Monday 31 May 2010

Berhujung minggu

Assalamualaikum, harap semua orang sihat.

Lama saya tidak mencoret-coret di sini. Apapun hujung minggu semalam bermacam aktiviti menarik telah kami buat dan ingin saya kongsikan bersama atok-nenek, tok-tokki dan para pembaca semua.


JUMAAT kami semua keluar ke pekan Oxford, untuk mencuci mata, membeli barang dan makan-makan. Sebelum dapat makan, kami perlu menunggu ayah yang perlu bergegas ke Cowley, bersolat Jumaat di sana.

Dalam perjalanan kembali ke pekan dari masjid, ayah sempat merakamkan aksi 3 budak bodoh (makcik-makcik orang putih panggil depa-depa ni 'idiots')

Pakai tutup badan habis, sampai muka pun tak nampak tapi ketat macam sarung bangka. Lepas tu pandai pula berjalan di tempat yang paling sibuk di pusat bandar.

Alhamdulillah, setelah agak lama menunggu, ayah pun tiba dan dapatlah kami makan bersama - di Bella Italia.

Ibu pesan menu 'Bambini' untuk Mawaddah

Yum..yummy..besarnya pizza saya

SABTU kami adakan aktiviti ber-BBQ (dalam hujan). Semuanya kerana salah faham di antara ayah-ibu tentang hari BBQ ini. Ayah tahu yang Sabtu akan hujan, tapi dia ingatkan BBQ ibu nak buat hari Ahad.

Apapun, misi mustahil ini akhirnya terlaksana juga. Mesti jiran-jiran pelik menghidu asap dan bau BBQ di tengah-tengah hari hujan ini. Lantakla...

Ibu, Mak Lang dan Mak Teh telah bersusah payah menyediakan juadah dan ayah pula bertanggungjawab dalam hal bakar-membakar ini.

Sate dan daging burger (home-made) hampir siap dibakar

Pakcik yang terus menyambung kerja, selepas tamat bekerja pagi

Kata Mak Teh, ini sate 'orang kaya'

Kepak ayam ni memang best, tak percaya tanya Uncle Din

Petangnya kami menerima kunjungan Uncle Din dan Auntie Tik. Ini kali pertama kami menerima tetamu selepas pulang Umrah. Rezeki mereka, sempatlah merasa hasil BBQ kami hari itu.

AHAD pula cuaca cerah (tetapi amat berangin), kami menghabiskan waktu petang di halaman belakang.

Ibu dan Mak Lang sedang merumput

Ayah pula sempat 'menjenguk' basikalnya yang disimpan dalam shed - sudah berbulan-bulan tersimpan tanpa dinaiki (tayar bocor kata ayah).

Mak Lang, macam mana nak naik basikal ni?



Bersantai-bersidai-di laman sambil makan-makan (makan lagi...)

Itulah sedikit-sebanyak kisah yang berlaku hujung minggu semalam. Hingga bertemu lagi di lain waktu.

Wassalam.

Sunday 30 May 2010

Kesian mereka: kisah kasut CROC

Dangkal

Pernahkah anda terlintas dan terbaca di kotak email, mahupun di blog-blog kebelakangan ini yang memaparkan kisah berkenaan bagaimana logo selipar / kasut CROC 'sebenarnya' telah menghina nama Allah?

Seperti foto di bawah:

Kasihan. Bukan saya kasihan kepada syarikat yang mengeluarkan kasut Croc ini, tetapi kepada manusia yang mengukirkan nama Allah menggunakan pen hitam pada logo kasut Croc tersebut!

Apa rasionalnya si pencetus kacau-bilau dalam jiwa orang Islam ini sehingga sanggup bersusah-payah, mencari-cari, memusing-musingkan logo hingga senget-benget dengan niat untuk membuktikan akhirnya boleh dilukis nama Allah pada logo tersebut?

Mengapa begitu kreatif sekali si polan ini dalam merendah-rendahkan kesucian nama Allah?

Apakah motif dan niatnya? Dan mengapa ingin 'diracunkan' minda para pembaca Muslim dengan perkara yang samar sebegini?

