Wednesday, 30 November 2011

Kita masih beruntung: paparan kedaifan para penggeledah sampah di Guatemala City (foto-foto menarik)

Seperti biasa, sebuah artikel yang di 'copy n paste' (dengan pembetulan bahasa) dari sini: blogserius
 
Oh man!

Sebelum ini Blogserius telah paparkan kehidupan super daif para penggeledah sampah di pusat pelupusan sampah Bantar Gebang,Jakarta dan bandar sampah sarap Manshiet Nasser di Mesir. Di dalam dua entri ini, korang semua tentu merasa insaf dengan kehidupan sukar penggeledah sampah (scavenger) yang menggeledah timbunan sampah untuk dikitar semula. Hari ini mari kita lihat pula kehidupan para penggeledah sampah di Guatemala City. Mereka bekerja di sebuah tapak pelupusan sampah yang dipanggil The Mine. Di sini mereka mencari bahan lusuh yang boleh diguna semula. Kadang kala kalau rezeki mereka baik, mereka menemui barang kemas dari emas.

Secara purata mereka yang bekerja di sini boleh mendapat sebanyak USD20 dollar sehari. Ini adalah dua kali ganda lebih tinggi dari gaji purata kebanyakkan rakyat Guatemala. Walaupun gaji agak lumayan The Mine ialah tempat yang merbahaya untuk bekerja. Timbunan sampah sarap di situ boleh runtuh dan menanam pekerja pada bila-bila masa. Mereka juga tidak memakai pakai keselamatan ketika bekerja selain turut terdedah dengan ancaman sisa toksik dan air kumbahan yang tercemar. I know I have a shitty job but these people make me realise duduk depan PC all day long is not such a shitty job. Insaf kejap.









                                               Laporan asal Boston

Picture of the day: Eh! ada kat sini rupenye...

Sumber foto: sini

(...buat macam tak tahu pulak dia...)

Tuesday, 29 November 2011

Artikel Pendek & Renungan: Beribadah kerana Allah

Tauhid adalah menyendirikan Allah Jalla wa ‘ala dalam ibadah. Iaitu menjadikan ma’bud (yang disembah iaitu Allah) itu hanya satu. Inilah erti tauhid. Dan kerana inilah Allah menjadikan makhluk-makhluk-Nya untuk urusan ini.

Dan hikmahnya Allah menciptakan ciptaan-Nya (yakni makhluk) daripada kalangan jin dan manusia, adalah untuk memerintahkan mereka beribadat kepada Allah…kerana untuk mereka menyembah Allah semata-semata.
Sumber: FB Sunnah
Maslahah (kebaikan) yang mereka dapati daripada tauhid (menyembah) adalah kembali kepada diri mereka sendiri. Apabila mereka menyembah hanya Allah semata-mata, mereka telah melindungi diri mereka daripada azab api neraka dan Allah memasukkan mereka ke dalam syurga dan memberikan kepada mereka kebaikan di dunia dan di akhirat.

Maslahat ibadah kepada Allah tidaklah kembali untuk Allah kerana Allah Maha Kaya daripada semua itu (ibadah yang mereka lakukan). Dan jika semua manusia kafir kepada Allah, sesungguhnya itu semua tidak memberikan pengaruh apa-apa kepada Allah. Tidak mengurangkan kerajaan yang dimiliki-Nya. Dan jika mereka (manusia) taat kesemuanya kepada Allah, tidaklah ia menambahkan apa-apa kepada kerajaan Allah.

Nabi Musa berkata, “Jika kamu kufur dan manusia seluruhnya kufur di muka bumi ini, sesungguhnya Allah Sangat Maha Kaya lagi Maha Terpuji”. Dan Allah berfirman di dalam hadis Qudsi, “Wahai hamba-Ku, jika orang yang paling di antara kalian dan orang yang terakhir antara kalian dari kalangan jin dan manusia kalian seluruhnya derhaka kepada-Ku, maka ianya tidak sedikitpun mengurangkan kerajaan-Ku sedikitpun” (HR Muslim). Kerana Allah Jalla wa ’ala Maha Kaya daripada kita dan daripada ibadat-ibadat yang kita persembahkan.

Akan tetapi, kitalah yang sebenarnya memerlukan untuk beribadat kepada Allah. Supaya kita dapat mendekatkan diri kepada Allah. Dan untuk itu (beribadat kepada Allah), menghubungkan dan mengenalkan kita kepada-Nya. Kerana itu, kita berjaya mendapatkan kebahagiaan dunia dan akhirat. Maka untuk itu Allah memerintahkan kita beribadah kepada Allah sebenarnya untuk maslahat (kebaikan) kita sendiri. Untuk menolak kemudaratan daripada kita.

Dan lawan kepada tauhid, adalah syirik kepada Allah Azza wa jalla. Syirik adalah beribadah kepada selain Allah bersama (meletakkan ibadah tersebut kepada) Allah. Menjadikan sesuatu daripada cabang-cabang ibadah untuk selain Allah Jalla wa ‘ala. Seperti sembelihan, nazar doa dan istighasah, takut, harap dan cinta dan selain nya.

Terjemahan dari ceramah Syaikh Shalih Fauzan al-Fauzan hafizahullah (Sumber: FB Sunnah)

Terkenang Daku: tengkujuh & tangkap ikan

Kami adik-beradik semuanya kaki pancing, kaki tangkap ikan. Demi ikan, kami telah bereksperimen membina sendiri bubu dalam pelbagai saiz dan rekabentuk. 

