sunday 17 February 2013

Mari Lihat Pejabat Syarikat SKYPE (foto)

Dipetik daripada: Blogserius


Cool Beans

Mari kita teruskan siri melihat pejabat syarikat ternama dunia . Dalam siri sebelum ini kami paparkan pejabat EBAY di Istanbul. Hari ini mari kita lihat pejabat syarikat SKYPE yang terletak di Palo Alto California. Pejabat ini mempunyai keluasan 54 000 kaki persegi dan menjadi tempat bekerja untuk 250 kakitangan mereka. 



Laporan asal Inthralld

Saturday 16 February 2013

Apabila warga Nigeria membantah kenaikan harga petrol (foto)

Ini b4 warga Nigeria yang sombong tak sedar diri bila datang ke Malaysia. Sedangkan hidup lebih susah di negara mereka sendiri. Bersyukurlah dan patuhi peraturan apabila berada di negara orang.

Dipetik daripada: Blogserius


Demo Jalanan

Di Nigeria rakyat melakukan bantahan ke atas pembatalan subsidi minyak yang dibuat oleh kerajaan pimpinan Goodluck Jonathan. Kerajaan Nigeria bercadang menggunakan USD 8 Billion penjimatan hasil pemotongan subsidi ini untuk membina dan membaik pulih infrastruktur negara Nigeria yang sedang kronik. Kenaikkan harga minyak dari 64 Naira (RM 1.27) seliter kepada 141 Naira (RM 2.75) seliter dilihat membebankan rakyat Nigeria yang kebanyakkannya hanya mendapat gaji purata RM 6.30 sehari! 

Tambah menyedihkan, walaupun Nigeria sebuah negara pengeluar minyak dengan 2 juta tong sehari, kebanyakkan minyak kegunaan domestik diimport kerana korupsi yang melampau. Dianggarkan sebanyak 400 billion dollar wang rakyat Nigeria telah hilang kerana masalah korupsi di antara tahun 1960-1999. What is even more depressing Nigeria is mostly Muslim. SADNESS!

Persoalan. Malaysia tak lama lagi terpaksa mengimport minyak untuk kegunaan domestik. Pada ketika itu subsidi pasti dihapuskan juga bagi memastikan pembagunan dapat dijalankan. Soalan saya ialah adalah anda akan menerima hakikat subsidi harus dihapus bagi pembangunan negara atau masih mahu emo dengan kerajaan kerana rizab minyak dah nak habis? Bincangkan.






Laporna asal Reuters

Friday 15 February 2013

Sekolah Terapung di Lagos, Nigeria (foto)

Dipetik daripada: Blogserius


Nice!

Di Lagos Nigeria terdapat sebuah tasik yang didiami masyarakat Makoko. Mereka membina rumah di atas tasik sejak turun-temurun. Sejak kebelakangan ini, paras air tasik semakin naik dan kos membina rumah baru dengan tiang yang lebih tinggi tidak mampu dilakukan oleh kebanyakkan penduduk. 

Bagi menyelesaikan masalah ini, sebuah prototaip sekolah terapung dibina oleh jurubina Kunle Adeyemi. Beliau menggunakan 100 tong plastik untuk menghasilkan platform terapung yang kemudiannya menjadi tapak sebuah sekolah. Bangunan sekolah dua tingkat ini mampu menampung 100 orang pelajar pada satu-satu masa. Bekalan elektrik dihasilkan menggunakan panel solar dan air hujan dikumpul untuk kegunaan harian. Rancangan panjang Kunle Adeyemi ialah bagi membina komuniti terapung kaum Makoko yang boleh berubah mengikut ketinggian paras air. Tiada lagi masalah banjir!



Laporan asal NLE via FastCo

Muzium Beg Tangan Berbentuk Beg Tangan (foto)

Dipetik daripada: Blogserius

Handbag-ception


Muzium Beg Tangan Simone ialah sebuah muzium yang terletak di wilayah Gangnam Seoul, Korea Selatan. Ianya sebuah bangunan setinggi 10 tingkat yang berupa seperti sebuah beg tangan gergasi. Muzium ini dibuka sejak 2002 dan mempunyai koleksi 300 beg tangan dari tahun 1550 sehingga kini. Ruang pameran artifak dibahagikan kepada dua iaitu rekaan moden kontemporari dan beg tangan bersejarah. Selain sebuah muzium, bangunan ini juga menempatkan kafe, ruang rekaan dan juga kedai beg tangan. Jika anda meminati beg tangan, semestinya Muzium Beg Tangan Simone harus anda lawati. 



Laporan asal Charlie Smith Design