Saturday 29 September 2012

PRATALOGY: Evolusi Roti Prata (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius


#Seems Legit..

Roti Canai sudah terevolusi sejak berdekad lamanya. Di bawah ialah pokok evolusi dan "sub-spesis" roti canai yang wujud di pasaran sekarang.


Laporan asal Tumblr  BluePill RedPill

Friday 28 September 2012

NB36 - Pesawat Berkuasa Nuklear Pertama Di Dunia (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius

Nuke planes? Damn right!


Di dunia ini kita ada kapal selam dan kapal pengangkut kapal terbang berkuasa nuklear. Ini sudah dikira normal sejak zaman 60-an lagi. Tetapi tahukah anda pihak tentera udara Amerika pernah melakukan eksperimen pesawat bertenaga nuklear sekitar tahun 1950-an?

Selamat datang ke program ANP (Aircraft Nuclear Propulsion - pesawat dipacu nuklear) yang dijalankan dari 1951 sehingga 1957. Program ini bertujuan mengkaji samada pesawat perang berkuasa nuklear adalah sesuatu yang realistik atau tidak. Dua buah pesawat pengebom Convair B-36 telah diubah suai untuk projek ini. Sebuah reaktor nuklear seberat 36,000 pound (16,300 Kg) diletakkan di dalam ruangan bom B-36 ini. Bagi memastikan krew pesawat selamat dari sinaran radiasi, penghalang radiasi plumbum seberat 1 tan diletakkan di antara kokpit dan reaktor. Di samping itu, skrin hadapan setebal 30 cm dipasangkan bagi memastikan mereka benar-besar selamat dari overdose nuklear.

Here is the kicker. Reaktor ini tidak membekalkan tenaga-pun kepada 10 enjin pesawat yang kini diberi designasi NB-36. Ianya sekadar diletakkan di dalam pesawat untuk melihat sama ada reaktor boleh berfungsi di dalam pesawat atau tidak. I mentioned 10 engines earlier right? They are 4 jet engines and 6 propeller ones. Why so many? Pasal NB-36 terlalu berat. Tak cukup tujuhan nak take off!

Di antara tahun 1955-57 sebanyak 47 penerbangan dilakukan dengan jumlah keseluruhan 215 jam penerbangan. Ketika eksperimen dilakukan, reaktor mencecah tahap kritikal sebanyak 89 jam penerbangan! Not a good sign. 

Projek ini akhirnya dibatalkan pada tahun 1957. Pihak USAF menyedari pesawat bertenaga nuklear memang tak feasible langsung. But you have to admit the fact that they tried it is cool enough!






Laporan asal WIKI 
Gambar TheBrigade

Thursday 27 September 2012

Mari Melawat Kilang Kapal Selam Russia (foto)

Dipetik daripada: Blogserius


Super!

Hari ini mari lihat kilang membuat kapal selam Russia yang terletak di Severodvinsk, Daerah Arkhangelsk, Russia. Kilang ini menghasilkan kapal selam dari kelas KILO yang diperkasakan dengan menggunakan enjin diesel elektrik. Kapal selam dari kelas KILO ialah kapal selam diesel elektrik yang paling senyap di dunia.

Jika dibandingkan dengan kapal selam kelas Scorpene kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia, kapal selam Kilo mempunyai panjang yang hampir sama tetapi ianya jauh lebih lebar. Ianya juga 2000 Tan lebih berat berbanding Scorpene. Sungguhpun begitu, harga sebuah kapal selam Kilo ialah USD 250 juta berbanding USD 450 juta untuk sebuah Scorpene. Dari segi persenjataan pula ianya juga dilengkapi torpedo VA-111 Shkval yang merupakan torpedo terlaju di dunia. Ia mampu bergerak pada kelajuan 370 Kmsj. KD Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak hanya menggunakan torpedo Blackshark yang mampu bergerak pada kelajuan 93 Kmsj

Kapal selam kelas Kilo digunakan oleh Russia, China, India, Iran, Poland, Romania, Algeria dan Vietnam. Vietnam akan mempunyai 6 buah kapal selam Kilo menjelang 2016. Tidak diketahui berapa ramai warga Mongolia dikorbankan dalam penjualan kapal selam ini di sana. #LULZ.