Sesungguhnya di dalam Islam itu, perkara yang halal itu jelas, dan perkara yang haram itu juga jelas.

Apakah ada pengakuan dari syarikat ini yang jelas kita tahu mempersendakan nama Allah? - Sedangkan pengakuan yang jelas dinyatakan oleh jenama terkenal Nike yang mengambil nama Tuhan Purba Greek (klik).

Itupun masih berbondong-bondong masyarakat Islam membeli dan memperagakan pakaian Nike!

Tolong

Kepada yang memulakan kerja-kerja ke arah meracun minda dan akidah masyarakat Islam, saya minta - tolong hentikannya sekarang!

Betapa besarnya dosa orang yang mencipta sesuatu isu tanpa ada bukti (dalam kes ini sendiri cipta bukti - come on laa...).

Sepatutnya rungkailah permasalahan yang lebih besar, dan yang lebih nyata melanda masyarakat Islam ketika ini, seperti tindakan pemerintah 'menghalalkan' perjudian bola sepak Piala Dunia 2010 baru-baru ini.

Bukankah itu lebih mendatangkan manfaat kepada diri dan masyarakat?

Yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas. Dan yang tidak jelas di antara kedua-duanya maka beratkanlah untuk tidak mengambilnya.

nota: jika tidak yakin benda yang ingin disebarkan itu jelas atau kabur, jangan sebarkan kerana jika ianya menjadi fitnah di kemudian hari, bayangkan kerosakan 'minda dan akidah' yang telah anda timbulkan!

Wassalam.

Thursday 27 May 2010

Berita gembira

Idris Jala: M'sia must cut subsidies, debt by 2019 or risk bankruptcy (klik tajuk)

Ringkas - cadangan mengurangkan subsidi yang diutarakan oleh 'SRL - the subsidy retionalisation lab' adalah seperti berikut:

1) subsidi gas akan DIKURANGKAN, menyebabkan peningkatan terhadap tariff elektrik. Bagaimanapun, kebanyakan isirumah tidak akan menerima kesan (kenaikan ini) memandangkan peningkatan hanya akan memberi kesan kepada pihak yang menggunakan tenaga elektrik melebihi 200kWjam.

2) Kadar tol akan DINAIKKAN pada pertengahan tahun 2010 bagi setiap perjanjian konsesi, kecuali bagi lebuhraya yang tidak mempunyai laluan alternatif tidak bertol.

3) Rawatan pesakit luar di hospital kerajaan akan DINAIKKAN daripada (semasa) RM1 kepada RM3. Rawatan 'in-patient' juga akan DINAIKKAN, bergantung kepada wad yang ditempatkan (wad kelas satu, dua atau tiga), daripada antara RM3 dan RM80, kepada antara RM6 hingga RM160.

4) Skim Pinjaman Buku Teks dan Subsidi Tution akan DIHAPUSKAN. Pelajar juga dimestikan MEMBAYAR yuran bagi peperiksaan umum.

5) Pelajar asing (luar negara) dimestikan MEMBAYAR PENUH yuran pengajian mereka di universiti tempatan.

6) Pelajar Ijazah dan lepasan Ijazah tempatan juga akan perlu MEMBAYAR LEBIH yuran pengajian mereka, dengan kadar di antara RM300 hingga RM800.

(sumber asal - Bahasa Inggeris - Klik)

Berita gembira?

Ini merupakan khabar gembira (?) buat sektor pendidikan dan kesihatan. Nampaknya usaha ke arah 'memerdekakan' minda dan poket rakyat Malaysia daripada 'tongkat' dan subsidi bakal dijelmakan tidak lama lagi.

Apa tidaknya? Setelah lebih 50 tahun merdeka, rupa-rupanya subsidi* terhadap pembangunan pendidikan dan kesihatan rakyatlah punca dan yang telah menambah bebanan hutang kepada kerajaan dan negara.

(* Bacaan lanjut: Kenapa subsidi jadi alasan - Tim. Presiden PAS)

Apa tidaknya, 4 daripada 6 cadangan yang dikemukakan oleh SRL adalah menjurus kepada 2 sektor utama ini.