Ada cubaan yang kurang berjaya, tetapi lazimnya tidak menghampakan (masuk juga ikan).

Tiba sahaja musim tengkujuh, paya di belakang rumah itulah tempat yang kami tuju. Selain memerangkap ikan keli, puyu, 'kenjeng' dan haruan, ada kalanya menarik minat ular sawa dan ular air.

Tidak hairanlah ada ketikanya kami bertempiaran lari apabila bubu yang diangkat (berat, ingatkan penuh ikan) terjulur ekor ular sawa yang besar!

Memukat pun ada juga, tetapi setelah banyak parit digali oleh tuan punya kebun sawit di situ, air banjir tidaklah naik setinggi dahulu.

Memukat ini perlu tunggu atau kena rajin diperiksa. Bukan takut orang lain yang rembat, tapi selalunya rosak kerana perbuatan pak biawak dan kura-kura.

Apabila melihat foto di bawah (BHOnline), teringat saya kepada adik-adik, yang bersama-sama meranduk air paya yang berbau itu, kerana minat-la sangat menangkap ikan.

Di bawah ini foto yang saya rakamkan sewaktu pulang sebentar ke tanah air pada November 2010 (tahun lepas). Sempat juga tu menjengah kolam tinggal (terbiar di dalam hutan) dan lihatlah hasilnya walaupun hanya sejam-dua di situ (berbekalkan cacing dan roti).

Waktu itu Ayoh dan adik no. 4 sedang giat dengan projek ternakan ikan tilapia. Dengar khabar mula tunjukkan perkembangan yang positif - 'learning by doing' la kan?

Posting berkaitan: Budak kampung - memancing


Terasa rindu nak menangkap ikan dan berkumpul semua adik-beradik di kampung. Walaupun kini semua sudah bekerja dan berpejabat, janganlah dilupa dari mana kita datang.

Jangan dimanjakan kaki itu walaupun baru 4-5 tahun tinggal di bandar, sudah geli-geleman pula dengan 'selut' dan air paya (pesanan buat diri sendiri)....

Monday, 28 November 2011

Pendapat: Dah 'Orang Besar', bercakap pun kenalah 'Besar'

Habis madu, sepah pula tetap berguna

Saya sentiasa berpandangan seorang pemimpin yang bagus adalah pemimpin yang apabila dia bercakap, dia berupaya menyampaikan suatu visi dan menetapkan halatuju di minda para pengikut atau pendengarnya; sehingga dari amanat/ucapannya itu, mereka (pengikut/pendengar) boleh faham dan mampu merangka apa yang patut dilakukan selepas mendengar amanat itu (i.e. tindakan susulan).

Inilah di antara ciri-ciri penting yang secara idealnya perlu ada pada seseorang pemimpin. Sayangnya, tidak ramai pemimpin kita di Malaysia memiliki ciri-ciri ini. 

Namun, bagi pemimpin yang memiliki ciri sebegini, saya secara peribadi menyifatkan beliau adalah pemimpin yang  memiliki aura dan tarikan (bukan sahaja untuk meyakinkan orang, bahkan berupaya menggerakkan proses/perubahan).

Dengan aura yang ada, buah fikiran tokoh-tokoh tersebut tetap ditagih sekalipun telah bersara; atau tidak lagi memegang jawatan; atau tidak aktif sepenuh masa di 'arus perdana'. 

Maka tidak hairanlah saya melihat civil society, bahkan para pemimpin yang sedang berkuasa juga tertunggu-tunggu untuk mendengar sebarang luahan pendapat mahupun kritikan mereka terhadap sesuatu perkara dan isu sama ada yang melibatkan kepentingan agama, umat dan negara.

Barangkali anda tidak setuju dengan pernyataan "ramai yang tertunggu-tunggu". Iyelah, yang mendengar belum tentu akan menerima bulat-bulat nasihat/apa yang dicakap dan dikritik itu. Terpulang.

Bahkan, tidaklah masuk bakul angkat sendiri untuk saya katakan bahawa dalam sesetengah keadaan, pandangan serta kritikan mereka adalah berguna bagi membantu pemimpin yang ada, memperbetul kelemahan dan memperbaiki halajutu pentadbiran di pelbagai peringkat sama ada di peringkat parti, negara, negeri dan komuniti di peringkat akar umbi.

Nota: Saya sengaja tidak senaraikan pemimpin yang "masih berjawatan" seperti TGHH, TGNA, Dato' Najib, En. KJ, LGE etc.

Selain ada tarikan dan aura, saya juga melihat seringkali pemimpin-pemimpin "rujukan" ini (contoh, foto) akan bercakap besar

Eh! Cakap besar yang bagaimana?

Cakap benda besar, yang kecil itu bukan taraf anda!

Bukan cakap besar seperti cakapnya orang sombong dan angkuh. 

Tetapi cakap besar dalam konteks ini adalah sikap pemimpin yang apabila mereka berbicara, mereka akan berbicara tentang idea, gagasan dan meletakkan halatuju.

Mereka jarang (bukan tiada langsung) menyibukkan diri dan masa mereka untuk bercakap mengenai perkara-perkara yang kecil, yang tidak membantu masyarakat untuk faham dan seterusnya berfikir macam mana nak bertindak setelah mendengar ucapan mereka itu.

Datang kosong, balik pun kosong = buang masa! 