Laporan asal Fotografersha via EnglishRussia

Do want! - Jam Tangan URWERK UR-210 (Foto)

Sumber: Blogserius


Do want!

Urwerk 210 ialah sebuah lagi jam tangan mewah yang dihasilkan oleh Urwerk. Jam tangan Urwerk terkenal dengan mekanisma analog futuristik-nya yang kompleks. Seperti Urwerk 110 yang pernah kami paparkan sebelum ini, UR-210 diperbuat menggunakan titanium dan aluminium. Kelebihan Urwerk ialah ianya sebuah jam automatik yang menggunakan pergerakan tangan si pemakai dan mengubah tenaga kinetik kepada tenaga keupayaan di dalam mekanisma jam. Pemakai boleh melihat sendiri berapa banyak tenaga tersimpan dalam mekanisma dengan melihat kepada meter yang khas yang diletakkan pada muka jam. This is neat. Sebuah UR 210 dijual dengan harga RM 450,000. Cool beans!




Laporan asal Urwerk

Wednesday 26 September 2012

MAHA NAKHON : Bangunan Bongkah di Bangkok (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius


Thailand!

Di Bangkok, Thailand sebuah menara 77 tingkat setinggi 310 meter sedang dibina. Maha Nakhon rekaan firma Ole Shereen, firma yang sama yang mereka bangunan Angkasa Raya di Kuala Lumpur kelihatan seperti sebuah bangunan yang dibina dari bongkah Lego. Maha Nakhon mula dibina pada tahun 2011 dan dijangka akan siap sepenuhnya menjelang 2014. Apabila siap kelak, ia akan menempatkan pusat membeli belah, condominium mewah, pejabat dan juga pusat konvensyen. Pada bahagian atapnya pula terdapat restoran yang memberikan pemandangan seluruh kota Bangkok.





Laporan asal MahaNakhon

Kaji Selidik PRU

Semalam (Rabu) Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) telah membentangkan hasil kaji selidik yang mereka jalankan terhadap sekumpulan responden bagi melihat mood, minat mahupun trend mereka berkait dengan Pilihanraya Umum (PRU) yang ke-13 akan datang.

Sebagaimana lazimnya, pelbagai pihak telah tampil menyatakan komen serta pendapat mereka mengenai hasil kajian yang dibentang pihak UMCEDEL. Tentunya ada yang pro dan cons terhadap data dan interpretasinya. Begitupun, salah satu aspek yang turut dibincangkan adalah kaedah perlaksanaan kaji selidik termasuklah pemilihan responden (jantina, kaum/etnik, strata ekonomi), tempoh kajian, taburan "yang mewakili umum" dan sebagainya.

Tentulah, kaji selidik Sains Sosial ini tidaklah 100% tepat, namun sekiranya dilakukan mengikut prosedur yang lazim, kadar kejituan perlulah dipastikan di antara 85-90% (dengan membenarkan ralat, error yang kecil sekitar 10% dan ke bawah).

Perlu difahami bahawa kajian Saintis Sosial (Social Scientists) tidaklah sebagaimana kajian yang dijalankan oleh Saintis atau bidang Sains Perubatan yang menekankan kejituan sehingga 100% memandangkan ianya melibatkan "hidup atau mati" seseorang itu. Pembedahan otak manusia tidak membenarkan margin 10% error kerana ia melibatkan nyawa orang. Kajian yang dijalankan oleh pengkaji sains sosial lazimnya memfokus kepada tinjauan pendapat, persepsi dan aspirasi / kepuashatian@ketidakpuashatian pengguna terhadap sesuatu perkara yang bersangkutan dengan kehidupan mereka. 

Justeru, kajian yang melibatkan "persepsi" manusia itu adalah sesuatu yang subjektif untuk dihuraikan, tetapi ia boleh dikuantifikasikan (dihitung) serta dikategorikan kepada beberapa pilihan objektif yang tertentu. Ianya tidak perlu dipercayai dan diyakini secara total, begitupun tujuan murninya adalah untuk menyediakan data serta maklumat terutama kepada "klien" dan pembuat keputusan mengenai sesuatu trend seterusnya memandu mereka untuk melaksanakan langkah/tindakan susulan, berpandukan maklumat yang diperoleh. 