Bukanlah saya membantah 100% pemansuhan atau pengurangan subsidi kepada rakyat oleh kerajaan, tetapi (seperti kata Din) tanpa subsidi kita sebenarnya tidak akan mampu untuk memiliki apa-apa.

Contoh:

GBP100 dengan RM100 - dari segi kuasa membeli adalah amat jauh bezanya. Tanpa subsidi barang makanan (dan barang kawalan), apakah yang mampu kita beli dengan wang RM100? Hal ini agak berbeza jika di UK, dengan GBP100 anda masih dapat berbelanja dengan selesa terhadap barangan keperluan dapur.

Ringkasnya, menamatkan subsidi, akhirnya hanya akan menyempitkan lagi kuasa beli kita. Dan apabila kuasa beli bertambah rendah, tiada orang akan membeli kereta, Proton dan Perodua akan rugi, bungkus dan tutup kilang (maknanya buang semua pekerjanya - menganggur - tiada wang nak sara keluarga, etc).

OK, berbalik kepada tujuan asal posting ini.

Adakah universiti kita telah bersedia?

Saya tidak ingin komen kesemua elemen yang tersenarai untuk dikurang - dihapus subsidi seperti cadangan SRL, cuma yang menariknya elemen no.5 dan no.6 - yuran pengajian pelajar asing dan pelajar tempatan.

Di kala hampir semua universiti di Malaysia sedang bekerja keras bagi meningkatkan rating untuk bersaing di kalangan universiti 'bertaraf dunia' - bersediakah kita untuk mengambil risiko meningkatkan kadar yuran ini?

Apakah pakej pengajian di universiti tempatan telah menjadi terlalu menarik sehingga pelajar asing tidak lagi kisah untuk membayar lebih wang bagi menyambung pengajian mereka di sini?

Apakah pilihan yang terbaik hanyalah universiti di Malaysia sahaja?

Jika universiti kita sudah bersedia dan memang memiliki reputasi yang tinggi di dalam kursus-kursus yang mempunyai permintaan yang tinggi di kalangan penuntut tempatan dan asing, selamat maju jaya saya ucapkan.

Atau, apakah ini masih belum masanya kerajaan, mahupun agensi di bawah kerajaan seperti SRL mengemukakan cadangan sedemikian.

Saya guna contoh: Orang buat Umrah / Haji. Bayaran atau kos bagi perjalanan Umrah dan Haji meningkat saban tahun, tetapi mahu tidak mahu orang ramai sanggup membayarnya.

Sebabnya? Haji, mahupun Umrah hanya boleh dilaksanakan dengan kita ke tanah suci.

Pilihan untuk melanjutkan pelajaran pula bagaimana? Adakah hanya universiti Malaysia sahajakah? Tentunya selain faktor ranking universiti, kursus yang ditawarkan, kemudahan menjalankan penyelidikan - faktor kewangan, yuran pengajian, kos menyara hidup juga akan mempengaruhi minat, keputusan dan kedatangan pelajar-pelajar ini.

nota:

1- nampaknya pentadbir universiti perlu memikirkan strategi baru bagi menambah jumlah pelajar (lebih banyak wang masuk) jika cadangan SRL ini diterima kerajaan.

2 - sebelum ekonomi negara tumbang akibat bebanan hutang, rakyat jelata pastinya akan 'tumbang' terlebih dulu disebabkan tidak tertahan menanggung beban 'kesan rantaian' daripada kenaikan harga bahan api kelak.

3 - nasib dan bebanan yang ditanggung oleh rakyat jelata ini bagaimanapun tidaklah dikongsi oleh beberapa kerat golongan elit dan jutawan yang saban tahun semakin bertambah kekayaan mereka - sebagaimana laporan majalah Forbes Asia.

Wednesday 26 May 2010

MIC - UMNO: Penumpang mana boleh lawan driver...

Sehari dua ini di paparan akhbar online (yang menyokong kerajaan), ditulis kemelut yang tercetus di antara dua parti komponen utama dalam Barisan Nasional (BN) - MIC dan UMNO.

