Friday 30 November 2012

Konsep Studium-Studium Bola Sepak Piala Dunia 2022 di Qatar (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius


Futuristik!

Qatar akan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022. Di bawah ialah 8 konsep stadium yang bakal di bina. Semuanya fantastikal dan sangat out of this world.



Laporan asal WotsHappening

Thursday 29 November 2012

LU ZHENGHAI - membina bahtera kerana percayakan ramalan 'kiamat Mayan' (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius


Mayan Apocalypse?

Dalam masa kurang sebulan lagi akan berlaku hari kiamat Mayan. Hari kiamat Mayan ini menurut mereka yang mempercayainya, akan berlaku pada 21 Disember hadapan. Gempa bumi akan berlaku dan tsunami gergasi dijangkakan membanjiri bumi.

Di China, Lu Zhenghai ialah antara individu yang percaya ramalan kaum Mayan ini bakal menjadi kenyataan. Oleh itu lelaki yang berasal dari Xinjiang ini telah menghabiskan Yen 1 Juta (RM 490 000) untuk membina bahtera peribadi yang dapat menyelamatkan beliau dari Tsunami mega. Ini membuatkan beliau kelihatan seperti "Nabi Noh" moden. Bahtera Lu Zhenghai adalah kecil jika dibandingkan dengan replika Bahtera Nabi Noh yang dibina Johan Huibers yang pernah kami paparkan dahulu.

Serious shit! 


Laporan asal RT

Wednesday 28 November 2012

Samsung Galaxy Camera: Sebuah kamera Android (foto)

Dipetik daripada: Blogserius


Dilancarkan hari ini

Ini berita lama tetapi hari ini Samsung Galaxy Camera akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Kamera kompak 16 megapixel ini unik berbanding kamera di pasaran sekarang kerana ia sebuah kamera pintar yang menggunakan sistem operasi Android Jelly Bean. Ia juga mempunyai skrin sesentuh 4.8 inci, pemproses 1.4 GHz empat teras dan kemampuan 3G. Ini bermakna anda boleh mengambil gambar Instagram dan memuat naik secara terus. 



Laporan asal Samsung

Penggelek cat (Paint roller) bercorak menarik (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius


Tidak perlu wallpaper

Selalunya penggelek cat hanya boleh digunakan untuk mengecat permukaan dinding yang besar. Ianya tidak digunakan untuk menghasilkan corak dengan menggunakan cat. In fact the only way untuk corak diletakkan pada permukaan dinding ialah dengan menggunakan kertas dinding (wallpaper). Well, a good news for you. Kini sudah ada penggelek cat yang membolehkan corak dicatkan terus ke permukaan dinding. Setiap penggelek bercorak ini dijual pada harga USD 25 sebuah. Mungkin agak mahal tetapi ianya masih lebih murah jika dibandingkan dengan membeli wallpaper. Idea yang bernas. Jika berminat anda boleh membelinya di sini dan setakat ini mereka mempunyai beberapa pilihan corak.



Laporan asal Bit Rebels

Tuesday 27 November 2012

Mari lihat cara Pakistan musnahkan arak dan dadah yang dirampas (foto)

Dipetik daripada: Blogserius

Lenyek je...


Kali ini mari kita lihat bagaimana arak dan juga dadah yang dirampas pihak penguasa Pakistan dimusnahkan. Dadah dan arak yang diseludup dimusnahkan dengan menggunakan penggelek stim dan dibakar.  Kami kerap kali menunjukkan cara dadah dimusnahkan tetapi tidak pernah lagi melihat arak yang dimusnahkan secara pukal. Di Malaysia juga kita hanya dapat melihat dadah dimusnahkan tetapi arak setahu kami tak pernah lagi kami lihat dalam laporan berita. 





Laporan asal BuzzFeed

Mercedes Benz AMG SLS Black Edition (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius

Need for Speed


Beberapa tahun yang lalu ada sebuah permainan komputer bernama Need For Speed Most Wanted Black Edition. Dalam edisi Black Edition ini terdapat beberapa kenderaan bonus dengan kelajuan maksimum lebih tinggi. Well you know what? Mercedes Benz akan mengeluarkan AMG SLS Black Edition, ia merupakan SLS AMG dengan penaiktarafan kemampuan enjin bagi memberikan prestasi yang lebih tinggi dari edisi AMG SLS biasa. Ia diperkasakan dengan ejin 6.3 Liter V8 dengan 622 kuasa kuda. Berat keseluruhan kenderaan ini hanya 1,550 kilogram dan ini membenarkan AMG SLS Black Edition memecut sehingga 315 kilometer sejam. Kenderaan ini akan dipertontonkan secara rasmi di Pameran Kenderaan Antarabangsa Los Angeles tidak lama lagi. Harga sebuah AMG SLS Black Edition dikatakan bermula dari USD 400 000 (RM 1.2 Juta) sebuah dan akan dipasarkan pada pertengahan 2013. Sila booking kalau anda kaya lagi berada!



Laporan asal Mercedes

Bengkel Kereta Unik di Jepun (foto)

Dipetik daripada: Blogserius


Kedai VTEC Fujiwara

Speedshop Type One ialah sebuah bengkel tuning kereta yang sangat menarik yang terletak di Tokyo. Tidak seperti bengkel yang biasa kita lihat di Malaysia, bengkel kereta ini direka agar kelihatan seperti sebuah pusat pameran kereta. Ini dilakukan bagi membuatkan pelanggan bengkel ini merasakan seperti kereta mereka adalah istimewa dan sesuai diletakkan di sebuah pusat pameran. Ianya rekaan firma Torofu Architech



Laporan asal Dezeen

Thursday 22 November 2012

Perabot-Perabot Rekaan Brad Pitt (foto)

Dipetik daripada: Blogserius


Brad Pitt the Carpenter?