Maklumat yang dibekalkan melalui kaji selidik juga lazimnya membantu pembuat keputusan dan pihak berkepentingan menyediakan tindakan susulan yang "lebih sensitif" dengan bersandarkan kepada "aspirasi para respondent yang dikaji" itu sendiri.

Saya boleh memahami kritikan yang dilontarkan terhadap sesuatu hasil kaji selidik sains sosial, terutama yang menyentuh topik berkaitan politik dan pilihanraya. Ini kerana para pemimpin parti politik dan mereka yang berkepentingan tentunya tidak senang duduk dengan keputusan yang "tidak memihak kepada mereka". 

Dengan kata lain, bagi elemen yang mereka tidak skor (tidak perform), tentunya menggusarkan mereka, dan begitulah juga sebaliknya.

Akibat penerimaan secara selektif ini juga, ada yang mengambil jalan mudah untuk hanya mempertikaikan keputusan sesebuah kaji selidik, atau menolak terus hasil kajian yang dibentangkan.

Saya tahu, bagi sesetengah saintis sosial ada yang berpegang kepada pendapat - masyarakat umum tidak mahu tahu atau tidak perlu tahu secara terperinci kaedah yang digunapakai oleh pihak yang menjalankan kaji selidik. Tetapi sekiranya "penentangan" yang diterima agak kuat dan ketara, maka wajarlah rasa saya, untuk pihak pengkaji menerangkan juga prosedur yang diambil di dalam melaksanakan kaji selidik berkenaan. 

Langkah ini saya rasa boleh mendidik serta membantu meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap kajian yang dijalankan, seterusnya membantu mengurangkan keraguan mereka terhadap hasil kaji selidik yang dibentangkan.

Di sini juga suka saya kongsikan sedikit pandangan atau cadangan ke arah memperbaiki kualiti dan prosedur kaji selidik terutama berkaitan tajuk politik dan pilihanraya ini. 

Sama ada ianya MUNGKIN releven atau tidak, saya pulangkan kepada pendapat masing-masing untuk memikir dan menilainya. Saya ringkaskan cadangan memperluaskan liputan kaji selidik tersebut pada rajah di bawah:


Kaji selidik yang sering saya baca di akhbar mengenai topik politik dan pilihanraya hanya memberitahu jumlah respondent yang mengambil bahagian serta pecahan mengikut kaum/etnik.

Mungkin kedua faktor inilah yang menjadi pertikaian di kalangan masyarakat umum, bahkan ahli politik sendiri kerana pelbagai pihak masih sangsi mengenai keupayaan jumlah kecil ini untuk "mewakili pandangan populasi". Adakah ini trend dan mood yang (bukan tepat, tetapi) "lebih baik peluangnya" bagi menggambarkan trend dan mood populasi yang umum?

Saya melihat, kelebihan teknologi yang ada sebenarnya boleh kita gembelingkan bagi memperbaiki atau "mencuba" (cuba-jaya) kaedah melaksanakan kaji selidik. Seperti rajah di atas, saya mensarankan agar sesebuah badan kajian sains sosial menjalinkan kerjasama dengan syarikat TV (Astro sebagai contoh). 

Apa yang boleh dibuat adalah merangka soalan yang paling ringkas dan paling mudah difahami dan disiar secara pop-up kecil di bahagian bawah skrin TV. Namun, pastikan pop-up ini tidak mengganggu siaran TV yang sedang ditonton. 

Kaedah ini bukan baharu, bahkan popular di dalam pengundian rancangan realiti TV bagi mengingkirkan peserta yang dibenci dan memenangkan peserta yang disayangi.

Begitupun, sistem undian bagi kaji selidik ini perlu mengelakkan "undian berganda" iaitu dipastikan selari dengan undi dalam pilihanraya iaitu 1 unit Astro = 1 undi. Cuma kelemahan kaedah ini ianya membenarkan 1 undi = 1 rumah, sedangkan mungkin terdapat lebih 1 orang yang layak mengundi dalam PRU - isu ini memerlukan penelitian lanjut.