Lihat sini, sini dan sini.

Adalah sesuatu yang tidak menghairankan perkara ini berlaku, terutama setelah BN gagal mengekalkan majoriti 2/3 selepas PRU-13 yang lalu.

Namun, sesuatu yang baik selepas PRU adalah posisi dan prestasi yang ditunjukkan oleh UMNO, berbanding rakan lain dalam BN.

78 kerusi perlimen yang diraih UMNO sendiri sahaja sudah cukup untuk menyamai jumlah kerusi MP (Members of Parliament) Pakatan Rakyat (PR) setelah digabungkan PKR, DAP, PAS dan PSM (sumber).

Di dalam gabungan BN pula, UMNO adalah jauh 'perkasa' dengan meninggalkan MCA yang hanya mengekalkan 15 kerusi, PBB (14 kerusi) ....... dan MIC, senak perut dengan hanya 3 kerusi parlimen (sumber).

Jika kita lihat peratusan keseluruhan pula, MIC hanya menyumbang 2.20% kejayaan BN, berbanding UMNO, 57.35%.

Secara mudahnya, 'kecil periuk, kecillah keraknya: besar periuk, besarlah keraknya'.

Apapun, di dalam kita memperkatakan tentang prestasi kurang baik MIC dalam PRU lepas, parti ini bagaimanapun, jauh bernasib baik jika melihatkan parti lain yang turut berteraskan kaum India iaitu Parti Progresif Penduduk (PPP), yang gagal meraih sebarang kerusi (sumber).

Dalam bas

BN boleh diibaratkan sebagai sebuah bas. Dan PR juga boleh dikiaskan sama sedemikian.

Dengan kekuatan yang ditunjukkan UMNO, makanya kita mengganggap UMNO-lah pemandu* bas express BN & Co. ketika ini.

(* - siapakah pemandu bagi bas express PR & Co.? Jika dilihat dari jumlah kerusi parlimen, DAP rasanya lebih banyak (klik)...I wonder la kan..)

Di dalam mana-mana bas pun, pemandunya hanya seorang sahaja - dalam satu masa (dalam hal ini tiada pemandu simpanan). Tidak pernah berlaku dalam sebuah bas ada 2 stereng dan 2 pemandu yang kemudi.

Makanya, rakan-rakan MCA, MIC, PBB, etc. tu bolehlah kita anggap sebagai 'penumpang' bas express BN & Co.

Realitinya, penumpang akan duduk di belakang pemandu dan akan menurut sahaja ke mana hala tuju dan destinasi yang dipandu. Dan di dalam bas ini, penumpang dan pemandu telah sepakat untuk menuju ke satu destinasi - 1Malaysia.

Disebabkan terlalu suka dengan 'kuasa' yang ada padanya sebagai 'pemandu', seringlah dia menyuruh penumpang lain di belakangnya agar mengawal diri sendiri dan anak-anak mereka (ahli parti) daripada membuat bising dan kacau.

'Ketegasan' pemandu ini semakin lama semakin membuatkan si penumbang dan anak-anaknya (ahli parti) makan hati, malah ada juga yang merajuk.

Dilemanya di sini, penumpang (pemimpin parti) masih ingin duduk di atas bas, sedangkan ada di kalangan anak-anak mereka yang mula mengugut untuk turun meninggalkan bas berkenaan.

Sekarang ini, apakah yang wajar dilakukan penumpang bas ini?

Hendak melawan pemandu? Takut nanti dia dan anak-anak sekali dihalau keluar!

Hendak biarkan diri terus dikawal dan mengikut telunjuk pemandu?

Gas dalam Bas

Belumpun selesai isu yang berpanjangan di antara pemandu-penumpang di dalam bas, kini timbul pula masalah hadirnya 'gas' di dalam bas.

GAS (Gerakan Anti-Samy) ini dicetuskan oleh Mugilan, bekas Tim. Ketua Pemuda MIC Malaysia (yang dipecat Samy baru-baru ini).