Siapa sangka pelakon kacak Brad Pitt mempunyai minat mereka perabot kontemporari. Brad Pitt bekerjasama dengan Frank Pollaro untuk menghasilkan perabot art deco di bawah. Brad dan Frank mula bekerjasama sejak 2008 apabila Frank menghasilkan sebuah meja custom made untuk Brad. Beliau menyedari Brad mempunyai beberapa lakaran perabot yang lain. Frank menawarkan diri untuk menjadikan kesemua lakaran Brad itu realiti. 




Laporan asal ArchitechturalDesign

Ducati Hunter oleh Mako Petrovic (foto)

Pemburu yang cermat

Sungguh bergaya dan agresif! Itu sahaja ungkapan yang terungkap setelah mengamati hasil kreativiti pereka Mako Petrovic yang menaiktaraf Arac ZXS hingga menjadikannya motosikal hibrid di antara teknologi motosikal Jepun dan model motosikal terkenal Itali, Ducati. Selain sharp lines and curves surround the engine compartment, motosikal dengan enjin v-twin ini turut dilengkapi sistem pemanduan pintar (safe drive system) di mana sensor yang dipasang akan mengesan halaju di samping persekitaran (jarak motosikal dengan kenderaan lain berdekatannya). Sistem ini kemudiannya bertindak mengawal kelajuan supaya motosikal bergerak pada jarak yang selamat dengan kenderaan lain. Begitupun, sistem ini boleh dipintas (bypassed) dengan mudah iaitu dengan mematikan suiz kawalan. Nice features though!

Sumber dipetik: YankoDesign


Wednesday 21 November 2012

"Kereta Polis Ferrari" di Beverly Hills (foto)

Dipetik daripada: Blogserius


Vroom Vroom!

Kereta polis di Amerika biasanya kereta cikai yang tidak mempunyai kuasa kuda secukupnya untuk memecut seperti pelesit. Di Beverly Hills sebuah Ferrari FF diubah suai menjadi sebuah kereta polis untuk sebuah kutipan amal bekas polis Beverly Hills. Nampak agak bad ass. Shame it is not the real thing tidak seperti Lambo Polis yang boleh ditemui di Itali


Laporan asal Auto Evo

Tuesday 20 November 2012

Pewiri 88 - Bangunan Mega Ala Tetris di Indonesia (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius


Pak Tetris

Sebelum ini ada kami paparkan bangunan ala Tetris di Korea Selatan. Hari ini mari kita lihat Pewiri 88 yang akan dibina di Jakarta yang kelihatan seperti bongkah Tetris juga. Ianya bangunan pelbagai guna setinggi 400 meter dengan 88 tingkat. Ia akan menempatkan apartment, pejabat, pusat membeli belah dan laman hijau. Dari jauh ia kelihatan seperti taman tergantung Babylon versi moden. Keseluruhan bangunan ini direka oleh firma jurubina MRVDV. Sangat cool. 


Laporan asal DesignWorld

Sunday 18 November 2012

The Leela Palace, Hotel Mewah Untuk Maharajah di India (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius


Maharajah Moden 

The Leela Palace Udaipur ialah sebuah hotel mewah seakan istana Maharajah yang dibina di Rajastan India. Ianya terletak di tebing Tasik Pichola dan dikelilingi Pergunungan Aravalli. Hotel ini mempunyai 80 buah bilik yang setiap satunya dihias mewah dan bersesuian untuk golongan diraja. Bilik paling kecil di hotel ini ialah seluas 580 kaki persegi manakala suite dirajanya sebesar  3552 kaki persegi. Di Leela Palace anda tidak check in di lobi tetapi terus masuk ke dalam bilik dan didatangi oleh pekerja hotel. Setiap tingkat seorang butler ditugaskan bagi memenuhi kehendak pelanggan yang menginap. Bayaran penginapan semalam bermula dari RM 1,042 semalam untuk bilik biasa dan meningkat sehingga RM 2,318 untuk Suite Maharajahnya. 

Untuk maklumat lanjut sila lawati laman sesawang The Leela Palace di sini 


Laporan asal The Leela Udaipur

Saturday 17 November 2012

Poster-Poster Kempen Jadi Jururawat Perang Dunia II (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius

Klasik


Di sini kami paparkan poster pengambilan jururawat wanita untuk pelbagai cabang ketenteraan Amerika Syarikat ketika perang dunia kedua. Kami cukup gemar poster propaganda dari zaman perang pasal ianya sangat cool jika dilekatkan pada dinding bilik. Satu lagi yang menarik tentang poster dari zaman ini ialah ianya dibuat secara manual. Tak ada photoshop-pun tetapi kualiti artwork dan susun-letaknya jauh lebih bagus dari kualiti berbagai jenis poster yang telah kami temui dibuat menggunakan komputer. 





Laporan asal EnviroGraffiti

ROLLS ROYCE NIGHTS GHOST : EDISI HIKAYAT 1001 MALAM (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius


Buat Anak Menteri Meleleh Air Liur...

Rolls Royce Night Ghost ialah Rolls Royce Ghost edisi terhad yang akan diperlihatkan di Pameran Kereta Antarabangsa Sharjah 28 November hadapan. Nights Ghost diilhamkan oleh Hikayat 1001 Malam Arab dan hiasan luarannya mempunyai unsur Timur Tengah. Tiga edisi terhad kenderaan ini akan dihasilkan. Dua lagi kenderaan Nights Ghost akan dikeluarkan tahun hadapan. 


Laporan asal Top Speed