Kemungkinan juga pihak TV berbayar boleh melihat mana-mana perkara di dalam kontrak bersama pelanggan yang membenarkan butiran umum pelanggan mereka digunakan sebagai profil respondent seperti jantina, kaum / etnik serta lokasi respondent. Ini boleh membantu memperincikan interpretasi kerana lokasi boleh dikelaskan mengikut negeri (taburan lebih menyeluruh dengan tidak hanya fokus kepada Lembah Klang semata), dan mungkin menurut kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Idea ini hanyalah KEMUNGKINAN sahaja. Ianya bergantung kepada polisi dan perjanjian kerahsiaan penerbitan butiran umum pelanggan untuk tujuan kajian.

Jika sekiranya butiran mengenai respondent tidak berjaya diperoleh, setidaknya pihak syarikat masih boleh mengesan isyarat kotak undian (taburan lokasi mengikut negeri) selain mengumpul jawapan-jawapan yang diundi oleh para pelanggan mereka.

Moga beroleh manfaat!

CRS DUU - Kuasa Bak Harley, Prestasi Bak Ducati (foto)

Dipetik daripada: Blogserius


Bad ass!

CR&S bukanlah jenama motosikal yang sering kita dengari dan kami yakin motosikal ini sendiri tidak terjual di Malaysia. Tetapi apa yang pasti pengeluar motor custom made dari Milan, Itali ini menghasilkan motosikal yang kelihatan lain dari yang lain. Mereka menghasilkan CR&S DUU, sebuah motosikal berenjin V-Twin 1916 CC dari Amerika dan "mengahwinkannya" dengan rolling casis ala Eropah dari Itali. Hasilnya adalah sebuah motosikal yang berkuasa tinggi ala Harley tetapi mempunyai kemampuan membelok seperti sebuah Ducati

Dua versi Duu dihasilkan iaitu Deperlu untuk seorang penungang dan Conlatusa untuk dua orang penunggang. Enjin yang digunakan menghasilkan torque sebanyak 148 NM dan mampu memecut sehingga 125 batu sejam. Bagaimana? Adakah gabungan teknologi dua benua ini mengujakan anda? Harga sebuah CR&S Duu bergantung kepada jumlah kustomasi yang anda mahukan dan bermula dari USD 27 000 (RM 82 000).




Laporan asal Motorcycle Specification

"Sweet Dream" - ketiduran pelajar sekolah di China (foto)

Sleeping Time...!

Berikut merupakan foto-foto yang diambil dan dimuat turun di laman web Sekolah Rendah Nombor 1 Gaoxin di Bandar Xi'an. Foto-foto ini diberi judul "sweet dream" (mimpi indah) oleh pihak sekolah terbabit. Pada koleksi foto ini juga memaparkan para pelajar di sebuah kelas sedang tidur dengan berbaring mengiring di atas meja sekolah dan kerusi yang disusun mengadap ke papan hitam. 

Setelah dimuat naik ke laman web, rakaman foto ini menerima maklum balas yang pelbagai daripada para Netizens. Ada yang menganggap ianya perkara yang biasa, bahkan "diperakui" menjadi suatu tradisi bagi Sekolah Gaoxin sejak 10 tahun yang lepas lagi. Namun tidak kurang ada yang mempersoalkan aspek keselamatan terutama terhadap postur belakang selain risiko pelajar jatuh dari atas meja sewaktu sedang nyenyak tidur.

Bagi pihak guru dan sekolah pula, ternyata budaya tidur di kelas pada waktu tengahari merupakan keputusan yang dicapai hasil persetujuan bersama para ibubapa dengan pihak sekolah. Pelajar ini akan menikmati waktu makan tengah hari sekitar jam 12.10 pm sebelum kelas bermula pada jam 2.00 pm. Sela masa yang singkat ini tidak memungkinkan para ibubapa untuk datang mengambil anak-anak dari sekolah, dibawa berehat di rumah dan kemudian dihantar kembali pada jam 2.00 petang. Justeru, antara langkah segera untuk mengekalkan kesegaran tubuh dan minda para pelajar adalah dengan memberikan mereka waktu tidur di bilik darjah. 