Setelah 'terbau' Gas ini, ramailah yang ingin tahu dari mana puncanya. Dan isu tambah hangat setelah dakwa anak Samy, Paari, GAS dikatakan mendapat sokongan dan restu 'di balik tabir' pemimpin UMNO (sumber). Benarkah tuduhan ini?

Tuduhan ini bagaimanapun (dijangka) telah dinafikan sekeras-kerasnya oleh pimpinan UMNO. Bagi saya ini adalah contoh klasik - telur atau ayam, mana dulu?

MIC tuduh UMNO mulakan tindakan untuk memecahbelahkan MIC, dan apabila MIC lemah mudahlah ianya diletak di bawah telunjuk UMNO. (a.k.a MIC jadi lauk).

Bagi UMNO, tuduhan MIC itu hanyalah sekadar mengalihkan kesalahan (dan kelemahan) pemimpin MIC sendiri kepada pihak lain, iaitu UMNO. (a.k.a UMNO mangsa keadaan).

Apapun sekarang ini, gas yang berbau telah terlepas dan gas ini akan membawa bau-bau yang kurang enak, terutama jika dihidu oleh Samy dan pimpinan dalam MIC.

Begitupun, gas ini jika tidak 'dikeluarkan' dari dalam bas, bisa saja memeningkan kepala pemimpin dan ahli MIC, penumpang lain dan BN secara keseluruhannya.

Saranan

Saya sarankan kepada yang terlibat, ambillah pengajaran daripada krisis yang baru sahaja tercetus di Bangkok.

Lihatlah implikasi yang terhasil, setelah pada peringkat awal kerajaan Thailand tidak begitu serius menangani tuntutan kumpulan 'Baju Merah'.

Akhirnya? Barulah khidmat tentera digunakan bagi 'menamatkan' (riwayat) konflik yang berlarutan tersebut.

Hasilnya? Bukan sahaja Bangkok yang jadi kawasan darurat, malah menghuru-harakan seluruh negara, rakyat dibunuh, bangunan dibakar, tayar dibakar, ekonomi jatuh, sosial tidak selamat, pelancong lari, dan imej kerajaan di mata jiran serantau telah terjejas teruk.

Siapa yang untung? Rakyat?

Adalah tidak mustahil di masa yang akan datang, akan muncul lebih banyak organisasi 'bebas' bersifat pendesak seperti Gas, Perkasa dan sebagainya.

Dan jika didesak secara yang betul (tegur kerajaan dan tegur pembangkang), senario masa depan politik akan berubah, dan kedua-dua pihak, mahu tidak mahu, perlu mendengar dan bertindak balas terhadap perubahan tersebut.

Jika di dalam keadaan sekarang penumpang tidak boleh melawan pemandu kerana takut dihalau turun, pernahkah kita terfikir - siapa yang membayar gaji pemandu itu?

Kenalah saling tegur-menegur. Wassalam.

Monday 24 May 2010

Mawaddah, pool dan jam

Alhamdulillah, semalam (Ahad) cuaca begitu baik. Sebagaimana biasa, apabila hari baik, cerah dan panas, ayah akan mulakan kerja-kerja berkebun.

Semalam ayah potong rumput lagi guna mesin. Setelah laman belakang dibersihkan, tibalah pula masa untuk saya beraktiviti.

Ibu Ayah telah lama belikan pool ini. Kini, hari ini merupakan waktu terbaik untuk mencubanya di luar.

Saya kayaaaa....saya ada banyak bola....muahahaha...

Kena main di tempat yang teduh juga (panas sangat)

Buang sikit bola ni, banyak sangatla...

Best, best

Nak bagi sape ye bola kuning ni?

Oklah! dah dekat nak bosan dah main dengan pool dan bola-bola kecik ni. Kita meriahkan sikit lagi aktiviti dalam pool ni dengan....

Kita isi air pula...

Laaa...dah tak main bola, sibuk main air pulak...

Ayah! Mawaddah dah menggigil ni.

Petang tadi (Isnin) saya menerima pakej yang mengandungi barang yang ditempah 3 hari lepas.