Saya pernah menghadiri satu ceramah politik semasa di Terengganu

Ucapan penceramahnya memang berapi-api (orang lain semua salah dia je yang betul). Dan beliau juga pandai buat lawak.

Tetapi sayangnya selepas selesai ceramah, saya tidak tahu apa kesannya terhadap saya (apa peranan saya "selepas itu").

Apakah saya ini hadir, menadah telinga, bergelak ketawa, namun akhirnya pulang dalam keadaan sama sepertimana awal datang tadi? 

Pada saya ini hanya cakap-cakap yang merugikan masa. Barangkali juga terdedah kepada dosa kering sebab mengata orang (sekalipun tidaklah sampai memfitnah).

Sedangkan alangkah bagusnya kalau seorang pemimpin itu, di dalam ucapannya, bukan sahaja mampu mengupas dan menjelaskan sesuatu isu, tetapi boleh mewujudkan "mental map" buat pengikutnya supaya mereka nampak ke mana nak tuju selepas itu.

Undi sebab sentimen tidak akan menang-kan anda

Inilah yang ingin saya kongsikan setelah membaca tampalan berikut (klik): Shahrizat belanja RM26,000 untuk beli pakaian, kata Nizar.

Maaflah kalau ada yang membaca ini terasa. Mungkin juga apa yang dilaporkan itu bukanlah kisah penuh, tetapi mahu tidak mahu, hal ini disentuh beliau.

Pada hemat saya yang tidak seberapa ini, sebagai "orang besar' (bekas MB Perak), Nizar tidak seharusnya membenarkan masa beliau diisi dengan bercakap tentang perkara-perkara yang kecil sebegini. 

Ini bukan tugas anda, biarlah orang lain yang ambil.

Pada saya, tugas Nizar sekarang ini adalah untuk "bercakap besar", menjelaskan kepada rakyat Perak apakah perancangan dan strategi yang sedang dirangka di peringkat Pakatan negeri Perak bagi memastikan "pisang tidak berbuah dua kali"

Nampakkan kepada rakyat (pengundi) yang pimpinan tertinggi Pakatan Perak telah belajar daripada peristiwa hitam tersebut.

Dan inilah yang ditunggu-tunggu civil society. Apabila perancangan dapat dihamparkan di minda setiap mereka, maka mudahlah sedikit untuk "faham dan bertindak selepas itu".

Malah, pengikut juga akan jadi sedikit lega sebab melihat pemimpin mereka sudah ada visi, selain panduan untuk mulakan kerja (di akar umbi) juga digariskan! 

--------------
Saya buat contoh: 
OK, sekarang ini (pelan x) yang sedang diusahakan untuk menang PRU dan ini (pelan xx) yang akan dibuat untuk pastikan pilihan rakyat tidak dikhianati selepas kita menang. Maka saya mahu para penyokong boleh menyumbang peranan anda dengan melakukan tugas A, B dan C.
--------------

Cakap senanglah. Memang bercakap ni senang. Tetapi eloklah bercakap benda yang lebih utama manfaatnya kepada parti dan rakyat daripada dok sibuk dengan perkara-perkara kecil, dan yang bukan tugasnya pun.

Maaf cakaplah, saya tak yakin pembangkang dapat menawan semula negeri tersebut jika hanya membicarakan isu sebegini dan mengharapkan undi sentimen (protest votes). 

Come on! Orang dah naik ke bulan, takkan kita masih nak ungkit si polan dan si polan belanja banyak mana.

Saya percaya DS Nizar adalah pemimpin yang bijak. Dan dah alang-alang memberikan pendapat ini, saya perlu selesaikan jua artikel ini dengan saranan berikut:

a) Sebagai "orang besar" (dan kalau nak jadi salah seorang "bekas pemimpin" seperti di dalam foto) beliau perlu "bercakap besar". 

b) Bercakaplah besar mengenai idea, visi, gagasan, malah mungkin memberikan kritikan, dengan niat supaya rakyat dapat idea apa nak buat selepas itu, dan juga demi memastikan yang "pisang tidak berbuah dua kali" di negeri Perak!

Sekian.

Sunday, 27 November 2011

Trip to Henley on Thames & River and Rowing Museum

Sabtu, 26 Nov. 2011. Bertolak dari rumah (Headington) jam 10 pagi.

Jalan sesak teruk sebab jalan M40 ke London ditutup tanpa diketahui sebab. Saya syak UFO jatuh dan pihak berkuasa sedang bertungkus-lumus menyorokkan bangkai pesawat. Hati tambah hangat apabila driver OxfordTube mencilok secara melulu.

Makanya, perjalanan 30 batu memakan masa lebih 1 jam. Tiba di RRM (River & Rowing Museum), Henley on Thames. Sejuk dan baru lepas hujan. Suhu dalam 11degree celcius.

Di tingkat bawah ditempatkan ruang pameran karya "Wind in the willows", iaitu buku cerita kanak-kanak klasik yang popular. Wataknya boleh anda lihat sendiri. Maka tidak hairanlah Mawaddah begitu kaget dan seram-sejuk. Kasihan, tetapi apakan daya sebab tiket sudah dibayar...

Mawaddah ketakutan dan amat 'horror' sekali apabila saya dekatkan dia dengan tikus kecil. Kecil pun tidaklah kecil, adalah sebesar peha saya...

Bagi mengubat 'trauma' Mawaddah, kami naik ke tingkat atas iaitu ke River and Rowing Museum.