Mengulas mengenai kebimbangan segelintir pihak terhadap risiko pelajar tercedera akibat terjatuh dari meja, seorang guru, Gao berkata, sejak sekolah terbabit memperkenalkan polisi tidur di kelas, para pelajarnya sentiasa diawasi oleh guru-guru yang ditugaskan membuat pemantauan. Menurut Gao lagi, setiap kali bermulanya musim persekolahan, para ibubapa akan diingatkan supaya menyediakan sebuah bantal kecil dan selimut bagi kegunaan anak-anak mereka sewaktu tidur di kelas pada waktu tengahari. 

Agak-agak anda, relevenkah konsep tidur di kelas sebegini ditiru di sekolah-sekolah di Malaysia, terutama yang mengaplikasikan sistem dual pembelajaran (sekolah pagi untuk pengajian Kebangsaan dan sebelah petang untuk pengajian Agama)?


Laporan asal: ChinaSmack

Tuesday 25 September 2012

Inovasi-Inovasi Yang Gagal Direalitikan (foto)

Sumber dipetik: Blogserius

Terlalu futuristikkah?


Kita semua mahukan benda yang futuristik. Banyak kereta konsep dihasilkan bagi memberi gambaran terhadap rekaan kereta di masa hadapan. Dalam kebanyakkan kes, rekaan "futuristik" lampau ini menjadi bahan ketawa generasi hari ini dan masa hadapan. 

Hari ini mari kita lihat beberapa rekaan kenderaan futuristik yang dihasilkan di antara 1920-an sehingga 19230-an. Banyak yang tak menjadi dan sangat tidak praktikal. Tetapi konsep kereta boleh ubah-ubah badan mengikut kehendak pengguna agak cool jugak..



Laporan asal Retronaut

Kapal Selam Kelas Astute - terbaik di dunia (foto)

Dipetik daripada: Blogserius

Konfirm Boleh menyelam.....

Kapal selam nuklear dari kelas Astute milik Tentera Laut Diraja Britain kini adalah kapal selam paling canggih di dunia. Sebanyak 7 buah kapal selam ini akan dibina bagi menggantikan kapal selam kelas Trafalgar yang sudah beroperasi sejak tahun 1977 bagi menangani kapal selam Soviet ketika Perang Dingin. Buat masa ini dua buah kapal selam kelas Astute, HMS Astute dan HMS Ambush sudah dibina dan hanya menunggu masa untuk memasuki inventori Royal Navy. 

Kapal selam ini sepanjang 96 meter, selebar 11.3 meter dan setinggi bangunan 12 tingkat! Ia mampu beroperasi selama 25 tahun tanpa perlu mengisi semula bahan api nuklearnya. Selain itu ia mampu bergerak pada kelajuan 29 knot ketika menyelam. Harga sebuah kapal selam ini ialah GBP 1 Billion (RM 4.9 Billion) dan sebanyak 20 juta man hours dihabiskan untuk menjadikan projek kapal selam generasi terbaru ini suatu realiti.

Ianya juga, menurut BAE Systems, pembina kapal selam ini - kapal selam paling senyap pernah dicipta dan mampu menyelam sehingga kedalaman 300 meter. BAE Systems mendakwa 38 000 panel akustik getah yang dipasang pada badan kapal selam ini memastikan ia hanya sebising seekor anak ikan Dolphin ketika beroperasi. Tambah mengkagumkan kapal selam kelas Astute boleh mengesan bunyi sebuah kapal di Pelabuhan New York walaupun ia sedang berlabuh di Selat Inggeris! Sistem peluru berpandu Tomahawk yang dibawanya pula boleh menyerang mana-mana sasaran dari jarak 1,930 kilometer! Teknologi periskop Photonics juga dipasang. Periskop Photonic berbeza dari periskop biasa kerana ianya 100% digital. Gambar permukaan laut diambil dalam resolusi HD serta lebih mudah diproses untuk mengesan lokasi musuh berbanding periskop optikal yang digunakan sejak turun temurun.

Sangat mengkagumkan tapi kita sedia maklum a good ship is only as good as it's crew. (Ayat tambah sendiri: Dan mana tau kot ada kaki kapur duit rakyat yang berminat untuk kemukakan cadangan bagi memperkasakan pertahanan laut kita dengan model Astute pulak...)