Musim jualan murah baru bermula. Dan seperti biasa saya hanya fokus pada satu item iaitu....

Kotak dia memang menarik

Ceh! Cuba nak buat suprise pulak dia...

Tadaaa!!

No. 7 (baru 7)

Alah membeli, menang memakai

Casing-nya sangat tebal (1.7 cm)

Agak besar/tebal untuk tangan

Tapi memang selesa memakainya


Sebagaimana telah saya nyatakan pada posting sebelum ini (jam No. 6), saya hanya akan membeli barang yang dirasakan paling cocok dengan kemampuan poket saya.

Harga tanpa diskaun adalah terlalu mahal buat saya (lihat sini), mencecah GBP 219 (x RM 5.5 = RM 1204.50).

Saya hanya berkira-kira untuk mengeluarkan wang saku sendiri, (tidak menggunakan wang rakyat) setelah diberikan potongan harga sebanyak 82% (anda kiralah sendiri berapa saya bayar).

Sehari kemudian, harganya naik kembali menjadi hampir GBP 90 (x RM 5.5 = RM 495.00), itupun begitu mahal pada saya dan kirim salam jelah saya nak belinya.

Setakat yang telah saya beli dari Amazon, tidak pernah mengecewakan, baik dari segi harga, kualiti barang (jam semua baru, kotak cantik), tempoh penghantaran (percuma dan di antara 3-5 hari).

Malah, beberapa rakan yang saya sarankan, dan ada yang telah membeli di Amazon juga turut berpuas hati (mana nak dapat jam berjenama dengan diskaun semacam itu!).

Apa lagi selepas ini? Saya dah lama menunggu yang ini (klik) turun harga. Jika ada rezeki dan di dalam lingkungan kemampuan poket saya.

Wassalam.

Tidak semuanya benar, tapi tidak semuanya bohong

Klik untuk besarkan

Sumber: pada rajah

Nilai wang

Di Zimbabwe:

- jika anda 'memikul' seikat besar wang tunai di tempat awam pun, masih belum menjadikan anda seorang yang kaya-raya.

- jika anda 'melonggokkan' segunung wang kertas di atas meja makan restoran pun tidak dipandang aneh.

- jika anak kecil berkeliaran di tepi jalan dengan 'menggendong' wang hingga ke paras leher pun, tiada orang yang ingin merompak.

Mengapa?

Inilah nilai wang di Zimbabwe...

- jika anda sedang.........

- jika anda makan...


- jika anak kecil ini...


- sedangkan untuk membeli 3 biji telur pun anda perlu berbelanja sehingga


Ya, BENAR!

Perbandingan dengan matawang Dollar (USD) pula:

USD 100.00

USD 10.00

Berita Dari Kampung: Gantung tak sempat mati

Beberapa hari lepas saya ada menghubungi Mok di kampung, bertanyakan khabar ahli-ahli rumah di sana.

Alhamdulillah semuanya sihar belaka. Malah, persiapan untuk majlis perkahwinan adik No. 2 dan No. 4 juga berjalan lancar.

Kad-kad jemputan juga telah disebar-luaskan di segenap pelusuk desa, menjemput orang sekampung hadir ke majlis di hari yang dinyatakan.

Memandangkan kedua-dua adik ini lelaki, tiadalah dibuat majlis bersanding dan bertepung-tawar (I expect!), dan apa segala, yang tidak syariatkan agama.

Lazim bagi orang Terengganu, di pihak lelaki akan dibuatkan majlis 'kenal menantu' (ngena natu).

Ianya juga bakal menjadi pengalaman baru buat kedua-dua bakal isteri yang juga bukan orang Terengganu (samalah dengan menantu sulung Mok ye).

Apapun jangan risau, segala 'pemberian' tetamu kelak adalah hak milik menantu-menantu semua.

Harapnya semua orang akan bergembira, dan majlisnya nanti berlangsung dengan suasana yang baik, penuh keberkatan dan dirahmati Allah Taala hendaknya.

Cuma, kami sekeluarga tidak berkesempatan untuk pulang meraikan adik-adik. Hanya ucapan selamat dan doa (dan hadiah) jualah mampu kami panjangkan.