Setelah beberapa ketika berjalan, kami hiburkan Mawaddah dengan aktiviti melukis dan mewarna di satu sudut yang disediakan khas.
Ini pula seksyen Rowing/mendayung.
Bukan sahaja Mawaddah dan Ibu, Pakcik juga perlu merehat-rehatkan kaki.

Memandangkan nasi goreng hijau dan ayam kentaki yang dibawa tidak akan habis dengan sedirinya, maka kami keluar dan makan di luar sebelum berjalan-jalan menyusuri sungai Thames.

Cuaca masih sejuk dan redup, namun itu tidak melunturkan sifat agresif penghuni sungai ini (macam nak terkam orang saja..)

Kami bertiga hanya menyusuri sungai sambil merakamkan beberapa keping foto sebagai kenang-kenangan.

Di tepi sungai juga terdapat taman permainan. Ada 2 seksyen iaitu untuk budak besar yang lasak, dan kedua, untuk budak lasak dan suka berlari macam Mawaddah. Ramailah orang, tetapi saya 'crop' mereka semua sebab tak nak buat semak.

Bertolak pulang ke Oxford jam 3 petang memandangkan Maghrib masuk awal iaitu jam 4:02 petang dan Isya' 5:56 petang (Solat Zuhur dan Asar - 1:43 petang, dah cover semasa di sana).

Saturday, 26 November 2011

Politik, Wang & Kuasa

Saya sarankan anda mencari dan membaca novel bertajuk The Best Laid Plans oleh Sidney Sheldon

Kenapa novel ini? Sebabnya saya dapati idea mendiang mengenai "politik, wang dan kuasa" tidaklah jauh bezanya dengan realiti hari ini.

Sebagai "pembuka selera", berikut petikan dari naskah ini. My favourite quotation adalah ayat yang terakhir itu! Enjoy!

1 ----------------------
'I hate politics,' Oliver Russell said. Leslie looked at him in surprise. 'Then why in the world are you - ?'.

'Because I want to change the system, Leslie. It's been taken over by lobbyists and corporations that help put the wrong people in power and then control them'.

'The people who are running the country have turned it into an old boys' club. They care about themselves then they do about the people. It's not right, and I'm going to try to correct that".

2 ---------------------
Let me tell you something about money and power, Oliver. Money doesn't care who owns it. A bum can win it in a lottery, or a dunce can inherit it, or someone can get it by holding up a bank.

But power - that something different. To have power is to own the world.

If you were governor of this state, you could affect the lives of everybody living here. You could get bills passed that would help the people, and you'd have the power to veto bills that could harm them.
 
3 ----------------------
"You see, people have got it wrong. It's not who you know," Senator Davis explained, "it's what you know about who you know".

Everybody's got a little skeleton buried somewhere. All you have to do is dig it up, and you'll be surprised how glad they'll be to help you with whatever you need.

Bacaan: Naskah politik terbaharu "A Doctor In The House"

Saya ingin menggunakan tempoh ketiadaan Dr MAZA di Oxford (kerana pulang sebentar ke tanah air bermula semalam hingga Disember ini) dengan meneliti sebanyak mungkin kandungan naskah ini, yang dipinjamkan olehnya.

Adalah tidak realistik untuk saya habiskan proses membaca keseluruhan naskah setebal 809 muka surat ini, memandangkan masa saya begitu terhad. 

Justeru, pembacaan secara terpilih menurut bab-bab tertentu telah saya buat.

Iyelah, sekurang-kurangnya mampu menawarkan penjelasan menghadirkan jawapan (terima kasih saudara yang beri komen) terhadap soalan-soalan yang masih berlegar di benak kepala ini. 


Secara keseluruhannya, naskah ini terbentuk oleh 62 bab. Namun, entah mengapa bab yang paling awal dan paling "menangkap mata saya" untuk dibaca adalah Bab 27 - How Government Works (bagaimana kerajaan berfungsi).

Mungkin sebabnya saya ni minat sangat nak tahu senang - susahnya untuk menguruskan sesebuah kerajaan dan memuaskan hati pelbagai pihak. Sedangkan kalau kerajaan buat kerja pun orang masih tak puas hati, inikan pula kalau kerajaan melaksanakan tugas secara tidak berkesan dan lemah. 

Saya kemudiannya melangkah ke Bab 39 - Daim Becomes Finance Minister (Daim menjadi Menteri Kewangan). Tun Daim adalah individu yang menarik perhatian saya, khususnya selepas pasukan 'think-tank" beliau telah awal-awal lagi meramalkan BN akan tumbang di 5 buah negeri pada PRU12 yang lepas. Namun, Tun Pak Lah telah mendapat nasihat yang salah dan lihatlah apa yang terjadi. OKlah, tak elok dikenang perkara yang dah lepas.

Bercakap tentang Tun Mahathir adalah tidak lengkap jika tidak dibicarakan topik mengenai Anwar Ibrahim, bekas anak emas yang beliau bawa masuk ke dalam UMNO, ditatang bagai minyak yang penuh sehingga Anwar akhirnya berjaya memegang jawatan kedua tertinggi dalam parti dan kerajaan. Kisah Anwar ini telah saya susuri di Bab 53 - Anwar's Challenge (Cabaran Anwar).