Laporan asal Wikipedia
Gambar BAE System dan The Mirror

Minat sangat! - Mari tinjau daerah GANGNAM di Seoul, Korea (foto yang gangnam)

Disumberkan oleh: Blogserius


Oh ini la tempatnya?

Gangnam ialah salah satu dari 25 daerah di dalam bandaraya Seoul, Korea Selatan. Gangnam bermaksud "selatan dari sungai" kerana ianya terletak di bahagian Selatan Sungai Han yang merentasi Seoul. Ia hanya berkeluasan 39 kilometer persegi tetapi nilai hartanahnya ialah yang tertinggi di Seoul. Harga purata sebuah apartment di Gangnam, ialah sekitar USD 750 000 (RM 2.25 Juta) dan ini bersamaan dengan gaji purata rakyat Korea Selatan selama 18 tahun

Ianya menjadi tempat tinggal pilihan para artis dan ahli politik elit Korea Selatan. Oleh itu, ia bersamaan dengan Bangsar di Malaysia. Pejabat besar dua syarikat terbesar Korea Selatan iaitu Samsung dan Hyundai juga terletak di dalam daerah sini. Oleh sebab itu juga kawasan Gangnam dipenuhi dengan kedai barangan mewah yang menjadi tarikan hampir 600 000 penduduknya. 

Pada tahun 2011 kumpulan Girl's Generation dilantik menjadi duta pelancongan daerah Gangnam. Sesuai sangatlah group plastik menjadi duta melancong sambil shopping pakai kredit kad! Itu dia........ now you know what is Gangnam and how it is look like!



Laporan asal Business Insider

Monday 24 September 2012

Demo Anti-Jepun di China (foto)

Disumberkan oleh: Blogserius


Rageeee.. Innocence of Commie?

Rusuhan besar-besaran anti Jepun telah berlangsung lebih dari seminggu di seluruh China gara-gara pembelian Kepulauan Senkaku oleh kerajaan Jepun pada 11 September yang lalu. Kepulauan yang terdiri dari 5 pulau kecil dan 3 tonjolan batu ini dipercayai kaya dengan gas dan petroleum. China membantah tindakan Jepun ini kerana mereka merasakan kepulauan Senkaku (Kepulauan Diaoyu dalam bahasa Cina) adalah milik mereka. 

Kepulauan Senkaku diambil alih oleh Jepun pada tahun 1895. Sebelum itu ia merupakan kepulauan di bawah Dinasti Ming. Pulau-pulau ini pada awalnya menjadi kilang pemprosesan ikan. Namun selepas industri ini gagal, pulau ini terbiar sehingga 1940-an. Selepas perang dunia ke-2, ia menjadi milik Amerika Syarikat dan hanya dikembalikan kepada Jepun pada tahun 1972. Survey yang dilakukan oleh jabatan geologi Amerika pada waktu itulah yang menjumpai deposit petroleum dan gas di kepulauan ini. Senkaku kemudian dijual kepada keluarga Kurihara oleh leluhur (waris) bekas pemilik kilang pemprosesan ikan yang telahpun bankrap.

Kerajaan Jepun kemudian menyewa kepulauan ini pada harga Yen 25 Juta setahun untuk tujuan ketenteraan. Penjualan pulau ini oleh keluarga Kurihara kepada kerajaan Jepun pada harga Yen 2.05 Billion benar-benar membuatkan rakyat China berang kerana dianggap mencabar kedaulatan wilayah kepunyaan mereka.

Akibat dari tindakan Jepun ini, konsulat Jepun di China menjadi mangsa serangan demo patriot China. Di Beijing dan Shanghai, premis perniagaan milik syarikat Jepun diserang oleh penunjuk perasaan. Beberapa ruang pameran Honda dan juga pusat membeli belah AEON rosak dibakar. Paling sadis seorang warga China lumpuh setelah dibelasah oleh pendemo yang berang melihat beliau memandu sebuah Honda. 

Paling LOL kedai milik SAMSUNG juga dibakar kerana them Chinese can't differentiate between Japanese and Koreans. LOL#. Sementara itu jualan kenderaan Jepun di China jatuh sebanyak 90% semenjak 11 September. Nampaknya patriot-patriot China mempunyai kemarahan yang sangat serius.  


Laporan asal TheBrigade