Selesai bab kawin-mawin ni.

Buat malu orang tua, buat pengajaran kepada kita

Anda ada membaca akhbar online baru-baru ini? Jika ada membaca, baguslah. Kerana saya tidak berkesempatan.

'Tahu tak, dekat dengan kampung kita ada orang nak bunuh diri! Masuk akhbar metro kisah dia' - kata Mok.

'Manalah kita tahu Mok, baru semalam sampai dari Jeddah' - menjawab pula saya.

Anda nak tahu lebih lanjut? Klik sini (lelaki kecewa ditinggal cuba bunuh diri)

Kejadian ini berlaku di kampung sebelah sahaja. Dan orangnya saya kenal. Adiknya pula sekelas dengan saya semasa di sekolah rendah.

Memandangkan polis Malaysia ni amat efisyen dan cekap*, adalah wajar untuk saya tidak memberikan 'motif lain' yang dikhabarkan oleh ramai orang kampung, menyumbang kepada perbuatan menggantung diri beliau itu.

(* - ramai orang buat seloka sekarang ni kalau jumpa Polis, sama ada anda ada buat apa-apa, mahupun hanya terserempak dengan Polis tanpa ada apa-apapun, jangan cuba larikan diri. Walau di atas alasan apa sekalipun, Jangan!)

Tidak tahan ujian hidup

Boleh saya katakan bahawa setelah berpeluang merantau di dalam dan di luar negara (melihat kehidupan manusia yang pelbagai bangsa, agama dan budaya), membuatkan saya bersyukur dengan perjalanan hidup saya.

Allah Taala telah dan sedang mengurniakan banyak nikmat hidup buat saya, biarpun tidaklah sampai menjadikan saya orang yang kaya-raya dan berkuasa, tidak pula melncampakkan saya ke lembah kemiskinan dan kepapaan - tetapi inilah kurniaan yang terbaik buat saya. Allah Maha Mengetahui.

Ujian kemiskinan dan kesusahan itu nampaknya lebih perit untuk ditanggung berbanding ujian kemewahan dan kesenangan hidup.

Segala macam ujian kesusahan itu, tanpa dibenteng dengan kesedaran agama, dilihat mudah menjuruskan seseorang hamba Allah itu untuk lupa akan harga sebuah nyawa.

Saya tumpang simpati kepada keluarga beliau di atas kejadian ini. Perbuatan dia tu hanya Allah sajalah yang menjadi hakimnya nanti.

Cuma, maru-ah (bak kata TGNA) orang tua bagaimana? Kita hidup di kampung semua orang kenal, semua orang ambil cakna.

Akhir kata, bersamalah kita berdoa, memohon kepada Allah agar dipelihara dan dijauhkan diri kita, keluarga kita, kampung dan negeri kita daripada episod malang lagi mendukacitakan sebegini.

Sumber foto (sini)

Wassalam

Saturday 22 May 2010

Komitmen terhadap kitar semula

Benda baik kena hebahkan

Pagi Jumaat (semalam) kami menerima satu surat berserta 2 set tong kitar semula (sisa organik domestik) daripada Oxford City Council.

Sesungguhnya komitmen yang dipamerkan oleh OCC bagi menggalakkan warganya mengamlkan kitar semula adalah wajar dipuji.

OCC nampaknya begitu komited mendidik dan menggalakkan warga Oxford agar meminimakan seboleh mungkin sisa buangan tidak kitar semula dengan cara mengitar semula.

Tindakan ini bukan sahaja bagi memanjangkan hayat tapak pelupusan yang semakin mengecil saban tahun, tetapi membantu mengurangkan penghasilan berterusan bahan sukar lupus.

Sebelum ini, setiap rumah (yang membayar cukai pintu - kami dikecualikan) dibekalkan dengan 1 tong hijau besar untuk sisa domestik, 1 tong biru bagi bekas plastik, dan kertas tebal dan 1 tong hijau kecil untuk kitar bahan kaca dan surat khabar.