Setelah membaca beberapa bab di dalam naskah ini, saya jadi tertarik dengan susunan isi/fakta dan tertanya-tanya bagaimana Tun berupaya mengumpul dan mengingat segala fakta (nama-nama orang, tarikh, masa dan tempat) secara amat terperinci, termasuklah kisah yang berlaku di zaman kecilnya dan penyiasatan/pertuduhan di dalam kes melibatkan Anwar.

Saya yakin yang Tun sendiri tidak pernah jangka akan menjadi Perdana Menteri. Berbeza sekali dengan isteri seorang pemimpin tu yang tahu suatu hari nanti dia akan membeli barang kemas mahal. Maka sedari kecil lagi telah mula dia menabung wang - ayat sarkastik!

Sungguhpun saya kagum dengan aspek ketelitian dan keperincian, tidaklah dapat saya pastikan kebenaran terhadap apa yang ditulis itu, melainkan Tun sendiri dan *pihak-pihak yang arif mengenainya. 

(*c0ntoh penulisan mengenai Tun oleh penulis politik terkenal, Ahmad Lutfi Othman: Kecaman Mahathir dan nurani Saifuddin)

Di dalam naskah ini juga, Tun dengan begitu berani dan terbuka "melondehkan" Anwar. Bukan sahaja mengaitkan Anwar dengan aktiviti homoseksual, bahkan turut mendedahkan kisah yang berlaku di Kenny Hills di antara Anwar, Nalla dan 4 wanita (2 setuju, 2 tolak)...(baca muka surat 685).

Saya cuma bertanya kepada diri sendiri: Apakah Tun sekadar ingin memburuk-burukkan Anwar? Atau itu adalah "salah satu wajah" Anwar?

Logiknya, kalau apa yang Tun tulis itu tidak benar dan bersifat memfitnah, mengapa pula tidak disaman dan diheret Tun ke muka pengadilan? Emmm... 

Sumber foto: Naskah "A Doctor in the House. The memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad. 2011. Selangor: MPH Group Publishing Sdn. Bhd.

Gudang Amazon yang 'super' (foto)

Sebagai salah seorang pelanggan setia Amazon (yang telah memiliki 9 buah jam tangan dan beberapa belas buku 10p hasil rajin melihat offer/sale di Amazon), info berikut adalah berguna. Lihatlah bagaimana sistematiknya proses menguruskan pesanan (order) para pelanggan Amazon dibuat. Big Wow!

WOW!

Amazon.com ialah laman sesawang membeli belah atas talian paling terkemuka dunia. Sejak mula menjual buku pada tahun 1995, Amazon kini sudah menjual jutaan buku yang dihantar ke seluruh dunia. Jeff Bezos, pengasas Amazon pernah berkata Amazon ialah kedai buku terbesar dunia kerana tiada kedai didunia ini yang mampu menyimpan stok sebesar Amazon. How big? 
Dibawah ialah pusat pengedaran pesanan pelanggan yang terletak di Swansea, Wales. UK. Check it out! Amazon ada beberapa lagi pusat pengedaran sebesar ini diseluruh dunia. WOW!







                                     Sumber: blogserius; Laporan asal Consumerist

(UPDATED) Edisi Tepuk Dahi - PKR 'tumbuk muka sendiri'

Bagi yang berminat nak baca artikel penuh, klik sini: cakap pusing-pusing


Isu yang saya faham dan ringkaskan setelah membaca artikel ini dan yang satu lagi di MalaysiaKini (sumber) adalah seperti berikut:

1) UMNO sebagai parti yang mewakili orang-orang Melayu, pastinya telah dan sentiasa bercakap mengenai kepentingan Melayu.

2) Namun, PKR (melalui AMK) pula mencabar UMNO "kalau dah kuat sangat semangat Melayu tu, mengapa tidak gubal perlembagaan untuk menjamin hanya Melayu layak menjadi Perdana Menteri (PM)" - baca artikel.

3) [Kononnya] cabaran PKR itu sekadar nak menduga sama ada UMNO itu "sembang kosong @ sembang berisi"; cakap saja-saja atau sebenarnya berani untuk mengusulkan pindaan terhadap perlembagaan.

4) Anehnya, setelah dia [PKR] mencabar UMNO (buat masa ini tiada apapun respon dari UMNO, entah mereka tahu entah buat tak endah saja), PKR kemudiannya bangkit "memperbetulkan" semula pernyataan mereka sendiri.

5) Katanya [Anwar], kalau UMNO berani untuk pinda perlembagaan, PKR akan menentang di atas alasan ianya rasis.

6) [Tepuk dahi Pakcik] Dah kalau "awal-awal" lagi dah janji nak menentang balik andai cabaran disahut (belum tentu-pun akan disahut), maka, buat apa umumkan cabaran "at the first place"?

Saya bagi contoh yang lebih mudah:

a) Ali mencabar Abu untuk terjun ke dalam sungai dan berenang sampai ke seberang "Aku cabar ko berenang ke seberang sana, kalau ko berani".

b) Di dalam contoh ini, Abu pun kata dia berani dan sedia sahut cabaran si Ali. Maka Abu pun ready nak terjun tiruk.

c) Tiba-tiba, tidak sampai seminit mencabar orang, Ali pun kata "aku tak bagi ko terjun. Kalau ko terjun aku bangkang".

d) Abu tertanya-tanya "Yang tadi ko cabar aku tu buat apa, bangang!"