Kini, ditambah pula 2 tong (1 besar dan 1 kecil) hijau khusus untuk kitar semula sisa dapur yang organik seperti sisa 'siang' ikan, ayam, daging, kulit telur, sayur, nasi basi dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

Pendek kata, jika dihitung-hitung, apa sebenarnya 'sampah' yang tidak perlu dikitar semula?

Tong hijau untuk kitar semula kaca dan tong biru untuk plastik dan kertas keras

Tong hijau kecil untuk kitar semula sisa dapur dan yang besar untuk sisa umum

Benda yang baik patut kita hebahkan, dan tidak salah untuk dicontohi. Di Malaysia, kita kaya dengan pelbagai jenis makanan. Pastinya banyak sisa dapur terhasil dan kebanyakkannya dapat kita kitar semula.

Adalah menjadi suatu kerugian jika ianya dibuang terus ke tong sampah umum, yang kemudiannya dibawa ke tapak pelupusan sampah, walhal ianya boleh diproses untuk kegunaan lain (jadi baja organik, etc), dan di masa yang sama, membantu memanjangkan hayat tapak pelupusan sampah.

Sudah tiba masannya warga 1Malaysia dididik dan dipupuk agar mengamalkan sikap suka mengitar semula bahan buangan - mulakan dari rumah kita sendiri.

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), selain giat mengutip cukai pintu dan pelbagai jenis cukai yang lain, wajar menyusun langkah yang proaktif bagi mempromosikan amalan kitar semula dengan lebih berkesan kepada masyarakat.

Menyediakan tong-tong kitar semula di tempat-tempat strategik (Pasaraya, IPTA, Sekolah, etc) adalah 'langkah awal' yang baik. Namun setelah beberapa tahun, dan dengan wang pembayar cukai pintu, adalah wajar PBT memperluaskan lagi strategi kitar semula ini, dengan melihat kemungkinan untuk memperkenalkan tong khas kitar semula kepada setiap rumah seperti amalan di Oxford ini.

Mudah-mudahan, semakin berkembanglah minat orang ramai terhadap amalan kitar semula ini. Wassalam.

Update berkebun - Mei 2010

Semalam kami meluangkan sedikit masa untuk menjalankan kerja-kerja merumput dan membaja tanaman di belakang rumah.

Hari sebelumnya saya telah memulakan kerja-kerja merumput ini, dan semalam orang rumah yang bantu selesaikan.

Alhamdulillah, tanaman salad telah membuahkan hasil. Tuaian pertama telah dibuat hari Khamis lepas, cukup untuk 4 orang makan - tuaian awal penting bagi membolehkan daun-daun baru yang lebih elok/lebar dihasilkan.

Sebahagian salad yang ditanam di dalam bekas

Tomato juga sudah mula berbunga


Selain tanaman dalam bekas, yang di atas tanah juga nampaknya telah membesar. Jika bulan lepas saya agak skeptikal (dan berkira-kira akan ada yang 'pupus' dek cuaca sejuk), kini anak-anak sayur ini mulai membesar dengan baik.


Strawberry yang ditanam tahun lepas juga telah mula berbunga

Lobak dan bawang juga mula membesar



Terdapat juga pelbagai pokok bunga yang berwarna-warni berkembang sekitar laman belakang. Namun, tidaklah kami tahu akan nama mahupun spesisnya.



Mawaddah tidak banyak 'membantu' kerja-kerja berkebun kali ini. Awal minggu lepas balik umrah tu adalah juga dia menyepahkan alatan berkebun dia, mandi tanam dan sebagainya.

Selepas 2 orang makcik dia tiba dari Malaysia awal minggu ini, sibuklah dia bermain dengan makcik-makciknya.


Hari ini kami sempat berkunjung ke carboot di Bicester. Hasil 'tangkapan' agak baik, namun banyak yang dicari masih belum ditemui. Untuk Mawaddah, ibu telah belikan suatu permainan yang agak besar, berwarna hijau, berbentuk buaya dan perlu dimainkan oleh 2 orang.

Siapalah seorang lagi yang perlu 'diregukan' dengan Mawaddah nanti ye?