UPDATED:

Apa yang dinukilkan saya mengenai isu ini nampaknya telah mendapat respon yang sama oleh Lim Hong Siang melalui artikel beliau yang diterbitkan di MerdekaReview: PM Melayu; Percaturan Shamsul akhirnya memerangkap diri.

Now you see!

Friday, 25 November 2011

Kreatif: Rak dinding yang 'cool' (foto)

Pereka Julia Quancard adalah individu yang bertanggungjawab terhadap penciptaan Pied-de-Poule ini. Ia adalah rak mudah pasang-mudah bukak di dinding yang boleh disusun menurut kreativiti dan citarasa penggunanya.

Buat masa ini, ia masih di peringkat produk konsep yang disiapkan untuk pertandingan the FLY design. Namun begitu, pertimbangan terperinci telah diberi bagi pengeluaran komersil rak ini secara mesra alam dan pada kos yang efektif.

Rak ini direka daripada kayu komposit berlamina dan hadir dalam dua warna - putih dan coklat. Setiap rak hanya perlu dilekat pada dinding menggunakan 2 skru. 

Ringkasnya, dengan adanya rak seumpama ini pada dinding rumah / bilik anda, suasana pastinya akan berbeza!

Sumber asal (tanpa ubah bahasa): yankodesign






DAP + PAS + PKR: dalam 1 muka

Nota kaki: 

1) Ketiga-tiga parti menunjukkan bantahan mereka, tetapi cara dan pendekatan yang digunakan adalah berbeza.
2) Antara ketiganya, pendekatan DAP saya lihat 'lebih berdiplomasi' dan 'tidak terlalu keras' berbanding cara PKR dan PAS.
3) Bagi mencapai titik persefahaman (mengenai isu yang dibangkitkan), DAP berusaha untuk tampil dengan cadangan bertujuan memperbaiki/menambahbaik kelemahan polisi dan undang-undang yang sedang digubal oleh pihak kerajaan (BN).

Wednesday, 23 November 2011

Kawajaran Pilihan Raya Serentak & Bahaskan Kandungan BUKU JINGGA

Jangan diperkecil "orang lama" 

Syukurlah, setelah beberapa minggu polimek mengenai "apakah wajar pilihan raya dijalankan secara serentak atau tidak perlu serentak di peringkat Pusat dan Negeri?" terus diperdebat oleh pelbagai pihak, akhirnya hari ini, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) tampil dengan pendirian berhikmah seperti berikut, yang pada saya, adalah tepat dan responsif dengan perkembangan semasa.

 TGNA - sumber foto (sini)

Saya awal-awal lagi telah berpandangan seperti TGNA mengenai perkara ini. 

Tetapi apalah sangat pandangan orang biasa seperti saya (yang tiada weightage), melainkan jika ianya dibangkit dan dijawab oleh pemimpin besar seperti TGNA.

Berikut adalah sebahagian petikan beliau yang saya ambil:

".....banyak masalah akan timbul jika pembubaran Parlimen dan negeri dibuat berasingan. Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata tiada keperluan bagi Kelantan untuk mengadakan pilihan raya berasingan dengan pilihan raya umum. 

"Ini kerana jika Kelantan berbuat demikian ia memberi peluang kepada pihak parti lawan memberi tumpuan kepada negeri ini." - sumber: Nik Aziz tolak pilihan raya berasingan

Jangan diperkecil "kuasa" media

Tepat sekali alasan yang diberi oleh TGNA iaitu parti lawan akan memberi tumpuan kepada negeri ini (Kelantan).

Tentunya,  PAS dan parti-parti gabungannya di dalam Pakatan bukanlah kali pertama terlibat dan merasa "peritnya" bertanding di dalam PRU. 

Logiknya juga, PAS-Pakatan tentunya telah "masak" dengan maksud perumpamaan berikut:

"Harimau susah nak membaham kambing jika ia bersama dengan kawanannya. Tetapi apabila ia dibiar seekor, maka mudahlah sang harimau menyerang dan membahamnya."

Hikmahnya, pernyataan TGNA muncul [barangkali] setelah menyorot kembali sejarah yang dilalui PAS Kelantan semasa menghadapi beberapa siri PRK (Pilihanraya Kecil) selepas PRU-12.

Keperitan yang ditanggung PAS sewaktu menang tipis "65 undi" pada PRK DUN Manek Urai (2009) dan tewas di DUN Galas (2010, dengan majoriti 1,190 undi - setelah menang pada 2008 dengan 646 undi), [mungkin] banyak mengajar kerajaan negeri betapa berperanannya media termasuklah TV, akhbar dan internet yang pro-kerajaan Pusat (terhadap masyarakat luar bandar) di sepanjang tempoh berkempen setelah tibanya musim pilihan raya.

 Berita kemenangan BN di beberapa siri PRK - sumber foto (sini)

Inilah yang saya perhatikan (dan telah saya kupas panjang lebar pada posting sebelum ini) mengenai betapa berkesannya media arus perdana mendoktrinkan masyarakat di Pulau Pinang sehingga berupaya menyemaikan persepsi bahawa pemimpin Cina telah diterima untuk mentadbir PP dan UMNO pula banyak menjuarai isu-isu yang berkepentingan Melayu dan Islam di negeri itu. 

Di masa yang sama, media yang sama juga berterusan menggambarkan peranan PAS (sebagai sekutu DAP dalam Pakatan) sebagai lemah dan tidak cergas berperanan.

Dan seandainya PAS PP tidak segera bangkit dari lamunan, DAP barangkali berpeluang menang lebih besar, manakala UMNO pula dilihat mampu mengekalkan kerusi mereka di kawasan Melayu-Islam dan mungkin menukar sokongan orang PAS kepada UMNO. Sedangkan PAS pula berkemungkinan "melukut di tepi gantang" (jika tidak segera bertindak). Maaf andai terasa.

Jangan diperkecil kuasa "wait and see voters"

Sekiranya Pakatan masih bermain-main dengan isu ini, tiada jaminan bahawa mereka mampu untuk mengekalkan momentum kemenangan yang telah dikecapi pada PRU 2008.

Bahkan, sekiranya ditakdirkan BN menang lebih besar (2/3 majoriti) negeri-negeri yang mengadakan PRU serentak dengan Pusat, sudah pasti ianya bakal menyuntik motivasi yang tinggi buat jentera pilihan raya BN untuk "menyerang dan membaham" calon-calon Pakatan yang bertanding di negeri-negeri yang mengadakan pilihan raya berasingan.

Inilah logik yang dapat saya fikirkan. Anda pula bagaimana?

Perkara ini bukanlah sukar dilakukan oleh UMNO-BN kerana mereka juga tidak pernah gagal untuk terbabit di dalam proses pilihan raya.

Caranya mudah sahaja. Alihkan segala jentera kerajaan, kekuatan media-media arus perdana (semua stesen TV dan akhbar) serta internet ke negeri Kelatan, Kedah, PP dan Selangor dan buatlah laporan dan pendedahan 24 jam sehari akan segala "kisah dalam kain" dan kelemahan negeri-negeri yang ditadbir Pakatan.

Keluarlah berita penebangan hutan dan kontrak balak, kemiskinan dan kurangnya 'kebajikan', penularan penyakit sosial dan jenayah, pengangguran, serta mungkin dilaga-lagakan barisan pemimpin dalam kerajaan negeri dan sebagainya.

Setelah menang di negeri-negeri lain, pimpinan tertinggi BN juga pastinya akan menyiapkan jadual yang padat dengan road-shows ke negeri-negeri Pakatan.

Tentunya curahan projek-projek mee segera akan dibuat dan dihebahkan di segala media, pemberian bantuan kewangan, projek infrastruktur dan sebagainya. 

Sedangkan segala berita dan gerak kerja kerajaan negeri yang dipimpin PAS, DAP dan PKR akan disorokkan (disenyapkan).

Sekalipun isu ketelusan (dan persoalan mengenai kejujuran PM membubarkan Parlimen) menjadi modal Pakatan untuk tidak menurut langkah bagi membubarkan DUN (seterusnya membenarkan pilihan raya dibuat di peringkat negeri), tidakkah ini (dalam suatu keadaan) dilihat seperti ingin menafikan hak/kehendak sebilangan rakyat yang saya istilahkan sebagai "wait and see voters".

Barangkali, sikap berdalih kerajaan negeri boleh membawa kepada bertambahnya rasa muak dan "wait and see voters" ini menyimpulkan yang kerajaan Pakatan juga tidak jauh beza dengan BN, 2 x 5 sahaja (sayang dengan kuasa).

Mungkin juga apabila media giat memainkan propaganda kemenangan bergaya BN di negeri lain, maka akan terbitlah "feel good factors" sehingga dilihat oleh kelompok "wait and see voters" bahawa BN "ada harapan" untuk membentuk kerajaan lebih kuat (majoriti 2/3) pada PRU-13 nanti.

Maka, tidaklah mustahil mandat lebih besar bakal diberikan kepada BN-UMNO pada PRU-13 kelak.

 Komitmen yang ditunjukkan Najib melalui program transformasinya, mampu pengaruhi keputusan saat akhir para "wait and see voters" - sumber foto (sini)

Seandainya ini yang berlaku, maka ia suatu tamparan yang amat hebat buat pimpinan Pakatan

Saya bukanlah ahli nujum, namun kemungkinan untuk perkara ini berlaku juga tidaklah mustahil.

Bahaskan kandungan Buku Jingga

Daripada apa yang saya lihat, "Pakatan yang menerbitkan Buku Jingga, tetapi UMNO-BN yang laksanakan syor-syor di dalam Buku Jingga".

Nak ubah kenalah faham dulu apa yang nak diubah - sumber foto (sini)

Namun, hendak dipersalahkan BN* pun tidak boleh juga memandangkan para pendokong Pakatan-PAS sendiri tidak ramai yang benar-benar jelas dan faham akan aspirasi/kandungan yang cuba dibawa melalui Buku Jingga.

(*selain BN turut kuasai media dan jentera kerajaan)

Ini mungkin disebabkan, selepas buku ini diterbitkan, ianya disimpan untuk rujukan dan kalau-kalau ditanya orang, dapatlah ia dikeluarkan sebagai modal bagi menjawab soalan - "ini di tangan saya ada Buku Jingga yang boleh menjawab persoalan anda". Ini contoh sahaja.

Pada pandangan saya, adalah lebih baik daripada Pemuda PAS, daripada merancang untuk berhimpun sehingga puluhan ribu orang itu, meletakkan keutamaan untuk menggerakkan terlebih dahulu program membahaskan kandungan Buku Jingga.

Anda yang belajar kitab agama, dan yang nak faham kandungan kitab juga pasti maklum dengan ayat "membahaskan kandungan kitab karangan  Si Polan Bin Si Polan", kan?

Samalah juga dengan Buku Jingga. Aspirasi dan matlamat yang ingin disampaikan oleh buku ini tidak akan dapat difahami dan diterima sepenuhnya rakyat [dan pengundi] tanpa ianya dibahas dan difahami secara terperinci akan isi kandungannya!

Daripada diluangkan masa untuk "menunjuk perasaan", eloklah dibahaskan dahulu Buku Jingga biar masyarakat faham dan bezakan yang program bawaan Buku Jingga itu adalah lebih baik berbanding apa yang telah "ditiru" oleh BN-UMNO sekarang ini.

Itulah pada hemat saya.

 Kalau nak menang, kena tarik minat yang bukan ahli juga - sumber foto (sini)

Bagaimana nak bahaskan Buku Jingga? Anda orang politik mungkin lebih maklum dan bijak.

Cara: Kalau saya-lah

Kalau mengikut cara saya, PAS/DAP/PKR perlu "create one issue every week regarding the content of Buku Jingga" dan biarkan isu ini dimainkan di media arus perdana selama...katakan 1 minggu bagi setiap isu.

Contohnya, isu melibatkan pendidikan dan kebajikan guru-guru. PAS "tolong" create issue tersebut dan biar media sebarkan/sensasikan. 

Pas kena kutuk pun tidak mengapa, janji liputan terhadap isu diberi oleh media arus perdana (sebab sukar PAS masuk TV secara 'baik' dan biar ramai orang terdedah dengan isu ini).

Apabila tiba hujung minggu (setelah 7 hari), maka pihak Pakatan tampil-lah dengan mengangkat Buku Jingga dan berkata "jawapan terhadap isu kebajikan guru-guru telah dijawab di dalam Buku Jingga"!

Jadinya semua pihak (kerajaan, pembangkang, atas pagar, etc) akan mula mencari dan meneliti Buku Jingga!

Kalau perkara ini mampu dilaksanakan oleh pimpinan di dalam Pakatan, saya jamin dalam masa 3 bulan (12 minggu = 12 isu besar) dapat dimainkan oleh media dan semuanya dapat dijawab melalui rujukan masyarakat terhadap Buku Jingga yang anda semua dok sibuk perkatakan itu!

Sekian.

Concept Art Filem Captain America (foto)

Satu lagi artikel 'copy n paste' dari sini: blogserius

Cool beans!

Daniel Simon ialah seorang digital illustrator yang bertanggungjawab mereka semua kenderaan yang wujud didalam filem Captain America. Sebelum ini beliau mereka kenderaan untuk filem Tron. Di bawah ialah beberapa lukisan konsep untuk filem Captain America yang dibuatnya. One word.....Awesome
 
Jika nak lihat banyak lagi lukisan beliau yang cool, lawatilah laman web rasmi beliau disini






                                          Laporan asal Daniel Simon

Tuesday, 22 November 2011

Isu 'Wahabi' kembali bergema


KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama)-- Kerajaan berpendirian bahawa fahaman Muhammad Abdul Wahab (Wahabi) tidak sesat namun ia tidak sesuai diamalkan di negara ini kerana dikhuatiri boleh membawa kepada perpecahan umat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata kerajaan memandang berat terhadap kekeliruan dan perselisihan faham yang timbul berhubung isu ini tetapi setakat ini ia masih terkawal.

"Kumpulan yang menyokong pegangan Muhammad Abdul Wahab ini tidak terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal-Jamaah, namun apa yang mesti diatasi dan ditangani adalah isu-isu kontroversi yang bersangkut dengan masalah furu'iyyah (cabang) yang cuba dibangkitkan mereka," katanya ketika menjawab soalan Mohd Nor Othman (BN-Hulu Terengganu) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini Rabu.

Mohd Nor ingin tahu sejauh manakah fahaman Wahabi meresap dalam kalangan masyarakat.

Jamil Khir berkata keputusan itu berdasarkan hasil beberapa perbincangan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan iaitu pada kali ke-12 (1985), kali ke-14 (1985), kali ke-16 (1986), kali ke-40 (1996), kali ke-42 (1997) dan kali ke-44 (1998).

Ia juga turut dibincangkan dalam mesyuarat Panel Kajian Aqidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kali ke-14 tahun 2000 dan kali ke-20 pada tahun 2002 serta kali ke-23 pada 2003, katanya.

Beliau berkata kesemua keputusan itu adalah untuk menyekat penularan isu atas alasan isu-isu khilafiyyah fiqhiyyah yang dibangkitkan dan boleh menggugat perpaduan umat Islam di Malaysia.

Kepada soalan tambahan Nasharudin Mat Isa (Pas-Bachok) tentang aspek ancaman yang boleh dilihat dari gerakan Wahabi, Jamil Khir berkata situasi yang berlaku hari ini adalah khilaf yang diperbesarkan sehingga menimbulkan sensitiviti umat.

"Keadaan ini sekali gus menimbulkan pandangan berbeza kepada kelompok masyarakat. Justeru, demi menjaga kesejahteraan rakyat, kerajaan memberi pendekatan bahawa Sunnah Wal Jamaah merupakan pegangan akidah dalam konteks negara Malaysia dan Mazhab Syafie menjadi pegangan," katanya.

-- BERNAMA

Note to self:- boleh jadi salah satu topik untuk disembang-sembangkan pada pertemuan yang akan datang. Mungkin selepas PAU 2011.